You are on page 1of 4

www.fauzi2u.

com Laporan Percuma

Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan,

"The philosophy of the rich and the poor is this: the rich invest their money and spend what is left. The poor spend their money and invest what is left." (Robert Kiyosaki Rich Dad Poor Dad)

Apabila sebut tentang pelaburan, ramai yang suka mendengarnya kerana pelaburan berkait rapat dengan wang. Sebut wang, semua orang suka. Tetapi ramai yang tidak tahu teknik yang betul untuk memulakan pelaburan. Hasilnya, ramai yang mengalah dan memandang negatif terhadap pelaburan kerana mempunyai pengalaman pahit dalam melabur. Ada yang mengalami kerugian, ditipu, berputus asa kerana lambat memperolehi keuntungan dan sebagainya Apa yang akan saya kongsikan ini bukanlah suatu teknik yang baru tetapi ia merupakan teknik yang telah diguna pakai oleh orang lain juga. Bezanya mereka mungkin tidak kongsikan rahsia ini dengan anda tetapi saya ingin kongsikan dengan anda. Harapan saya kisah yang akan saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua. Jika anda rasakan ianya tidak bermanfaat, saya mohon maaf kerana membazirkan masa anda dengan membaca kisah mengarut ini. Tetapi jika ianya bermanfaat, saya hanya mohon agar anda doakan semoga rezeki anda dan rezeki saya semakin bertambah di atas perkongsian yang bermanfaat ini Dalam laporan ini saya akan kongsikan bagaimana saya menggunakan teknik OD-ASB untuk memulakan pelaburan dalam bidang hartanah. Pada 1/2/2011, baki terakhir dalam akaun ASB saya adalah sebanyak RM 87.63. Itu adalah baki semasa yang saya perolehi hasil dari pelaburan saya pada tahun 21/10/1994 dengan hanya bermodalkan RM10. Itupun saya buka Akaun Remaja TING sebab pada zaman tersebut ASB mengadakan kempen dari sekolah ke sekolah sempena kempen melabur dalam ASB. Kalau tiada kempen tersebut, belum tentu saya akan buka akaun ASB lagi. Buku akaun tersebut masih saya simpan sampai sekarang Setelah membuka Akaun Remaja dengan hanya bermodalkan RM10, saya langsung tidak pernah ambil peduli pasal akaun ASB saya. Maklumlah, pada masa tersebut saya masih belum mempunyai kesedaran tentang kepentingan menabung lagi. Masa itu langsung tidak tahu apa itu ASB. Apatah lagi tentang dividen dan bonus ASB. Lagipun saya datang dari keluarga susah. Keluarga penoreh getah, mana ada duit untuk simpan setiap bulan dalam ASB. Duit hasil getah ayah hanya cukup untuk makan kami sekeluarga saja. Kadang-kadang arwah ayah terpaksa

3 Rumah Setahun..Teknik OD-ASB

www.fauzi2u.com Laporan Percuma

berhutang di kedai runcit untuk bagi kami anak-beranak makan. Daripada tingkatan satu sampailah ke peringkat universiti, saya hanya bergantung kepada biasiswa sahaja. Hendak masuk universiti pun ayah terpaksa jual lembu untuk bayar yuran permulaan semester pertama sebelum dapat biasiswa untuk semester seterusnya Sebenarnya saya mula serius belajar tentang ilmu kewangan dan pelaburan dalam pertengahan tahun 2009, iaitu selepas 6 tahun bekerja. Kebetulan pada tahun tersebut saya mula mencari rumah untuk dibeli bagi tujuan menginap. Maklumlah baru berkahwin, mesti hendak cari rumah untuk bina hidup berkeluarga. Dari situlah bermulanya minat saya terhadap hartanah, kewangan dan pelaburan. Saya mula mencari buku, artikel di internet, hadir seminar, cari mentor dan join group-group di facebook termasuk Team OD. Bermula dari situlah saya mula celik tentang pengurusan kewangan dan pelaburan. Bayangkan, saya sia-siakan masa saya selama 18 tahun tanpa ambil peduli tentang kewangan saya. Itu belum cerita lagi berapa banyak wang saya dibazirkan ke arah perkara-perkara yang tidak berfaedah selama 6 tahun saya bekerja. Hutang kredit kad saya pernah mencecah sehingga RM 13,000 dalam satu masa dan saya hanya buat bayar minimum sahaja. Berbalik kepada cerita bagaimana saya dapat membeli 3 buah rumah untuk tujuan pelaburan dalam masa setahun dengan menggunakan teknik OD-ASB. Dalam erti kata lainnya, saya menggunakan duit bank sepenuhnya untuk membeli rumah. Baki akaun ASB saya pada 1/2/2011 adalah sebanyak RM 87.63. Apa yang saya lakukan? Saya keluarkan duit KWSP sebanyak RM 33,700 dan saya masukkan kesemuanya dalam akaun ASB. Saya keluarkan duit KWSP ini semasa membeli rumah pertama untuk saya tinggal. Secara automatik, jumlah ASB saya bertambah sebanyak RM 33,787.63. Inilah modal permulaan saya untuk melabur. Saya daftar sebuah syarikat enterprise dan siapkan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon OD-ASB dengan RHB Bank. Saya keluarkan sebanyak RM 33,000 dari simpanan ASB untuk ditukarkan kepada sijil. RHB luluskan OD-ASB saya pada margin 95% dan kadar faedah BLR-1%. Hasilnya saya mempunyai modal sebanyak RM 31,350 dalam akaun OD-ASB untuk dilaburkan dalam pelaburan yang saya pilih antaranya hartanah dan komoditi. Proses untuk mendapatkan OD-ASB ini agak cepat dan mudah. Pada masa yang sama, semua pendapatan dari gaji saya dimasukkan ke dalam akaun OD-ASB tersebut. Selepas itu baru saya agih-agihkan duit tersebut untuk membayar hutang kereta, sewa rumah, makan, perbelanjaan harian dan sebagainya. Baki dari gaji tersebut saya tinggalkan dalam akaun OD-ASB bagi mengurangkan kadar faedah. Rumah pertama yang saya beli menggunakan OD-ASB ialah sebuah apartment kos sederhana yang mempunyai nilai semasa RM 70,000. Tetapi saya berjaya membeli apartment tersebut pada harga RM 47,000 sahaja dengan bayaran permulaan (down payment) sebanyak RM 1,000.
3 Rumah Setahun..Teknik OD-ASB

www.fauzi2u.com Laporan Percuma

Jumlah kos yang saya perlu keluarkan untuk membeli apartment ini ialah sebanyak lebih kurang RM 4,000 sahaja termasuk kos peguam dan sebagainya. Semua kos tersebut adalah dari duit OD-ASB saya. Selepas 4 bulan, saya memperolehi keuntungan hasil dari pembelian apartment yang pertama tadi. Separuh dari keuntungan tersebut saya masukkan semula ke dalam akaun OD-ASB bagi menampung kos yang saya telah keluarkan untuk membeli apartment tersebut. Manakala separuh lagi saya masukkan ke dalam akaun ASB. Pada masa yang sama, dalam tempoh 4 bulan tersebut saya masih masukkan kesemua pendapatan dari gaji saya ke dalam akaun OD-ASB bagi menampung faedah yang saya perlu bayar. Sebahagian dari gaji saya juga saya masukkan ke dalam akaun ASB secara bulanan. Dengan cara tersebut, kedua-dua simpanan ASB dan akaun OD-ASB saya bertambah dan saya dapat menikmati dividen dan bonus dari kedua-duanya. Selepas berjaya membeli apartment yang pertama, saya ulangi proses yang sama untuk apartment kedua dan ketiga. Jarak masa saya membeli apartment kedua dan ketiga adalah selama sebulan sahaja, juga dengan menggunakan kaedah OD-ASB sepenuhnya.

Apartment

Harga (RM) 70,000 95,000 100.000

Pasaran

Semasa Harga Beli (RM)

Apartment 1 Apartment 2 Apartment 2

47,000 73,000 73,000

3 Rumah Setahun..Teknik OD-ASB

www.fauzi2u.com Laporan Percuma

Faedah yang saya perolehi daripada kaedah ini: 1. Dividen dan bonus ASB pada kadar yang sama dengan simpanan asal saya walaupun sebahagian besarnya telah di ODkan 2. Saya menggunakan duit bank sepenuhnya melalui teknik Other People Money (OPM). 3. Perbelanjaan tertangguh. Saya masih berbelanja seperti biasa dan hanya membuat pembayaran minimum setiap bulan sehingga memperolehi keuntungan hasil dari pelaburan hartanah tersebut.

Apa yang saya kongsikan dalam laporan percuma ini hanyalah salah satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk melabur. Terdapat banyak lagi teknik di luar sana yang boleh digunakan untuk memulakan pelaburan. Tidak semestinya anda hanya terikat kepada satu teknik sematamata. Semuanya bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Selamat melabur. ------------------------------Ikhlas dari, Fauzi Ahmad, Pelabur, usahawan dan pemilik blog http://fauzi2u.com

3 Rumah Setahun..Teknik OD-ASB

You might also like