You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011 MELAKA

Tarikh Masa Tempat Matlamat : : : : 08 November 2011 (Selasa) 8.00 hingga 10.00 malam Melaka Melahirkan serta mendorong murid-murid menanam sikap perpaduan dan bekerjasama di antara satu sama lain yang berbilang kaum dan berlainan agama. Seramai 9 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki daripada tahun 5( rujuk pada lampiran) Guru-guru RIMUP dan murid-murid dari: i. SK Taman Mutiara Rini ii. SK Taman Mutiara Rini 2 iii. SJK (C) Ping Ming iv. SJK (T) Ladang Rini

Peserta

Penglibatan :

Guru Pengiring

1. Cik Nurul Ain Amylia Binti Ahmad 2. En. Mohd Alias Bin Samad

Pada 8 November 2011 , program lawatan sambil belajar RIMUP anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di Melaka. Program ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sesama murid-murid yang berbilang kaum dan berlainan agama. Untuk mencapai objektif program tersebut, 4 buah sekolah telah terlibat yang terdiri daripada 2 buah sekolah kebangsaan (SK) dan selebihnya sekolah jenis kebangsaan (SJK). Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Taman Mutiara Rini, SK Taman Mutiara Rini 2, SJK(C) Ping Ming dan SJK(T) Ladang Rini. Di samping memupuk nilai perpaduan, lawatan ini juga bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid terutamanya tentang sejarah awal Melaka.

Program lawatan sambil belajar RIMUP di Melaka berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang dengan adanya komitmen yang tidak berbelah-bagi oleh guru-guru yang merangkap AJK pelaksana. Selaras dengan tentatif program, murid-murid yang terlibat berkumpul di Taman Mutiara Rini 2 dan diberi taklimat ringkas tentang lawatan tersebut.

Pada jam 8.30 pagi, murid-murid bergerak ke Melaka dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan dan tiba pada 12.30 tengahari seperti yang dijadualkan. Destinasi pertama yang dilawati ialah Melaka River Cruise. Di sini, murid-murid berpeluang menaiki bot serta dapat melihat bangunan-bangunan lama di sepanjang sungai Melaka. Setelah sampai di Bandar Melaka, murid-murid bergerak melawat muzium-muzium yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Antaranya ialah Muzium Istana

Kesultanan Melaka, Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Galeri Laksamana Cheng Ho. Di samping muzium, murid-murid turut melawat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A-Famosa dan bangunan Stadhuys.

Aktiviti yang paling menarik ialah lawatan ke Zoo Melaka juga merupakan destinasi terakhir lawatan mereka di Melaka. Di zoo tersebut, murid-murid dapat melihat pelbagai spesies binatang antaranya badak sumbu, zirafah dan monyet. Persahabatan antara murid-murid berlainan bangsa dapat terjalin apabila mereka berkongsi kegembiraan melihat gelagat binatang-binatang di sana.

Pada jam tepat 6.00 petang, murid-murid bergerak menuju pulang ke SK Taman Mutiara Rini 2. Murid-murid juga sempat menunaikan solat Maghrib dan makan malam di Pagoh. Kira-kira jam 10.00 malam, murid-murid selamat tiba di SK Taman Mutiara Rini 2 dan dibenarkan pulang bersama ibu bapa dan penjaga mereka.

Program lawatan sambil belajar RIMUP ini telah berjalan dengan jayanya. Diharapkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama warga SK Taman Mutiara Rini disamping dapat menjadikan mereka seorang insan yang prihatin dan bertolak ansur sesama rakan-

rakan yang berlainan bangsa dan juga agama. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh,

(NURUL AIN AMYLIA AHMAD) Guru Pengiring lawatan RIMUP

Disahkan oleh,

(HAPISAH BINTI ABD. MAJID) Guru Besar SK Taman Mutiara Rini

AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011 (MELAKA)

You might also like