You are on page 1of 3

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-60 SMK TUANKU ABDUL RAHMAN, GEMAS 2012

TARIKH MASA TEMPAT

: 27 JUN (RABU), 28 JUN (KHAMIS) dan 04 JULAI 2012 (RABU). : 2.30 PETANG 5.00 PETANG : PADANG SMK TUANKU ABDUL RAHMAN

1. PENDAHULUAN Sebagaimana yang telah dirancang, Kejohanan Olahraga SMK Tuanku Abdul Rahman kali yang ke60 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya buat Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Tuan Hj. Hamzah bin Abu yang telah sudi merasmikan majlis penutupan kejohanan. Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada seluruh warga SMK Tuanku Abdul Rahman terutamanya buat guru-guru serta pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengelolaan kejohanan olahraga ini. Seperti tahun lepas, kejohanan Olahraga SMKTAR diadakan pada akhir bulan Jun dan awal bulan Julai. Kejohanan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum dan secara tidak langsung, dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap pelajar. Selain itu, kejohanan ini juga dapat mengenalpasti potensi pelajar yang mampu diketengahkan lagi bagi mewakili sekolah dalam MSSD Daerah Tampin untuk tahun 2012.

2. PENYERTAAN Peserta-peserta yang menyertai Kejohan Olahraga adalah terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Tuanku Abdul Rahman yang dibahagikan kepada empat buah rumah sukan iaitu : Rumah Laksamana Rumah Bendahara Rumah Syahbandar Rumah Temenggung

Acara-acara yang dipertandingkan adalah mengikut acara-acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM Daerah, Negeri, dan juga Kebangsaan.

3. KEHADIRAN Kehadiran peserta dalam kejohanan ini adalah memuaskan. Namun begitu, diharap penyertaan yang lebih menggalakkan dan menyeluruh daripada semua pelajar SMKTAR dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

4. LAPORAN BERGAMBAR (seperti di Lampiran)

5. KEPUTUSAN KEJOHANAN (seperti di Lampiran)

6. PENUTUP Kejohanan Olahraga SMK Tuanku Abdul Rahman kali ke-60 diharap dapat member manfaat serta pendedahan kepada pelajar-pelajar di samping dapat bersedia untuk mewakili sekolah dalam MSS Daerah Tampin untuk tahun 2013 dan tahuntahun seterusnya.

MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH

Disediakan oleh : . (NURTHURAYYA BT MAT ZIN) Setiausaha Kejohanan Olahraga kali ke-60 SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas

Disemak oleh : (EN. AFFENDI BIN MOHD NOOR) Pemangku Pengetua, SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TUANKU ABDUL RAHMAN KALI KE-60, 2012

You might also like