You are on page 1of 3

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH (MARI MENGENAL HURUF VOKAL) KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH TUNJANG : BAHASA MALAYSIA MARI MENGENAL HURUF VOKAL Disediakan oleh : Nor Ashikin bt Mohamed Nor Guru Prasekolah 1. KATEGORI Nyanyian dan Gerakan 2. TAJUK TEMA : HURUF VOKAL SUBTEMA : KENALI HURUF VOKAL 3. KAEDAH / TEKNIK Pembelajaran ini berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui nyanyian dan gerakan. 4. SINOPSIS Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah nyanyian dan gerakan iaitu murid akan diperkenalkan dahulu dengan huruf vokal aeiou. Murid akan menyebut bersama-sama huruf vokal yang diajar oleh guru. Seterusnya murid diajar membunyikan huruf vokal tersebut. Guru mengajar murid lagu aeiou. Guru akan menunjukkan gerakan lagu Kenali Bunyi Huruf Vokal dan murid akan mengikutinya. Murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili satu huruf vokal sahaja. Murid dikehendaki mempersembahkan lagu mengikut kreativiti masingmasing. Setelah murid agak mahir dengan lagu dan gerakan tersebut, guru akan mengadakan permainan aeiou. Permainan ini memerlukan murid menghafal huruf vokal tersebut. Pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran. Ia bertujuan untuk menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran selanjutnya. 5. KUMPULAN SASARAN Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun. 6. JUMLAH MURID 25 orang 7. LATAR BELAKANG Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan dengan membahagikan kelas kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mewakili satu huruf vokal sahaja Lima kumpulan ini akan bertanding mengadakan persembahan nyanyian dan gerakan yang paling menarik. Pelaksanaan aktiviti memerlukan Pembantu Pengurusan Murid membantu guru membuat pemilihan kumpulan yang

paling menarik untuk dipilih sebagai pemenang. 8. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK Penggunaan kaedah nyanyian dan gerakan dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih mudah untuk mengingati sesuatu yang diajar melalui kaedah ini. Guru mengajar murid mengenal dan membunyikan huruf vokal melalui nyanyian dan gerakan. Disamping itu, murid dapat menghafal huruf vokal ini melalui aktiviti permainan yang diadakan selepas sahaja aktiviti nyanyian dan gerakan itu tadi. Murid akan sentiasa berminat menyanyikan lagu tersebut walau berada di mana sahaja. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah mengingati huruf dan bunyi huruf vokal. 9. STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN BM 3.2.1 Menyebut huruf vokal. BM 3.2.2 Membunyikan huruf vokal. 10. PERINCIAN AKTIVITI Langkah-langkah: 1. Guru menunjukkan huruf vokal kepada murid 2. Murid menyebut huruf vokal secara latih tubi. 3. Murid dilatih menyebut huruf vokal dengan bimbingan guru. 4. Murid membunyikan huruf vokal dengan bimbingan guru. 5. Murid diajar lagu Kenali Bunyi Huruf Vokal dengan bimbingan guru secara berulang. Contoh lagu Kenali Bunyi Huruf Vokal Kumpulan 1 : a itu namanya......a itu bunyi nya.....hahahahahahahaha.... Kumpulan 2 : e itu namanya......e itu bunyinya......hehehehehehehehe ... Kumpulan 3 : i itu namanya.......i itu bunyinya......hihihihihihihihi..... Kumpulan 4 : o itu namanya......o itu bunyinya....hohohohohohohoho... Kumpulan 5 : u itu namanya.......u itu bunyinya...huhuhuhuhuhuhuhu... Ramai : hahaha....hehehe....hihihi....hooo....huuu...... AEIOU...... (2 x) 6 Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu huruf vokal sahaja. Kumpulan murid mempersembahkan nyanyian dan gerakan mengikut kreativiti sendiri. 7 Mengadakan permainan aeiou dengan bimbingan guru. BBM : Kad huruf vokal Carta lagu 11. KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN KTI 2.1.6 Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan. PFK 2.1.5 Berlari bebas pelbagai arah. PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti tolong menolong dan setia kawan. 12. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui perubahan tingkah laku murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

13. NILAI MURNI YANG DITERAPKAN Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Selain itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini. 14. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana kanak-kanak sangat mudah tertarik dengan elemen-elemen gerakan dan nyanyian. Apabila guru menggunakan kaedah nyanyian, murid akan lebih mudah untuk mengingatinya berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Murid juga akan gembira sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tidak akan timbul rasa bosan kerana mereka suka dengan apa yang mereka lakukan. 15. IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN) Dapat melahirkan murid yang berkebolehan dalam bidang muzik melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kebolehan membuat pergerakan kreatif dan kebolehan menyanyi. Disediakan oleh : ................................................ (NOR ASHIKIN BT MOHAMED NOR) Guru Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah, 33400 Lenggong Perak.

You might also like