You are on page 1of 2

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK Hasil kajian yang telah saya lakukan, terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan murid. Pertama ialah tekanan. Banyak kajian lep as yang mengatakan tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempeng aruhi prestasi akademik murid. Kajian Hayati Mohammad (1998), Mara Merani (1999) , Sharozat Ibrahim (1981) dan Mohd Zain Kader (1995), jelas menunjukkan terdapat pengaruh tekanan ke atas pencapaian akademik murid. Kebanyakan kajian di atas m enunjukkan tahap tekanan yang tinggi akan meninggalkan kesan negatif yang tinggi ke atas proses pembelajaran seseorang murid berbanding dengan kesan positif. Siti Nor Yaakob (1990) melihat perkaitan faktor latar belakang keluarga dengan p encapaian akademik murid. Murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan b erpendapatan tinggi didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya berband ing dengan murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan re ndah. Keluarga yang berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan sejumlah besar pendapatan mereka untuk keperluan asas dan mempunyai kurang peruntukkan untuk k eperluan pendidikan dan keperluan lain. Keadaan seumpama ini boleh memberikan te kanan serta menjejaskan tahap pencapaian akademik murid. Jas Laile Suzanna Jaafar (1996) juga bersetuju dengan pandangan ini dan mengatak an murid dari latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi lebih cenderung untuk mem perolehi tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding murid dari keluarga ya ng mempunyai tahap ekonomi yang sederhana. Tekanan yang wujud dalam diri murid boleh menyumbang kepada kegagalan murid menc apai akademik yang baik. Ini kerana murid masih tidak mampu mengawal tahap tekan an dan memerlukan seseorang seperti guru bagi membantu menyelasaikan masalah mer eka. Sekiranya tekanan murid tidak dapat ditangani pada peringkat awal, dikhuati ri ia akan memakan murid itu sendiri. Murid itu akan tidak bermotivasi dan serin g menganggap diri mereka pengecut dan orang yang tewas. Pada jangka masa panjang , ia akan memberi kesan terhadap kehidupan murid itu kelak. Mentaliti inilah yan g perlu dijauhi daripada minda dan perspektif murid pada peringkat awal. Faktor tekanan boleh dikaitkan dengan Teori Psikososial Erikson di mana seseoran g kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam hidup yang penuh dengan kri sis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut. Faktor yang kedua ialah persekitaran keluarga. Menurut kajian Chua Mooi Kim (199 4) mengenai persekitaran keluarga dan hubungannya dengan konsep kendiri dan penc apaian akademik murid mendapati persekitaran keluarga yang mesra dalam konteks p erhubungan akan memberi konsep kendiri dan pencapaian akademik murid. Keluarga merupakan institusi yang utama, kerana keluarga mempunyai peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangu nan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang pali ng hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi ana k-anak bermula di peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, R onald & Veneziano, 2001). Asuhan dan didikan yang sempurna juga perhatian yang s ecukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak akan mencorakkan kehidupan anakanak di masa akan datang (Lain Ehmann, 2001). Murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang agak berada dan berpendidikan sememangnya memiliki persekitaran keluarga yang memberangsangkan berbanding muri d yang yang mempunyai latar belakang sederhana. Sebagai contoh, terdapat seorang orang murid saya yang mempunyai bapa bekerja sebagai buruh kasar dan ibu sebaga i suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana bapa adalah ketua keluarga dan lebih bany ak menghabiskan masa bekerja dan ibu pula memikul beban menjaga adik-beradik yan g ramai, maka kebajikan dan keperluan murid tersebut terabai. Murid tersebut aka

n memberontak di sekolah untuk menarik perhatian guru dan murid-murid lain seper ti mengganggu kawan sekelas. Sebenarnya murid ini mempunyai potensi untuk terus maju tetapi disebabkan keperluan dan kebajikan murid ini terabai di rumah, maka murid ini melanggar disiplin di sekolah untuk menarik perhatian semua orang. Masalah persekitaran keluarga boleh dikaitkan dengan Teori Arnolg Gessel. Teori ini memfokuskan kepada baka sebagai penggerak utama dalam perkembangan individu. Beliau percaya bahawa kematangan fizikal penting dalam kelancaran proses pembel ajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut perkembangan dan kematangan masing-m asing. Faktor yang ketiga ialah bahasa dan perhubungan antara murid dengan guru dan kak itangan am. Harbiah Kasim (1994) menunjukkan antara masalah pokok yang dihadapi oleh murid yang berkaitan dengan soal akademik ialah bahasa, perhubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am, dan beberapa masalah lain. Hayati Mohammad (1998) pula melihat hubungan antara sokongan sosial dengan penghargaan kendiri dan juga pengaruhnya terhadap pencapaian akademik. Kajian beliau mendapati secar a keseluruhannya sumber sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan ahli keluarga tidak m empengaruhi pencapaian akademik seorang murid. Berbeza pula dalam kes yang berla ku di sekolah saya, murid yang mempunyai perbezaan dalam pencapaian akademik dil ihat amat ketara dalam menguasai bahasa dan perhubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am. Murid yang cemerlang dalam akademik menguasai bahasa dengan baik sama ada dari segi pertuturan mahupun penulisan, dan hubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am berbanding dengan murid yang kurang cemerlang dala m akademik. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kesinambungan faktor persekit aran keluarga di mana ibu bapa telah mengajar anak-anak mereka dalam berbahasa d an berkomunikasi dengan baik walau di mana mereka berada. Sifat kesopanan dalam berbahasa dapat menjamin perhubungan yang baik. Faktor yang keempat ialah bermotivasi lemah. Mohd Zain Abdul Kader (1994) menjel askan beberapa kelemahan murid dalam bidang akademik adalah kerana mereka lemah dan kurang bermotivasi dalam menangani cabaran akademik, kurang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, kurang memahami teknik-teknik belajar yang berkesan dan kurang cekap dalam perhubungan antara manusia. Motivasi, gaya pembelajaran d an iklim bilik darjah adalah berhubung rapat dengan pencapaian murid dalam pelaj aran. Pencapaian murid yang lemah dalam akademik menimbulkan kesan negatif. Anta ra lain ialah seperti keciciran dalam pelajaran dan sebagainya. Selain itu, fakt or yang mempengaruhi pencapaian murid ialah keberkesanan motivasi daripada ibu b apa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, keberkesanan gaya pembelajar an memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian mur id. Kebiasaannya iklim bilik darjah pada masa kini kurang dititikberatkan oleh g uru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, murid yang mempunyai motivasi rendah adalah murid yang berasal dar ipada keluarga yang sederhana. Hal ini dapat dilihat ketika sekolah mengadakan s esuatu aktiviti panatia. Apabila murid diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan k ecil, di mana murid cemerlang akademik akan berpasangan dengan murid yang kurang cemerlang akademik. Murid yang cemerlang dalam akademik lebih banyak mengeluark an idea yang baik dan berkomunikasi dalam menyiapkan tugasan berbanding murid ya ng lemah dalam akademik lebih menerima arahan dan menolong menyiapkan tugasan ku mpulan. Walaupun terdapat fasilitator atau guru pembimbing bagi setiap kumpulan untuk membantu melancarkan kerjasama di kalangan murid, namun tetap wujud perbez aan motivasi ini. Murid yang kurang cemerlang akan berasa rendah diri dan berang gapan mereka tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan dan pergaulan yang baik berband ing murid yang cemerlang. Di sini, guru perlu melaksanakan Teori Humanis iaitu pembelajaran manusia bergan tung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara belajar yang b erbeza dengan individu lain. Strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.

You might also like