You are on page 1of 3

b.

Contoh Algoritma Kruskal: Setelah kereta diisi minyak petrol, Tika ingin mengeluarkan duit di bank sebelum pergi membeli buku dan keperluan hariannya di kedai runcit berdekatan bersamasama Siti. Mereka juga ingin mencuba masakan kampung di Restoran Ala Kampung memandangkan mereka berasa bosan dengan masakan di kafe IPG mereka. Berapakah jumlah jarak terdekat bagi kesemua tempat yang mereka ingin kunjungi iaitu restoran, kedai buku dan kedai runcit serta termasuklah IPG dan juga stesen minyak.

Rajah 1

Penyelesaian: Susunan sisi mengikut kaedah menaik. Panjang 1 2 3 4 5 7 16 Sisi BD AE, DC AB ED BC AD, CF EF

1. Mulakan dengan sisi terpendek iaitu BD seperti dalam Rajah 1.

2. Kita boleh pilih DC atau AE, jadi dengan secara rawak, kita pilih DC seperti dalam Rajah 1.

3. Kemudian, pilih AE seperti dalam Rajah 1.

4. Sisi terpendek seterusnya ialah AB.

5. Sisi terpendek seterusnya ialah ED tetapi E dan D sudah bersambung melalui A dan B, jadi kita tidak perlu memilih ED. 6. Begitu juga sisi terpendek yang seterusnya iaitu BC. BC telah bersambung melalui D, jadi kita tidak perlu memilih BC.

7. Seterusnya, kita boleh pilih AD atau DF. Namun, AD telah bersambung melalui B. Jadi, AD tidak perlu dipilih lagi. Oleh itu, CF dipilih seperti dalam Rajah 1.

Sekarang, 5 sisi telah dipilih dan keenam-enam titik atau tempat telah dihubungkan. Minimal spanning tree ialah 15.

You might also like