You are on page 1of 35

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG PERIKLANAN

OBJEKTIF
Menerangkan makna dan fungsi periklanan. Menjelaskan kod periklanan Malaysia dan Antarabangsa. Menerangkan perundangan di Malaysia berkaitan dengan iklan.
2

TAKRIF PERIKLANAN
Periklanan sebagai sebarang persembahan yang dibayar untuk memasarkan idea, barangan atau perkhidmatan secara umum oleh penganjur yang dicari (Persatuan Pemasaran Amerika). Periklanan juga sebagai satu proses penyebaran maklumat yang menghebahkan, memaparkan, menaja serta menggalakkan pembelian atau penerimaaan sesuatu barangan, idea atau perkhidmatan atas tajaan sesuatu pertubuhan. Periklanan juga boleh ditakrifkan berdasarkan pesanan atau mesej.

Periklanan yang menekankan kepentingan mesej ini boleh dilihat berdasarkan kepada:
a) Pesanannya dibayar atau ditaja oleh sesuatu organisasi atau individu. b) Pesanannya bukan bersifat peribadi. c) Pesannaya menyakinkan. d) Pesanannya disalurkan melaui media.

Secara umumnya periklanan adalah usaha penerangan dan pemujukan mengenai barangbarang, perkhidmatan atau idea.

FUNGSI PERIKLANAN
1. Memberi kebebasan kepada setiap orang untuk membuat pilihan ke atas barangan atau perkhidmatan yang dipercayai dapat memuaskan keperluannya. 2. Menggalakkan kemunculan keluaran baru yang lebih sempurna. 3. Membenarkan penaja membantu pertubuhan amal menghubungi masyarakat. 4. Membiayai media massa.
5

SEJARAH PERIKLANAN DI MALAYSIA


Bermula sejak kurun ke-19. Kemunculan media cetak di pusat perdagangan Tanah Melayu manjadikan satu media yang berkesan bagi pedagang untuk menyebarkan maklumat mengenai keluaran dan perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan ubatan- ubatan iklan yang paling ketara wujud pada waktu awal yang ini. Keluaran pertama akhbar The Strait Times pada 15 Julai 1845 dipenuhi dengan iklan perkapalan dan iklan perubatan.

Persatuan Ejen Bertauliah telah ditubuhkan pada 1 Mei 1948 untuk melindungi kepentingan agensi periklanan. Persatuan pengiklan Malaya pada 1952 dan ditukar nama kepada Persatuan Pengiklan Malaysia bagi mempertahankan kepentingan pengiklan. Peranan persatuan ini adalah:
mengawasi dan mengawal hal ehwal dan masalah periklanan serta memberi perlindungan kepada para pengiklan. Menggubal kod etika iklan. Mengawasi dan menyelidik perkara yang berhubung dengan media massa serta isu yang bekaitan dengan iklan dan para pengiklan.

KOD ETIKA @ AMALAN PERIKLANAN DI MALAYSIA


Amalan periklanan di Malaysia dikawal oleh garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Periklanan @ Advertising Standard Authority (ASA) yang ditubuhkan pada 1978. Tujuan menetapkan peraturan tertentu supaya menjadi panduan kepada agensi-agensi periklanan di Malaysia. Lembaga ini dianggotai sepenuhnya oleh pertubuhan swasta, ahlinya terdiri daripada Persatuan Pengiklanan Malaysia dan Persatuan Agen-agen Pengiklanan Malaysia.

Kod etika periklanan digubal berasaskan kod periklanan dalam media siaran kerajaan. Dalam bahagian prinsip umum kod ini menggariskan semua iklan mestilah:
1. Tidak melanggar undang-undang, bersopan, jujur, benar dan perlu disediakan dengan rasa tanggungjawab terhadap pengguna. 2. Tidak ada sebarang bentuk pengiklanan yang cenderung melanggar tatasusila atau etika yang diamalkan oleh masyarakat.
9

3. Iklan mestilah menggambarkan idea dan kebudayaan rakyat Malaysia dan mencerminkan cara hidup masyarakat yang berbilang kaum dan mencontohi Rukun Negara.

4. Iklan tidak boleh mengecam dengan tidak adil keluaran barangan lain, pengiklan atau iklan lain secara langsung atau tidak langsung. 5. Tidak membenarkan pengiklanan sebarang keluaran atau perkhidmatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara fizikal, mental atau moral.
6. Dari segi kesihatan, ubat-ubatan dan cara mengubati tidak boleh diiklankan secara testimonial oleh seseorang yang terkenal.

10

KOD PERIKLANAN RADIO DAN TELEVISYEN


Kementerian Penerangan telah memperkenalkan Kod Periklanan bagi Televisyen dan Radio pada 27 Disember 1972. Kod ini telah dikemaskini dari semasa ke semasa dan kali terakhir pada 1 Oktober 1990. Antaranya ialah:
a) Menekankan aspek kejujuran, kesopanan, kebenaran dan kesahihan kod siaran RTM melarang penyiaran iklan barangan berbahaya seperti rokok, arak, makanan tidak halal dll.

11

b) Melarang pengiklanan makanan formula bayi sebagai makanan yang baik dari susu ibu. c) Iklan racun serangga mesti ditapis dahulu oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak oleh Kementerian Pertanian. d) Iklan rokok ditapis oleh Jawatankuasa Iklan Rokok, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. e) Kod periklanan oleh Kementerian Penerangan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
Bahagian Periklanan dan Kanak Bahagian Periklanan Ubat-Ubatan dan Rawatan Bahagian Wanita dalam Periklanan Bahagian Lelaki dalam Periklanan Bahagian Penggunaan Profesional dalam Periklanan

12

Bahagian Periklanan dan Kanak Kod ini menyatakan periklanan tidak boleh menggunakan sesuatu cara, barangan atau perkhidmatan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak dari segi fizikal, mental dan moral. Periklanan juga tidak boleh mengeksploitasi sikap percaya dan setia kanak-kanak. Bahagian Periklanan Ubat-Ubatan dan Rawatan Dalam kategori kesihatan, penggambaran video atau audio tentang doktor, jururawat dan doktor gigi tidak dibenarkan dalam ubat-ubatan.

13

Bahagian Wanita dan Lelaki dalam Periklanan Iklan mestilah tidak menjadikan wanita sebagai objek utama untuk menarik jualan. Lambang wanita dan lelaki mestilah sesuai dengan budaya tempatan dengan pakaian yang tidak mendedahkan aurat dan tidak kelihatan mengghairahkan. Bahagian Penggunaan Profesional dalam Periklanan Iklan haruslah menganjurkan mutu kehidupan yang lebih baik dan menyampaikan pesanan kedua seperti mesej-mesej untuk membina sikap berdisiplin, mengutamakan kebersihan dll. Iklan haruslah jangan menganjurkan dan memajukan gaya hidup yang keterlaluan.

14

Peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam kod ini haruslah dipatuhi bagi menentukan standard minimun yang diperlukan. Kod ini memberi kuasa kepada Menteri Penerangan untuk membuat sebarang pindaan dari semasa ke semasa bagi kepentingan negara. Semua skrip dan penerbitan akhir termasuk promo mestilah diserahkan kepada Bahagian Perdagangan, Kementerian Penerangan Malaysia untuk diluluskan sebelum disiarkan.
Semua iklan di wajibkan mendapatkan Sijil Made in Malaysia (MIM) dari Lembaga Penapisan Filem Negara (FINAS).

15

Iklan-iklan di Malaysia mesti dipastikan mencerminkan rakyat yang berbilang kaum. Pengakuan atau gambaran yang boleh menyinggung perasaan penganut agama lain, kebudayaan dan ideologi lain adalah dilarang. Adaptasi budaya asing yang tidak boleh diterima oleh sebilangan besar kaum turut diharamkan. Sebarang kenyataan atau gambar yang boleh menjatuhkan maruah mana-mana kaum dilarang.

Iklan yang mengajurkan penyertaan dan sumbangan yang sama antara kaum wanita dan lelaki dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat, ekonomi dan pembangunan negara adalah digalakkan.

16

Iklan yang menggunakan kepercayaan karut untuk mengeksploitasi kelemahan pengguna seperti penggunaan kata ajaib adalah dilarang. Iklan tidak menakut-nakutkan pengguna semata-mata untuk melariskan jualan. Bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna kod ini mengenakan peraturan tambahan bagi keluaran tertentu. Bagi bahan makanan dan minuman - iklan mestilah menunjukkan amalan pemakanan yang seimbang.

17

Bagi kod periklanan melaui pos nama pengiklan perlu dicatatkan dengan jelas serta nama pegawai yang bertanggungjawab menerima pertanyaan pada waktu pejabat juga dicatatkan di alamat ini. Di tempat berkenaan, sampel-sampel keluaran perlu disediakan untuk memberi peluang orang ramai untuk memeriksanya. Pengiklan perlu memberi jaminan akan memulangkan balik wang jika pembeli mempunyai alasan yang cukup untuk tidak berpuas hati dengan keluaran tersebut atau dengan kelewatan penghantarannya.

18

Dari segi keluaran, perkhidmatan dan adegan-adegan yan tidak boleh diterima kod ini telah menyeneraikan seperti:
Menyelitkan dalam iklan gambar orang yang telah mati. Daging babi @ keluaran dari daging babi. Alkohol dan minuman keras. Agensi pekerjaan tidak berlesen. Agensi mencari pasangan dan kelab surat-menyurat. Rokok yang berkaitan dengan tembakau. Adegan disko. Agensi yang memberi maklumat mengenai perjudian. Tukang tilik nasib dan seumpamanya. Promosi sebarang pertandingan, kecuali yang termasuk dalam rancangan yang ditaja.

19

Garis Panduan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Pihak Akhbar
Tidak menyiarkan gambar lelaki dan wanita berbogel atau separuh bogel. Tidak menyiarkan gambar yang mengghairahkan. Tidak menyiarkan iklan mengenail pil pencegah kehamilan.
20

Garis Panduan Kerajaan untuk Iklan-Iklan Rokok


Tidak seharusnya menunjukkan sebarang anggota tubuh manusia atau seluruh tubuh manusia atau sebarang pemetik api, beg, binatang atau pemandangan. Tidak seharusnya menunjukkan api rokokyang sedia menyala atau api rokok yang sedang dinyalakan. Tidak seharusnya menunjukkan tangan sedang mengeluarkan rokok dari kotaknya. Iklan rokok perlu mempunyai tanda amaran Amaran dari Kerajaan Malaysia: Merokok Membahayakan Kesihatan dalam huruf yang terang dan jelas supaya senang dibaca.

21

Peraturan & Perundangan Mengawal Periklanan Profesional


Beberapa profesion seperti peguam, doktor perubatan, doktor gigi, akauntan dan sebagainya dilarang membuat iklan.

Perkhidmatan juga tidak boleh diiklankan.


Iklan perumahan perlu mendapat kebenaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

22

Kod Amalan Periklanan ASAM (Lembaga Standard Periklanan Malaysia)


Industri periklanan telah menggubal Kod Amalan Periklanan ASAM untuk memastikan pengamalan yang beretika di kalangan mereka. Pihak yang terlibat ialah Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia, Persatuan Pengiklan malaysia, Persatuan Agen Pengiklanan Beriktiraf Malaysia dan FOMCA. Prinsip dan peraturan yang digariskan dalam kod ini ialah:
23

Fasal 1.1 - iklan tidak seharusnya mengandungi kenyataan atau penyampaian secara visual yang menghina nilai-nilai peradaban yang diamalkan oleh mereka yang didedahkan kepadanya. Fasal 2.1 - Ikla tidak seharusnya dirancang sehingga memperalatkan kepercayaan pengguna atau mengeksploitasi kekurangan pengalaman atau pengetahuan sseorang. Fasal 4.1 - Semua keterangan, dakwaan dan perbandingan yang berkaitan dengan fakta yang secara objektif dapat ditentukan perlu mampu menyokong kenyataannya.

24

Fasal 4.2.1 - Iklan tidak seharusnya mengandungi sebarang atau penyampaian secara visual yang secara langsung atau melaui kesan, perkara yang sengaja dibesar-besarkan yang berkemungkinan akan mengelirukan pengguna. Fasal 6.6.1 - Tidak ada sebarang iklan yang boleh membuat dakwaan ecara berlebihan atau keterlaluan yang ia memiliki ciri-ciri akta kualiti yang tidak menepati dakwaan itu.
25

KOD PERIKLANAN ANTARABANGSA


Perbadanan Transnasional (TNC) Berhubung dengan perlindungan pengguna, merujuk kepada isu-isu pokok seperti kesesuaian, mutu dan keselamatan barangbarang serta harganya dismaping maklumatmaklumat berhubung dengan sifat dan ciri-ciri barangan tertentu.

26

International Chamber of Commerce (ICC) Mengawal perjalanan urusan perdagangan di samping, semua iklan harus mengikut etika undang-undang. Ia juga mempunyai unsur-unsur tanggungjawab sosial serta tidak mempergunakan kepercayaan atau bersifat memperalatkan kejahilan pengguna.

27

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Menghentikan semua galakan jualan susu bayi berfomula kepada pengguna. Menghentikan pengedaran contoh-contoh percuma susu bayi berformula. Menghentikan penggunaan mothercraft dan penggunaan pegawai-pegawai kesihatan upahan. Menolak sebarang hadiah dari industri dan galakangalakan jualan lain kepada pegawai-pegawai kesihatan. Mendesak penggunaan label-label yang lebih berkesan dan bahan-bahan pendidikan dalam menyokong pemberian susu ibu serta menunjukkan perihal bahaya atau kesan pengambilan bahanbahan penyusuan tiruan.

28

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 (disemak 1982)


Ia dianggap sebagai perundangan umum yang mengawal sebarang penyelewengan maklumat dalam mana-mana iklan. Dikuatkuasakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kementerian ini dapat bertindak terhadap syarikat-syarikat yang memberikan kenyataan palsu atau yang mengelirukan dalam iklan. Pindaan 1982 akta ini menetapkan sesiapa yang bersalah di bawahnya boleh didenda sehingga RM 100,000 @ 3 tahun penjara @ kedua-duanya.

29

Seksyen 12 berhubung dengan maklumat yang diberi dalam periklanan. Akta ini memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk memperbanyak maklumat dalam iklan yang berkaitan dengan barangan. Tahun 1987 kerajaan telah menggubal satu peraturan untuk mengwal iklan lebih berkesan. Peraturan ini dinamakan Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1987 yang digubal di bawah seksyen 38A, Akta Perihal Dagangan 1972. Matlamat asas peraturan ini adalah untuk mengawal setiap kegiatan membekal dan menawarkan dengan harga jualan murah.

30

Tujuan melarang iklan lucah dan termasuklah iklan yang berhubung dengna rawatan untuk penyakit kelamin. Di bawah ordinan ini, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja yang mempamerkan kepada orang ramai sebarang gambar samada yang bercetak @ bertulis yang mengandungi unsur kurang sopan @ lucah. Denda yang dikenakan adalah hukuman penjara selama sebulan atau denda sebanyak RM 50.00. Beberapa peraturan dalam Akta FINAS boleh digunakan untuk mengawal iklan dalam filem yang difikirkan sumbang,lucah atau menjolok mata.

ORDINAN IKLAN-IKLAN LUCAH 1953

31

ORDINAN (iklan dan penjualan) UBATAN 1956


Digubal pada tahun 1956 dan perlu mendapat kebenaran daripada agensi-agensi kerajaan sebelum dapat menyiarkan semua iklan ubatubatan dan racun perosak. Matlamatnya untuk mengawal penjualan bahanbahan yang diakui sebagai ubat dan mencegah iklan ubat-ubatan seperti:
i. Merawat penyakit-penyakit yang telah dikhususkan dalam penyakit kronik. ii. Ubat mencegah kehamilan ( ubat perancang ) iii. Meningkatkan keupayaan seks.

32

Ordinan ini dipinda pada tahun 1976 dan 1980 untuk memperketatkan kawalan iklan ubatubatan di media massa. Setiap iklan ubat-ubatan serta rawatan @ peralatan perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan iaitu permit (K.K.L.I.U) sebelum boleh disiarkan. Lembaga iklan ubat berhak untuk memperkenalkan peraturan ke atas semua iklan ubat dan berhak menarik balik atau menolak sebarang kelulusan yang telah dibuatnya. Akta Makhluk Perosak 1974 membanteras penyalahgunaan racun makhluk perosak.

33

Akta Makhluk Perosak 1974 digubal khusus untuk mengawal periklanannya dan iklan yang ingin disiarkan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga Racun Makhluk Perosak, Kementerian Pertanian sebelum disiarkan. Malaysia menekankan dan mengambil berat perihal makanan dan minuman dengan mengadakan Akta Pemakanan 1982. Tujuan bagi memastikan periklanan tidak membuat sebarang pengakuan yang mengelirukan. Sebarang pengakuan kesihatan tentang makanan dan minuman perlu mendapat kelulusan Unit Kawalan Mutu Makanan.

34

Pada 15 Mac 1980, Malaysia telah mengeluarkan garis panduan bagi menghentikan tabiat merokok. Antara perkara penting dalam garis panduan adalah:
i. Iklan rokok dilarang menunjukkan sebarang tubuh manusia @ seluruh tubuh manusia @ sebarang pemetik api, beg, binatang @ pemadangan. ii. Dilarang menunjukkan api rokok yang sedia dinyalakan @ sedia menyala. iii. Semua iklan perlu mempunyai tanda amaran iaitu Amaran dari Kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan dalam huruf terang dan jelas supaya senang dibaca.

35

You might also like