You are on page 1of 12

BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH

3.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut: a. b. c. d. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS dilaksanakan secara: a. b. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

49

3.1

Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu SK Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Cina SJK Bahasa Tamil SK Bahasa Tamil SJK Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Matematik Dunia Sains Dan Teknologi Pendidikan Islam Pendidikan Moral Dunia Seni Visual Dunia Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR

50

Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diajar di sekolah. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM

51

3.2

Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DOKUMEN KURIKULUM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens

Hasil Pembelajaran

Laporan Penguasaan Murid

Rajah 1 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

52

Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P. Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

3.3

Standard Prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

Dengan menggunakan Standard Prestasi: a. b. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

c.

d.

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

53

3.4

Kerangka Standard Prestasi

Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard. BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard. BAND 6 STANDARD Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard

54

Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya. PERNYATAAN Band TAFSIRAN Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid. Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan. Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Standard

Pernyataan Standard

Deskriptor

Evidens (murid)

Evidens (bahan)

Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya

Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 5 4 3 2 1

Penerangan generik / umum APA yang murid tahu BAGAIMANA murid tentang tahap kemajuan dan boleh buat menunjukkan apa pembelajaran yang mereka tahu dan boleh buat

Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens

55

3.5

Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

a. b.

Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

c.

d.

e.

f.

g.

56

Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

MULA

Guru memilih tajuk yang perlu diajar

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Pemulihan Murid belum menguasai tahap penguasaan Murid menguasai tahap penguasaan

Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid

Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya

TAMAT

Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

57

3.6

Insrumen Pentaksiran

3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a.

Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. Soal Jawab Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasab menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali. Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalanakan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interoersonal dalam melaksanakan tugasan. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. Lembaran Kerja Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi. Kuiz Senarai semak Tugasan rumah

b. c.

d.

e.

f.

g.

h. i.

j. k. l.

58

3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran a. b. c. d. Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum. Guru merujuk evidens dalam DSP. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.

3.7 3.7.1

Kaedah Perekodan dan Pelaporan Perekodan

Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3.7.2 Pelaporan

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif.

a.

Pelaporan Formatif Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid. Pelaporan Kumulatif Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

b.

59

You might also like