You are on page 1of 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, JALAN YAACOB LATIF, CHERAS, KUALA LUMPUR 56000 KUALA

LUMPUR
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Pismp ambilan januari 2011

PISMP AMBILAN JANUARI 2011

Nama Kumpulan/Unit Kod Kursus Nama Kursus

SITI RAIHANA BINTI ZAINAL ( 910420-01-5122) 3 PISMP PRASEKOLAH PJM 3106 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Nama Pensyarah PN. MALATHI BALAKRISHNAN Tarikh Serahan 28 MAC 2012

PENGHARGAAN

Syukur

Alhamdulillah,

atas

nikmat

dan

kurnia-Nya,

dapat

saya

menyempurnakan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan dengan panduan para pensyarah bidang ini iaitu Puan Malathi Balakrishnan. Ini kerana, tugasan ini amat mencabar diri serta kemampuan saya dalam menerokai bidang pendidikan jasmani secara meluas. Walaupun tugasan ini mencabar, namun tugasan ini merupakan persediaan yang akan saya gunakan untuk diberikan kepada anak didik saya kelak. saya akan pastikan anak didik saya kelak mendapat didikan sempurna. Namun didikan sempurna saya kelak tidaklah sesempurna didikan pensyarah bidang ini. Dengan tunjuk ajar beliau, tugasan saya berjaya disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat Puan Malathi

Balakrishnan, yang tidak jemu memberi ilmu malahan segala ilmu yang dicurahkan adalah ikhlas, demi melihat pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan menjadi seorang pendidik yang berjaya seperti beliau kelak. Terima kasih juga saya tujukan buat teman-teman yang senantiasa memberi sokongan dan dorongan dalam menyelesaikan tugasan ini walaupun mereka juga mempunyai amanah dan tanggungjwab lain yang perlu diselesaikan. Tanpa mereka, tugasan ini tidak begitu sempurna dengan jayanya. Terima kasih kami juga ditujukan khas buat ibu dan ayah kami yang sentiasa memahami kesibukan anaknya dalam menjalankan amanah sebagai seorang pelajar yang merupakan bakal guru kelak. Jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung didahului dengan ucapan terima kasih.

Pendahuluan
Laporan pemerhatian berkenaan pengurusan Pendidikan Jasmani SK Kem Terendak 2, Melaka.

Pada 19-23 mac 2012, saya telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sek Keb Kem Terendak 2, Kem Terendak Melaka. PBS dijalankan bertujuan untuk melaksanakan tugasan pendidikan jasmani berkenaan dengan pengurusan panitia pendidikan jasmani, senaraikan nama ahli panitia dan senarai kemudahan yang terdapat di sekolah kebangsaan Kem Terendak. Tugasan dilaksanakan bertujuan untuk membina keyakinan diri kami sebagai guru pelatih yang mampu berhadapan dengan situasi sebenar kelak. selain membina keyakinan diri yang tinggi, tugasan yang dijalankan merupakan wadah dan perantaraaan untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang mantap di sekolah yang dipilih. Melalui tugasan pendidikan jasmani yang dititipkan oleh pensyarah kami iaitu Puan Malathi Balakrishnan, saya dapati bahawa ilmu pendidikan jasmani di sekolah amat penting untuk dipelajari. Sebagai seorang guru pelatih, ilmu berkenaan dengan pengendalian kelas pendidikan jasmani dan pengurusan pendidikan jasmani

merupakan ilmu yang berguna agar dapat diaplikasikan semasa mengajar kelak. Segala maklumat yang diperolehi di rasakan sangat berguna dan bermakna sekiranya digunakan semasa berkhidmat kelak. Pengumpulan maklumat di sekolah ini menjadikan ilmu didada semakin terisi dengan ilmu yang berguna. Saya yakin, melalui tugasan ini, saya akan menjadi guru pendidikan jasmani yang berjaya.

1.0 Pengurusan Panitia Pendidikan Jasmani

SK Kem Terendak 2 merupakan sekolah yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Bagi penaitia pendidikan jasmani, sekolah ini mempunyai objektif tersendiri iaitu membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Bukan sahaja dari aspek kurikulum, panitia pendidikan jasmani sekolah ini mempunyai tujuan tersendiri untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti fizikal supaya pencapaian yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum terhasil. Matlamat sekolah ini berfokuskan untuk membantu murid meningkatka

pengetahuan terhadap kesihatan dan gaya hidup sihat. Amalam gaya hidup sihat dapat diperhatikan semasa pendidikan kesihatan. Semasa saya berpeluang untuk mengganti kelas guru PJK, saya telah melihat sukatan KBSR bagi pendidikan kesihatan yang menekankan amalan gaya hidup sihat. Misi SK Kem Terendak pula ialah amalan kesukanan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif dan Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati dan integrasi nasional. Manakala visi pendidikan jasmani sekolah ini pula ialah menjadikan warga Sekolah Kebangsaan Kem Terendak komuniti ilmu yang cergas dan cerdas. ( rujuk lampiran 1 ) Melalui pemerhatian saya, sekolah ini mula aktif untuk mendidik budaya hidup cergas dalam kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti sukan. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, semasa kelas pendidikan jasmani sahaja, guru yang mengajar pada waktu itu mengajar dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan objektif yang mereka ingin capaikan. Di tambah pula dengan aktiviti seperti satu murid satu sukan, setiap murid dididik untuk mempunyai kelebihan dan kemahiran dalam bersukan tersendiri untuk merealisasikan visi dan misi yang di rangka oleh panitia pendidikan jasamani disekolah ini.

Pemerhatian diteruskan kepada carta organisasi panitia pendidikan jasmani Sk Kem Terendak. Seperti biasa, pengerusi bagi panitia pendidikan jasmani diketuai oleh Puan Fauziah bt Hashim, guru besar SK Kem Terendak 2. Naib pengerusi pula ialah, Pn Aisah Bt Mohd Johar, Tuan Haji Izzamudin Bin Ismail, Pn Evelyn Goh dan Pn Hajah Aziah Bt Said. Seterusnya ialah ketua panitia pendidikan jasmani adalah En. Mutalib bin Yahya. En. Mutalib merupakan ketua panitia pendidikan jasmani yang begitu aktif. Sebagai ketua, beliau menunjukkan contoh yang terbaik dalam pengurusan panitia pendidikan jasmani. Dibantu oleh setiausaha yang begitu komited, Pn Natasha Aida Ibrahim telah banyak membantu pengurusan pendidikan jasmani sekolah ini berjalan dengan lancar. Tidak kurang hebatnya dengan beberapa orang guru pendidikan jasmani yang lain pula yang merangkap sebagai ahli jawatankuasa panitia pendidikan jasamani iaitu Pn Stina Peter, Pn Norhidayu bt Johari, En. Abdullah Keling dan Norafika Farradilla bt Shahron. Mengikut pemerhatian saya, dapatlah saya simpulkan bahawa tidak hairanlah panitia pendidikan jasmani agak aktif di sekolah ini. ini kerana, pengurusan pendidikan jasamani sekolah ini begitu mantap walaupun bilangan guru pendidikan jasmani di sekolah ini tidak begitu ramai. Beralih pula kepada rancangan tahunan aktiviti panitia pendidikan jasmani SK Kem Terendak 2. Pada bulan januari, panitia telah menjalankan mesyuarat kali pertama mereka. Mensyuarat kali ini telah membina satu jawatankuasa yang baharu. Pada bulan febuari, muri-murid dan guru rumah sukan telah menjalankan latihan merentas desa. Pada tarikh yang telah ditetapkan, satu aktiviti merentas desa telah berlangsung dan melibatkan semua warga SK Kem Terendak 2. Pada bulan mac, mensyuarat panitia kali kedua berlangsung. Mesyuarat tidak lain dan tidak bukan berkaitan dengan pengurusaan terkini sekolah berkenaan. Mesyuarat jyga membincangkan berkenaan Pengendalian kejohanan bola baling peringkat negeri Melaka. SK kem terendak merupakan tuan rumah bagi

melangsungkan kejohanan ini. kejohanan telah berjaya dilaksanakan pada 22-23 mac

2012. Kejohanan berlangsung pada hari khamis dan jumaat yang mana kejohanan telah dijalankan pada hari terakhir kami menjalankan PBS di sekolah tersebut. Pada bulan jun, mesyuarat penitia kali ke-3 akan diadakan. Disusuli dengan mesyuarat kali ke-4 pada bulan ogos. Pada bulan september, satu pertandingan permainan antara rumah-rumah sukan akan dijalankan. Rancangan tahunan SK Kem Terendak 2 2012 berakhir dengan mensyurat panitia yang terakhir pada bulan oktober 2012.

2.0 Senarai Nama Panitia Ahli

Sesi temu bual telah dijalankan pada hari isnin iaitu pada hari pertama PBS dijalankan. Pada hari seterusnya, kami hanya menjalankan pemerhatian, mengganti kelas PJ, mengumpul maklumat dan sebagainya. Temu bual hanya dapat dijalankan pada ahri isnin adalah kerana SK Kem Terendak akan mengadakan kejohanan bola baling pada hari khamis dan jumaat pada minggu tersebut. Oleh itu, kami hanya dapat menemu ramah empat orang guru sahaja. Selebihnya, mereka sibuk dengan pengelolaan kejohanan. Ini kerana, sekolah tersebut merupakan tuan rumah bagi kejohanan bola baling tersebut. Temu ramah yang berjaya dijalankan bersama empat orang guru pendidikan jasmani SK Kem terendak termasuklah En. Abdul Mutalib Bin Yahya iaitu penyelaras panitia PJ, Pn Natasha Aida Ibrahim iaitu setiausaha panitia pendidikan jasmani, guru pendidikan jasmani iaitu En. Abdullah Keling dan Pn Stina Peter. Pada pemerhatian saya melalui maklumat yang terkumpul, kelayakan akademik sehingga STPM ialah En. Abdullah Keling sahaja. Tiga orang guru lagi hanya memiliki kelayakan akademik sehingga peringkat SPM. Namun, melihat kepada kelayakan ikhtisas, En. Abdul Mutalib, Pn Natasha dan Pn Stina mempunyai kelayakan sehingga ke peringkat ijazah dan En. Abdullah hanya memiliki kelayakan ikhtisas sehingga peringkat diploma sahaja. Mereka semua merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari dua tahun. En Abd Mutalib telah mengajar selama 4 tahun, Pn. Natasya telah mengajar selama 3 tahun, Pn.Stina telah mengajar selama 2 tahan dan En. Abdullah telah mengajar selama 20 tahun. Banyak pengalaman yang diperolehi sehingga

menyebabkan mereka boleh memahami kerenah murid-murid terutama sekali bagi En. Abdullah yang telah mengajar selama lebih 20 tahun. Mereka juga sangat berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK). Bagi En.Abd Mutalib, selama beliau mula mengajar pada 4 tahun lepas, beliau telah pun mula mengajar PJK. Subjek PJK merupakan subjek utama yang diajarkan bermula beliau dihantar oleh KPM. Sejak tahun 2008-2012. Pendidikan jasmani merupakan subjek utama yang diajar semenjak tamat belajar di

Maktab Perlis. Beliau mengajar subjek PJ di SK Kem Terendak ini 2 tahun lalu sejak bermulanya Kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berbeza pula dengan En. Abdullah yang mana walaupun beliau telah mengajar selama 20 tahun, namun, pengalaman mengajar hanyalah selama 5 tahun. Sebagai guru yang telah lama berada dalam dunia pendidikan, masalah murid semasa pendidikan jasmani merupakan perkara biasa bagi beliau. Masalah yang biasa ditangani oleh beliau adalah seperti kecederaan semasa menjalankan aktiviti pendidikan jasmani, masalah murid tidak memakai pakaian sukan semasa kelas PJ dan sebagainya. Namun, perubahan kurikulum dari KBSR kepada KSSR telah memberi sedikit kesulitan kepada beliau terutama semasa pengendalian kelas PJ bagi tahun 1 dan 2. Ini membuktikan bahawa beliau mengajar berlandaskan kurikulum yang disediakan oleh kementerian. Beliau mengajar mata pelajaran PJ 6 waktu seminggu. Beliau juga pernah menjadi setiausaha sukan dan telah mengelola olahraga kawasan masjid tanah selama 2 kali. Beliau telah berpengalaman dalam pengendalian kejohanan pimpong dan badminton selama 2 tahun. Bagi Pn. Natasya, beliau telah mempunyai pengalaman mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama 9 tahun iaitu semasa menjadi guru sandaran tidak terlatih di SKG. Guru ini juga telah mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani ini. Guru ini juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan murid-murid jika berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Ratarata pelajar seronok ketika guru ini mengendalikan subjek ini kerana murid-murid dapat bermain dengan seronok dan melakukan aktiviti yang bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan fizikal mereka malahan merupakan aktiviti yang

menyeronokkan. Guru ini juga mempunyai pengetahuan dalam cara-cara meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan murid. Bagi Pn. Stina pula, beliau telah mengajar subjek Pendidikan Jasmani selama 2 tahun. Beliau mengajar murid-murid tahun 2 dan 3. Saya dan rakan-rakan yang lain juga telah melihat cara pengajaran dan pembelajaran beliau ketika mengelola subjek

Pendidikan Jasmani. beliau dapat mengawal murid-murid ketika mereka melakukan aktiviti. Beliau juga sangat mementingkan aspek keselamatan ketika murid-murid sedang melakukan aktiviti. Di dalam temu bual tersebut, beliau memberikan pendapat berdasarkan pengalaman mengajar selama dua tahun beliau berpuas hati dan bersetuju bahawa kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan (KBSR) dapat memberi kesan positif dan dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam cara meningkatkan tahap kesihatan mereka. Latihan dalam perkhidmatan (LDP) merupakan bengkel dan seminar yang dijalankan pada setiap hari sabtu berjalan selama 7 kali setahun. pemerhatian yang dapat dilihat daripada maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa hanya En. Ab. Mutalib sahaja yang pernah menjalani LDP. Senarai krusus atau bengkel yang telah dihadiri pula, bagi En. Abd Mutalib, beliau telah menghadiri Seminar dan bengkel pendidikan jasmani dan kesihatan serta bengkel pengendalian olahraga. Manakala bagi En. Abdullah pula bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri adalah seperti Program Kenal Pasti Bakat (TID), SEGAK dan PROSIDA. Bagi puan

Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri : Sijil kejurulatihan : sijil bola sepak

Pn Natasha Aida Ibrahim (setiausaha) Senarai kursus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri : Kursus KSSR TAHUN 2 SMK KG GELAM Kursus PJK Bukit Freser

Sijil kejurulatihan : Pengadil Perahu Layar Peringkat Kebangsaan

Pn Stina Peter Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri : Kursus KSSR PJ TAHUN 1 En. Abdullah Keling Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri : Program Kenal Pasti Bakat (TID) SEGAK PROSIDA Setiausaha sukan. Beliau telah mengelola olahraga kawasan masjid tanah selama 2 kali Mengendalikan kejohanan pimpong selama 2 tahun. Mengendalikan kejohanan badminton daerah selama 2 tahun. Sijil kejurulatihan : Tiada

Dua orang guru pendidikan jasmani yang selebihnya tidak dapat di temu bual kerana terdapat kekangan masa. Guru yang tidak berjaya di temu bual adalah Pn Norhidayu bt Johari dan cik Norafika Farradilla bt Shahron. Ini kerana, pada hari khamis dan jumaat pada minggu tersebut, SK Kem Terendak 2 telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola baling bagi peringkat daerah Alor Gajah. oleh itu, dua orang guru tersebut agak sibuk untuk menguruskan kejohanan tersebut. Maka, temu bual tidak dapat dijalankan seperti biasa.

3.0 Senarai Kemudahan yang Terdapat di sekolah.


3.1 Kemudahan Infrastruktur Kemudahan infrstruktur yang terdapat di sekolah merupakan kemudahan bagi memudahkan aktiviti pendidikan jasmani guru-guru dan murid-murid. kemudahan yang terdapat di SK Kem Terendak 2 ialah seperti padang, gelanggang dan stor sukan.

Sekolah ini mempunyai padang yang kecil di mana ianya sesuai untuk aktiviti gelanggang pada satu-satu masa sahaja. Terdapat satu gelanggang badminton lama dan padang sekolah dijadikan sebagai padang bola jaring. Padang yang kecil di sekolah ini tidak menjadikan masalah kepada warga Sk Kem terendak 2 kerana warga sekolah boleh menggunakan padang yang terdapat di kawasan kem. Bagi aktiviti balapan, sekolah ini juga menggunakan padang kem.

Padang sekolah

padang kem terendak.

3.2 Stor Sukan Bagi stor sukan, stor sukan sekolah ini hanya 1 bar. Ini bermakna, stor ini kecil. Walau bagaimanapun, stor ini dalam keadaan bersih dan kemas. Segala peralatan sukan dilabelkan dan kedudukan peralatan memudahkan murid untuk

mendapatkannya.

3.2 Peralatan sukan yang terdapat di dalam stor ini adalah seperti : Gelung rotan, skitel, bola sepak, bola jaring, bola takraw, bola baling, bola keranjang, alatan softball, kayu dan bola hoki, tali skipping, pundi kacang, alatan badminton seperti raket dan bulu tangkis

Berikut merupakan gambar-gambar peralatan yang terdapat di SK Kem Terendak :

Gelung Rotan

Kayu Hoki

Bola Sepak

Bola Baling

Bola keranjang

Bola tampar

3.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar merupakan alat untuk digunakan oleh para guru untuk mengajar mata pelajaran PJ di dalam kelas. Biasanya guru akan menggunakan BBM semasa bermulanya penggal persekolahan, semasa hari hujan, dan sebagainya. ini

kerana, penggunaan BBM biasanya digunakan di dalam kelas sahaja. Ada juga BBM digunakan semasa di luar bilik darjah. BBM membantu murid untuk lebih memahami P&P pada hari tersebut. Di sekolah ini, BBM bagi mata pelajaran pendidikan jasmani tidak banyak namun ianya cukup membantu untuk memberi kefahaman kepada murid. Murid-murid juga lebih menjalani kelas pendidikan jasmani di luar kelas berbanding di dalam kelas. Antara bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran pendidikan jasmani :

3.5 Kepakaran dalam bidang kejurulatihan

Menurut penyelaras pendidikan jasmani En. Ad. Mutalib B. Yahya, beliau berkata bahawa Sk Kem Terendak 2 merupakan sekolah yang aktif dalam sukan bola sepak, balapan dan olahraga. Ini kerana, setiap guru di sekolah tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang kejurulatihan semasa melatih murid-murid. Buktinya, sekolah ini telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola baling peringkat Alor Gajah, Melaka. Walaupun sekolah ini mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini, namun, pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik kerana mereka mampu mara ke peringkat separuh akhir. Ini membuktikan kepakaran guru-guru dalam bidang olahraga mampu menjadi jurulatih yang hebat bagi murid-murid khususnya dalam bidang kesukanan.

Semasa kejohanan bola baling peringkat daerha Alor Gajah

You might also like