You are on page 1of 4

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa.

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem pengeluaran udara yang keluar masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa. Untuk pengetahuan, organ pertuturan manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang pertama alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut. Manakala bahagian kedua ialah daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar. Tempattempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluaran. Seperti sedia maklum, alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Terdapat banyak alat artikulasi yang terlibat, antaranya adalah anak tekak. Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut. Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. Selain itu, lidah juga merupakan salah satu alat artikulasi yang terpentung dan paling aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah

dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini. Di samping itu, pita suara juga merupak salah satu daripada alat-alat artikulasi. Peta suara terletak dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Pita suara terletak di ruang antara dua keping selaput atau tisu yang boleh terbuka dan tertutup secara automatic. Kedua-dua selaput itu disebut glotis yang akan bergerak secara bersama-sama semasa kita bertutur. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, glottis akan menjadi luas. Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat, udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Sebaliknya, apabila selaput suara itu direnggangkan dan glottis akan terbuka tetapi tidak terlalu luas, maka udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan tidak bergetar dan bunyi itu disebut bunyi tidak bersuara. Manusia mempunyai dua rahang, iaitu rahang atas dan rahang bawah. Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam membunyikan vokal. Sebagai contoh, keadaan bukaan antara dua rahang atas dan rahang bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u]. Manakala, keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal Rongga juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga bahgian, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari atas selaput pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir belah dalam, manakala rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

Rongga hidung dan rongga tekak boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Seperti sedia kami maklum, organ pertuturan manusia terbahagi kepada dua iaitu alat artikulasi dan daerah artikulasi. Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bbunyi bahasa. Daerah artikulasi berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah bibir, gigi, gusi, dan lelangit. Antara daerah artikulasi adalah bibir. Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan. Kedua-dua bibir dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi i, u dan m. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaan bibir akan menjadihampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir akan menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir. Selain itu, gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik iaitu gigi atas terletak pada rahang atas dan gigi bawah terletak pada rahang bawah. Fungsi gigi adalah untuk menahan aliran udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. Dalam menyebut bunyi [c] dan [ j] gigi turut berperanan sebagai daerah penyebutan. Di samping itu, gusi juga merupakan salah satu daripada daerah-daerah artikulsi. Alveolar atau dikenali sebagai gusi ialah alat pertuturan yang terletak antara gigi dengan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan yang tidak boleh digerak-gerakkan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ] dan [d] dengan bantuan hujung lidah dan gigi yang berfungsi membuat penyekatan. Daerah artikulasi yang terakhir adalah lelangit. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut (velar/ velum) dan lelangit keras

(palatal/ palatum). Lelangit keras merupakan tulang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Manakala lelangit lembut terletak ke dalam sedikit, iaitu sepelas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut merupakan tisu lembut pada bahagian belakang lelangit keras. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Alat ini sangat penting dalam menentukkan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui hidung. Keadaan ini akan menyebabkan bunyi sengau akan terhasil, misalnya bunyi [n] dan [m]. Manakala, apabila lelangit lembut dinaikkan, rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar melalui rongga mulut. Keadaan ini menyebabkan terbunyi-bunyinletupan dan geseran, misalnya bunyi [b] dan bunyi [h].

You might also like