You are on page 1of 41

1

JAWAPAN DAN PENERANGAN


YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
(Untuk Ahli Sahaja)







Disediakan oleh:

Unit Penerangan
Yayasan Sofa Negeri Sembilan


2




Sesungguhnya fitnah, mengadu domba dan menjatuhkan maruah seorang Mukmin adalah di
antara dosa dan perbuatan tercela. Maka mengambil bahagian dalam perkara-perkara
sebegini melorongkan si pelakunya ke jurang kehinaan dan kebinasaan.
Yang demikian itu kerana perbuatan memfitnah menyebabkan seseorang yang difitnah
mengalami kehinaan, kesengsaraan dan kesempitan jiwa di dunia ini, seolah-olah dia telah
dibunuh dan ditarik nyawanya berulang-ulang kali.
Beberapa bulan yang lalu, sebuah risalah setebal 16 mukasurat yang ditulis atas nama Yusri
Bin Mohamad pada hari Jumaat, 18hb Mei 2012 telah dihantar kepada ikhwan-ikhwan dan
ahli Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YAYASAN) yang mana isi kandungannya berunsur
tohmahan, fitnah dan tuduhan berat terhadap Dato Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
Kami telah membaca dengan teliti segala kandungannya dan kami menyangka ia akan habis
di situ sahaja.

Sangkaan kami ternyata meleset setelah Dr Yusri bertindak lebih liar dengan menghantar
surat-surat tersebut menerusi pelbagai medium dan cara kepada ibu bapa pelajar Sekolah
Tinggi Islam As-Sofa (STIAS), Darul Quran Wal Hadith (DAQWAH) dan Kolej Islam As-Sofa
(KIS) serta fitnah-fitnah itu menjalar masuk ke laman-laman blog, kotak mail peribadi,
pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Kami menyimpulkan bahawa ia adalah satu usaha terancang bagi menabur fitnah sekaligus
menghancurkan semua institusi pendidikan Islam di bawah naungan Yayasan. Pihak
YAYASAN tidak memahami mengapa dendam kesumat dan ketidakpuasan hati terhadap
sesetengah perkara harus menjalar sehingga ke peringkat ingin merobohkan sekolah-
sekolah agama, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan kolej pengajian Islam di bawah
naungannya.

Maka risalah ini adalah suatu tindakan menjawab dan menangkis segala fitnah dan
tohmahan Dr Yusri bagi mempertahankan keutuhan dan masa depan sebuah Yayasan
Kebajikan Islam iaitu Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Unit Penerangan
Yayasan Sofa Negeri Sembilan




3

PENGENALAN
Fitnah-fitnah yang dicetuskan jelas menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan Dr Yusri dan
rakan-rakannya mengenai sejarah Yayasan. Dakwaannya tidak dibuktikan dengan fakta
sejarah dan dokumen-dokumen sebagai bahan bukti. Oleh kerana mereka adalah golongan
yang terkemudian menyertai Yayasan dan dilantik dalam pengurusan Universiti, banyak
perkara mengenai perjalanan yayasan ini yang terselindung dari kotak fikiran mereka
disebabkan mereka tidak mengkaji dan menggali lebih dalam mengenai sejarah, asal-usul
penubuhannya.
Kelemahan beliau dalam mengurus tadbir Yayasan selama ini telah diketahui umum. Justeru
beliau telah kehilangan mandat hingga tidak mendapat pencalonan bagi jawatan Yang Di-
Pertua Yayasan penggal seterusnya. Dengan kata mudah, mutu kerja yang rendah dan
kelemahan yang ketara. Yayasan dan ahli-ahlinya berharap keputusan majoriti seumpama
ini harus diterima dengan hati terbuka sebagaimana amalan demokrasi biasa. Bagi pihak Dr
Yusri pula, pada hakikatnya ia memberi kelebihan dan kebaikan buatnya kerana dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pentadbiran dan pengurusan Universiti sebagai
Naib Canselor (NC).
Dr. Yusri dan rakan-rakannya telah dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti menguruskan
Universiti dalam segenap aspek. Namun, tanpa pengetahuan Yayasan dan Dato Syeikh
Fuad, Dr Yusri telah berusaha melobi untuk dirinya dan merundingkan dengan Syarikat
Gerbang As-Sofa Sdn Bhd bagi memperolehi habuan gaji dan elaun bulanannya sebagai NC
sejumlah lebih RM35,000 sebulan bagi jawatan NC sedangkan jika hendak diukur, ia tidak
berpadanan dengan kelayakan akademik dan pengalaman Dr Yusri yang baru beberapa
tahun memperolehi ijazah kedoktoran.
Justeru, bermula dari perlantikan itu segala macam cadangan dan arahan dari pihak Dato
Syeikh Fuad selaku Pengerusi Majlis Universiti adalah urusan di antara MAJIKAN dan
PEKERJA. Seorang majikan berhak menegur, mengambil tindakan yang dirasakan perlu dan
membataskan tindakan pekerja dalam satu-satu keadaan kerana pekerja dibayar gaji dan
terletak di bawah tanggungjawab dan seliaan majikannya.
Atas sebab-sebab yang terbuku di hatinya, Dr Yusri terus menerus mengadu-domba dan
cuba sedaya upaya menerbitkan rasa tidak puas hati ahli Yayasan dengan menghasut
mereka secara senyap agar meruntuhkan kepercayaan kepada Pengasas Yayasan Dato
Syeikh Fuad dengan fitnah dan dakwaan tak berasas. Atas fitnah liar dan kenyataan
melampaunya itu, dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Yayasan bertarikh 1 Mei
2012, Dr Yusri pun dilucutkan keahlian dari Yayasan atas masalah disiplin.
Bermula dari itu, Dr Yusri menerbitkan atas namanya sendiri surat setebal 16 mukasurat
yang disebarkan bagi meruntuhkan kredibiliti Pengasas dan Penasihat Yayasan Dato Syeikh
Fuad dan turut mengheret Yayasan serta institusi-institusi agama di bawah naungannya.
Semuanya dilakukan atas dasar dendam, ego, angkuh dan rasa tidak puas hati yang ingin
dilampiaskannya demi menutup segala keburukan, kesalahan dan kelemahannya dalam
mentadbir Yayasan dan Universiti.
Bagi memberi penerangan dan menangkis fitnah-fitnah liarnya itu, kami merasa terpanggil
untuk menjawab dan menerangkan hakikat sebenarnya agar masyarakat tidak menghukum
Yayasan dan Pengasas Yayasan Dato Syeikh Fuad yang telah bersusah payah menyemai
Yayasan dari sebiji benih, menyiraminya dengan suka duka dan air mata, hingga tumbuh
subur membesar menjadi sebatang pohon yang rendang.
4

BEBERAPA STRATEGI DR YUSRI

Yayasan cuba memetik segala macam tohmahan, fitnah yang cetuskan oleh Dr
Yusri dan menjawabnya satu persatu dari sudut fakta dan realiti sebenar.
Sebelum meneliti dan mengikuti jawapan-jawapan kami dengan lebih lanjut,
kita fahami terlebih dahulu strategi-strategi yang digunakan oleh Dr Yusri
dalam surat setebal 16 muka surat yang sarat dengan fitnah-fitnah liar itu:

1- Mengawal fokus pembaca melalui momokan dan kenyataan yang
mengelirukan bagi mengambil kesempatan terhadap ketidakfahaman
pembaca mengenai realiti sebenar.

2- Cuba sedaya upaya mengaitkan Dato Syeikh Fuad dengan kumpulan-
kumpulan yang telah diputuskan sesat oleh Majlis Fatwa di peringkat
Kebangsaan dan Negeri.

3- Menimbulkan istilah-istilah yang sensitif untuk menarik perhatian
Jabatan dan Badan Agama Islam menyiasat Yayasan dan Dato Syeikh
Fuad.

4- Berusaha sedaya upaya mengalihkan kesalahan dan kelemahannya
mengurus tadbir Yayasan dan Universiti ke bahu Dato Syeikh Fuad.

5- Berusaha memastikan pendapatnya yang masih di peringkat syak/zan
(sangkaan) diangkat dan dilontarkan kepada peringkat yakin.

6- Menampilkan nama-nama individu seramai mungkin bagi mendukung
dakwaannya dan menguatkan jentera fitnahnya.

7- Sedaya upaya memaparkan kepada masyarakat umum bahawa mereka
teraniaya, difitnah dan dizalimi oleh Dato Syeikh Fuad dan Yayasan.






5

Berikut adalah petikan dakwaan Dr Yusri yang disusuli dengan jawapan dan penerangan dari
Yayasan.

Dr. Yusri menulis:
Ana, Kolonel Nordin, Dr Amran, Amran Che Noh dan ikhwan yang dilihat bersama
dengan kami sedang cuba disingkirkan daripada Yayasan dan Universiti.
Jawapan Yayasan:
Dalam kenyataan ini Dr Yusri cuba mengelirukan pembaca dengan penggunaan bentuk ayat
yang menggambarkan bahawa mereka adalah perwira yang memperjuangkan perjuangan
sebenar dan ketelusan dalam Yayasan.
Sedangkan mereka memiliki kelemahan dan ketidakcekapan dalam mengurus tadbir institusi
di mana banyak perkara dan arahan pihak atasan Universiti gagal mereka sempurnakan
walaupun berjaya melobi untuk mendapat kelulusan memperolehi gaji dan elaun lumayan.
Pihak Yayasan membuka peluang kepada mereka untuk berkhidmat dan pihak Universiti
membayar gaji mereka berdasarkan kedudukan dan kelayakan akademik mereka. Tidak ada
unsur singkir menyingkir di sini melainkan majikan sudah hilang kepercayaan terhadap
pekerja kerana gagal menyempurnakan tugas setelah diberi nasihat dan amaran. Mana
mungkin ada usaha menyingkir seseorang yang berdisiplin, cekap, memiliki kredibiliti dan
kemahiran tanpa sebab yang munasabah kerana ia akan menghancurkan sesebuah institusi
itu sendiri. Jika Dr Yusri disingkirkan, itu sudah pasti kesan dan akibat dari kesalahan dan
kelemahan Dr Yusri dan rakan-rakan sendiri.

Dr. Yusri menulis:
Pihak kami pula telah menyimpulkan bahawa ada masalah yang besar dalam Yayasan
dan Universiti yang berpunca daripada SF sendiri. Maka kami bertanggungjawab untuk
cuba membetulkan keadaan.
Jawapan Yayasan:
Yayasan menyatakan bahawa tiada masalah besar semenjak bertahun-tahun ia ditubuhkan.
Semuanya yang dirancang berjalan lancar dan terhasil. Semenjak 8 tahun Dato Syeikh Fuad
menjadi Penasihat Yayasan mengendalikan bersama AJKT Yayasan yang lain, dengan
saranan dan nasihatnya, Yayasan berjaya menubuhkan STIAS, DAQWAH dan KOLEJ ISLAM
AS-SOFA tanpa bantuan Dr Yusri dan rakan-rakannya.
Maka kesimpulan yang diberikan Dr Yusri dan rakan-rakan itu memang tersilap kerana
sejarah membuktikan dalam tempoh tersebut, Yayasan dan institusi pendidikan di
bawahnya berkembang pesat mara ke hadapan hari demi hari dan tidak pernah mundur
walau setapak.




6

Dr. Yusri menulis:
Sebahagian maklumat yang menjadi asas pendirian kami diperolehi daripada Dato Yahya
dan beberapa ikhwan lain. Sebahagian yang lain adalah hasil pengalaman dan
pemerhatian kami sendiri. Pendek kata kesimpulan yang dibuat adalah hasil perkongsian
maklumat dan pandangan secara kolektif.
Jawapan Yayasan:
Di sini pembaca cuba dikelirukan melalui helah Dr Yusri yang cuba melibatkan Dato Yahya
supaya wujud persengketaan dan perbalahan di antara kedua-dua pemegang syer utama
iaitu Dato Yahya dan Dato Syeikh Fuad. Ini merupakan satu usaha yang sangat kotor dan
hina. Bagaimana kita boleh mempercayai dakwaan mereka dengan mudah apabila butiran
maklumat yang dikatakan diperolehi daripada Dato Yahya sendiri tidak mereka jelaskan.
Dalam kenyataannya ini, Dr Yusri seolah-olah cuba mengaburkan pandangan umum dengan
menunjukkan betapa ramainya ahli Yayasan yang berjuang bersama-sama beliau dalam
membanteras sebarang penyelewengan.
Dalam masa yang sama mereka menyatakan bahawa mereka bertindak berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman mereka sendiri. Bagaimana dalam masa sesingkat itu mereka
boleh mengaku mempunyai pengalaman terhadap perjalanan Yayasan dan Penasihatnya?
Adakah dengan berlonggok bersama empat orang yang masih mentah dan baru dalam
Yayasan boleh membuat kesimpulan terhadap setiap inci dan perkara yang berlaku
sepanjang Dato Syeikh Fuad membangunkan Yayasan dan institusi-institusi agama di bawah
naungannya?


Dr. Yusri menulis:
Oleh kerana pihak penaja utama Universiti telah meragui pihak SF, mereka enggan
menuruti tuntutan membayar baki yang terhutang. Ini juga disebabkan mereka sudahpun
menyalurkan sejumlah dana yang melebihi persefahaman asal. Selain daripada faktor kos
perbelanjaan akhir pelancaran Universiti yang melampaui rancangan serta melibatkan
perbelanjaan yang diragui.
Jawapan Yayasan:
Punca utama masalah timbul apabila pihak Dr Yusri dan rakan-rakannya gagal
membentangkan budget sebenar dan sempurna kepada pihak penaja utama. Pelancaran
Universiti melibatkan dua budget utama iaitu kos Majlis Pelancaran (Pemasyhuran) dan kos
pengubahsuaian bangunan Universiti.
Dr Yusri dan rakan-rakannya hanya membentangkan satu budget kepada Dato Yahya iaitu
kos Majlis Pelancaran (Pemasyhuran). Malah suntikan dana dari Syarikat Gerbang As-Sofa
tidak mencukupi dan ini memaksa Dato Syeikh Fuad sebagai pemegang syer terpaksa
berikhtiar mengumpulkan sejumlah dana yang besar bagi menampung semua itu. Akibat
daripada sikap lepas tangan dan sambil lewa Dr Yusri yang sedia dimaklumi selama ini.



7


Dr. Yusri menulis:
Oleh kerana adalah tidak mudah untuk memecatkan kami daripada jawatan-jawatan
universiti, kami masih secara sahnya bertugas menerajui universiti. Tetapi kerana banyak
isu-isu pokok ini belum menemui penyelesaian maka kami sekarang berusaha
menyelesaikannya dahulu. Pada masa yang sama, tugas kami juga disukarkan dengan
tindakan SF memaksa kami keluar dari pejabat sementara dalam keadaan pejabat di
Seremban belum siap sepenuhnya. Kami juga tidak diberikan peranan menguruskan
akaun Universiti sehinggakan banyak urusan termasuk gaji bulanan pun tidak selesai.
Jawapan Yayasan:
Prosedur untuk memecat mereka tidaklah sukar. Hanya dengan persetujuan Majlis
Pengarah Universiti, kemudian dimaklumkan pemecatan dan perlantikan baru kepada pihak
berwajib. Namun, mereka tidak dipecat terus atas belas ihsan dan simpati dari seorang
majikan. Di sini Dr Yusri cuba mengalihkan kelemahan dan ketidakcekapan pengurusannya
kepada Dato Syeikh Fuad. Setelah dilantik sebagai NC Universiti, sepatutnya beliau harus
berusaha berulang alik memantau perkembangan Universiti dari segenap aspek.
Yayasan telah membenarkan mereka menumpang di pejabat Yayasan sehingga suatu tarikh
yang ditentukan iaitu sehingga bulan Februari 2012. Namun sikap yang diambil ialah duduk
bersenang lenang, santai dan sambil lewa sambil melepaskan tanggungjawab menyiapkan
pejabat Universiti kepada Dato Syeikh Fuad. Setelah tarikh itu berlalu, tiada tindakan dari
pihak Dr Yusri sebagai NC dan rakan-rakan untuk mencari pejabat baru atau mengusahakan
bangunan pejabat Universiti disiapkan untuk mereka berpindah ke sana.
Maka arahan untuk mengosongkan pejabat Yayasan BUKAN dari Dato Syeikh Fuad dan
beliau tiada kaitan dengan perkara ini. Ia adalah arahan yang dikeluarkan oleh Pengurus
Besar Yayasan sendiri. Melemparkan tuduhan kepada Dato Syeikh Fuad dalam perkara ini
adalah satu bentuk tuduhan melulu dan fitnah yang nyata dari Dr Yusri.

Dr. Yusri menulis:
Pihak SF menyalahkan kami sepenuhnya atas situasi di atas, terutamanya diri ana dan
cuba memberi pelbagai gambaran negatif termasuklah bahawa ini adalah pertembungan
peribadi antara dia dan ana, bukannya soal prinsip seperti yang ana sedang dan akan
jelaskan.
Jawapan Yayasan:
Realitinya, tiada sesiapa yang mendakwa ini adalah pertembungan peribadi antara Dr Yusri
dan Dato Syeikh Fuad. Kerana umum sedia maklum bahawa Dr Yusri bukanlah tandingan
Dato Syeikh Fuad. Dr Yusri cuba memainkan isu pertembungan peribadi untuk
menggambarkan bahawa seolah-olah Dato Syeikh Fuad risau mengenai populariti Dr Yusri
yang meningkat naik. Ini bukanlah sikap Dato Syeikh Fuad semenjak dahulu. Bahkan, Dato
Syeikh Fuadlah yang telah berusaha keras memulih, membina dan menaikkan imej Dr Yusri
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Masyarakat umum akan melihat sendiri bahawa, dalam sesuatu majlis atau idea yang
dicetuskan oleh Dato Syeikh Fuad, beliau akan cuba menonjolkan Dr Yusri di barisan
8

hadapan dalam upacara perasmian dan pembukaannya tanpa Dr Yusri bersusah payah
memikirkannya. Dato Syeikh Fuad juga sentiasa bangga jika mana-mana murid atau ahli
Yayasan lebih mahir, berkebolehan daripada beliau dalam segenap aspek kerana ia memberi
sumbangan dan imej yang baik kepada Islam. Dato Syeikh Fuad tidak pernah gusarkan
popularitinya menurun kerana beliau hanya mahu melihat Islam dibangunkan, bukan
populariti dirinya. Menilai situasi ini, mengingatkan kita kepada maksud sebuah hadith:
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka itu tandanya dia tidak
bersyukur kepada Allah.

Dr. Yusri menulis:
Oleh kerana aliran kewangan semasa pula bermasalah akibat keraguan yang timbul, SF
beralih kepada meminta bantuan dan sokongan kewangan daripada para ikhwan yang
lain melalui pelbagai pendekatan. Tanpa memahami situasi sebenar mungkin sahaja ramai
ikhwan yang terdorong untuk menghulurkan sumbangan wang dan harta kepada SF.
Jawapan Yayasan:
Seperti yang telah dijelaskan di atas, puncanya ialah kegagalan Dr Yusri membentangkan
budget yang terperinci mengenai dua perbelanjaan besar bagi Majlis Pelancaran
(Pemasyhuran) tempoh hari. Disebabkan kesuntukan masa, atas sifat mahabbah, tolong
menolong dan bersatu padu ikhwan amat diperlukan di saat-saat genting itu.
Tidakkah Dr Yusri dan rakan-rakannya yang dibayar gaji lumayan merasa bersalah dan
berdosa akibat kelemahan urustadbir mereka, menyebabkan beban kerja mereka terpaksa
dipikul oleh Dato Syeikh Fuad, para sukarelawan dan ahli-ahli Yayasan? Sedangkan mereka
bekerja keras siang dan malam untuk menjayakan penubuhan Universiti tanpa menerima
bayaran walau sedikitpun.

Dr. Yusri menulis:
Asas kenapa kami mengambil sikap cuba membetulkan dan kalau perlu menentang SF
adalah segala maklumat yang terkumpul pada kami sama ada yang datang dengan sendiri
atau hasil kajian kami yang menunjukkan dengan jelas bahawa SF sudah tergelincir
daripada perjalanan sebenar para ulama pewaris Nabi yang murni. Kegelinciran asasi
beliau ialah tindakannya menggunakan jalan dakwah untuk mendapatkan habuan
material duniawi dan peribadi.
Jawapan Yayasan:
Yayasan ingin bertanya, siapakah Dr Yusri untuk menilai kegelinciran Dato Syeikh Fuad?
Adakah beliau hanya bersandar dan berhujah dengan pemerhatian singkat, andaian, bisikan-
bisikan yang didengari di sekelilingnya?
Dr Yusri cuba mencetuskan momokan agar masyarakat umum menganggap Dato Syeikh
Fuad mengaut duit ahli-ahli Yayasan untuk memenuhi impian peribadi dan kesenangannya.
Sedangkan, Dato Syeikh Fuad telah menginfaqkan sejumlah wang yang besar bagi usaha
dakwah. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan, menyampaikan ucapan demi
mengumpulkan dana membina STIAS, DAQWAH, KIS dan lain-lain lagi. Malahan bagi setiap
pembinaan institusinya itu, dimulai dengan sumbangan wang peribadi hasil keuntungan
9

perniagaan dan hadiah dari teman-temannya.
Sandaran Dr Yusri untuk MEMBETULKAN DAN MENENTANG disebabkan kegelinciran
Dato Syeikh Fuad amatlah rapuh. Kami pun tidak pasti bagaimana suatu dakwaan yang
masih di peringkat syak atau zan boleh dijadikan hujah dan dalil untuk MENENTANG Dato
Syeikh Fuad. Melainkan ia dilakukan oleh Dr Yusri atas dasar hasad dengki, angkuh,
kepentingan peribadi dan memandang dirinya sentiasa betul.

Dr. Yusri menulis:
Oleh kerana kegelinciran ini berlaku banyak kali, di tahap yang serius dan bukannya baru
maka ana berpandangan bahawa agak sukar untuk SF mengaku dan membetulkan segala
silap beliau.
Jawapan Yayasan:
Dr Yusri kembali memomokkan pembaca dengan dakwaan kegelinciran yang KERAP dan di
tahap SERIUS agar ia menjadi fitnah yang paling berbisa membunuh karektor lawannya.
Dakwaan kegelinciran memang sengaja diulang-ulang agar meninggalkan kesan di hati
pendengar dan pembaca bahawa Dato Syeikh Fuad adalah seorang fasiq, tidak jujur dan
pecah amanah lalu menyeret pembaca untuk mengkategorikan Dato Syeikh Fuad sebagai
ulama Suu (ulama dunia).
Jikalau dakwaan beliau benar, mengapa Dr Yusri tidak bertindak tegas dan berani ketika
menjawat jawatan YDP Yayasan bagi memperbetulkan kesilapan? Kenapa setelah tidak
dilantik menjadi YDP akibat hilang mandat dan kepercayaan ahli Yayasan, dilucutkan
keahlian dari Yayasan baru hendak melalak ke serata dunia? Apakah beliau hanya ingin
menjadi wira setelah kepentingan dunia dan peribadinya terjejas?

Dr. Yusri menulis:
Harus diingat bahawa sebelum surat ini, kami belum mengambil tindakan yang terbuka
terhadap SF kerana ingin memberikan peluang beliau bertaubat dan menyelesaikannya
secara tertutup. Perlu juga diketahui bahawa kami hanya mendapat maklumat dan dapat
membuat kesimpulan tentang SF sekitar seminggu sebelum pelancaran Universiti iaitu
sekitar minggu pertama bulan April. Sebelum saat itu, kami masih tetap menganggap
beliau sebagai seorang tokoh Ulama istimewa bahkan seorang Wali besar, sama seperti
rasanya tanggapan kebanyakan murid beliau yang lain.
Jawapan Yayasan:
Kenyataan Dr Yusri adalah satu momokan bagi mengaburi pandangan pembaca mengenai
Dato Syeikh Fuad. Dato Syeikh Fuad tidak memerlukan penyaksian Dr Yusri sebagai ulama
istimewa dan wali besar. Cukuplah pengiktirafan ratusan ulama dunia Islam sebagai sebaik-
baik saksi dari sudut kesungguhannya berdakwah, penubuhan institusi pendidikan Islam di
setiap peringkat, penulisan buku-buku ilmiah yang mencecah 250 buah, menyeru manusia
ke jalan Allah, mentarbiah dan mendidik mereka.
Manakala dari sudut pengiktirafan kerajaan pula, perlantikan sebagai Ahli Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ahli Jawatankuasa Syariyyah Negeri Sembilan serta
anugerah-anugerah yang diterimanya melayakkan beliau diiktiraf sebagai seorang yang
10

memiliki keistimewaan. Pernah juga diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan Anugerah
Khas Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu untuk dianugerahkan
kepada Dato Syeikh Fuad atas keistimewaannya itu. Adakah itu tidak cukup istimewa bagi
Dr Yusri?
Kami di Yayasan sendiri tidak pernah mendakwa Dato Syeikh Fuad sebagai Wali besar dan
beliau pula tidak sesekali mendakwa dirinya sedemikian. Ia diwar-warkan oleh Dr Yusri di
sini bagi mencipta gambaran di fikiran masyarakat umum bahawa wujud unsur pemujaan
dan taksub kepada Dato Syeikh Fuad di dalam Yayasan.

Dr Yusri menulis:
Tanggapan bahawa SF adalah Ulama istimewa bahkan wali Allah tidak dapat lagi
dipertahankan apabila kami mendapat tahu tentang amalan atau perbuatan beliau (hal)
yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah atau tidak selari dengan Syariat.
Jawapan Yayasan:
Beginilah kenyataan yang terhasil dari seorang yang tidak memiliki autoriti dan ilmu dalam
membahaskan hukum hakam agama. Dr Yusri menyangka bahawa apabila seorang yang
telah mencapai taraf Ulama istimewa dan wali Allah, maka terhapus segala kemungkinan
untuknya melakukan dosa dan kesalahan. Sedangkan Itiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
(ASWJ) menyatakan kebarangkalian terdedahnya golongan selain Nabi dan Rasul, sama ada
mereka sahabat, tabiin, salafussoleh dan wali Allah untuk melakukan dosa dan kesalahan
kerana ternafi pada diri mereka sifat maksum.
Dalam kenyataan di atas pembaca cuba dikhayalkan dan dikaburkan oleh Dr Yusri bahawa
Dato Syeikh Fuad adalah seorang yang bermudah-mudahan melanggar syariat dan
memandang ringan perintah al Quran dan Sunnah. Barangkali Dr Yusri juga cuba
mengkhayalkan pembaca agar merasakan Dato Syeikh Fuad adalah ahli maksiat yang
berselindung di sebalik pakaian ulama.
Jika Dr Yusri tidak tenteram jiwa menganggap beliau ulama istimewa atau wali Allah
disebabkan sikap egonya, tidak perlulah beliau menghasut dan memecahbelahkan
perpaduan ahli Yayasan yang berada di bawah pentarbiahan Dato Syeikh Fuad dengan
dakwaan mencegah manusia terjerumus ke jurang kemungkaran. Beredarlah dengan tenang
di dunia yang luas ini. Itu adalah pilihan jalan penyelesaian secara baik yang Yayasan
tawarkan.

Dr Yusri menulis:
Adapun apa-apa ilham, kashaf, mimpi, waridat atau seumpamanya yang datang kepada
seseorang tidak boleh mengatasi dan tidak boleh diutamakan berbanding Al-Quran dan
Sunnah.

Jawapan Yayasan:
Telah menjadi pegangan Yayasan semenjak sekian lama bahawa Al-Quran dan Sunnah
adalah sandaran utama. Yayasan tidak pernah sesekali mengiktiqadkan dan mengutamakan
11

ilham, kasyaf, mimpi dan waridat daripada kedua-duanya. Kalau Yayasan dan Dato Syeikh
Fuad mengenepikan al Quran dan Sunnah lalu mengutamakan kasyaf dan ilham, mohon Dr
Yusri paparkan bukti yang jelas dan terperinci. Pegangan, ilmu dan kefahaman Dr Yusri
mengenai perkara ini pun diperolehi oleh Dr Yusri semenjak menceburi dunia Tasawwuf di
Yayasan secara serius. Ia sedia dimaklumi dan tidak perlu diperbahaskan lagi.
Akan tetapi Dr Yusri menghebahkan di sini atas satu sebab sahaja. Iaitu ingin mempengaruhi
pembaca agar merasakan bahawa Dato Syeikh Fuad selama hayatnya sentiasa
mengutamakan ilham, kashaf, mimpi dan waridat berbanding al Quran dan Sunnah. Maka
tindakan Dr Yusri mengambil kesempatan di atas ketidakfahaman masyarakat mengenai
realiti sebenar adalah tindakan yang melambangkan kerendahan moral.

Dr Yusri menulis:
Jadi, walaupun SF telah membuat pelbagai dakwaan yang tinggi-tinggi berkaitan dengan
ehwal keruhanian dan keilmuwan beliau, apabila hal beliau terbukti bercanggah dengan
Syariat, kita wajib menolak atau mentohmah dakwaan-dakwaan beliau sebagai suatu
yang tidak benar. Tidak benar, sama ada dalam erti kata ia sebenarnya tidak pernah
berlaku atau berlaku tetapi bukan ilham, kashaf, mimpi atau waridat yang benar.
Jawapan Yayasan:
Kami merasakan bahawa Dr Yusri cuba menjadi hakim dan juara bagi isu ini. Kami mengajak
sidang pembaca bertanya kepada Dr Yusri, apakah dakwaan Dato Syeikh Fuad itu? Dan
apakah pula hal Dato Syeikh Fuad yang didakwa bercanggah dengan syariat itu sehingga
mewajibkan masyarakat menolak atau mentohmah dakwaan-dakwaan Dato Syeikh Fuad?
Di dalam Islam, apabila seseorang memperolehi mimpi, ilham dan kasyaf, maka
tanggungjawab itu kembali kepada dirinya. Ia hanya milik insan yang mengalaminya sahaja.
Dr Yusri tidak berhak menjadi hakim bagi menentukan kewujudannya bahkan kesahihannya.
Jika benar Dato Syeikh Fuad memperolehi ilham, kasyaf dan mimpi sekalipun, di sisi beliau
ia hanyalah sebagai khabar gembira dan tidak pernah mewajibkan murid-murid dan ahli
Yayasan beramal dan berhujah dengannya.
Di sini Dr Yusri sebenarnya telah menzahirkan kecetekan ilmu dan pemikirannya sendiri.
Penilaian terhadap ilham, kasyaf, mimpi itu sama ia benar atau tidak benar, bukan terletak
pada sifat dan perilaku atau peribadi seseorang. Akan tetapi penilai sebenar adalah al Quran
dan Sunnah. Berapa ramai ahli maksiat, pelaku dosa-dosa besar memperolehi mimpi atau
ilham yang baik, setelah mimpi dan ilhamnya itu dinilai oleh ulama secocok dengan al Quran
dan Sunnah, maka ia diterima dan boleh diamalkan. Tidak pula ahli ilmu Islam menyatakan
bahawa mimpi dan ilham mereka itu tidak boleh diamalkan kerana mereka fasiq dan ahli
maksiat.
Maka penentu bagi suatu ilham, kasyaf dan mimpi itu sama ada ia boleh diamalkan atau
tidak, TIDAK bergantung kepada peribadi Dato Syeikh Fuad, Dr Yusri atau sesiapa sahaja.
Bahkan ia bergantung kepada sejauh mana ia secocok dengan ajaran al Quran dan Sunnah
Nabi .


12


Dr Yusri menulis:
Di sini kita tidak dapat bersetuju dengan saranan SF dalam kuliahnya dan ketika
pertemuan empat mata bahawa kita harus mengikut cakapnya bukan perbuatannya!...

Jawapan Yayasan:
Di sini menzahirkan kedangkalan Dr Yusri dalam mengenalpasti sikap tawadhu seorang
ulama. Kebanyakan ulama menyatakan sedemikian atas dasar merasakan bahawa mereka
adalah insan yang berdosa dan hina di sisi Allah, kurang amalan, tidak soleh dan seumpama
dengannya. Mereka khuatir jika mereka terlanjur melakukan perbuatan melanggar syariat,
maka perbuatan maksiatnya itu diikuti dan diamalkan oleh orang yang melihatnya.
Oleh yang demikian, perkataan seumpama ini adalah sebagai timbangan dan peringatan
bagi seorang murid atau masyarakat Islam agar tidak mencontohi perbuatan salah yang
dilakukan ulama, akan tetapi mengikut hukum sebenar yang ditetapkan oleh ulama tersebut
berdasarkan nas-nas syara. Perbuatan ulama bukanlah hujah. Akan tetapi al Quran dan
Sunnah adalah hujah.

Dr Yusri menulis:
Mereka yang sudah lama mengaji dengan SF dan memberi perhatian akan tentu ingat
pelbagai dakwaan tentang ketinggian maqam ilmu dan keruhanian beliau yang pernah
dibuat oleh SF sama ada dalam kuliah terbuka mahupun percakapan seharian. Pada masa
yang sama kita dapat melihat dan akhirnya mendapat tahu dengan pasti bahawa pelbagai
dasar dan amalannya adalah bercanggah dengan Syariat dan prinsip-prinsip agama.

Jawapan Yayasan:
Dato Syeikh Fuad menceritakan kepada muridnya mengenai nikmat yang Allah kurniakan
sebagai tanda bergembira, berkongsi nikmat dengan mereka. Perkara ini walau sejauh mana
sekalipun bangkangan pembangkang, ia tidak dapat untuk menolak keharusannya
berdasarkan firman Allah:

Dan apa jua nikmat Tuhanmu kurniakan itu, maka ceritakanlah.


1

Dalam dunia intelektual Islam semenjak zaman salafussoleh, terdapat banyak riwayat yang
menyatakan bahawa mereka mengalami pengalaman rohani yang luar biasa. Imam Malik
ibn Anas diriwayatkan bermimpi bertemu Nabi pada setiap malam. Al Imam Suyuti
mendapat nikmat bermimpi berjumpa Nabi sebanyak 73 kali. Semua ini adalah
pengalaman rohani mereka dan mustahil untuk kita ketahui pada hari ini jika mereka tidak
menceritakannya ketika hayat mereka.

1
Al Dhuha: 10
13

Sudah tentu mereka menceritakannya dalam apa jua bentuk penyampaian untuk berkongsi
kegembiraan dan nikmat itu dengan murid-murid dan para pengikut mereka. Manakala
Dato Syeikh Fuad TIDAK PERNAH sesekali mewajibkan murid-muridnya percaya dan
mengamalkan mimpi-mimpi yang beliau perolehi tersebut kerana ia tidak boleh dijadikan
dalil atau hujah. Ia terhenti untuk diamalkan oleh dirinya sahaja setelah dirujuk dan
dilakukan timbangan dengan al Quran dan Sunnah.

Dr Yusri menulis:
Adalah mustahil bahawa seorang ulama hebat atau seorang Wali akan turut pada masa
yang sama terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja.
Kegelinciran yang akan kami sebutkan dibawah tidak dapat kita terima jika dilakukan oleh
Ustaz biasa apatah lagi seorang yang mendakwa mencapai satu tahap ilmu dan ruhani
yang tinggi.

Jawapan Yayasan:
Kenyataan Dr Yusri di sini amat merbahaya dan melibatkan iktiqadnya. Bagaimana seorang
pemilik ijazah kedoktoran dalam bidang Undang-undang seperti Dr Yusri boleh tergelincir
dalam kenyataannya sehingga mengiktiqadkan MUSTAHIL ulama hebat atau seorang Wali
terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja.
Sedangkan Iktiqad ASWJ yang benar ialah: TIDAK MUSTAHIL seorang ulama hebat atau
seorang Wali terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan
sengaja. Kami berharap agar Dr Yusri menarik balik kecacatan pegangan dan pendapatnya
ini kerana menafikan kebarangkalian para ulama dan wali terdedah melakukan dosa.
Sedangkan Nabi bersabda:


Setiap anak Adam itu melakukan dosa kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan
dosa kesalahan itu ialah orang-orang yang bertaubat.
Di sini juga pembaca terus dikhayalkan oleh Dr Yusri bahawa Dato Syeikh Fuad adalah ahli
maksiat. Janganlah kita lupa dan terpedaya bahawa tuduhan PELANGGARAN terhadap
prinsip agama pada awal perbicaraan tadi masih tidak jelas dan dakwaannya sangatlah
longgar serta dilontarkan oleh Dr Yusri pada kedudukan syak/zan (sangkaan, rasa-rasa,
andaian).
Sungguh mengaibkan apabila seseorang yang melakukan dakwaan atau tuduhan terhadap
kegelinciran seseorang, akan tetapi pada hakikatnya dirinya sendiri yang tergelincir lebih
dalam lagi. Seperti yang kami nyatakan tadi, mengambil kesempatan terhadap
ketidakfahaman pembaca terhadap punca, realiti dan rentetan sesuatu perkara serta
mengheret mereka untuk menjadi penyebar fitnah adalah tindakah yang melambangkan
kerendahan akhlak dan moral.


14


Dr Yusri menulis:
Jadi kita tiada pilihan melainkan mengutamakan hal keadaan atau amalan sebenar SF
berbanding dakwaan-dakwaannya yang masih mungkin benar ataupun salah. Lalu,
walaupun berat, kita tiada pilihan selain mengaku bahawa kita sudah tersilap nilai siapa
sebenarnya SF selama ini dan terpaksa menyimpulkan bahawa dakwaan-dakwaan beliau
adalah sama ada tidak benar, separuh benar atau khayalan yang menipu.

Jawapan Yayasan:
Sekali lagi Dr Yusri bertindak sebagai penilai bagi kredibiliti dan kualiti hidup seorang ulama
seperti Dato Syeikh Fuad. Semoga Allah merahmati ilmu dan ulama. Pada hari ini seolah-
olah sudah tiada ulama ASWJ yang mengiktiraf kedudukan ilmu, ketinggian azam dan
kesungguhan Dato Syeikh Fuad dalam usaha dakwah, ilmiah dan tarbiahnya. Di mana pula
pengiktirafan Prof Dr Sayyid Muhammad Alawi al Maliki, Prof Dr Faruq Hamadah, al
Muhaddith Dr Mahmud Said Mamduh, Tuan Guru Hj. Tajuddin dan ratusan lagi terhadap
kedudukan Dato Syeikh Fuad hinggakan seorang penerima ijazah Ph.D seperti Dr Yusri pula
ditauliahkan secara automatik sebagai pemilik autoriti bagi menghakimi segala perbuatan
dan perkataan Dato Syeikh Fuad.

Dr Yusri menulis
Perlu diingat bahawa dalam dunia keruhanian dan tariqat, sering terjadi seseorang yang
mengaku Syeikh tetapi tergelincir oleh kerana tersalah tanggapan terhadap pengalaman
ruhani yang dialaminya. Terutama apabila orang tersebut tidak lagi mempunyai rujukan
untuk mengesahkan hakikat pengalaman ruhani beliau itu. Itulah antara kemungkinan
punca kegelinciran SF. Apapun punca sebenarnya, hakikatnya, apabila menilai dirinya
secara menyeluruh dan objektif, kita teringat kepada kategori ulama yang diistilahkan
dalam ilmu Islam sebagai ulama yang jahat (Ulama Suu) atau ulama dunia.

Jawapan Yayasan:

Ini adalah salah satu kenyataan liar dan jahat yang terhasil dari buruk sangka Dr Yusri
terhadap para mursyid dan pembimbing tariqat di dunia. Oleh yang demikian kita
mendapati bahawa beliau menggunakan perkataan sering terjadi seseorang yang
mengaku Syeikh tetapi tergelincir oleh kerana tersalah tanggapan terhadap pengalaman
ruhani yang dialaminya yang dalam masa yang sama menghukum kebanyakan Syeikh-
syeikh tariqat di dunia kerapkali atau sering tergelincir dari landasan al Quran dan Sunnah.
Kenyataan ini menzahirkan sangka buruk Dr Yusri terhadap pembimbing-pembimbing
tariqat di serata dunia.

Perlantikan dan pentauliahan Dato Syeikh Fuad sebagai pembimbing (mursyid) bukan atas
dasar dakwaan dan pengakuannya seperti yang dinyatakan oleh Dr Yusri. Bahkan ia adalah
kurniaan dan anugerah guru-guru Dato Syeikh Fuad kepadanya. Dato Syeikh Fuad tidak
pernah memintanya atau membuat sebarang dakwaan kosong tanpa asas tentang masalah
ini.
15


Ini juga adalah satu usaha dan niat jahat Dr Yusri untuk menggandingkan nama Dato Syeikh
Fuad setaraf dengan pemimpin-pemimpin tariqat menyeleweng yang lain. Mengulang-
ngulang dakwaan kegelinciran itu mengajak kita kembali mengingati dakwaan Dr Yusri
terhadap kegelinciran Dato Syeikh Fuad yang dilemparkan olehnya pada kedudukan
syak/zan yang mungkin beliau tersalah menilainya. Bagaimana dakwaan yang berada pada
tahap syak/zan ini menjadi asas bagi mentohmah semua perkara berkenaan Dato Syeikh
Fuad. Sedangkan di dalam al Quran Allah menyatakan:

!!., _ `.., ,..> ,. _. _Ll _| _-, _Ll '.|
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

Dr Yusri menulis:
Seorang ulama hakiki tidak akan hilang punca bila berbuat salah, diketahui kesalahannya
dan cuba ditegur. Sebaliknya, SF terus mengambil langkah segera dan agresif cuba
mencantas dan memburuk-burukkan dengan pelbagai tuduhan palsu mana-mana individu
yang dirasakan sudah mengetahui atau cuba membetulkan kesalahannya.

Jawapan Yayasan:
Dr Yusri sekali lagi cuba memutarbelit kenyataan dan memanipulasi keadaan seolah-olah
beliau dizalimi oleh Dato Syeikh Fuad. Seorang majikan logiknya tidak akan mengambil
tindakan melainkan jika seseorang pekerja itu melanggar arahan, disiplin, dasar sesebuah
pertubuhan dan mengkhianati kepercayaan majikan terhadapnya.
Dr Yusrilah yang sebenarnya kehilangan punca menghadapi situasi ini telah menjadikan
surat-surat berunsur fitnah untuk menipu dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan
masyarakat. Dr Yusri jugalah pada hakikatnya yang cuba mencantas kepercayaan dan
keyakinan ahli Yayasan dan memburuk-burukkan Dato Syeikh Fuad dengan fitnah pelbagai
tohmahan.

Dr Yusri menulis:

Menilai Siapa Sebenarnya SF. Di antara dakwaan-dakwaan SF: 1. Penyandang pangkat Al-
Musnid, Musnid Mashriq atau seorang Ahli Hadith
Jawapan Yayasan:

Perlu dijelaskan bahawa sepanjang pengetahuan kami, Dato Syeikh Fuad tidak pernah
mencanang beliau adalah seorang al Musnid, Musnid Mashriq atau seorang Ahli Hadith.
Mungkin beliau ada menyebut di dalam kuliah pengajiannya, dengan niat berkongsi
kegembiraan dari nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Beliau juga tidak pernah menulis
di pangkal namanya sebagai al Musnid/Musnid al Masyriq. Bahkan di kulit buku-buku tulisan
dan muqaddimahnya, yang sering digunakan ialah al Faqir ilallah, al Haqir ilallah al Ghani
16

dan seumpama dengannya.

Namun apabila gelaran itu dikurniakan sendiri oleh al Muhaddith Dr. Mahmud Said
Mamduh lantas kami murid-murid dan ahli Yayasan mengetahuinya, maka dalam makalah,
bunting, banner yang dihasilkan oleh Yayasan, kami meletakkan gelaran itu. Bermakna
gelaran itu kami yang menggunakan dan mencanangkannya, bukan Dato Syeikh Fuad. Kami
paparkan keratan manuskrip ijazah khat tulisan tangan al Muhaddith Syeikh Mahmud Said
Mamduh di sini untuk dikongsi bersama:





Sesungguhnya Sayyidi al Fadhil al Mutani Musnid al Masyriq Sayyidi Syeikh Muhammad
Fuad al Malizi al Syafii telah membaca di hadapan saya dalam satu majlis kitab mukhtasar
yang berkat ini, yang demikian itu di rumah saya di Kaherah di Hayy Madinah Nasr pada
Safar al Khair tahun 1431..

Jika benar Syeikh Fuad mahu menggunakan sendiri gelaran al Musnid selepas ia
dianugerahkan dan diiktiraf oleh Syeikh Mahmud Said Mamduh, itu pun tiada masalah dan
tak perlu menjadi bahan pertikaian sebagaimana Dr Yusri sendiri menggunakan gelaran DR
di pangkal nama Dr Yusri sebagai pengiktirafan dari UIA. Jika ingin bermain isu tawadhu,
merendah diri, kami rasa Dr Yusri pun tak boleh guna gelaran DR di pangkal nama Dr Yusri
sendiri.

Seingat kami Dr Yusri adalah orang yang pertama menggelarkan Dato Syeikh Fuad di
khalayak ramai dalam satu majlis yang dihadiri oleh Sayyid Ahmad ibn Muhammad Alawi al
Maliki dengan rela hati kerana beliau merasakan Dato Syeikh Fuad layak untuk digelar
sedemikian.

Namun kini segalanya berubah. Apabila nikmat habuan dunianya hilang dan segala
keistimewaannya ditarik akibat masalah disiplinnya, maka Dr Yusri pula yang memfitnah
Dato Syeikh Fuad mendakwa dirinya adalah seorang al Musnid. Kepada Allah sahajalah
tempat kita memohon pertolongan.




17


Dr Yusri menulis:

2. Sebagai Khalifah atau wakil utama Tariqah Al-Maliki, 3. Sebagai Syeikh Tariqah
Ahmadiyyah Muhammadiyyah dan Mujaz Bi jamii` Turuq Sufiyyah (Mempunyai ijazah dan
boleh memimpin semua Tariqah yang ada)

Jawapan Yayasan:

Nama tariqat al Maliki adalah ciptaan Dr Yusri sendiri yang direka-reka untuk mendukung
dakwaannya dan sehingga kini tidak terdapat di dunia ini sebuah tariqat yang dinamakan
Tariqat al Maliki.

Kami juga ingin memperbetulkan kesilapan Dr Yusri terhadap kefahaman Bahasa Arabnya.
Kami tidaklah menyalahkan beliau sepenuhnya kerana kami sedia maklumi, walaupun beliau
sering digelar sebagai Ustaz, namun hakikatnya beliau tidak mempunyai asas Bahasa Arab
dalam dunia pelajaran dan akademiknya.

Dr Yusri menterjemahkan Mujaz Bi jamii` Turuq Sufiyyah dengan maksud Mempunyai
ijazah dan boleh memimpin semua Tariqah yang ada. Ada unsur tokok tambah dalam
terjemahan tersebut di mana maksud mujaz hanya terhenti kepada mempunyai
ijazah/diijazahkan sahaja. Dr Yusri dengan menokok tambah dengan katanya: BOLEH
MEMIMPIN SEMUA TARIQAH YANG ADA.

Ini adalah satu bentuk tohmahan terhadap Dato Syeikh Fuad demi mengambil kesempatan
terhadap ketidakfahaman pembaca.

Memang sedia dimaklumi semenjak tahun 2003 lagi bahawa al Muhaddith Sayyid
Muhammad ibn Alawi al Maliki telah melantik Dato Syeikh Fuad sebagai khalifahnya di
Malaysia dan mengizinkan beliau mentalqinkan zikir, mengijazahkan koleksi wiridnya dalam
kita Syawariq al Anwar dan salawat-salawat kepada mereka yang berhasrat untuk menjalani
manhajnya. Perkara ini dimaklumi sehingga anakandanya Sayyid Ahmad al Maliki turut
mengakuinya.

Sememangnya dokumen-dokumen pengesahan melalui manuskrip ijazah menunjukkan
bahawa Dato Syeikh Fuad mendapat ijazah dari ramai guru yang berlainan tariqat. Di
antaranya ialah Syeikh Muhammad Hani al Kahil telah mengijazahkan Dato Syeikh Fuad
ijazah tariqat-tariqat utama di dunia.

Demikian juga Dato Syeikh Fuad turut menerima ijazah 40 buah tariqat di dunia dari
gurunya Sayyid Malik ibn al Arabi al Sanusi di Madinah Munawwarah di mana sanad-sanad
itu dapat dirujuk dari sebuah kitab yang ditulis oleh al Imam Sayyid Muhammad ibn Ali al
Sanusi yang bertajuk al Salsabil al Muin ila Taraiq al Arbain.

Dato Syeikh Fuad menyatakan sesiapa yang ingin mengambil ijazah mana-mana tariqat
tersebut, boleh mengambil daripadanya sebagai salah satu sanad periwayatan. Tidak pernah
pula beliau mendakwa bahawa beliau adalah mursyid dan khalifah bagi semua tariqat di
18

Malaysia. Jika ada, sudah pasti itu adalah fitnah dan dakwaan tak berasas Dr Yusri sendiri.


Dr Yusri menulis:

Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Nabi (SAW), a. Menerima kompilasi
salawat (Raudh al-Anwar) terus daripada Nabi SAW. (mimpi atau yaqazah), b. Ada
mengarang qasidah khusus untuk Nabi SAW dan telah membacanya di hadapan Nabi
SAW.(mimpi atau yaqazah), c. Nabi SAW pernah mencadangkan tajuk salah satu buku
beliau. (mimpi atau yaqazah), d. Pelbagai mimpi Nabi SAW yang memberi pelbagai
isyarat. 5. Mendapat ijazah kitab Fadhilat Salawat oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad
Al-Siddiq Al-Ghumari (1910-1993M) secara langsung daripada beliau dalam mimpi.


Jawapan Yayasan:

Yayasan menegaskan bahawa sepanjang 15 tahun mengajar dan berdakwah, Dato Syeikh
Fuad TIDAK PERNAH sama sekali mendakwa bertemu Nabi secara yaqazah. Adapun
bermimpi menerima suatu salawat, amalan, qasidah, memberi tajuk buku dan sebagainya
adalah perkara yang harus berlaku seperti mana Imam Malik bermimpi bertemu Rasulullah
dan Baginda menamakan kitab hadithnya dengan al Muwatta.

Maka diketahui di sini bahawa Dr Yusri sedaya upaya menimbulkan isu yaqazah agar
masyarakat Islam menganggap bahawa Dato Syeikh Fuad ini memiliki pembawakan dan
halatuju yang sama seperti kumpulan-kumpulan Islam yang telah difatwakan menyeleweng
oleh Majlis Fatwa Kebangsaan suatu ketika dahulu, terutama kumpulan-kumpulan yang
terlibat dengan isu kontroversi yaqazah (bertemu Nabi secara jaga).

Mengenai keharusan bertemu Nabi dalam mimpi pula telah masyhur mengenai
keharusannya berlaku. Maka tidak perlulah ia menjadi bahan pertikaian kerana ia disebut
sendiri dalam hadith-hadith yang banyak.

Dr. Yusri menulis:

Hal (Gaya hidup, Amalan dan Dasar)
1. Melampau-lampau dalam bermewah dan berbelanja, a. mengumpul koleksi jam,
cincin, pen, pakaian, wangian yang termahal sambil cuba terus menambah koleksi.
(contoh: beli seutas jam 50K baru2 ini yang ditunjuk-tunjukkan dalam kuliah, kain jubah di
Dubai bernilai lebih RM1 ribu semester, minyak wangi dibeli ketika rombongan umrah
sekitar RM50 ribu, sebentuk cincin dibeli di Kelantan melebihi 20 ribu, cuba meminta
dibelikan jam Rolex bernilai sekitar RM370 ribu ketika di Dubai)

Jawapan Yayasan:

Di dalam Islam, tidak semua perkara yang seseorang dengari, boleh sewenang-wenangnya
disebarkan. Ini kerana barangkali perkara itu adalah fitnah, tohmahan, berlaku atau tidak
19

berlaku. Sekiranya semua perkara yang seseorang itu dengar disebarkan, maka dia terdedah
kepada tuduhan berdusta jika sesuatu yang disebarkan itu tidak benar-benar berlaku. Oleh
yang demikian, Rasulullah pernah bersabda:


Cukuplah bagi seseorang itu dianggap pendusta apabila dia menceritakan semua yang
dia dengari.

Bahkan, Imam Malik pernah menyatakan bahawa jenis manusia seperti ini tidak layak untuk
menjadi pemimpin atau ketua selama-lamanya seperti katanya:


Ketahuilah bahawa tidaklah elok bagi seorang lelaki yang menghebahkan setiap perkara
yang dia dengari, dan dia tidak layak menjadi seorang ketua selama-lamanya.

Abdurrahman ibn Mahdi pula berkata:

Seorang lelaki itu tidak akan menjadi seorang ketua yang diikuti (ditaati) melainkan dia
memegang (mengawal/merahsiakan) segala yang dia dengari.

Dr Yusri tidak mahu beramal dengan semangat hadith ini disebabkan sama ada beliau tidak
menjumpainya atau mengabaikan saranannya. Lalu Dr Yusri memaparkan semua desas-
desus yang beliau pernah dengari mengenai Dato Syeikh Fuad berdasarkan koleksi catatan,
perbualan dengan ahli-ahli yang belum tentu benar, bahkan perkara-perkara gurauan pun
turut dijadikan fakta oleh Dr. Yusri. Sikap Dr Yusri ini telah menunjukkan kepada kita siapa
dirinya yang sebenar yang sebenarnya tidak layak menjadi ketua atau pemimpin.

Tidak pernah wujud seutas jam tangan Dato Syeikh Fuad berharga RM50 ribu seperti yang
didakwa. Jika ada sekalipun, hukumnya adalah harus dan tiada sesiapa yang boleh
menghukumkannya sebagai haram. Manakala dakwaan cuba meminta dibelikan jam Rolex
bernilai RM370, 000 di Dubai adalah satu FITNAH yang nyata dari Dr Yusri sendiri. Sekiranya
benar, Yayasan mencabar Dr Yusri agar menyatakan butiran perkara ini serta memaklumkan
kepada sidang pembaca siapakah insan yang diminta oleh Dato Syeikh Fuad agar
membelikannya jam tersebut? Di dalam prinsip Islam, pihak yang mendakwa adalah pihak
yang wajib mengemukakan bukti.

Perbelanjaan harta dan hak untuk menggunakannya ke arah mana sekalipun adalah hak
pemilik harta tersebut yang tidak boleh kita pertikaikan. Sebanyak mana sekalipun ia
dibelanjakan, selagi ia adalah hakmilik peribadi yang sah maka tiada sebab untuk seseorang
mempertikaikannya. Dato Syeikh Fuad memiliki perniagaan dan barangkali pelaburannya
20

tersendiri dalam mana-mana perusahaan. Beliau mengajar, membentangkan kertas kerja di
pelbagai peringkat, di merata-rata tempat serta menerima saguhati dari pembentangannya
itu secara sah dan halal. Dari hasil semua itu beliau membelanjakan dan membeli segala
keperluannya.

Maka adakah itu salah dan orang lain berhak mempertikaikannya? Mengapa ramai ulama
Islam di dunia juga hidup dalam kemewahan hasil titik peluh mereka akan tetapi tidak
dikecam oleh Dr. Yusri? Sebaliknya hanya menghalakan serangan kepada Dato Syeikh Fuad?
Ini bermaksud Dr Yusri berniat memburuk-burukkan beliau dan melampiaskan dendam yang
khusus terhadap Dato Syeikh Fuad. Jika tidak, Dr Yusri seharusnya mencari seluruh ulama,
pensyarah-pensyarah agama, ustaz-ustaz di Malaysia dan Dunia Islam untuk ditujukan
kecaman dan dakwaannya pada kedudukan yang sama.

Semasa berada di dalam Yayasan dan menjawat jawatan YDP Yayasan, Dr Yusri juga pernah
menerima jam tangan mewah, tiket penerbangan first class, elaun dan beberapa
keistimewaan lain. Akan tetapi ia tidak pula disebut-sebut sebagai bermewah-mewah dan
menyalahi syariat. Maka apabila hilang jawatan dan kepentingan peribadi, Dr Yusri mula
menyalak siang dan malam. Perbuatan ini mengingatkan kita kepada kata orang-orang lama
bahawa semakin luas seekor buaya membuka mulut, semakin terserlah bau busuk yang
keluar daripada mulutnya.


Dr. Yusri menulis:

b. Memiliki beberapa kenderaan mewah. Cuba mendapatkan melalui ikhwan kereta yang
lebih mewah lagi termasuk dalam satu kes meminta untuk dibelikan sebuah kereta
Bentley. c. Memiliki rumah-rumah dan pejabat yang mewah dan perhiasan dalaman yang
mewah.

Jawapan Yayasan:

Berkenaan dengan kenderaan, Dato Syeikh Fuad memulakan kerjaya dakwahnya dengan
menunggang motosikal, kemudian kereta Proton Saga 1.5 second hand. Kami menyaksikan
perkara itu dengan mata kepala kami. Ia telah menjadi sejarah dan sejarah tidak akan
menipu. Apabila dikurniakan rezeki yang lebih hasil dari titik peluhnya, apakah salah Dato
Syeikh Fuad membeli kereta-kereta mewahnya dengan wang simpanan peribadi melalui
pinjaman bank untuk memudahkan urusan dakwah, berulang alik melawat institusi yang
diasaskannya di Rembau dan Kuala Lumpur.

Bahkan kereta-kereta ini jugalah yang digunakan oleh Yayasan untuk menjemput para
ulama, tetamu kehormat yang dijemput atau datang menziarahi Yayasan untuk memberi
keselesaan kepada mereka. Dato Syeikh Fuad juga sentiasa berusaha keras memartabatkan
ilmu dan ulama di samping untuk memastikan penerimaan dan keberkesanan dakwahnya
kepada pelbagai peringkat usia dan taraf hidup masyarakat Islam.

Kami tidak menemui satu pendapat ulama pun yang mendukung tindakan Dr Yusri
mengalihkan permasalahan harus ini kepada haram sehingga beliau tergamak
21

mengkategorikan perkara harus itu sebagai melanggar syariat.

Seperti dinyatakan di atas, tiada salahnya memiliki kereta, rumah, pejabat dan hiasan
dalaman yang mewah. Ia adalah perkara harus di sisi Islam. Melainkan jika ia dibina dengan
harta yang dicuri, dirampas dan seumpama dengannya. Sepanjang 15 tahun, Dato Syeikh
Fuad membina pejabat dan perpustakaannya dengan wang peribadi dari tabungnya. Dan
jika ia dibina dalam mana-mana premis institusi, ia adalah peruntukan yang diberikan
kepadanya sebagai pengasas, pengerusi institusi atau penasihatnya.

Dakwaan Dato Syeikh Fuad cuba mendapatkan melalui ikhwan kereta lebih mewah dan
Bentley adalah satu lagi contoh fitnah yang keji. Di sini Dr Yusri menggunakan perkataan
cuba mendapatkan untuk mengaburi mata pembaca dan umat Islam bahawa Dato Syeikh
Fuad berusaha melobi, memujuk dan berikhtiar untuk mendapatkan sebuah kereta Bentley.
Sedangkan itu tidak pernah berlaku. Di sini Dr Yusri bijak mempergunakan ketidakfahaman
pembaca tentang realiti sebenar. Beliau akan cuba menggunakan setiap patah perkataan
dan baris ayat Dato Syeikh Fuad yang didengarinya suatu ketika dahulu untuk diputar (spin)
menjadi suatu yang tidak elok didengari dan menjatuhkan maruah.


Dr. Yusri menulis:

d. Sentiasa membeli tiket first atau business class dan memilih hotel-hotel mewah ketika
bermusafir.

Jawapan Yayasan:

Sebelum mengupas, Yayasan menegaskan dalam berbelas-belas orang ahli rombongan
Dato Syeikh Fuad ke Turki, hanya Dr Yusri seorang yang menaiki penerbangan First Class.
Yang lain kebanyakannya menaiki penerbangan Economy Class.

Dato Syeikh Fuad memulakan aktiviti dakwahnya dengan kesusahan dan kesederhanaan.
Bermusafir dengan tiket Economy Class selama bertahun-tahun dan menginap di rumah
penginapan yang amat sederhana. Apabila beliau mendapat rezeki yang lebih atas usaha
titik peluhnya, apakah salah beliau memilih sesuatu yang lebih selesa dan menjamin
kesihatan dan kecergasannya?

Ini adalah satu lagi contoh dakwaan kotor yang tidak mempunyai niat lain selain
melampiaskan dendam dan membunuh karektor pihak lawan. Seperti yang kami nyatakan
tadi, perbelanjaan harta dan hak untuk menggunakannya ke arah mana sekalipun adalah
hak pemilik harta tersebut yang tidak boleh kita pertikaikan. Sebanyak mana sekalipun ia
dibelanjakan, selagi ia adalah hakmilik peribadi yang sah, maka tiada sebab untuk seseorang
yang lain mempertikaikannya.

Malangnya kebanyakan musafir-musafir itu ia turut disertai oleh Dr Yusri dan Dr Yusri
dibelikan oleh Dato Syeikh Fuad tiket First Class dan turut menginap di hotel-hotel mewah.
Akan tetapi ia tidak pernah menjadi bahan pertikaian. Hanya apabila kepentingan dan
habuan lumayannya terancam, Dr Yusri pun melalak-lalak dan semuanya dibangkitkan tanpa
22

menyebut sedikit pun tentang dirinya yang turut berada ditempat kejadian pada ketika itu.

Dr. Yusri menulis:

f. Menyewa kereta Bentley (lebih RM5 ribu sehari tak campur overtime. Jumlah kos
sekitar RM60 ribu) dan bilik hotel mewah ketika program pelancaran Universiti dan tanda
tangan MOU dengan Al-Azhar sebelum ini.

Jawapan Yayasan:

Kami akan memperincikan di sini kisah dan fakta sebenar sehingga pembaca akan
mendapati bagaimana kejinya perbuatan orang yang memfitnah, mengadu domba dan
merobohkan maruah seorang mukmin.

Bagi Majlis Pemasyhuran Universiti, Dato Syeikh Fuad meminta agar ahli-ahli yang
mempunyai kenderaan besar dan selesa meminjamkan kepada Universiti untuk membawa
20 orang Penasihat Akademik Universiti yang terdiri daripada ulama ASWJ dunia Islam.
Dato Syeikh Fuad selaku Pengerusi Majlis Universiti pula akan menggunakan keretanya
sendiri. Nama-nama ahli Yayasan yang bermurah hati untuk meminjamkan kenderaan
mereka telah dicatat berserta nombor plat kereta masing-masing. Mereka berbesar hati
untuk meminjamkan kenderaan-kederaan mereka untuk digunakan oleh para ulama dan
peminjaman itu atas dasar muafakat dan tolong menolong, demi membantu menjimatkan
kos perbelanjaan Majlis Pemasyhuran Universiti.

Selepas cadangan Dato Syeikh Fuad ini diajukan kepada Pengarah Urusan Gerbang As-Sofa,
beliau tidak bersetuju kerana ingin menjaga nama baik Universiti dan kedudukannya. Maka
Pengarah Urusan mengarahkan untuk menyewa kereta-kereta mercedes termasuk kereta
Bentley untuk membawa Dato Syeikh Fuad bersesuaian dengan kedudukan dan pangkatnya
sebagai Pengerusi Majlis Universiti. Ini juga termasuk segala kemudahan-kemudahan lain
seperti penginapan beliau yang bersesuaian dengan kedudukannya itu.

Maka adakah segalanya itu boleh menjadi bahan tohmahan terhadap Dato Syeikh Fuad?
Yang kemudiannya menjadi hujah Dr Yusri bagi menilai kegelinciran Dato Syeikh Fuad?
Sememangnya pembunuhan karektor atas dasar hasad dengki dan dendam adalah modal
bagi mereka yang ketandusan hujah.

Dr Yusri menulis:

2. Pembaziran, a. Ubahsuai yang mahal terhadap premis sewaan, b. Ubahsuai yang kerap
dan ad-hoc terhadap premis-premis, c. Program sambutan Rektor Al-Azhar, rombongan
kerja ke Mesir dan Dubai serta Program Pelancaran universiti yang berlebih-lebihan dan
terlampau mewah..

Jawapan Yayasan:

Suka kami nyatakan bahawa semua di atas mengikut keadaan dan kesesuaian. Tidak ada
dalam dunia hari ini mengubahsuai ruang pejabat bertingkat yang besar dapat dilakukan
23

dengan kos ratusan ringgit. Sudah pastilah ia melibatkan kos puluhan ribu ke atas. Sudah
menjadi kebiasaan dan adat Yayasan mempersembahkan institusi agamanya dengan
persembahan yang terbaik, kemas dan teliti. Kerana ia melambangkan keindahan dan
kecantikan Islam itu sendiri.

Kedudukan Rektor atau Presiden al Azhar adalah setaraf dengan kedudukan seorang
menteri. Maka sambutan ketibaannya haruslah bersesuaian dengan pangkat dan
jawatannya itu. Apatah lagi beliau adalah seorang ulama Islam yang menguruskan Universiti
Islam yang terulung di dunia. Sebagai Penasihat Yayasan, apakah salah Dato Syeikh Fuad
menyarankan agar segala yang berkaitan dengan sambutan, keperluan dan penginapan
Rektor al Azhar dibuat sebaik mungkin bagi menghormati kedudukan Rektor dan Universiti
al Azhar?

Manakala lawatan kerja ke Mesir dan Dubai mengiringi Yang Di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan DYMM Tuanku Muhriz selaku Canselor Universiti. Apakah Dr Yusri tidak tahu
menghormati dan mengenali kedudukan seorang Raja dan Canselor Universiti tempat beliau
bekerja? Yayasan menjunjung kasih dan rela berkorban lebih dari itu bagi mempertahankan
kedaulatan DYMM sebagai payung dan ketua Agama Islam negeri.

Malangnya Dr Yusri juga turut menyertai lawatan kerja itu dan menikmati kemudahan yang
selayaknya sebagai seorang NC. Mengapa Dr Yusri tidak menegur pembaziran yang berlaku
ketika itu? Mengapa hanya setelah dilucutkan keahlian akibat masalah disiplin juga
merasakan peluang untuk memiliki gaji dan elaun bulanan lumayan semakin tipis, barulah
Dr Yusri terpekik terlolong berjuang membanteras pembaziran?

Dr Yusri menulis:

3. Salah guna Dana dan Aset. a.Mengumpul dana untuk projek Tahfiz bersama dengan
Masjid Taman TAR yang akhirnya digunakan untuk premis sendiri (Darul Maliki).

Jawapan Yayasan:

Yayasan menjelaskan bahawa Dato Syeikh Fuad tidak terlibat sebagai AJKT projek Tahfiz
Masjid Taman TAR. Projek Tahfiz bersama dengan Masjid Taman TAR dirancang pada era Dr
Yusri menjawat jawatan YDP Yayasan dan beliau sendiri dilantik menjadi Pengerusi AJKT
yang menjayakan projek tahfiz ini. Segala macam urusan, pembatalan, pengalihan dana dan
aset adalah dengan persetujuan Dr Yusri sebagai Pengerusi Projek.

Jika ada dana dan aset yang dialihkan kepada kepada pusat Tahfiz Darul Maliki, ia adalah
berdasarkan persetujuan dan kebenaran daripada Pengerusi Projek Tahfiz Darul Maliki iaitu
Dr Yusri sendiri dan beliau harus bertanggungjawab mengenai semua itu. Akan tetapi, orang
yang hasad dengki sememangnya memiliki hobi suka meletakkan kesalahan ke bahu orang
lain. Yayasan juga suka memaklumkan bahawa Dato Syeikh Fuad sendiri telah melancarkan
sumbangan permulaan bagi projek tahfiz ini dengan wang peribadinya sebanyak
RM100,000.

Kami ingin menegaskan juga bahawa Darul Maliki bukanlah premis sendiri milik Dato Syeikh
24

Fuad seperti yang didakwa oleh Dr Yusri. Sekiranya inginkan kepastian, Dr Yusri dan para
pembaca boleh menyemak sendiri status pemilik tanah Darul Maliki itu dan akan mendapati
ia kekal milik pemiliknya yang asal. Meskipun ia bukan premis milik peribadinya, akan tetapi
Dato Syeikh Fuad tetap membangunkan dengan penuh kesungguhan dan keazaman sebagai
mercu tanda Ahli Sunnah berterusan sebagai bangunan pengajian dan penginapan
penuntut-penuntut Darul Quran Wal Hadith yang mencecah bilangan ratusan orang.

Justeru, dakwaan Dr Yusri bahawa Darul Maliki adalah milik peribadi Dato Syeikh Fuad
adalah satu bentuk fitnah nyata dan pendustaan.

Dr Yusri menulis:

b. Pembelian secara tunai 3 unit rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM350 ribu
setiap satu. Didaftarkan atas nama 2 isteri dan ibu SF. Projek Tabung Haji Properties
berdekatan dengan Lebuhraya Lekas.

Jawapan Yayasan:

Ini adalah satu contoh penipuan yang keji dan fitnah yang hina yang dilakukan dengan
sewenang-wenangnya oleh Dr Yusri terhadap Dato Syeikh Fuad. Pada hakikatnya, tiada
pembelian tiga unit rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM350 ribu setiap satu yang
kemudiannya didaftarkan atas nama dua isteri dan ibu Dato Syeikh Fuad. Tiada juga projek
Tabung Haji Properties seperti yang didakwa atau apa-apa pembelian yang didaftarkan atas
nama dua isteri dan ibu Dato Syeikh Fuad.

Yayasan ingin bertanya kepada Dr Yusri, adakah ini contoh-contoh dakwaan kegelinciran
Dato Syeikh Fuad yang menghalalkan Dr Yusri mentohmah dan melabelkan beliau sebagai
ulama suu? Perbuatan hina Dr Yusri yang tidak mencerminkan akhlak dan ijazah
kedoktorannya ini mengingatkan kita kepada hadith Nabi yang berbunyi:

Apabila anda tiada rasa malu, maka lakukanlah apa yang anda ingin lakukan.


Dr Yusri menulis:

c. Sumbangan RM100k sebulan daripada Dato Yahya sejak hujung 2010 atas dasar
menampung overhead dimasukkan ke akaun peribadi dan digunakan tanpa dasar yang
telus.

Jawapan Yayasan:

Sumbangan RM100 ribu sebulan dilakukan atas dasar kepercayaan Dato Yahya kepada
Dato Syeikh Fuad. Sekiranya beliau ingin memasukkannya ke dalam akaun Yayasan atau
Universiti, maka beliau akan memasukkannya sendiri. Perkara ini dilakukan atas dasar saling
percaya mempercayai dan Dr Yusri tidak berhak mempertikaikannya. Kita sendiri tidak
25

mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh Dr Yusri dengan dakwaannya digunakan tanpa
dasar yang telus.

Jika Dr Yusri mendakwa tiada ketelusan dalam hal ini, Dr Yusri diminta untuk
mengemukakan bukti ketirisan dan penyelewengan, bukan hanya sekadar tulisan dan
dakwaan kosong. Sekali lagi kami tegaskan bahawa prinsip Islam dalam sebarang
pendakwaan dibina dengan hadith:


Sesungguhnya bagi orang yang melakukan dakwaan itu, hendaklah dia mengemukakan
bukti, dan sumpah bagi orang yang mengingkari dakwaan itu.

Apakah maruah diri, sifat amanah seorang Mukmin seperti Dato Syeikh Fuad suatu barang
mainan yang boleh dimainkan sesuka hati? Kalau Dato Syeikh Fuad tidak telus dan jujur
menguruskan sesuatu dana dan aset yang diamanahkan, nescaya tidak akan terbina Yayasan
Sofa dan kompleksnya, STIAS, DAQWAH, KIS dan lain-lain institusi yang berada di bawah
naungannya.



Dr Yusri menulis:

e. Kebanyakan aset yang diwaqafkan atau dibeli atas nama Yayasan dan dakwah
didaftarkan atas nama Syeikh atau orang kepercayaan.

Jawapan Yayasan:

Dr Yusri mendakwa bahawa beliau dan rakan-rakan sudah bertahun-tahun di dalam
Yayasan dan sudah banyak berkorban. Akan tetapi tempoh bertahun-tahun yang
didakwanya itu tidak menjadikan beliau lebih mendalami sejarah awal dan asal-usul
Yayasan. Oleh yang demikian, bicaranya menggelincirkan beliau dari fakta sejarah.

Sebelum Yayasan ditubuhkan sendiri oleh Dato Syeikh Fuad, segala sumbangan dana
disalurkan sebagai amanah atas nama Dato Syeikh Fuad kerana tiada yayasan yang
bertindak sebagai badan menjaga amanah tersebut. Bahkan sekeping tanah 5 ekar yang
dibina di atasnya Madrasah Hasaniah, Bangunan Pusat Penyelidikan (Bistro) dan kompleks
STIAS sekarang ini adalah hadiah peribadi Hj Lasim bin Azis kepada Dato Syeikh Fuad.
Selepas Yayasan ditubuhkan, tanah yang pada asalnya dihadiahkan kepada Dato Syeikh
Fuad itu telah ditukar dan didaftarkan atas nama Yayasan dengan persetujuan Dato Syeikh
Fuad sendiri yang ingin melihat kejayaan yayasan sebagai kejayaan dirinya.

Maka dari sudut apa, bukti dan fakta mana Dr Yusri mengambil maklumat bahawa aset dan
waqaf atas nama Yayasan ditukar milik atas nama Dato Syeikh Fuad atau orang
kepercayaannya? Maka selepas penerangan mengenai fakta ini, tidak perlu lagi kita kepada
penerangan yang lain.

26



Dr Yusri menulis:

f. Menggunakan dana yang sepatutnya khusus untuk Pelancaran Universiti untuk
mengubahsuai secara mewah dan melampau rumah Darul Maliki. Antara sebab utama
defisit dalam perbelanjaan Pelancaran Universiti.

Jawapan Yayasan:

Pada hakikatnya, umum telah mengetahui bahawa peruntukan untuk Universiti sendiri tidak
mencukupi. Maka bagaimana Dr Yusri boleh mendakwa bahawa dana itu untuk mengubah
suai secara mewah dan melampau rumah Darul Maliki. Tuduhan ini seumpama menuduh
seorang fakir miskin yang tidak memiliki wang sedikitpun yang cuba membina sebuah istana
indah. Ia adalah tuduhan yang tidak masuk akal.

Yayasan mengajak sidang pembaca kembali kepada permasalahan kelalaian dan kelemahan
Dr Yusri dan rakan-rakannya dalam menunaikan tanggungjawab membentangkan budget
yang lengkap. Dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan, mereka hanya membentang
budget bagi Majlis Pemasyhuran Universiti dan membiarkan budget Pengubahsuaian
Bangunan Universiti terperap di dalam fail, yang akhirnya menyebabkan defisit melanda.

Kelemahan dan kelalaian mereka ini menyebabkan Dato Syeikh Fuad terpaksa berikhtiar
mengumpul dari sumbangan ahli-ahli Yayasan atas dasar muafakat bagi menampung defisit
tersebut. Dari usaha dan pengorbanan itu pun semua sukarelawan, ahli-ahli Yayasan
termasuk Dato Syeikh Fuad tidak meminta dibayar satu sen pun. Berbanding Dr Yusri yang
sepatutnya dipertanggungjawabkan mengurus tadbir semua urusan dan meminta dibayar
RM35,000 sebulan bagi gaji dan elaunnya.


Dr. Yusri menulis:

c. Janji untuk bantuan RM5000 sebulan kepada Habib Muhammad Al-Attas, murid Abuya
Sayyid Muhammad Al-Maliki untuk menampung belanja madrasahnya di Kuching,
Sarawak. Janji dibuat ketika ke Kuching untuk program Kuching Berselawat, akhir 2010.
Bayaran hanya selama tiga bulan kemudian tidak disambung lagi.

Jawapan Yayasan:

Alhamdulillah, dalam kes ini Dr Yusri masih mengakui ada bayaran yang telah dilakukan oleh
pihak Dato Syeikh Fuad atau Yayasan selama 3 bulan. Kisah ini semuanya berlaku dalam
tempoh Dr Yusri menjawat jawatan YDP Yayasan dan dalam pertemuan dengan Habib
Muhammad al Attas itu, beliau turut hadir. Maka segala urusan pembayaran, penangguhan
dan tidak menyambung balik pembayaran tersebut terletak di bawah kuasa, budi bicara dan
arahan YDP Yayasan iaitu Dr Yusri sendiri. Sebagai YDP juga Dr Yusri kena sedia maklum dan
menyemak perkembangan urusan pembayaran ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Sementara Dato Syeikh Fuad hanyalah sebagai Penasihat Yayasan yang tidak mempunyai
27

kuasa menghenti dan meneruskan pembayaran.

Akan tetapi seperti yang kami pernah nyatakan, sikap santai dan bersahaja Dr Yusri sebagai
YDP memberi impak negatif Yayasan. Mengapa perlu menutup kelemahan urus tadbir
sendiri dengan menuding jari kepada orang lain? Sebagai YDP Yayasan yang mempunyai
kuasa, kenapa Dr Yusri tidak mengeluarkan arahan kepada Pengurus Besar Yayasan agar
disegerakan pembayaran kepada pihak madrasah Habib Muhammad al Attas?


Dr. Yusri menulis:

d. Membuat keuntungan dalaman dengan cara mark-up dan out-source melalui syarikat
milik peribadi Sofa Productions Sdn Bhd.

Jawapan Yayasan:

Perlu didedahkan di sini bahawa syarikat Sofa Production Sdn Bhd adalah pembantu dan
pendukung utama kepada Yayasan dan institusi-institusi pendidikan di bawah naungannya
sama ada dalam bentuk pemberian bantuan atau pinjaman. Jika sesuatu syarikat mengaut
keuntungan dalaman dengan cara mark-up, maka ia adalah strategi mana-mana syarikat
yang ingat menghasilkan keuntungan bagi syarikatnya. Ia tidak melanggar undang-undang
kerana tiada unsur paksaan dan memaksakan setiap orang berurusniaga dengannya. Cuma
Yayasan menggalakkan institusi di bawah naungannya berurusan dengan Sofa Production
Sdn Bhd atas dasar tolong menolong dan saling membantu yang digalakkan di dalam Islam
serta mengelakkan pengaliran wang keluar secara deras.

Dalam banyak keadaan KIS, DAQWAH dan STIAS tidak berurusan dengan Sofa Production
dalam mencetak keperluan mereka, bahkan terus berurusan dengan syarikat percetakan
tanpa melalui Sofa Production. Ia tidak menjadi bahan pertikaian dan perbalahan antara
kami kerana kadangkala kesuntukan waktu menghalang mereka berurusan dengan Sofa
Production atau pihak Sofa Production sibuk menguruskan urusan perniagaannya yang lain.

Kenapa sepanjang 15 tahun pihak Dato Syeikh Fuad dan Sofa Production menginfaqkan
buku-buku kepada ribuan penuntut ilmu, menghadiahkan bahan-bahan cetakannya kepada
ulama dan para tetamu Yayasan, membantu cetak dan menerbitkan pelbagai bahan dengan
percuma tidak disebut oleh Dr Yusri? Memang sudah menjadi strategi pembunuh karektor
menyebut kekurangan, memfitnah dan mengadu domba. Adapun sumbangan melangit dan
menggunung kepada Islam, dipandang sepi atau cuba dilenyapkan.

Menilai sikap Dr Yusri ini, mengingatkan kita kepada perkataan Sayyiduna Abdullah ibn al
Mubarak yang berbunyi:

Engkau telah menzalimi saudara engkau jika engkau hanya menyebut keburukannya dan
tidak langsung menyebut kebaikan-kebaikan yang dilakukannya.

28



Dr Yusri menulis:

e. Menyewa Bentley untuk mengelabui mata Rektor Al-Azhar.

Jawapan Yayasan:

YAYASAN menyatakan bahawa sewaan kereta Bentley adalah arahan dari Pengarah Urusan
Gerbang As-Sofa bagi membawa Pengerusi Majlis Universiti dalam urusannya dengan Rektor
al Azhar. Ini bukan permintaan dan kehendak Dato Syeikh Fuad sendiri. Maka jelas di sini
tujuan dan niat asal Dr Yusri menimbulkannya hanya kerana ingin memburuk-burukkan
Dato Syeikh Fuad. Ini adalah suatu perbuatan hina dan keji yang menggambarkan betapa
busuknya hati Dr Yusri terhadap seorang ulama Islam.


Dr Yusri menulis:

f. Rumah Darul Maliki dan rumah-rumah lain yang dibeli di Taman TAR asalnya atas alasan
untuk pengajian dan tahfiz DAQWAH akhirnya digunakan sebagai rumah dan disebut
sebagai rumah ana.

Jawapan Yayasan:

Kalam Dato Syeikh Fuad ini berbentuk majaz (kiasan). Kami tidak pasti jika dibentangkan
permasalahan majaz, adakah Dr Yusri mampu memahaminya atau tidak. Semua institusi
yang diasaskan, maka pengasasnya itulah digelar tuan rumah. Menyandarkan semua
institusi itu kepada nama Dato Syeikh Fuad adalah sandaran majaz semata-mata.
Contohnya jika keluar negara, kita ditanya tentang Malaysia, maka kita akan menjawab
negara saya. Bukan kita memaksudkan bahawa kita adalah pemilik mutlak bumi, tanah,
negeri dan hasil-hasil bumi Malaysia, akan tetapi sebagai penyandaran semata-mata. Kami
tidak pasti adakah Dr Yusri mempelajari asas ilmu Balaghah atau Majaz semasa belajar di
sekolahnya dahulu. Namun, sekecil-kecil penuntut ilmu Balaghah memahami kaedah
berbicara seperti ini.

Dr Yusri menulis:

g. Memburuk-burukkan pengurusan Universiti As-Sofa tanpa asas berkemungkinan demi
untuk mendominasi pelbagai aspek projek universiti terutamanya kewangan. Taktik yang
sama pernah digunakan dalam institusi Yayasan yang lain seperti DAQWAH. Kelemahan
pengurusan sedia ada direka-reka atau diperbesar-besarkan sebagai alasan untuk
melakukan pertukaran pengurusan.

Jawapan Yayasan:

Dato Syeikh Fuad menggagaskan, mengasaskan dan mengusahakan penubuhan Universiti.
Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa dan pemegang syernya dalam syarikat
29

Gerbang As-Sofa Sdn Bhd. Beliaulah adalah di antara mereka yang telah bersusah payah
untuk menegakkannya. Beliau juga melantik Dr Yusri sebagai NC atas kepercayaan beliau
kepadanya.

Adalah tidak masuk akal apabila Dato Syeikh Fuad pula yang cuba memburuk-burukkan
pengurusan Universiti kerana ini menunjukkan beliau seolah-olah mahu meruntuhkan
institusi yang dibinanya sendiri. Kritikan, teguran dan nasihat seorang MAJIKAN kepada
PEKERJA adalah untuk kebaikan institusi, syarikat atau masa depan pekerja itu sendiri.

Seperti yang telah kami sebut sebelum ini, hubungan antara Dato Syeikh Fuad dan Dr Yusri
serta rakan-rakan pengurusannya adalah hubungan di antara MAJIKAN dengan PEKERJA
seramai 4 orang yang dibayar gaji sejumlah lebih kurang RM100,000 sebulan. Ia melibatkan
kos besar yang perlu ditanggung oleh Syarikat Gerbang As-Sofa milik Dato Syeikh Fuad.
Sedangkan mutu kerja, kelemahan urus tadbir, sikap santai dan sambil lewa Dr Yusri berlaku
dari semasa ke semasa. Mana mungkin Dato Syeikh Fuad mahu mendominasi urusan
kewangan Universiti kerana ia adalah seperti membakar dan meruntuhkan universiti yang
diasaskannya sendiri.

Mustahil Dato Syeikh Fuad mereka-reka atau memperbesar-besarkan kelemahan
pengurusan Dr Yusri dan rakan-rakan kalau bukan itulah sebenarnya yang disifatkan sebagai
kegagalan membentang budget yang sempurna, kecuaian, kelewatan menyiapkan tugas
sebagaimana yang dijadualkan.


Dr Yusri menulis:

a. Merendahkan dan memperlekehkan tokoh-tokoh dan organisasi Ahlus Sunnah yang
lain.

Jawapan Yayasan:

Pertuduhan ini amat kontra dengan realiti sebenar dalam sejarah hidup Dato Syeikh Fuad
dan Yayasan. Dato Syeikh Fuad adalah insan yang mempelopori usaha-usaha menjemput,
memperkenalkan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di mata Malaysia. Bahkan beliau adalah
insan yang kuat mengangkat dan menjulang maruah ulama ASWJ ke peringkat yang tertinggi
di Malaysia. Dengan saranan dan usaha beliau itu, Yayasan telah menjemput ratusan ulama
ASWJ sebagai tetamu dalam majlis-majlis dan seminar yang dianjurkannya di mana ramai di
kalangan ulama dunia Islam hadir ke Malaysia buat pertama kali atas jemputan Dato Syeikh
Fuad. Di antaranya Prof. Dr Faruq Hamadah, al Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim al
Kattani, Dr. Sayyid Abdul Munim al Ghumari, Prof Dr Saad Jawish, al Muhaddith Dr
Mahmud Said Mamduh, Sayyid Idris ibn Mustafa al Hasani dan ramai lagi.

Demikian juga Dato Syeikh Fuad mempersembahkan khidmat bakti dengan membantu
mencetak kitab-kitab tulisan mereka, membiayai pembinaan madrasah-madrasah mereka di
luar negara dan mengorbankan masa, harta dan tenaga bagi memartabatkan kedudukan
mereka selaku ulama Ahli Sunnah di mata dunia.

30

Dato Syeikh Fuad tidak pernah merendahkan dan memperlekehkan mana-mana tokoh atau
organisasi Ahli Sunnah seperti dakwaan Dr Yusri. Jikalau ada, jelaslah di sini bahawa ia
adalah fitnah dan pendustaan yang dicetuskan oleh Dr Yusri sendiri.

Dr Yusri menulis:

b. Sering mendakwa dan mengisytiharkan secara terbuka dan tertutup pelbagai
kehebatan diri dari segi ruhani, ilmu, keturunan, kebolehan, pengaruh, kekayaan dan
seumpamanya.

Jawapan Yayasan:

Sepanjang 15 tahun bersama Dato Syeikh Fuad, kami mendengar sebutan mengenai
perkara itu. Ia termasuk di dalam bab menceritakan nikmat Allah dan bersyukur atasnya,
bukan dengan niat berbangga-bangga. Perkara tersebut juga tidak diisytiharkan di hadapan
pentas umum, melainkan dalam majlis yang diatur untuk kehadiran murid-murid dan ahli
pengajiannya yang khusus.

Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti pernah mengisytiharkan bahawa beliau dikurniakan
limpahan ilmu dan keluasannya dalam segenap bidang ilmu. Al Imam Abdul Wahhab al
Syarani pernah menulis satu jilid tebal kitab bertajuk al Minan al Kubra yang menceritakan
segala kelebihan dan nikmat Allah kepadanya dari keturunan, nasab dan ilmunya. Al
Muhaddith Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari pernah menulis sendiri biografi
mengenai dirinya yang bertajuk Sabil al Taufiq fi Tarjamah Abdillah ibn al Siddiq dan
mengisytiharkan segala-galanya di dalam kitab tersebut mengenai segala aspek yang
berkaitan dengan dirinya dari nasab keturunan, taraf pengetahuan, keilmuan dan
kelebihannya yang lain. Menceritakannya tidaklah salah. Akan tetapi yang salah ialah
menggandingkan penceritaan itu dengan rasa ujub, takbur dan riak.

Dr Yusri menulis:

6. Mengutamakan kebajikan diri, mengabaikan kebajikan penyokong dan ahli. Para
penyokong dan pendokong kuat termasuklah Hj Rahim, Kak Shidah, Ustaz Salahuddin,
Abang Jalil Kitab dibiarkan hidup ala-kadar sedang SF dan keluarga hidup mewah.
Sebahagian daripada mereka ini diketahui secara pasti menghadapi masalah kewangan
kronik seperti sewa rumah dan hutang kereta yang lama tertunggak tetapi tidak dibantu
dengan serius oleh SF yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 100k sebulan.

Jawapan Yayasan:

Yayasan telah bertemu dengan penama-penama yang dinamakan oleh Dr Yusri di atas dan
mereka kesemuanya melahirkan rasa tersinggung dan marah dengan kenyataan Dr Yusri
yang mengaib dan menjatuhkan maruah mereka di khalayak umum. Perlu disebut di sini
bahawa mereka yang dinamakan oleh Dr Yusri di atas adalah staf yang digajikan oleh
Yayasan. Maka kebajikan mereka terletak di bawah tanggungjawab, kuasa dan budi bicara
Dr Yusri selaku YDP Yayasan ketika itu. Jika Dr Yusri mendakwa mereka hidup tertekan, ala
kadar dan seumpama dengannya, maka itu adalah kesalahan Dr Yusri sendiri kerana mereka
31

berada di bawah tanggungjawab Dr Yusri sebagai YDP Yayasan. Maka mengapa perlu
meletakkan beban dan kesalahan ini ke bahu Dato Syeikh Fuad?

Dr Yusri sendiri tidak mengetahui sejarah bagaimana sesetengah ahli-ahli Yayasan yang
terlibat dalam kemalangan parah dan bala bencana, hutang piutang. Segala macam
kebajikan mereka diurus oleh Dato Syeikh Fuad sendiri dan segala macam keperluan hidup
dan yuran persekolahan anak-anak mereka ditanggung oleh Dato Syeikh Fuad dan Yayasan
sehingga kini. Jikalau kami hendak menyenaraikan di sini amal kebajikan, sumbangan dan
infaq yang dihulurkan sebagai tanda keprihatinan Dato Syeikh Fuad kepada Islam dan kaum
muslimin, sudah tentu ia memerlukan helaian yang banyak. Allah jualah sebaik-baik saksi
atas semua itu.

Dr Yusri menulis:

c. Tidak menggalakkan bahkan melarang ikhwan menghadiri atau bertemu para ulama
lain. d. Menggalakkan situasi mengagungkan dan memuja SF melalui majlis-majlis hari
jadi, hantaran dan sambutan ketika musafir, gambar foto, gelaran panggilan dan
sebagainya.


Jawapan Yayasan:

Perlu diketahui bahaa larangan Dato Syeikh Fuad ini ditujukan kepada ulama yang
berfahaman menyeleweng atau ahli bidah. Sekiranya ulama itu dari kalangan ASWJ, Dato
Syeikh Fuad tidak pernah melarangnya. Semenjak 15 tahun lalu Dato Syeikh Fuad telah
mengatur pertemuan dan menjemput ratusan ulama dunia Islam ke majlis-majlis anjuran
Yayasan untuk santapan ilmu ahli dan para muridnya. Ini bukan satu usaha mewujudkan
suasana taksub yang melampau seperti mana dakwaan liar Dr Yusri dan konco-konconya.

Dr Yusri sendiri telah dibawa oleh Dato Syeikh Fuad untuk bertemu ratusan ulama ASWJ
dari seluruh pelusuk dunia Islam. Bahkan Dr Yusri turut mendapat manfaat ilmu dan ijazah
daripada pertemuan itu. Adakah Dr Yusri mampu menafikan sejarah dan fakta itu sedangkan
sejarah tidak akan menipu? Seeloknya Dr Yusri meninggalkan dakwaan kosong dan tak
bermakna seperti ini, sebagai beramal dengan satu hadith yang bermaksud: Di antara
baiknya keislaman seseorang, dia meninggalkan apa-apa yang tidak bermakna buat dirinya.

Yayasan juga mengingatkan pembaca agar memerhatikan perkataan Dr Yusri iaitu
mengagungkan dan memuja di mana beliau cuba mengaburi mata pembaca bahawa
terdapat unsur pelampauan dan pemujaan terhadap Dato Syeikh Fuad secara berlebihan
yang menatijahkan ketaksuban yang tercela. Kami menyatakan di sini bahawa Dato Syeikh
Fuad tidak meminta murid-murid mengagungkan dan memuliakannya. Beliau tidak pernah
menganjurkan majlis hari jadi bahkan majlis hari jadi itu adalah anjuran dan inisiatif murid-
muridnya dan pihak Yayasan sendiri.

Seingat kami Dr Yusri ketika menjadi YDP Yayasan juga pernah memuji Dato Syeikh Fuad
dengan rangkap-rangkap sajak yang Dr Yusri tulis sendiri dalam keadaan tiada sesiapa yang
memaksa Dr Yusri memuji beliau. Ia datang dari keinginan Dr Yusri sendiri yang merasakan
32

bahawa memuji insan yang mempunyai kelebihan dan kedudukan lebih-lebih lagi dari sudut
agama adalah diharuskan sebagaimana para sahabat menitipkan bait-bait syair memuji
Rasulullah . Rasulullah tidak memarahi mereka bahkan membalas mereka dengan
hadiah dan mendoakan mereka.

Demikian juga hantaran dan sambutan ketika musafir, tidak pernah ada unsur paksaan
untuk menghantar dan menyambut beliau ketika musafir. Bahkan ia datang dari keinginan
murid-murid mereka sendiri sebagai tanda menghormati dan meraikan pemergian dan
kepulangan gurunya.

Manakala gelaran dan sebagainya, tidak pernah didengari semenjak 15 tahun yang lalu
Dato Syeikh Fuad memaksa orang lain memanggilnya dengan gelaran Syeikh. Hanyalah
apabila masyhur para ulama memanggil beliau dengan Syeikh dan ulama-ulama tersebut
menulis ijazah kepadanya dengan nama Syeikh Muhammad Fuad, maka ia digunakan oleh
ahli-ahli Yayasan sebagai panggilan.

Buktinya hari ini masih kekal di kalangan muridnya yang memanggil beliau dengan gelaran
Ustaz atau Tuan. Manakala anak-anak muridnya di STIAS dan DAQWAH memanggil mereka
dengan panggilan Walid yang bermaksud bapa.

Dr Yusri menulis:

e. Selalu menegaskan dan menuntut ketaatan dan khidmat yang mengatasi ketaatan dan
khidmat kepada ibu bapa dan keluarga sendiri.

Jawapan Yayasan:

Sepanjang pengalaman kami yang belajar dengan beliau, Dato Syeikh Fuad memerintahkan
kami melakukan kebaikan kepada ibubapa dan dalam sesetengah keadaan beliau mendesak
sesetengah kami pulang ke kampung menziarahi dan menjenguk kedua ibubapa masing-
masing apabila mendapati kami sudah lama tidak pulang ke kampung. Bahkan, Dato Syeikh
Fuad pernah menulis dan menerbitkan sendiri sebuah buku bertajuk Doa Untuk Ibubapa
dan Anak-anak dan memerintahkan murid-muridnya agar mengamalkan doa tersebut
dengan penuh konsisten. Mungkin dalam sesetengah keadaan beliau tidak melepaskan
muridnya pulang bercuti ke kampung kerana pada waktu itu ada satu program besar yang
memaksa tenaga mereka diperlukan lalu cuti mereka dibekukan.

Dalam situasi lain, sesetengah pekerja memiliki waktu terluang untuk pulang ke kampung
menjenguk ibubapa masing-masing akan tetapi tidak digunakan peluang itu. Sesetengah
mereka mahu pulang ke kampung pada saat kesibukan yang teramat sangat seperti Majlis
Pemasyhuran Universiti, maka cuti pekerja dibekukan serta merta. Lalu diambil kesempatan
ini oleh orang yang hasad dengki bagi memanipulasi keadaan untuk mendakwa Dato Syeikh
Fuad tidak mengizinkan seseorang balik ke kampung menziarahi, berbuat baik kepada
ibubapa dan menuntut ketaatan mutlak kepadanya lebih dari ibubapa.



33


Dr Yusri menulis:

d. Keputusan mengadakan dan kemudian membatalkan cawangan Tahfiz DAQWAH
Seremban.

Jawapan Yayasan:

Setiap projek memerlukan perancangan. Projek Tahfiz DAQWAH Seremban masih di
peringkat cadangan dan perancangan awal. Pihak Yayasan berhak meneruskan atau
membatalkan rancangannya bergantung kepada situasi-situasi tertentu seperti kewujudan
beberapa halangan atau kekangan kewangan, keselamatan premis baru yang tidak terjamin
dan apa-apa sahaja alasan yang dirasakan perlu bagi Yayasan menangguhkan sesuatu
projeknya. Telah dimaklumkan kepada kami di antara sebab projek itu dibatalkan adalah
kerana kos pengubahsuaian premis yang sangat mahal.

Dr Yusri menulis:

e. Mencadangkan idea 2 universiti supaya mendorong dibeli sebidang tanah lain selain
daripada tanah kurniaan kerajaan negeri di Ulu Bendul. Sebidang tanah telah dikenal pasti
untuk dibeli di Port Dickson berharga sekitar RM 16 juta.

Jawapan Yayasan:

Pihak Dato Syeikh Fuad hanya merancang dan bersedia bagi segala kemungkinan yang
melanda. Memang pada awalnya hanya sebuah universiti ditubuhkan iaitu Universiti As
Sofa. Manakala Kuliah al Azhar akan dimasukkan di dalam salah satu fakultinya. Akan tetapi
kemungkinan terjadi bahawa Universiti al Azhar tidak mahu meletakkan kuliahnya itu di
bawah sebuah fakulti dan inginkan sebuah universiti lain yang khusus untuknya, maka 2
lesen berasingan perlu dipohon oleh pihak Gerbang As-Sofa yang pastinya menjurus kepada
2 universiti dan lokasi yang berasingan. Sebagai seorang NC yang meminta dibayar gaji dan
elaun melebihi RM35,000 sebulan, sepatutnya Dr Yusri maklum mengenai perkara ini. Akan
tetapi sifat pada dirinya membuatkan beliau tidak mengetahui banyak butiran perkara dan
urusan yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Dr Yusri menulis:

f. Ustaz-ustaz lulusan Darul Mustafa diberi kata dua dan sebahagiannya diberhentikan
dengan notis pendek apabila meminta penjelasan tentang kenyataan berunsur
penghinaan terhadap Habib Umar dalam kuliah SF.

Jawapan Yayasan:

Dato Syeikh Fuad sentiasa menyanjung dan memuliakan kedudukan Habib Umar. Secara
peribadinya beliau menyatakan bahawa Habib Umar adalah tokoh idolanya terutama dari
sudut kehebatan pidato dan gaya ceramah. Syeikh Fuad mengiktiraf Habib Umar sebagai
guru ijazahnya dan Habib Umar sendiri pernah berbesar hati memberikan tajuk bagi salah
34

satu buku tulisan Dato Syeikh Fuad bertajuk Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam.
Maka bagaimana pula Dato Syeikh Fuad boleh dengan sengaja menghina Habib Umar
dalam keadaan penghormatan yang sehebat ini.

Dato Syeikh Fuad dan Yayasan amat memandang tinggi kedudukan Darul Mustafa dan
Pengasasnya Habib Umar Ben Hafiz. Walaupun Darul Mustafa adalah pusat pengajian
tradisional di Tarim Yaman dan sijilnya masih belum mendapat pengiktirafan JPA dan
Kerajaan Malaysia, akan tetapi Dato Syeikh Fuad meletakkan kedudukan institusi dan
penuntut lepasan Darul Mustafa tinggi di mata masyarakat. Sehinggakan penuntut lepasan
Darul Mustafa yang bekerja sebagai guru di bawah institusi Yayasan dibayar gaji seumpama
gaji penjawat awam, berserta elaun dan bonusnya.

Ada juga dari kalangan mereka tidak lulus dan diberhentikan dari Darul Mustafa disebab
kegagalan dalam peperiksaan, turut mendapat pandangan hormat dari Dato Syeikh Fuad
dengan dilantik menjawat jawatan utama dalam pentadbiran institusi. Demikianlah
bagaimana kedudukan mereka dimartabatkan oleh Yayasan dan Dato Syeikh Fuad.

Namun ramai manusia kurang menghargai nikmat dan tidak mahu bersyukur atas
penghormatan orang lain. Oleh kerana ingin mempertahankan sentimen dan keegoan
masing-masing, mereka mengenepikan sikap profesional dalam bekerja dan tanggungjawab
terhadap majikan dengan mempertikaikan dasar-dasar institusi Yayasan, menghasut pelajar-
pelajar DAQWAH bagi menerbitkan rasa sangsi dan benci kepada Dato Syeikh Fuad dan
staf-staf Yayasan. Bukti-bukti tersebut telah dicatat dengan kemas dan teliti di mana para
pelajar mencatatkan tiap-tiap bentuk hasutan mereka dan menyerahkan kepada Yayasan
untuk tindakan lanjut.

Atas sebab melanggar disiplin, menghina dan mengaibkan institusi serta mempertikaikan
dasar-dasar Yayasan, mereka mengalami apa yang dialami oleh mana-mana pekerja di dunia
iaitu mendapat notis pemberhentian. Ia adalah prosedur biasa. Cuma ia digembar-
gemburkan oleh Dr Yusri di sini untuk menambahkan lagi kelazatan aroma fitnah dan
tohmahannya terhadap Dato Syeikh Fuad.

Yayasan juga memandang tinggi kedudukan Habib Umar dan Darul Mustafa kami adalah
badan NGO yang pertama bekerjasama menerbitkan rencana dokumentari mengenai Darul
Mustafa kemudian ditayangkan dalam saluran TV Astro Oasis suatu ketika dahulu dengan
memberikan gambaran baik, mempromosi dan juga memperkenalkan Darul Mustafa kepada
masyarakat Malaysia.

Dr Yusri menulis:

Begitu juga para ikhwan sedia maklum bahawa mimpi adalah antara faktor penting yang
mengikat dan membentuk ketaatan dan keta`suban pengikut kepada SF.

Jawapan Yayasan:

Yayasan dan murid-murid Dato Syeikh Fuad kekal menjadi pengikutnya, membantu dan
menyangganya kerana mereka melihat kesungguhan beliau dalam berdakwah, ketinggian
35

ilmunya, pengorbanannya dalam medan ilmu, jihad ilmiah serta wawasannya yang tinggi.
Dato Syeikh Fuad juga melengkapkan aspek-aspek ilmu yang kurang dalam diri seorang
murid serta memimpin mereka ke jalan iman, amal dan taqwa. Bahkan Dato Syeikh Fuad
mengiringi murid-muridnya yang telah meninggal dunia sehingga ke kubur mentalqin dan
mendoakan mereka.

Dari curahan kasih sayang, keprihatinan, keikhlasannya itu, Allah mencampakkan perasaan
kasih dan taat ke dalam hati anak-anak muridnya sehingga ke hari ini. Adalah satu bentuk
penghinaan dan fitnah yang keji apabila Dr Yusri menyatakan bahawa ahli Yayasan dan
murid-murid Dato Syeikh Fuad hanya bergantung harap, mengikat diri dan memberikan
ketaatan hanya kerana percayakan mimpi. Tuduhan ini pada hakikatnya adalah satu bentuk
penghinaan Dr Yusri yang jelas terhadap maruah dan harga diri seluruh ahli, murid dan
pengiktu Dato Syeikh Fuad.

Dr Yusri menulis:

Sebenarnya, apabila sahaja perjalanan zahir seseorang atau kumpulan keruhanian
bercanggah dengan Sunnah maka kita sudah boleh menyimpulkan bahawa apa-apa
pengalaman ruhani, ilham, mimpi atau kasyaf yang ada bukannya yang benar. Kesimpulan
ini disokong oleh beberapa dapatan kajian ana termasuk testimoni beberapa bekas murid
SF yang menghadapi masalah gangguan.

Jawapan Yayasan:

Di sini Dr Yusri menghakimi kebenaran Dato Syeikh Fuad sedangkan masyarakat tidak
pernah meminta beliau menjadi hakim. Maka beliau melantik dirinya sebagai hakim untuk
menghakimi benar atau tidaknya seseorang. Telahpun kami jelaskan sebelum ini dakwaan
bercanggah dengan sunnah Dr Yusri terhadap Dato Syeikh Fuad adalah longgar. Dato
Syeikh Fuad hanya melakukan perkara-perkara harus di sisi Islam, akan tetapi ditonjolkan
seolah-olah melakukan kemaksiatan dosa besar (al Kabair) sehingga layak ditohmah
kebenaran dan dicalarkan kredibilitinya.

Kemudian Dr Yusri melantik pula dirinya sebagai pengkaji, penyelidik dan penyiasat
persendirian dengan mengumpul testimoni beberapa bekas murid Dato Syeikh Fuad yang
menghadapi masalah gangguan. Pada hemat kami, Ini adalah salah satu bentuk momokan
Dr Yusri bagi memburukkan dan merendah-rendahkan kedudukan Dato Syeikh Fuad.


Dr Yusri menulis:

Para ikhwan harus faham bahawa adalah suatu fakta ilmiah bahawa memang ada
caranya bagi seseorang mempengaruhi seorang yang lain melalui mempengaruhi
mimpinya. Dan ini sering terjadi dalam kumpulan-kumpulan bermasalah seperti Al-Arqam
dan seumpamanya.

Jawapan Yayasan:

36

Maha Suci Allah, terzahir sudah niat dan hasrat utama Dr Yusri dalam koleksi fitnahnya ini
iaitu mencipta titik pertemuan dan persamaan Dato Syeikh Fuad dan Yayasan dengan
kumpulan Al Arqam yang diharamkan suatu ketika dulu. Tujuannya adalah untuk menarik
perhatian badan-badan agama kerajaan untuk melakukan siasatan dan mendakwa Dato
Syeikh Fuad dan Yayasan.


Dr Yusri menulis:

Apa pun, ana nasihatkan para ikhwan untuk tidak meremehkan aspek ini dan mengambil
langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pendinding dan mendapatkan rawatan jikalau
merasakan ada gangguan. Tidaklah salah malah adalah bijak jika kita beringat-ingat dalam
hal ini

Jawapan Yayasan:

Semenjak sekian lama Dato Syeikh Fuad telah menterjemah dan menerbitkan banyak
amalan pendinding (husun) untuk diamalkan oleh para muridnya sebagai pendinding dari
gangguan jin dan syaitan. Di antaranya beliau menerbitkan kitab Duru al Wiqayah Bi Ahzab
al Himayah (Perisai Pelindung dengan Hizib-hizib Pemelihara) milik al Muhaddith Prof Dr
Sayyid Muhammad Alawi al Maliki yang terkandung di dalamnya pelbagai amalam pelindung
dari segala kejahatan, gangguan jin dan manusia.

Adakah dapat diterima akal jika seseorang yang dituduh dan difitnah memelihara jin oleh Dr
Yusri untuk mempengaruhi pengikutnya, dalam masa yang sama menerbitkan amalan
pendinding dari jin dan syaitan? Ini adalah kerja sia-sia. Kerana apabila seseorang murid
beramal dengan amalan yang disarankan oleh Dato Syeikh Fuad dan berjaya mendinding
dirinya, maka bagaimana jin dan khadam itu mampu pula mempengaruhinya bagi
mempersembahkan ketaatan dan ketaksuban kepada Dato Syeikh Fuad? Kepada Allah
sahajalah tempat kita memohon pertolongan dari fitnah keji dan hina sebegini.


Dr Yusri menulis:

Mereka yang lama dalam Yayasan akan sedia maklum bahawa orang lain tidak akan
berani melakukan sesuatu tanpa arahan atau restu beliau. Masa depan Yayasan dan
Universiti tergantung kepada jalan yang beliau pilih.

Jawapan Yayasan:

Dalam setiap keadaan Dato Syeikh Fuad menasihatkan agar AJKT Yayasan bermesyuarat
bagi mendapatkan kata putus dan sepakat. Beliau sering menasihatkan agar AJKT dan YDP
harus berani membuat keputusan dan mencetuskan idea-idea yang baru dan bernas bagi
meneruskan kesinambungan Yayasan Sofa, berani mencuba, berani menanggung risiko dan
bersedia untuk ditegur apabila melakukan kesalahan. Malangnya sifat-sifat mulia di atas
tiada dalam diri Dr Yusri yang menyebabkan beliau tidak maju dan berganjak mengorak
langkah ke hadapan dalam tanggungjawab pentadbirannya.
37


Yayasan dan institusi pendidikan naungannya diasaskan dan ditubuhkan oleh Dato Syeikh
Fuad. Itu adalah fakta sejarah. Tiada sesiapa yang mampu menafikannya. Walaupun beliau
hanya menjadi penasihatnya, pandangan dan saranannya diambil kira berdasarkan
kedudukannya sebagai Pengasas Utama (The Founder).

Dr Yusri menulis:

Ana sudah pun cuba menyampaikan pilihan yang lebih aman dan menutup aib dalam
pertemuan dan komunikasi langsung dengan beliau iaitu pilihan berupa pakej taubat dan
pemulihan bagi diri beliau. Memang itulah satu-satunya pilihan yang ada menurut
panduan agama bagi seseorang yang terlanjur ke tahap sebegini. Beliau sudah hilang
kelayakan untuk memimpin dan membimbing selagi diri beliau tidak dipulihkan. Ini tidak
bererti ana berhasrat menggantikan tempat beliau seperti yang cuba digambarkan.

Jawapan Yayasan:

Pakej taubat hanya ditawarkan oleh paderi-paderi dalam agama Kristian kepada
penganutnya yang melakukan dosa. Jika Dr Yusri bertegas juga mengenai kewujudannya
dalam Islam, maka Dr Yusri telah mengiktiraf agama Kristian dengan memasukkan unsur-
unsurnya kesesatannya ke dalam Islam. Maka fahaman Dr Yusri ini tidaklah jauh bezanya
dengan fahaman pluralisme yang ditentang dan disesatkan oleh Dr Yusri.

Fakta dan sejarah menyatakan bahawa Dr Yusri secara sukarela dan redha menjadikan Dato
Syeikh Fuad sebagai guru mursyid dan murabbinya. Ini bermaksud beliau redha dinasihati,
ditegur dan dimarahi jika bersalah. Demikian juga hubungan dengan Dato Syeikh Fuad
sebagai pekerja dan majikan. Akan tetapi sukarela dan redhanya itu tidak disertakan dengan
ketahanan menghadapi ujian dalam berguru. Apabila hilang jawatan, kedudukan dan nikmat
dunia yang dipohonnya dari Universiti akibat kelemahan dan sikapnya sendiri, tiba-tiba
beliau menawarkan pakej taubat dan pemulihan kepada Dato Syeikh Fuad. Yayasan
menegaskan, selagi Dr Yusri kekal dengan sikap sebegini, beliau akan terus berhadapan
dengan masalah yang sama dengan mana-mana institusi atau agensi tempat beliau
berkhidmat selepas ini.

Pada awalnya Dr Yusri melantik dirinya sebagai peguam atau pendakwaraya, kemudian
beliau melantik pula dirinya sebagai hakim yang menghakimi dan menjatuhkan hukuman
kepada Dato Syeikh Fuad, kemudian beliau melantik pula dirinya sebagai doktor atau
kaunselor untuk memulihkan Dato Syeikh Fuad.

Yayasan menyatakan dengan penuh hemah, jika Dr Yusri ada berhasrat menggantikan
tempat beliau, penuhilah diri dengan ilmu, amal dan akhlak yang mulia, kesungguhan dan
keikhlasan dalam berdakwah, bukan dengan cara menabur fitnah dan mengadu domba
seumpama ini.




38



Di sini juga, kami paparkan print screen dari email yang dikirim oleh Dr Yusri kepada Dato
Syeikh Fuad sebagai penilaian tambahan sidang pembaca:







39



Dr Yusri menulis:

Malangnya beliau telah menolak pilihan yang walaupun pahit dan perit tetapi amat perlu
bagi diri beliau tersebut. Maka kami tiada pilihan melainkan meneruskan kewajiban dan
amanah Nahy Mungkar atau Taghyir (mengubah) Mungkar ini. Beliau perlu cuba
dihentikan daripada terus menzalimi dan memanipulasi orang lain jika beliau enggan
berhenti atas kesedaran sendiri. Kezaliman berterusan terutama aspek manipulasi
kewangan para ikhwan perlu dihentikan segera sebelum lebih ramai ikhwan terzalimi.

Jawapan Yayasan:

Dr Yusri seharusnya bermuhasabah tentang sikap dan prestasi dirinya sendiri. Kembalilah
merenung apakah sumbangan dan rekod cemerlang yang anda persembahkan sepanjang
dan Yayasan. Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Malahan setelah menjauhkan diri dari
Yayasan, Dr Yusri pula tergamak memburuk-burukkan dan memperlekehkan jemaah dan
pimpinan Yayasan. Kami tidak pasti pihak atau pertubuhan mana yang akan disertai oleh Dr
Yusri yang bakal menerima nasib yang sama selepas ini.

Kenyataan Dr Yusri di atas sama seperti kenyataan-kenyataan yang lalu di mana Dr Yusri
cuba membuktikan betapa mungkarnya perbuatan dan tindakan Dato Syeikh Fuad.
Sedangkan kemungkaran dirinya dengan memfitnah orang mukmin tidak disedarinya.
Demikianlah keadaannya apabila Dr Yusri apabila berada dipuncak kuasa dan jawatan serta
merasakan dirinya telah mendapat sokongan akar umbi ahli Yayasan, maka dikhayalkan
kepada dirinya tentang keburukan orang lain dan lalu tergambar kotak fikirannya bahawa
fitnah kejinya itu sebagai Nahy Mungkar atau Taghyir Munkar. Tiada daya upaya dan tiada
yang dapat membantu melainkan Allah .




















40



Isu Jin dan Khadam

Yayasan ingin menarik perhatian pembaca mengenai perkara ini di mana dalam pertemuan
Dr Yusri dengan salah seorang murid Dato Syeikh Fuad di UIAM, beliau menyatakan bahawa
terdapat unsur warisan (saka) dalam diri Dato Syeikh Fuad iaitu dengan kata lain Dr Yusri
menyimpulkan bahawa Dato Syeikh Fuad menggunakan jin dan khadam bagi menarik
perhatian umat manusia untuk berkhidmat kepadanya. Tindakan itu dibuktikan lagi dengan
usaha Dr Yusri menghubungi pengamal perubatan Islam untuk menguatkan lagi dakwaannya
itu, akan tetapi jawapan yang diterima mengecewakannya.

Jadi dari sudut apa dan bukti mana yang Dr Yusri mendakwa Dato Syeikh Fuad
menggunakan Jin dan Khadam? Maka tinggal kepada kita dua jawapan atau kebarangkalian
sahaja:

Pertama:
Ia datang dari syak wasangka dan sangka buruknya kepada Dato Syeikh Fuad. Ini
semestinya tertolak di sisi Islam kerana pendakwaan dilakukan pada kedudukan syak atau
zan, tanpa sebarang bukti.

Kedua:

Dr Yusri sendiri mendakwa mampu melihat sendiri saka, jin atau khadam yang mendampingi
Dato Syeikh Fuad.

Sekiranya ini benar, tiada jawapan ilmiah yang dapat kami berikan melainkan penegasan
Imam Syafii seperti dalam riwayat di bawah:

Harmalah berkata, saya mendengar Imam Syafii berkata:

Barangsiapa di kalangan seorang yang adil (ahl al adalah yang bermaksud layak menjadi
saksi dan diterima kesaksiannya) mendakwa melihat jin, maka kami membatalkan
kelayakannya untuk memberi penyaksian, berdasarkan firman Allah:

..| >, > .l,, _. ,> ..
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka.
2


Melainkan golongan para Nabi.
3


Justeru, Dr Yusri perlu membuat pengakuan kepada masyarakat Islam sama ada tuduhannya
itu bersandarkan kepada sumber/dalil pertama atau kedua di atas.



2
Al Araf: 27
3
Tabaqat al Syafiiyyah al Kubra
41






KESIMPULAN


Selepas penerangan panjang lebar ini, sukacitanya kami ingin menarik
perhatian masyarakat Islam kepada beberapa penegasan:

1- Dakwaan-dakwaan tanpa asas dan fitnah keji Dr Yusri ini adalah satu
pelampauan. Sekiranya beliau tidak menariknya, mengumumkan
kesilapannya serta memohon maaf dari individu-individu atau kelompok
masyarakat yang difitnahnya, maka beliau akan dipersoalkan di akhirat
kelak atas setiap inci perkataan dan tohmahannya.

2- Yayasan Sofa menegaskan bahawa kesalahan dan dosa memfitnah itu itu
turut mengheret sama sesiapa sahaja yang menyebarkannya dalam apa
jua bentuk bahan sebaran dan medium perantaraan serta akan
dihadapkan di hadapan Allah kerana menyebarkan suatu perkara tanpa
usul periksa.

3- Tindakan mengekal dan meneruskan usaha penyebaran surat berbentuk
fitnah ini terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang yang akan
diambil oleh Yayasan yang dirasakan perlu bagi menjaga imej dan nama
baiknya di mata masyarakat.

You might also like