You are on page 1of 15

Tajuk: Ujian makanan.

Experiment A: Objektif :

Untuk menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak di dalam sampel makanan. Pengenalan: Makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betul untuk mendapatkan tenaga. Kandungan nutrien di dalam sampel makanan yang berbeza boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian makanan. Pengetahuan teoritikal: Makanan manusia boleh dibahagikan kepada tujuh kelas makanan yang utama:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Karbohidrat. Protein. Lemak. Vitamin. Garam mineral. Air. Pelawas.

Karbohidrat merupakan satu kumpulan sebatian organik yang mengandungi unsur,unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen. Kanji Merupakan sumber karbohidrat yang paling penting dalam makanan. Kehadiran kanji boleh diuji dengan larutan iodin. Karbohidrat dibahagikan kepada: a. Monosakarida b. Disakarida. c. Polisakarida. Kehadiran gula penurunan ( monosakarida) boleh dikesan dengan larutan Fehling atau Benedict untuk menurunkan ion kuprum (ii) kepada ion kuprum (i) oksida dengan membentuk mendakan merah bata.

Protein Merupakan sebatian organik yang komplks dan terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kehadiran protein boleh dikesan dengan ujian Biuret dan ujian Millon. Lemak merupakan sumber tenaga. Lemak dan minyak dibentukkan daripada unsur, karbon, hidrogen dan oksigen sepertimana karbohidrat. Kehadiran minyak meninggalkan kesan lutcahaya pada kertas turas kerana minyak mengandungi lemak. Senarai Radas dan bahan :

Larutan iodine, larutan Benedict, larutan sodium hidrogen karbonat, 20% larutan NaOH, HCI, 1% larutan kuprum (II) sulfat. 5 sampel makanan: A- larutan kismis/kurma, B- kacang tanah kisar,C- susu, D-madu lebah, E- mayonis. Tabung uji, pemegang tabung uji, bikar, penunu Bunsen, penitis, kasa dawai, tungku kaki tiga, kepingan marmar putih dan kertas turas.

Prosedur

1. 5 sampel makanan dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan A,B,C,D,E. 2. 5 sampel makanan diletakkan pada kepingan marmar putih yang berlabel A, B, C, D, E. 3. setiap sample makanan diuji untuk mengetahui kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak. 4. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

PEMERHATIAN DAN Keputusan:

Sample makanan

Ujian untuk mengesan Kanji

Prosedur

Pemerhatian

Inferens

1. 2ml setiap sample makanan disediakan di atas marmar putih. 2. larutan iodin dititiskan. 3. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

Sampel makanan B DAN E bertukar menjadi biru kehitaman manakala sampel makanan yang lain tetap kuning kecoklatan.

Sampel makanan B DAN E mengandungi kanji.

Gula penurun

1. 1ml setiap sample makanan dimasukkan ke dalam tabung uji. 2. 1ml larutan benedict dicampurkan ke dalam setiap sample makanan. 3. campuran digoncangka n dan

Mendakan merah bata terhasil pada sampel makanan A DAN D. Sampel makanan yang lain tetap berwarna biru.

Sampel makanan A DAN D mengandungi gula penurun.

diletakkan dalam kukus air selama 2 minit. 4. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

Gula bukan penurun

1. 2ml setiap sample makanan disediakan uji. 2. beberapa titis HCI dicampurkan ke dalam setiap sample makanan. 3. campuran dididihkan selama 5 minit dalam didihan air.

Mendakan merah bata terhasil dalam sampel makanan B DAN E. Sampel tetap berwarna biru.

Sampel makanan B DAN E mengandungi gula bukan penurun.

dalam tabung makanan yang lain

4. tabung uji dengan campuran disejukkan di bawah air paip. 5. larutam sodium hydrogen karbonat ditambahkan. 6. ujian benedict dilakukan. 7. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

Protein

1. 2ml setiap sample makanan disediakan uji. 2. 1ml larutan natrium

Sampel makanan B DAN C bertukar menjadi warna ungu. Sampel bertukar menjadi warna biru.

Sampel makanan B DAN C mengandungi protein.

dalam tabung makanan yang lain

hidroksida dicampurkan ke dalam setiap sample makanan. 3. campuran digoncang. 4. 2 titik larutan kuprum II sulfat dicampurkan dengan perlahan ke dalam setiap sample makanan. 5. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

LEMAK

1. sedikit sample makanan disapukan di atas sehelai kertas turas.

Kertas turas yang disapu dengan sampel makanan B , D DAN E menghasilkan tanda lutcahaya.

Sampel makanan B , D DAN E mengandungi lemak.

2. kertas turas dibiarkan mengering. 3. kertas turas dihadapkan ke arah cahaya. 4. pemerhatian dan keputusan ujian direkodkan.

Keputusan

: Kanji Gula bukan Penurun Gula Penurun Protein Lemak

Alarutan kismis/kurma Bkacang tanah kisar Csusu D-

madu lebah Emayonis

Perbincangan :

1. Apabila gula penurun dipanaskan dengan larutan Benedict, gula penurun itu akan mengurangkan warna kebiruan kuprum (II) sulfat di dalam larutan Benedict untuk menjadi warna merah bata kuprum (I) oksida. 2. a) Mendakan merah bata menunjukkan kehadiran gula penurun b) Warna larutan di akhir eksperimen bergantung kepada jumlah mendakan yang terhasil. Oleh sebab itu, warna larutan bertindak sebagai penanda jumlah gula penurun yang terdapat di dalam larutan c) Jika larutan itu berwarna merah bata, ini menunjukkan bahawa terdapat gula penurun yang banyak di dalamnya namun larutan itu akan menjadi warna kuning atau hijau jika jumlah gula penurun di dalamnya adalah sedikit. Larutan kebiruan itu tidak akan berubah jika gula penurun tiada di dalam larutan tersebut.

Rumusan: duno Langkah berjaga-jaga: Duno

Experiment 2:

Tajuk: Ujian makanan

Objektif

Untuk menguji kandungan vitamin C dalam pelbagai jus buah-buahan.

Hipotesis

Buah limau kasturi mengandungi lebih banyak vitamin C daripada buah belimbing dan jambu batu.
Pengenalan:

Vitamin memainkan peranan penting dalam fisiologi dan metabolisma badan. Pengetahuan teoritikal: Vitamin adalah bahan organik, iaitu bahan yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen. Kehadiran vitamin C dapat diuji dengan larutan DCPIP. Senarai Radas dan bahan :

Larutan 0.1% dichlorophenolindiphenol (DCPIP) Larutan 0.1% asid askorbik Jus buah limau kasturi, jambu batu, belimbing yang baru disediakan dan segar Picagari berjarum ( 1ml dan 5ml), Tiub specimen, Kain kasa, Pisau dan bikar.

Prosedur 1. 2. 3.

1 ml larutan 0.1% DCPIP dimasukkan ke dalam tabung uji. larutan 0.1% asid askorbik dimasukkan ke dalam picagari 5ml. larutan 0.1% asid askorbik dicamparkan ke dalam larutan DCPIP sehingga

dinyawarnakan. 4. isipadu larutan asid askorbik yang digunakan dicatatkan. 5. langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan jus buah-buahan.

6. isipadu jus buah-buahan yang diperlukan untuk menyahwarnakan larutan DCPIP dicatatkan.

Keputusan

Jus buah-buahan

isipadu yang digunakan untuk menyahwarnakan 1ml 0.1% larutan DCPIP (ml) 1 2 1.0 3 1.0 Purata 1.0

Peratusan asid askorbik dalam jus buah (%)

Kandungan asid askorbik dalam jus buah (mg ml-)

0.1 % asid askorbik Jus lmau kasturi

1.0

1.0/1.0 x 0.1 = 0.010%

1.0/1.0 x 0.1 = 0.10mg ml 1.0/2.6 x 0.1 = 0.38mg ml 1.0/8.3 x 0.1 =

2.5

2.9

2.5

2.6

1.0/2.6 x 0.1 = 0.038%

Jus belimbing

8.0

8.5

8.4

8.3

1.0/8.3 x 0.1 =

0.012% Jus jambu batu 4.5 3.9 4.2 4.2 1.0/4.2 x 0.1 = 0.024%

0.12mg ml 1.0/4.2 x 0.1 = 0.24mg ml

Perbincangan 1.

Kepekatan vitamin C dalam buah-buahan ditentukan dengan menggunakan Vitamin C menyahwarnakann larutan DCPIP. yang diperlukan

larutan DCPIP. 2.

Sekiranya kepekatan vitamin dalam jus tinggi, jus buah

untuk melunturkan warna 1 ml larutan DCPIP menjadi sikit.

Rumusan

Buah limau kasturi mengandungi lebih banyak vitamin C daripada buah belimbing dan jambu batu. Langkah berjaga-jaga: 1. larutan DCPIP tidak harus digoncang dengan kuat untuk mengelakkan pengoksidaan.

2. jus yang baru dan segar harus digunakan bagi memastikan konsistensi experiment. Jawapan untuk soalan: I copy from net but some of the question different so u taip n do urself la.TQ SOALAN: 1. Jelaskan mengapa diet kita mesti mengandungi :karbohidrat; buah-buahansegar; susu; natrium klorida. Sajian yang kita ambil perlu mempunyai nutrient tersebut untuk memastikan badan kita mendapat keperluan yang sempurna. Karbohidrat amat penting bagi tubuh kita kerana kelas makanan ini adalah sumber tenaga utama bagi tubuh kita. Buah-bauhan segar pula penting untuk memastikan badan kita mendapat vitamin yang secukupnya bagi mencegah sebarang penyakit yang merbahaya. Susu pula adalah sumber kalsium yang amat tinggi. Badan kita memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

2.

Bagaimana vegetarian memastikan bahawa mereka menerima diet yang seimbang? Mereka akan mengambil kekacang sebagai sumber protein untuk menggantikan daging. Kekacang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berkhasiat untuk tubuh badan mereka.

3.

Badan manusia tidak dapat mencerna pelawas. Namun, kenapa pelawas masih penting dalam diet manusia? Badan manusia memerlukan pelawas kerana fungsi utama pelawas adalah untuk memastikan system perkumuhan badan manusia berjalan dengan lancer dan berfungsi dengan baik. Pelawas mempercepatkan proses penyahtoksin dan

bahan buangan dari dalam badan, menghalang mereka dari kekal berada dalam usus untuk satu jangka masa yang terlalau lama yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit.

4.

Seorang kawan anda yang mengalami masalah berat badan memutuskan untuk diet secara mendadak. Dia memberitahu anda bahawa dia hanya akan mengambil buah anggur dan air kopi selama dua minggu. Apakah nasihat yang akan anda beri kepadanya? Sesungguhnya diet secara mendadak hanya akan memberi kesan yang lebih buruk kepada kesihatan badan kita sendiri. Badan kita memerlukan nutrient yang cukup dari segala segi. Buah anggur sememangnya mengandungi pengantioksidaan dan vitamin, namun hanya mengambil buah anggur merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana nutrient yang akan diterima adan kita tidak mencukupi. Manakal kpi mengandungi kafein yang memberi ketahanan badan terhadap sesuatu namun hanya dalam jangka masa yang seketika sahaja. Lama-kelamaan badan kita akan mengalami sakit kerana tidak cukup nutrient yang diperlukan oleh badan.

5.

Orang eskimo yang biasanya mengambil ikan, daging ikanpaus, dan minyak singa laut berbanding mentega dan daging lembu mempunyai potensi yang rendah untuk mendapat serangan jantung. Terangkan. Perkara ini berlaku kerana mereka mengambil daging putih dan bukannya daging merah. Daging putih amat berkhasiat dan tidak mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Perkara sebaliknya yang berlaku kepada daging merah kerana mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Oleh itu, kandungan lemak tepu di dalam badan mereka akan menjadi rendah dan mengurangkan risiko untuk mereka mendapat serangan jantung. Rujukan:

1. buku rujukan biologi tahun 4 delta 2. buku rujukan spm biologi arah pendidikan sdn bhd 3. http://books.google.com/books? id=Me55xzJfSnwC&pg=PA236&lpg=PA236&dq=prosedur+ujian+benedict&sourc e=bl&ots=vcwEoseCdc&sig=40s4MNofl8KvijHyQD3A3Q_1KYI&hl=en&ei=pHxG TuujLZDsrQe8gsXvAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CCs Q6AEwAg#v=onepage&q=prosedur%20ujian%20benedict&f=false

You might also like