You are on page 1of 4

Abstrak

Usaha menterjemah al-Quran di Indonesia telah bermula pada abad ke-17M. Ia telah dimulai oleh Abdur Rauf al-Fansyury dari Singkel Aceh (al-Quran dan Terjemahannya, Departemen Agama Republik Indonesia, 1989:37). Dalam tiga (3) terjemahan al-Quran BI oleh Mahmud Yunus (teks A), oleh Departemen Agama Republik Indonesia (teks B) dan oleh Hamka (teks C), beberapa banyak kata-kata Arab (Ar.) dijumpai yang telah digunakan sepenuhnya dalam BI. Daripada segi terjemahan, kata-kata tersebut memiliki ragam dan pilihan kata yang sering berlainan antara hasil terjemahan yang satu dengan hasil terjemahan yang lainnya. Tesis ini bertujuan membandingkan pemilihan kata, kesesuaian pilihan, kecenderungan pilihan dan kekonsistenan pilihan di antara tiga penterjemah tersebut. Kemudian ia membincangkan kesan penterjemahan (iaitu, terjemahan berlebihan, terjemahan kurang, terjemahan salah ataupun terjemahan taksa). Pengaruh faktor ekstrinsik (sosiobudaya, agama dan pandangan dunia) dan faktor intrinsik (bentuk dan struktur kata) juga dikaji. Tesis ini juga meneliti kecenderungan penterjemah dalam menggunakan strategi penterjemahan. Analisis dilakukan melalui timbunan beberapa aspek teori iaitu, teori penterjemahan oleh Newmark (1981, 1988, 1992 versi terjemahan), Nida dan Taber (1969) dan Nida (1964); teori Keperihalan keadaan (tentang budaya dan sosial) oleh Firth, Malinowski seperti dalam Palmer (1989); teori makna oleh Katz dan Fodor (1963) bagi kata nama, Kempson (1977), Chierchia dan McConnell-Ginet (1990) bagi kata kerja dan tentang relativiti linguistik oleh Sapir-Whorf (dalam Sampson, 1980). Kajian ini mendapati bahawa tingkat kesesuaian pilihan penterjemah A paling tinggi, kemudian diikuti oleh pilihan penterjemah C dan terakhir pilihan penterjemah B. Dalam hal keselarasan pilihan kelihatannya tidak sama. Para penterjemah cenderung memilih kata padanan BI dan BAI. Tentang kekonsistenan pilihan, kajian mendapati bahawa apabila pilihan kepada kata padanan BI, maka pilihannya tidak konsisten. Kajian juga mendapati bahawa teori konteks keperihalan keadaan paling sesuai digunakan bagi memilih kata padanan al-Quran dalam BI. Ini dilengkapi oleh teori analisis komponen makna. Pada umumnya kedua-duanya dapat digunakan untuk meneliti kata padanan al-Quran dalam BI. Namun ada tempat-tempat yang tertentu yang analisis komponen makna kelihatannya kurang mampu iaitu, pada kata nama yang bersifat abstrak. Walau bagaimanapun analisis komponen makna masih dapat digunakan. Teori fungsian Kempson (1977), Chierchia dan McConnell-Ginet (1990) sesuai bagi meneliti penterjemahan kata kerja. Seterusnya kesan terjemahan berlebihan banyak berlaku kepada penterjemah C pada jenis kata agama. Terjemahan kurang dan terjemahan salah pula banyak berlaku kepada penterjemah B juga pada jenis kata agama. Kelihatannya penterjemah A lebih berjaya dalam mengekalkan makna. Terjemahan taksa tidak dijumpai sepanjang kajian ini dijalankan. Terjadinya kesan-kesan terjemahan seperti ini ialah akibat daripada kurang prihatin para penterjemah tentang konteks kehadirannya. Punca kedua ialah ada sesetengah kata BI yang kurang mampu menangani konsep yang lebih besar dalam kata Ar. Punca ketiga ialah akibat kurang prihatin tentang peranan argumen; ini berlaku pada kes kata kerja. Kajian ini juga mendapati pengaruh faktor intrinsik jauh lebih dominan dibandingkan dengan pengaruh faktor ekstrinsik dalam pemilihan kata padanan. Akhirnya, kajian ini mendapati kecenderungan strategi penterjemahan para penterjemah condong kepada skala terjemahan formal dan terjemahan semantik. Akan tetapi pada kata-kata yang berkaitan dengan agama khususnya yang berubah makna akibat pengaruh makna kata lain, penterjemah beralih kepada strategi yang dinamik dan komunikatif.

Pemilihan Kata Bahasa Indonesia yang Asalnya Kata Arab dalam Tiga Teks Terjemahan Al-Qur'an Bahasa Indonesia: Analisis Perbandingan dan Strategi Penterjemahan Isi Kandungan Tajuk Penghargaan Kandungan Senarai singkatan Abstrak Abstract iii vii ix x xii i

BAB SATU: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang dan Pernyataan Masalah 1.2 Tujuan Kajian 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Batasan Kajian 1.5 Kerangka Teori 1.6 Kaedah Kajian 1.7 Manfaat dan Kegunaan Kajian 1.8 Kajian Terdahulu 1.9 Organisasi Kajian 1 1 12 13 13 15 24 26 27 31

BAB DUA: PERBANDINGAN PEMILIHAN PADANAN KATA 2.1 Pengenalan 2.2 Bidang Agama 2.3 Bidang Fikiran dan Emosi 2.4 Bidang Ilmu Pengetahuan 34 38 68 80

34

2.5 Bidang Adat Budaya dan Pergaulan Manusia 2.6 Bidang Kejadian 2.7 Ringkasan

95 107 124

BAB TIGA: KESAN PENTERJEMAHAN 3.1 Pengenalan 3.2 Kesan Terjemahan 3.2.1 Kesan Terjemahan dalam Bidang Agama 3.2.2 Kesan Terjemahan dalam Bidang Fikiran dan Emosi 3.2.3 Kesan Terjemahan dalam Bidang Ilmu Pengetahuan 3.2.4 Kesan Terjemahan dalam Bidang Adat Budaya dan Pergaulan Manusia 3.2.5 Kesan Terjemahan dalam Bidang Kejadian 3.3 Ringkasan 167 127 128 129

127

144 155

177 190

BAB EMPAT: PENGARUH ASPEK INTRINSIK DAN EKSTRINSIK 192 4.1 Pengenalan 4.2 Pengaruh Faktor Intrinsik 4.2.1 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Agama 4.2.2 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Fikiran dan Emosi 4.2.3 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Ilmu Pengetahuan 4.2.4 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Adat Budaya dan Pergaulan Manusia 4.2.5 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Kejadian 4.3 Pengaruh Faktor Ekstrinsik 4.3.1 Pilihan Antara Penterjemah dalam Bidang Agama 209 214 218 218 192 192 193 200 204

4.3.2 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Fikiran dan Emosi 4.3.3 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Ilmu Pengetahuan 4.3.4 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Adat Budaya dan Pergaulan Manusia 4.3.5 Pilihan Penterjemah dalam Bidang Kejadian 4.4 Ringkasan

223 226

230 231 232

BAB LIMA: STRATEGI TERJEMAHAN 5.1 Pengenalan 5.2 Strategi Terjemahan dalam Bidang Agama 5.3 Strategi Terjemahan dalam Bidang Fikiran dan Emosi 5.4 Strategi Terjemahan dalam Bidang Ilmu Pengetahuan 5.5 Strategi Terjemahan dalam Bidang Adat Budaya dan Pergaulan Manusia 5.6 Strategi Terjemahan dalam Bidang Kejadian 5.7 Ringkasan 251 235 237

235

244 247

254 257

BAB ENAM: PENUTUP 6.1 Pengenalan 6.2 Dapatan Kajian 6.3 Cadangan

262 262 263 289

BIBLIOGRAFI

291

You might also like