You are on page 1of 1

UCAPAN KETUA PESERTA KEM SHIELDS PENGGAL 1 TAHUN 2012 PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK Assalamualaikum w.bt.

dan salam sejahtera. Yang berusaha Puan Anipah Binti Mohammad, Ketua Pegawai AADK Daerah Hilir Perak, Yang dihormati Encik Rostam Bin Babjan, Pegawai Pedidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, Puan Mastura wakil Ketua Pegawai AADK Daerah Manjung, barisan urusetia dan fasilitator dan seterusnya para peserta program Kem SHIELDS Penggal 1 Tahun 2012 Peringkat Daerah Hilir Perak yang saya hormati sekalian. Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya dapatlah kita bersama-sama di Majlis Perasmian Penutup Kem SHIELDS ini setelah berjaya mengikuti program 3 hari 2 malam ini dengan jayanya. Saya mewakili peserta-peserta Kem SHIELDS ini dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak AADK Daerah Hilir Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak kerana memberikan kami peluang yang penuh bermakna ini bagi mengikuti kem yang dianjurkan. Banyak ilmu pengetahuan dan aktiviti yang berfaedah yang dapat kami pelajari sepanjang kem ini dijalankan yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian kami terutamanya dalam pencegahan dadah. Kami ingin melahirkan jutaan terima kasih kepada semua barisan urusetia yang banyak mengajar kami tentang erti kehidupan yang bermakna, membantu meningkatkan motivasi kami serta banyak memberikan nasihat serta tunjuk ajar yang berguna bagi membantu memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kami. Kami merupakan insan yang beruntung kerana dapat mengikuti kursus yang dianjurkan ini kerana ia merupakan satu program yang banyak membentuk sikap positif dalam diri kami serta mampu mencegah kami dari terlibat dalam segala aktiviti penagihan dadah. Saya mewakili semua para peserta ingin memohon maaf kepada semua barisan urusetia dan fasilitator diatas segala kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan sepanjang kem ini berlangsung. Kami menghargai segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan barisan urusetia sepanjang kem ini dijalankan dalam mendidik kami menjadi insan yang berguna dan bebas dari ancaman dadah satu hari nanti. Kami dengan ini berjanji tidak akan melibatkan diri kami dengan sebarang aktiviti penagihan dadah dan akan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Akhir kata, kami mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan sepanjang masa bagi membentuk setiap individu yang mengikutinya berdispilin, bermotivasi dan mempunyai kesedaran tentang bahayanya dadah pada diri sendiri. InsyaAllah, segala aktiviti dan program ini akan menjadi satu kenangan yang terindah yang tidak akan kami lupakan dalam kehidupan ini. Sesungguhnya kami ini merupakan insan yang dahagakan ilmu pengetahuan dan tujuk ajar yang berguna dari semua pihak sekalian. Sekian, terima kasih.

You might also like