You are on page 1of 3

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

PENGENALAN Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian ilmu, termasuk sains sosia, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.

JENIS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Kesusasteraan Melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal. Pada peringkat awal memanglah pengarangpengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera. Akan tetapi apabila masyarakat bertambah maju muncullah pengarang-pengarang yang mengambil berat mutu-mutu karya mereka. Novel, sajak, cerpen dan drama adalah genre sastera yang bermodelkan genre-genre sastera barat. Muhammad Affendi Hassan menyebut bahawa karya-karya sastera melayu moden adalah karya-karya tiruan. Walaupun pendapat Muhammad Affendi itu ada benarnya, ini tidak bermakna karya-karya Melayu moden itu tidak asli. Yang ditiru adalah bentuk secara keseluruhan. Sastera Melayu moden tetap asli dilihat dari aspek gaya, isi dan aneka teknik yang dikemukakan oleh penulis. Kesusasteraan Melayu moden, sama ada di Malaysia atau Indonesia bermula dengan Abdullah Munsyi (1796-1854). Pada tahun 1838 terbitlah Kisah Pelayaran Abdullah karyanya dalam beberapa hal telah membawa pembaharuan serta begitu menyumbang daripada tradisi sastera sebelumnya. Zubir Usman dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Indonesia menyebut, Abdullah Munsyi sebagai pengarang melayu pertama keluar daripada kebiasaan yang melanggar dan mematahkan tradisi yang sudah turun temurun memalingkan penanya daripada menceritakan kisah-kisah ghaib atau khayalan. Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan kritikan sastera.

Novel
Merupakan jenis sastera yang disampaikan dalam bentuk prosa yang dikenali sebagai cereka. Jenis lain yang mengambil bentuk ini ialah cerpen. Novel dan cerpen mempunyai unsur-unsur sastera yang perlu dikongsi. Misalnya sesebuah novel tidak berlaku dalam kekosongan melainkan mempunyai ruang dan waktu-waktu yang tertentu. Setiap novel mempunyai pelaku untuk menggerakkan cerita. Pelaku dalam novel dinamai watak. Unsur ketiga dalam novel ialah plot atau jalan cerita. Plot terlihat peristiwa yang melibatkan watak-watak dalam perspektif ruang dan waktu yang tersendiri. Novel

dihasilkan bukan sekadar menyampaikan cerita tetapi turut menyampaikan pesanan atau amanat yang menjadi pokok persoalan yang dinamai tema. Unsur-unsur ini tidak akan wujud jika bahasa yang menjadi media untuk diketengahkan tidak disampaikan dalam karya tersebut. Oleh itu pengarang perlu mempunyai satu gaya tertentu bagi menyampaikan cerita hingga wujud unsur-unsur dalam kesatuan bagi sesebuah cerita dalam kesepaduan. Menurut Rahman Shaari, novel ialah karya fiksyen yang panjang, didalamnya terdapat watak-watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen lain. Ceritanya mengandungi konflik, percubaan menyelesaikan konflik dan denoument (penyelesaian)

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM NOVEL


Sebagai suatu karya sudah tentu ianya mempunyai struktur. Komponen atau bahagian struktur yang membina sesebuah karya itu ialah tema,persoalan, plot, teknik, sudut pandangan, perwatakan serta gaya bahasa. Komponen-komponen ini dipanggil sebagai unsur dalaman (intrinsik). Unsur-unsur seperti latar belakang cerita dan pengarang, pergolakan masa, politik, sosioekonomi, pelajaran, agama dan di mana novel ini bersandar dinamakan unsur luaran (ekstrinsik)

UNSUR-UNSUR LUARAN (EKSTRINSIK)


Pengkajian dan penghayatan ekstrinsik dalam novel meliputi pengkajian biografi pengarang, riwayat hidup pengarang dengan penekanan kepada latar, sumbangan serta kepentingan, gambaran masyarakat meliputi pandangan hidup, kemasyarakatan serta kemanusiaan yang dikaitkan dengan zaman kelahiran karya tersebut. Begitu juga fungsi karya terhadap khalayak seperti memberi pendidikan, pengajaran, kepuasan estetik, sosial serta moral. Pewarnaan setempat yang terdapat dalam novel berkaitan dengan latar belakang penghasilan karya serta latar masyarakat juga perlu dikaji. Pengkajian unsur-unsur luaran sesebuah novel juga perlu dilihat daripada aspek hubungan karya sastera dengan pengetahuan lain yang dikaitkan dengan agama, sejarah, kemanusiaan, kemasyarakatan serta mempunyai nilai murni dan unsur-unsur negatif serta positif.

UNSUR-UNSUR DALAMAN ( INTRINSIK )

Tema
Menurut Harry Shaw, tema ialah the central and dominating idea in litery work. Manakala makna yang sering digunakan dalam pembicaraan sastera ialah persoalan

pokok yang cuba diketengahkan oleh pengarang. Daripada persoalan pokok itu akan terbit persoalan sampingan yang lain.

You might also like