You are on page 1of 20

IPG KAMPUS KENT TUARAN

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PELAJAR: UNIT:

1.0 Pengenalan Dalam Bahasa Melayu konsep budaya itu berasal dari perkataan budi yakni kata Sanskrit yang membawa maksud akal.Budaya itu juga merupakan perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran.Dengan kata lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran.Justeru, kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Menurut ahli antropologi, budaya adalah satu jalinan yang kompleks.Perlakuan manusia yang mereka pelajari merupakan asas kepada pertumbuhan budaya.Pelbagai konsep yang diberikan oleh sarjana-sarjana berhubung dengan pengertian

budaya.Terdapat dua orang tokoh antropologi iaitu A.L Kroeber dab C.Kluchohn telah mengumpul sejumlah 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjanasarjana.Menurut Prof Dr Sidek Baba dalam Pengajian budaya sekat liberalisasi Barat,beliau menyatakan bahawa budaya dalam pengertian yang luas adalah pancaran daripada budi dan daya. Seluruh apa yang difikir, dirasa dan direnung diamalkan dalam bentuk daya menghasilkan kehidupan. Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Makna budaya pada hari ini dibatasi dengan maksud lagu, muzik, tarian, lakonan dan kegiatan seumpamanya. Budaya tidak lagi dilihat sebagai pancaran ilmu dan pemikiran yang tinggi dan murni dari sesuatu bangsa untuk mengatur kehidupan berasaskan peradaban. Budaya terbahagi kepada dua elemen iaitu budaya material dan juga budaya bukan material.Budaya Material adalah bahan-bahan artifak yang dicipta oleh masyarakat manakala budaya bukan material mencerminkan aspek intangible/idea abstrak iaitu idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat.Walau apa pun definisi yang diberikan berhubung dengan budaya ianya tetap menjurus kepada keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun yang meliputi aspek sosial, politi dan adat istiadat.

2.0

Konsep Budaya

2.1 Konsep asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainanbudaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakilidengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalamiproses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apayang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasiberlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepadakesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupankumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

2.2. Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu ataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri.Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat.Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. 2.3 Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain.

Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomidan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysiakerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka. 3.0 Masyarakat Melayu

Melayu adalah satu kelompok suku bangsa di sekitar kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok bahasa MelayuPolinesia(Austromesia).Masyarakat Melayu di Malaysia terdiri daripada semua kelompok penghuni kepulauan Melayu yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun terdahulu seperti Aceh, Minangkabau , mandailing, Bengkulu, Rawa, Palembang, Lampung, Jawa, Sunda dan Melanau.Walaupun pada dasarnya setiap kelompok akan mengekalkan identiti asal mereka dalam kelompok kecil di kawasan petempatan masing-masing namun pada tahap yang lebih luas batasan kelompok perkampungan sendiri, identity Melayu digunakan secara subjektif, iaitu sebagai identiti peribadi. Pelbagai pendapat dikemukakan berhubung dengan erti perkataan Melayu.Ada yang berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaju. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersikap tangkas, cerdas dan segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.A.H Keane berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol.Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan behawa orang Melayu berasal dari daerah Utara Asia Tenggara yang mana jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau-pulau Melayu atau Nusantara.

Kebudayaan Melayu dari aspek politik dapat dilihat seawal tahun 1941-1945 iaitu lebih kurang 3 tahun 8 bulan telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat Kebangsaan di Negara ini.Kesedaran anti penjajahan yang tersebar selepas perang dunia kedua telah melahirkan nasionalis golongan Melayu yang membabitkan diri dalam politik, sama ada dalam pendekatan yang radikal atau sederhana.Pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta pelbagai tekanan ekonomi di zaman Jepun ini telah menimbulkan rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk memerintah Negara sendiri Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adatistiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau bagaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. 3.1 Sistem ekonomi masyarakat Melayu Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di desa,majoriti daripada penduduknya menjalankan aktiviti seperti pertanian dan juga menangkap ikan.Aktiviti pertanian ini termasuklah mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa manakala orang Melayu yang tinggal di Kota kebanyakkannya berkerja dalam sektor

perindustrian,perdagangan, pengangkutan dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu

Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa.Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu di Kota relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa.Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahliperniagaan.Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada melanjutkan pelajaran di dalam maupun di luar negara. 3.2 Sistem politik masyarakat Melayu Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dibahagikan kpd tiga unit politik yg utama.Unit politik yang paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah. Unit politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah negeri. Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang

merdeka di bawah pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar.

Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing. Contohnya, gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka

merupakan pemimpin negeri yang paling penting.Mereka berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri. Mereka adalah lambang perpaduan rakyat.Oleh sebab konsep daulat dan derkaha, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan.Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah.Rakyat sangat taat kepada mereka. Unit politik yang kedua ialah daerah.Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan.Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu.Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerahPembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri. Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan

kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih besar daripada Sultan sendiri. Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi mereka. Majlis Pembesar Negeri Perak

terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah boleh campur tangan dalam sistem pewarisan takhta negeri Perak. Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun

mengenepikan seseorang calon. Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan tetap memerlukan institusi kesultanan kerana mereka memerlukan sokongan Sultan untuk penganugerahan lencana dan gelaran.Unit politik yang paling kecil ialah kampung. Sesebuah kampung boleh merupakan satu unit penguasaan

politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Sembilan. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri

Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka

merupakan orang perantaraan antara orang kampung dengan pembesar daerah. Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua kampung dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah. Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong. Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British sememangnya kemas dan teratur dengan lapisannya yang mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab pemerintahan sendiri. Setiap unit politik ini saling melengkapi dan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan tugas. Namun, sistem politik ini melalui banyak perubahan selepas British campur tangan. Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah diambil oleh pegawai daerah yang merupakan pegawai British.

3.3 Sistem sosial Masyarakat Melayu Dari aspek sosial,masyarakat Melayu hampir seluruhnya beragama

Islam.Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar. Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia.Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.
10

4.0 Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu Alam Melayu telah menerima budaya luar bagi memantapkan budaya sendiri pada era awal pembukaan alam Melayu lagi, mereka mengganggap perkembangannya sebegini yang banyak dipengaruhi reaksi terhadap pertembungan dengan budaya luar khususnya di Semenanjung sebagai Wilayah yang tidak mempunyai dasar Melayu yang kuat.Justeru, ia tidak boleh di panggil Tanah Melayu.Tidak dinafikan pertembungan dengan India banyak meninggalkan kesan budaya dan politi dalam struktur sosial dan politik alam Melayu.Sehubungan dengan pengaruh Hindu, ketua dalam masyarakat Melayu feudal dijadikan raja yang mana takhtanya adalah diwarisi. Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu ini tidak menguasai struktur asas masyarakat Melayu, sama ada yang bersifat politik mahupun sosial.Pengaruh Hindu ini adalah lapisan budaya semata-mata dan tidak sama sekali mengubah struktur feudal masyarakat Melayu dulu dalam apa cara sekalipun.Ia masih wujud dengan utuh dalam hierarki raja dan rakyat.Islam tiba di rantau ini pada abad 11 dan didapati sudah bertapak dengan mantapnya pada abad ke-13. Pada masa itu, Pasai dan kemudian Aceh di Sumatera menjadi pusat penyebaran Islam yang masyhur. Walaupun Sumatera Utara adalah pusat pengajian Islam di Asia Tenggara pada bahagian awalnya, sesungguhnya Melaka adalah pusat di mana Islam tersebar ke seluruh alam Melayu kemudian. Sehubungan pengaruh Islam yang kuat di rantau ini melalui Melaka, ia menjadi pelabuhan yang dikunjungi pelbagai jenis pedagang.Walaupun banyak bahasa dituturkan di sana namun bahasa Melayu ialah lingua franca yang paling banyak digunakan.Ia digunakan untuk tujuan komunikasi bukan saja antara penduduk tempatan dengan pedagang, tetapi sesama pedagang asing dari segenap pelosok

dunia.Kemunculan dan kejatuhan kekuasaan Aceh dan Bugis ini sebenarnya memperlihatkan jatuh bangunnya pusat kuasa alam Melayu, khususnya di

Semenanjung.Namun,tamadun Melayu terus berkembang tanpa sebarang pengaruh Barat.

11

5.0 Tasawur dan Kosmologi masyarakat Melayu Sejarah Melayu, menyebut gunung Si guntang-guntang di Palembang, Sumatera mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja kayangan yang kemudiannya menjadi raja di Minangkabau.Kisah ini kemudiannya diungkapkan dalam mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu.Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, meskipun tamadun Melayu pernah berada dibawah pelbagai pengaruh budaya sebelum, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelahcelah pentafsiran kosmologi Melayu Islam. Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animism yang mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat tertentu seperti sungai, bukit, gunung, paya, tasik, pokok dan yang seumpamanya.Kejadian alam seperti gerhana matahari dan bulan dilihat oleh mereka sebagai kemurkaan semangat tertentu.Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula semangat yang jahat.Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk yang berlapis-lapis.Ada suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini dijadikan dalam tiga lapisan iaitu Tanah Julang, Tanah Kelam dan Tanah Lirang.Manusia, semangat, dan nenek moyang menurut mereka, mendiami Kelam manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah mati.Mereka mempercayai alam roh dan alam akhirat. Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan

penunggu.Mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya.Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir.Mereka juga mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman
12

Kera Putih. Di dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu.Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.Pandangan masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa asal usul yang tersendiri.Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan manusia menerusi generasi terdahulu. Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi yang lebih awal.Seseorang pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah kosmologi antara kaum dan masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan konsep khususnya tentang kewujudan kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta.Walau apa pun nama yang diberikan kepada kuasa itu, kesemua ahli falsafah bersetuju bahawa kuasa itu berbentuk ghaib dan maha berkuasa.Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam) dan budaya alam bangsa Melayu.Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair.Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan rohyang maha seni. Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.

13

Ritual dan manifestasi kebudayaan biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi

generasi.Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotic dan kosmologi Melayu.Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara.Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai dimensi pandangan alam Melayu.Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik.Dalam kosmologi Melayu, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik.Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut simbolisme berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya. Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia contohnya pawang,bomoh, sufi dan wali Allah berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan padatingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dongeng. Dalam dunia Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen. Hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi mereka.Walaupun kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains.

14

6.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 6.1 Konsep Kebudayaan kebangsaan Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah Negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan

penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 6.2 Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan Penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsurunsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

15

Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.Prinsip kedua Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsipprinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan seterusnya ialah Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan, Agama atau

kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

16

7.0 Kesimpulan Secara tuntas, Kebudayaan Melayu sememangnya budaya yang sedia ada yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik.Kebudayaan Melayu siwarisi sejak zaman berzaman lagi yang mana ianya telah diperkenalkan seawall pembukaan Tanah melayu meskipun terdapat unsusr-unsur asing seperti pengaruh dari luar yang datang ke Tanah Melayu.Justeru dasar kebudayaan kebangsaan diperkenalkan agar kebudayaan Melayu terus dipelihara selain daripada dasar ini akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

17

Bibliografi Ishak bin Saat.2005.Sejarah Sosial Masyarakat Melayu.Karisma Publication

Sdn.Bhd:Shah Alam Ismail said.2009.Pengajian sosial II.Karisma Publication Sdn.Bhd: Shah Alam Mohd Taib Osman.1989.Masyarakat melayu;Struktur, organisasi dan

manifestasi.Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim.1992.Pensejarahan Melayu:Kajian Tentang Tradis Sejarah Melayu Nusantara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan pustaka. R.O.Winstedt. 1938. The Malay Annuals or Sejarah Melayu, London: JMBRAS. Yusuf Iskandar dan Abd Rahman Kaeh.1983. Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Kritis dan Pelbagai Bidang, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

18

Lampiran

Peta 1:Kesultanan Islam Nusantara

19

Gambar 1:Kebudayaan Masyarakat Melayu

20

You might also like