You are on page 1of 23

PRA3101 : ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pensyarah : Puan Rajmah Othman Disediakan oleh : Norlizah Binti Waimin

Pendidikan

awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanakkanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Pendidik kanak-kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu (early childhood) dan pendidikan awal kanakkanak sebagai (early childhood education).

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun (Taska) tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 (308) dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun (Tadika) tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (550). Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanakkanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Menerangkan konsep pendidikan awal kanakkanak di Malaysia

Mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat pertama : Taska untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun. Peringkat kedua : Prasekolah/Tadika untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Oleh itu, pendidikan Prasekolah adalah program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selama setahun sebelum masuk ke tahun 1.

Memenuhi

tahap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. 90% daripada perkembangan otak juga berlaku secara optimum sebelum kanakkanak mencapai umur 5 tahun. Perkembangan kognitif adalah pesat semasa berumur 2 tahun hingga 6 tahun.

Agensi Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Luar Bandar & Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Perpaduan Negara

Agensi Bukan Kerajaan Tadika di bawah badan keagamaan seperti PERKIM, ABIM, PASTI Tadika di bawah NGO seperti KIWANIS, SPASTIK Tadika di universiti seperti Persatuan Wanita Universiti Malaya Tadika di bawah badan-badan korporat seperti PROTON, TELEKOM Tadika persendirian

Bermaksud

Taman Asuhan Kanak-kanak. Menerima pendaftaran 10 orang atau lebih kanakkanak yang berumur di bawah 4 tahun. Perkhidmatan adalah sepanjang hari, separuh hari dan mengikut kadar jam. Jenis aktiviti di taska adalah mengikut peringkat umur. Makanan adalah seimbang dan berkhasiat untuk tumbesaran kanak-kanak. Maklumat berkaitan boleh dirujuk pada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308).

Menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang selama 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja selama 5 hari seminggu. Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat. Menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di integrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

Bahasa

dan Komunikasi Pendidikan Kerohanian dan Moral Perkembangan Kognitif Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal Kreativiti dan Estetika

Bermaksud Taman Didikan Kanak-kanak. Beroperasi berpandukan Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan. Jumlah kanak-kanak adalah seramai 25 orang. Kanak-kanak berdaftar berumur antara 4-6 tahun. Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada 3 jam sehari dalam 5 hari seminggu. Maklumat berkaitan boleh merujuk Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Bermaksud Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) iaitu program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain yang diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.

Konsep tersebut telah diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi. Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

Kurikulum Tabika KEMAS menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan penggunaannya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu : i ) Komunikasi ii) Kerohanian, Sikap dan Nilai iii) Kemanusiaan iv) Keterampilan diri v) Perkembangan Fizikal dan Estetika vi) Sains dan Teknologi Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :

Belajar Melalui Bermain Proses yang memberikan pengalaman bermakna dan membantu perkembangan ke tahap maksimum. Ia membantu meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Bertema Melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Bersepadu Membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain . Ini menyediakan kanak-kanak meneroka sesuatu topik, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan serta memperkaya pengalaman pembelajaran. Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Ia bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan. Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di Tabika.

Program Tabika Perpaduan diperkenalkan pada tahun 1976. Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Di samping itu, tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka.

Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan penggunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 3 jam sehari di samping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang mencintai pendidikan Islam. PASTI memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA memberi peluang kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut: I. Berumur satu hingga empat tahun ii. Menetap di pinggir/luar bandar iii. Keluarga berpendapatan rendah iv. Berbilang kaum dan agama

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Secara keseluruhannya, pendidikan prasekolah membolehkan murid mempunyai peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Selain itu, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya takdir itu indah putryliza90@yahoo.com

You might also like