You are on page 1of 5

Memelihara Zikir Dari Menjadi Lagha

Muhammad Hanief Awang Yahaya Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Asal maksud zikir ialah seseorang itu dapat mengingati Allah s.w.t. dan faedah yang diperolehinya Allah s.w.t. memberikan keampunan dan menambahkan nimat kepadanya.


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku ingat kepada kamu juga (dengan membalas kamu dengan kebaikan); dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (al-Baqarah: 152)

42) ) )14(
41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; 42. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang. (surah al-Ahzab: 41-42) Berdasarkan kepada dalil-dali di atas, amalan berzikir sesuatu yang mulia dan digalakkan terutamanya selepas sembahyang fardu, di waktu pagi dan petang. Bagaimanapun ianya terikat kepada adab-adab yang perlu dijaga. Jika tidak ia menjadi lagha dan ada yang membawa kepada bidah seperti yang ditegaskan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka yang muktabar.


Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang duduk dalam satu majlis yang tidak diingati Allah padanya maka ia menjadi kerugian baginya dan sesiapa yang berbaring dengan tidak mengingati Allah maka baginya juga satu penyesalan. (Abu Dawud, 4856)

Kaedah Asal Dalam Berzikir Adalah Secara Perlahan. Ulama menegah zikir dengan mengeraskan suara sama ada bersendirian atau berjemaah kerana ia menyalahi nas yang terang yang memerintahkan zikir dengan suara yang perlahan. Larangan tersebut bertujuan menjaga adab-adab zikir dan tidak mengganggu orang lain. Terdapat pengecualian daripada larangan tempat pada beberapa tempat yang khusus kerana mempunyai sebabnya yang tersendiri. Ayat pertama:


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Surah al-Araf: 205) Dalam Tafsir Abi al-Suud: Zikir dengan memperlahankan suara itu lebih menepati keikhlasan dan lebih hampir kepada diperkenankan. Al-Alusi dalam tafsirnya, Ruh al-Maani menyatakan bahawa berzikir kepada Allah dalam diri kamu dan lidah kamu tanpa mengeraskan suara. Yang dimaksudkan dengan mengeraskan suara ialah mengangkat suara dengan melampau. (jil. 9, hal. 154) Dalam kitabnya, Fath al-Qadir, Ibn al-Humam menukilkan pendapat Imam Abu Hanifah, katanya:

} {
Abu Hanifah berkata, mengangkat suara ketika berzikir adalah bidah, menyalahi perintah Allah taala yang menyatakan: {Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara}, maka hendaklah dibataskan kepada tempat yang ditentukan oleh shara. (jil. 2, hal. 72) Di tempat yang lain Ibn al-Humam menulis:


Kaedah asal pada zikir itu memperlahankannya manakala mengeraskan suara dengannya adalah bidah. (Fath al-Qadir, jil. 2, hal. 81) Al-Kasani dalam Bada`i al-Sana`i menyatakan:

{ }
Dan kerana sesungguhnya kaedah asal pada zikir itu memperlahankannya. Berdasarkan kepada ayat {Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut}. Maka tidak ditinggalkan (yang asal) kecuali kerana darurat (ada keperluan). (jil. 2, hal. 287) Mawlana Abdul Hayy al-Laknawi dalam (Umdah al-Riayah Hasyiah Ala Sharh al-Wiqayah, menyatakan: Dalil bagi Imam Abu Hanifah ialah kaedah asal pada zikir itu memperlahankannya seperti yang ditunjukkan oleh ayat {Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut}. Terdapat dalam dalil shara tentang zikir dengan suara yang nyaring pada Hari Raya Adha, maka hendaklah dibataskan setakat apa yang tersebut sahaja. (Umdah al-Riayah, jil. 1, hal. 246) Ayat kedua


Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Araf: 55) Al-Qadi Thana`ullah al-Mazhari, murid kepada Shah Waliyullah al-Dahlawi menyebutkan dalam tafsirnya bahawa maksud {Berdoalah kepada Tuhan kamu} ialah hendaklah kamu mengingati-Nya dan beribadat kepada-Nya dan mintalah kepada hajat-hajat kamu. Kemudian beliau menegaskan kedudukan zikir yang jahr yani mengeraskan suara sebagai bidah. Kata beliau: Kemudian para ulama ijma bahawa zikir dengan memperlahankan suara itu yang lebih afdal sementara jahr itu bidah kecuali beberapa tempat yang sangat diperlukan kepada pengerasan suara seperti azan, iqamah, takbir pada hari-hari Tashriq, takbir imam perpindahan rukun sembahyang, tasbih

ma`mum apabila berlaku sesuatu dalam sembahyang, talbiyah dalam haji dan sebagainya. (Tafsir Mazhari, jil. 3, hal. 408) Al-Sarakhsi dalam kitabnya, al-Mabsut, menyatakan bahawa apa yang digalakkan pada zikir dan doa ialah dengan memperlahankan suara kecuali pada apa yang maksudnya itu memberitahu seperti azan untuk memberitahu waktu sembahyang, khutbah untuk memberi peringatan, takbir-takbir sembahyang untuk memberitahu permulaan sembahyang dan perpindahan rukun, bacaan sembahyang untuk diperdengar kepada makmum. Maka talbiyah untuk memulakan apa yang bertujuan menzahirkan agama maka dengan itu disunnatkan mengangkat suara. (jil. 4, hal. 10) Daripada nukilan ini jelas menyatakan zikir yang dinyaringkan itu mempunyai maksud atau sebab yang khusus. Imam al-Razi dalam tafsirnya menulis:

: : . : } { . : } {
Ketahuilah sesungguhnya, memperlahankan suara adalah sesuatu yang diambil kira dalam doa, ini ditunjukkan oleh beberapa dalil. Pertama, ayat ini menunjukkan perintah supaya berdoa dengan disertakan suara yang perlahan. Zahir ayat menunjukkan kepada wajib. Sekiranya tidak wajib maka paling kurang ia adalah sunnat. Kemudian Allah s.w.t. berfirman, {Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas}. Yang paling zahir di sini yang dimaksudkan bahawa sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas iaitu kerana meninggalkan dua perkara yang tersebut ini iaitu merendah diri dan memperlahankan suara. Allah s.w.t. tidak menyukainya dan sukanya Allah ungkapan tentang pahala. Ini bermakna seseorang yang tidak merendah diri dan memperlahankan suara ketika

berdoa maka Allah s.w.t. tidak memberikan kepadanya pahala sama sekali. Sesiapa yang bersifat demikian maka pasti ia menjadi orang yang akan disiksa. Maka dengan itu, ayat {Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas} seperti ancaman yang keras kerana tidak merendahkan diri dan tidak memperlahankan suara. (al-Razi, Mafatih al-Ghayb, jil. 14, hal. 136 )

Sumber: http://darulkautsar.net/4569-Memelihara_Zikir_Dari_Menjadi_Lagha.html

You might also like