You are on page 1of 17

2.0 Penghadaman dan Penyerapan 2.

1 Proses dan Penyerapan Nutrient Nutrient mesti diangkut ke tempat-tempat di dalam tubuh apabila telah diserap daripada usus. Jantung yang berfungsi untuk mengepam darah akan bertindak untuk mengangkut nutrient ke seluruh tubuh badan. Salur pencernaan memerlukan bekalan darah untuk kegunaannya selain membawa nutrient beserta oksigen ke dalam tisu-tisunya sendiri. Arteri berfungsi untuk membawa darah ke setiap bahagian salur pencernaan di samping membawanya ke organ tubuh yang lain. Beberapa arteri gastrik akan bergerak ke perut, manakala arteri rektal akan bergerak ke rektum. Selain itu, vena yang biasanya memulangkan darah yang telah digunakan terus ke jantung setelah oksigen dan nutrientnya diambil oleh tisu. Namun demikian, darah yang meninggalkan usus kecil dan usus besar sebenarnya mengandungi banyak nutrient yang telah diserap daripada makanan yang telah dihadam. Sebahagian besar daripada nutrient ini perlu dihantar ke hati untuk diubah dan disimpan. Oleh itu, vena yang meninggalkan usus akan seterusnya bercantum dan membentuk satu saluran besar, iaitu vena portal, yang menuju ke hati. Darah ini akhirnya akan meninggalkan hati seperti biasa dan mengalir ke jantung melalui vena hepatik. Arteri dan vena yang membekalkan darah ke usus bukanlah dalam keadaan yang longgar dan tidak tetap di dalam abdomen malah, saluran ini sebenarnya terbenam di dalam satu lapisan tisu yang besar disebut mesenteri yang menyambung kukuh usus dengan dinding belakang sebelah dalam abdomen. Mesenteri terlipat di sekeliling gelung usus yang banyak. Dengan kehadiran mesentari, semua usus ini berada dalam keadaan yang tetap dan tidak menjadi kusut atau terikat sewaktu proses pergerakan peristalsis.

3.2 Proses dan Penyerapan Karbohidrat Sebelum karbohidrat dapat melakukan tugasnya, karbohidrat perlu ditukar menjadi unit yang kecil supaya mudah merentas dinding usus dan terus ke dalam darah. Proses penukaran karbohidrat kepada bentuk monosakarida dengan enzim tertentu dalam tubuh dikenali sebagai pencernaan. Enzim yang terlibat ialah amylase yang memecahkan kanji dan yang mendegradasikan disakarida ialah sukrase, lactase dan maltase. Pencernaan kanji bermula di dalam mulut oleh enzim amilase air liur (ptialin), kanji akan dihidrolisiskan kepada dekstrin dan maltose. Aktiviti amilase akan terus berlaku sehingga asid hidroklorik di perut memusnahkan enzim amilase ini. Di dalam perut, jika sekiranya makanan berada lama di situ, asid hidroklorik mungkin akan menghidrolisiskan sukrosa kepada bentuk

monosakarida. Namun begitu, perut selalunya akan dikosongkan sebelum tindakan ini berlaku. Pencernaan karbohidrat selalunya berlaku di usus kecil. Oleh itu, amylase dari pancreas akan menukarkan kanji kepada dekstrin dan maltose, dan maltase dari sel mukosa pula akan menukarkan maltose kepada unit glukosa. Penukaran ini berlaku di permukaan sel epithelium yang melapisi usus yang disebut pinggir berus. Di bahagian ini juga beberapa endoenzim, iaitu sukrase, lactase, maltase dan isomaltase akan bertindak terhadap sukrosa, laktosa, maltose dan isomaltosa. Perlu difahami bahawa penyerapan disakarida berlaku serentak dengan proses pencernaannya. Hasil daripda pencernaan ini, iaitu glukosa, galaktosa dan fruktosa akan merentasi sel mukosa dan diserap secara aktif dengan adanya pembawa untuk membawanya ke hati dari saluran darah. Glukosa dan galaktosa memerlukan natrium sebagai pembawa untuk proses penyerapan ini. Oleh sebab glukosa dan galaktosa menggunakan mekanisma pengangkutan yang sama, kedua-duanya akan bertanding untuk diserap ke dalam darah. Fruktosa pula akan diserap secara resapan mudah dan mekanismenya kurang cepat berbanding dengan pengangkutan aktif. Kadar pengangkutan gula yang berbeza-beza akan ditunjukkan seperti di bawah.

Dari sel mukosa, galaktosa dan glukosa akan diangkut ke hati, dan dari hati glukosa akan dibawa ke tisu yang memerlukannya. Ada sedikit glukosa yang disimpan sebagai glikogen dalam hati dan otot. Fruktosa juga akan dinagkut

oleh darah ke hati. Di hati, fruktosa tersebut juga akan bertukar kepada glukosa. Bentuk karbohidrat yang utama digunakan dalam tubuh ialah glukosa dan glukosa ialah bentuk gula yang selalu berada di dalam darah. Dengan itu, glukosa dikenal sebagai gula darah. Dalam masa setengah jam hingga 1 jam selepas makan, gula darah akan meningkat kepada 130 mg hingga 150mg/100 ml darah. Aras glukosa darah selepas berpuasa satu malam pada seseorang normal ialah 80g?100 ml. aras glukosa darah dikawal terutamanya oleh hati. Hati akan mengambil atau mengeluarkan beberapa banyak glukosa apabila bergerak balas kepada isyarat hormone dan aras glukosa sendiri. Insulin ialah hormone yang dirembeskan oleh sel pancreas. Insulin penting untuk memasukkan glukosa ke dalam sel otot dan adipos. Hormone glucagon pula dirembeskan oleh sel pancreas dan akan bergerak balas pada aras gula darah yang rendah. Organ sasaran glucagon ialah hati. Apabila aras gula glukosa dalam darah rendah, glucagon akan merangsang penguraian glikagon, dengan itu akan mengeluarkan glukosa dari hati ke dalam darah. Darah pula akan membawa gula glukosa ke semua tisu dalam tubuh. Di sini setiap sel akan mengambil glukosa dan menggunakannya sebagai sumber tenaga. Fruktosa dan galaktosa boleh didapati dalam sistem edaran darah jika kita mengambilnya dengan banyak atau jika berlaku kerosakan pada hati. Karbohidrat dalam bentuk selulosa, hemiselulosa dan lignin tidak boleh dicernakan oleh manusia. Dengan itu, ia akan dikumuhkan bersama-sama tinja. Oleh sebab karbohidrat jenis ini boleh menyerap air dan membuatkan tinja itu lembut maka karbohidrat itu dapat menolong mengatasi masalah sembelit. Hanya anai-anai dan haiwan yang mempunyai perut rumen seperti lembu boleh mencernakan karbohidrat selulosa. Setelah semua karbohidrat dalam bentuk monosakarida dibawa ke hati, karbohidrat tersebut akan digunakan dalam satu daripada proses yang berikut.

2.3 Proses dan Penyerapan Lipid

Pencernaan lemak bermula di perut oleh tindakan lipase gastrik, tetapi enzim ini hanya boleh memutuskan trigliserida asli yang berantai pendek (seperti mentega) kepada asid lemak dan gliserol. Dengan adanya lemak dan diet, makanan akan berada di perut lebih lama. Lemak yang dimakan bersama-sama makanan lain akan masuk ke usus kecil dan merangsang pengeluaran enterogastron, yang akan menghalang rembesan dan pergerakan gastrik. Makanan mungkin akan berada di perut selama 4 jam atau lebih lama sebelum ke usus kecil. Oleh sebab itu, kita akan berasa kenyang lebih lama. Di usus kecil, hempedu akan bertindak terhadap lemak bermolekul besar supaya dapat diuraikan kepada molekul yang lebih kecil (pengemulsian). Hempedu ialah rembesan dari hati dan terdiri daripada asid hempedu (asid glikokolik dan taurokolik), pigmen hempedu (memberi warna kepada najis), garam tak organic, sedikit protein, kolesterol, lesitin dan beberapa bahan yang dimatebolismekan dan dirembeskan oleh hati, iaitu seperti ubat yang telah dinyahtoksik. Hempedu tidak mengandungi apa-apa enzim. Dua pain ( 1liter) hempede akan dirembeskan dari tempat simpanannya, iaitu pundi hempedu, ke duodedum setiap hari, apabila ada makanan dalam duodenum dan perut. Pengemulsian asid hempedu akan menghasilkan glubol lemak yang lebih mudah dicernakan oleh lipase pancreas. Sebahagian kecil lemak juga akan dicernakan oleh lipase enteron. Enzim lipase selalunya akan memutuskan 2 daripada 3 asid lemak pada trigliserida. Dengan itu, asid lemak bebas dan monogliserida bersama-sama garam hempedu akan membentuk kompleks yang dinamai misel. Misel ini akan melekat di permukaan mikrovilus dan bahagian lipidnya akan masuk ke sel-sel secara resapaj ringkas. Garam hempedu pula akan terpisah daripada komponen lipid dan masuk balik ke bahagian lumensaluran pencernaan.kebanyakan garam hempedu akan diserap balik di bahagian terminal ileum dan dikitar balik ke hati untuk memasuki usus melalui hati dan hepatic asid hempedu. Takungan asid hempedu mungkin akan dikitar sebanyak 3 hingga 15 kali sehari bergantung pada banyak mana makanan diinges. Asid lemak dan monogliserida yang kini ada di sel mukosaakan terus dicernakan untuk menjadi asid lemak bebas dan gliserol. Sesudah itu asid lemak itu akan menyusun semula bagi membentuk trigliserida. Trigliserida ini bersama-sama

kolesterol dan fosfolipid akan dikelilingi oleh satu lapisan protein, iaitu beta-lipoprotein untuk membentuk kilomikron. Kilomikron akan memasuki lacteal di vilus dan dibawa oleh salur limfa ke duktus toraks dan terus ke darah untuk dibawa kehati dan tisu adipos untuk proses metabolisme dan disimpan. Kolesterol juga diserap dengan cara yang sama selepas dihidrolisasikan daripada bentuk ester oleh enzim esterase kolesterol pancreas. Vitamin larut lemak A,D,E dan K juga diserap dalam bentuk misel. Lemak yang berantai sederhana dan pendek iaitu kurang daripda 10 karbon, boleh diserap terus ke sel mukosa, tanpa memerlukan asid hempedu dan pembentukan misel. Dari sel mukosa, lemak ini akan diangkut ke dalam darah melalui vena portal untuk dibawa ke hati. Sifat ini berguna bagi pesakit yang tidak boleh menyerap lemak diet berantai panjang akibat kekurangan garam hempedu yang perlu untuk pembentukan misel. Dengan ini, trigliserida berantai sederhana akan digunakan sebagai sumber lemak dalam diet. Penyerapan lemak akan berkurangan apabila berlaku perubahan di mukosa usus, pergerakan di usus akan bertambah dan tiada hempedu. Lemak yang tidak dicerna akan dikeluarkan bersama-sama tinja. Bagi orang dewasa yang sihat, banyaknya lemak yang perlu ada di dalam tinja ialah setakat 5 g. sekiranya lemak berada berlebihan dalam tinja keadaan ini disebut steatorea.

2.4 Proses dan Penyerapan Vitamin Menurut Suriah Abdul Rahman, vitamin merupakan satu kumpulan kompleks organic yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit daripada diet, iaitu sama ada dalam unit milligram atau microgram. Vitamin yang larut dalam lemak meliputi vitamin A,D,E dan K. vitamin ini juga melalui proses penyerapan di mana vitamin ini diserap oleh usus bersama-sama dengan lemak dan lipid pada makanan. 2.4.1 Penyerapan Vitamin A Vitamin A ester dalam diet akan dihidrolisis di bahagian lumen usus kecil untuk membentuk retinol. Retinol pula akan memasuki dinding sel mukosa, di sini retinol akan diesterkan lagi dan dibawa dalam bentuk retinil ester ke hati tempat ia disimpan. Di bahagian usus hanya sebahagian karotenoid akan diserap dalam bentuk beta karotena. Dari beta karotena yang diserap akan ditukar menjadi retinol ester setelah proses penyerapan ke dinding sel mukosa. Hati dan mukosa usus pula mempunyai enzim yang memangkinkan penurunan aldehid kepada bentuk alcohol. Oleh sebab vitamin A dan karotena larut lemak dengan itu factor-faktor (garam hempedu dan lipase) yang mempengaruhi penyerapan lemak akan mempengaruhi penyerapannya. Penyerapan asid retinoik berbeza daripada retional atau retinil ester, iaitu asid retinoik akan memasuki edaran darah melalui sistem portal bukan sistem limfa. Dalam darah, vitamin A akan diangkut bersama-sama lipid dalam bentuk kilomikron dan lipoprotein dalam limfa. Kemudian barulah dimasukkan ke peredaran darah dan dan dibawa ke hati. Retinol dikeluarkan dari hati dengan secara terikat pada protein pengikat retinol yang disintesiskan oleh hati. Retinol pengikat protein (RBP) akan membentuk kompleks dengan serum praalbumin yang juga dikeluarkan oleh hati dan ada dalam darah. Retinol pengikat protein akan mengangkut vitamin A dalam darah dan mungkin

dikeluarkan dari edaran oleh ginjal. Asid retinoik mungkin diangkut terikat kepada albumin serum. Ia akan cepat dimetabolismekan dan dikumuhkan pada urin dan hempedu. Lebih kurang 90 peratus vitamin A pada manusia disimpan dalam hati. Yang lain ada di bahagian lemak paru-paru dan ginjal.

2.4.2 Penyerapan Vitamin D Vitamin D dapat diperoleh dalam bentuk prabentuk vitamin D secara ingesi atau dengan dedahan kepada cahaya matahari. Vitamin yang dimakan atau diinges akan diserap bersama-sama lemak dari usus dengan bantuan hempedu. Manakala yang dari kulit akan diserap ke dalam darah. Keduaduanya dibawa oleh aliran darah secara terikat pada protein pengikat plasma vitamin D untuk ditukarkan kepada bentuk aktif. Tempat simpanan vitamin D ialah hati, kulit, otak, tulang dan mungkin tisu-tisu lain.

2.4.3 Penyerapan Vitamin E Vitamin E diserap seperti vitamin larut lemak yang lain. Tokoferol daripada sumber haiwan dan tumbuhan akan diserap ke dalam usus kecil setelah didedahkan kepada hempedu dan jus pancreas. Vitamin E ini yang akan diangkut terikat kepada kilomikron dan dibawa ke hati. Di sini, vitamin E itu akan disimpan atau dikeluarkan ke dalam edaran darah. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam asid linoleic dan asid lemak politak tepu akan menahan penyerapan vitamin E, iaitu dengan mengurangkan pembentukan misel. Pembentukan misel penting bagi penyerapan vitamin E. Dengan itu, apabila diet anda mengandungi kadar lemak politak tepu yang tinggi, vitamin E perlu diambil dengan banyak. Vitamin E dalam plasma dibawa oleh lipoprotein. Jika kepekatan lipoprotein darah berubah aras di plasma juga berubah. Vitamin disimpan dalam beberapa tisu, otot, uterus, hati dan jantung. Pituitary dan kelenjar adrenal mengandungi kepekatan vitamin E yang tinggi. Pada aras pengambilan yang normal, 40 hingga 60 peratus vitamin E akan diserap. Apabila pengambilan vitamin E meningkat, peratusan yang diserap akan berkurang. Vitamin E yang berlebihan boleh bergabung dengan bahan-bahan lain dan dikumuh dalam urin atau hempedu.

2.4.4.Penyerapan Vitamin K Vitamin K pula melalui proses penyerapan apabila vitamin K diserap dari usus kecil setelah didedahkan pada hempedu dan jus pancreas. Vitamin K diangkut secara terikat dengan kilomikron ke hati. Di situ, vitamin K akan disimpan atau dikeluarkan ke dalam edaran darah. Dalam edaran darah, vitamin K diedar secara terikat dengan -lipoprotein pula. Mereka yang hiperlipidemia didapati mempunyai aras vitamin K yang tinggi. Kajian dengan menggunakan isotope menunjukkan vitamin K dikumuhkan dalam hempedu dan urin. Sejenis bahan antigumpal, bishidroksi koumarin (Dikumarol) yang serupa dari segi kimia dengan vitamin K, merangsang pembentukan vitamin K oksida di hati. Bahan ini akan merencatkan atau mengganggu tugas vitamin K bagi merangsang pertukaran protrombin kepada thrombin.

3.5 Penyerapan Air dan Elektrolit Kebanyakan air yang diambil akan diserap oleh organ trek pencernaan. Terdapat beberapa factor yang menentukan proses penyerapan. Satu daripadanya ialah kaitan osmosis dalam usus kecil. Jika larutan makanan lebih pekat daripada darah atau bendalir tisu di bahagian trek pencernaan ini, air akan dibawa masuk ke lumen saluran pencernaan (gut) daripada dua sumber bendalir tubuh. Ini merupakan satu cara badan kita menjaga konsistensi optimum makanan semasa makanan bergerak dalam usus kecil. Air lebih mudah diserap jika diambil dalam bentuk minuman sahaja atau diambil bersama-sama makanan. Satu lagi yang mempengaruhi penyerapan air di usus kecil dan usus besar ialah bentuk komponen karbohidrat makanan yang dimakan. Bahan makanan tertentu (terutama polisakarida seperti pectin) membentuk gel dalam sistem pencernaan yang akan mengikat air dan dengan itu mengurangkan penyerapannya dari usus. Oleh sebab tindakan ini akan meningkatkan kandungan air tinja, maka makanan seperti ini biasanya dianggap sebagai pelawas. Dalam keadaan normal, hamper semua air dalam 7 hingga 9 liter jus penghadaman dan bendalir ekstrasel lain yang dirembeskan setiap hari ke dalam trek gastrousus akan diserap semula dim ileum dan kolon, melainkan 100ml yang dikumuh bersama tinja. Oleh sebab isi padu air yang diserap semula adalah lebih kurang dua kali ganda isi padu plasma, kehilangan gastrousus yang berlebihan melalui diarea akan menyebabkan kesan yang serius, terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Kehilangan bendalir, iaitu sekunder kepada diarea, telah di banyak Negara

menyebabkan

kematian

dalam

kalangan

kanak-kanak

membangun. Kehilangan air yang tidak normal boleh juga berlaku melalui pendarahan, kebakaran, nasogastric dan pengambilan diuretic. Apabila pengambilan air tidak cukup atau kehilangan air berlebihan, ginjal iaitu organ yang mengatur kehilangan air akan memelihara atau menyimpan air dan mengumuhkan urin yang lebih pekat. Tubul renal akan bergerak balas

kepada tindakan hormone ADH untuk meningkatkan penyerapan semula air. Semasa pendehidratan, spesifik gravity urin meningkat lebih daripada aras normal, iaitu 1.008 kepada 1.030. kehilangan air yang berlebihan akan mengubah keseimbangan elektrolit. Elektrolit ialah bahan apabila di larut dalam air, akan berpisah kepada bercas positif dan negative. Elektrolit merupakan garam ringkas tak organic natrium, kalium atau magnesium atau kompleks molekul organic. Intoksifikasi air berlaku apabila berlaku berlebihan air dan isi padu bendalir intrasel, dan ini menyebabkan pencairan osmolar. Keadaan ini berlaku jika air diberi berlebihan selepas pembedahan, trauma atau apa-apa keadaan yang menyebabkan kehilangan garam dan air dan di samping itu ADH dan ginjal tidak bergerak balas. Peningkatan isi padu bendalir intrasel menyebabkan sel terutama di otak akan membengkak dan ini akan menyebabkan sakit kepala, loya, muntah, sentakan otot, sawan dan kematian. Kabur penglihatan dan buta juga boleh berlaku. 2.5.2 Kesan Penyekatan Air Manusia yang tidak menggantikan kehilangan peluh yang banyak akan mengalami beberapa perubahan. Antaranya ialah: a) Kadar nadi dan suhu rektal meningkat b) Respirasi meningkat c) Jari dan kaki kebas d) Kepekatan darah meningkat e) Isi padu darah berkurangan dan peredaran darah lebih susah. Kesusahan dan kekurangan peredaran darah akan menyebabkan keadaan sukar bernafas dan gangguan pada gastrousus. Di samping itu juga akan menyebabkan rasa loya dan tiada selera, yang akhirnya menyebabkan kesukaran dalam pergerakan otot dan ketidakstabilan emosi. Masalah yang berlaku di atas adalah akibat daripada kekurangan dalam peredaran darah terutamanya peredaran peripheral. Apabila ini berlaku, seseorang itu dikatakan mengalami keletihan. Keletihan jenis ini iaitu ciri pada pendehidratan, tidak mempunyai kesan tetap jika dipulihkan dengan serta

merta. Walau bagaimanapun, kajian pada haiwan yang pendehidratannya menyebabkan kehilangan berat badan yang boleh mengakibatkan suhu badan meningkat. Ini merupakan ciri bagi kejutan panas dan selalunya berlaku dengan serta merta. Kejutan panas adalah akibat kepanasan yang berlebihan pada tisu tertentu dan sekiranya tidak dipulihkan dengan cepat, boleh menyebabkan kematian. 2.6 Proses dan Penyerapan Protein Seperti karbohidrat dan lemak, protein juga perlu diuraikan kepada molekul lebih kecil, iaitu asid amino sebelum diserap dan dimetabolismekan. Ini melibatkan pemutusan ikatan peptide yang mencantumkan asid amino. Oleh sebab air liur tidak mengandungi enzim proteolysis, pencernaan protein bermula di bahagian perut, di sini medium yang berasid akan menukarkan pepsinogen kepada pepsin. Pepsin pula akan menghidrolisiskan protein kepada polipeptida, proteosa dan pepton. Pepsin tidak seperti enzim proteolysis yang lain, yang boleh mencernakan kolagen dan tisu perantaraan daging. Walau bagaimanapun, hanya sedikit pencernaan protein yang berlaku di perut. Dari perut, polipeptida atau protein separa cerna yang lebih pendek akan masuk ke usus kecil. Di situ keadaan asid akan dineutralkan dan campurannya menjadi sedikit alkali. Rembesan pencernaan dari pancreas mengandungi enzim protease pancreas dan kimotripsin. Protease pancreas atau tripsina akan bertindak terhadap ikatan protein yang melibatkan kumpulan COOH pada lisina dan arginine sementara kimotripsin memutuskan ikatan peptide yang melibatkan kumpulan COOH pada tirosina, fenilalanina, triptofa dan ,metionina. Lebih kurang 30 peratus protein dibebaskan dalam bentuk asid amino dan diserap terus. Kebanyakan pencernaan protein diet berlaku di bahagian atas usus. Di bawah usus, enzim protein yang berlaku akan mencernakan 50 hingga 70 g protein endogen. Asid amino yang terhasil boleh memasuki edaran darah dari dinding usus secara serapan atau pengangkutan aktif. Lebih kurang 12 peratus asid amino bebas diserap di bahagian perut, 60 peratus di usus kecil dan 28 peratus di kolon. Dari usus, asid amino akan dibawa oleh vena portal ke hati.di sini, asid

amino akan dibebaskan ke dalam peredaran darah dan dibawa ke tisu dan sel yang memerlukannya. Asid amino daripada sayur-sayuran kurang baik diserap berbanding dengan protein haiwan.

You might also like

  • RPH Contoh Terkini
    RPH Contoh Terkini
    Document3 pages
    RPH Contoh Terkini
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • Maksud Rukunnegara
    Maksud Rukunnegara
    Document4 pages
    Maksud Rukunnegara
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • Rancangan Pengajaran Haria1
    Rancangan Pengajaran Haria1
    Document4 pages
    Rancangan Pengajaran Haria1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • KT Tahun 4 Cekal
    KT Tahun 4 Cekal
    Document5 pages
    KT Tahun 4 Cekal
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • PJM 3103
    PJM 3103
    Document50 pages
    PJM 3103
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • Anatomi Ilmiah
    Anatomi Ilmiah
    Document17 pages
    Anatomi Ilmiah
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • Artikel 1
    Artikel 1
    Document19 pages
    Artikel 1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • 1
    1
    Document6 pages
    1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet
  • Artikel 1
    Artikel 1
    Document19 pages
    Artikel 1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    No ratings yet