You are on page 1of 11

LATIHAN 1 - BAHAGIAN A

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. Aiman dan adiknya sedang bermain bola ketika berkelah di tepi pantai. 2. Seorang budak lelaki sedang berlari untuk menaikkan layang-layangnya. 3. Peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik perhatian orang ramai. 4. Encik Rajan dan keluarganya hendak menikmati hidangan yang mereka bawa. 5. Albert Lee dan adiknya membina istana pasir dengan menggunakan sebuah baldi.

LATIHAN 2 - BAHAGIAN A
2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

2 1

POLIS

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. Beberapa orang murid kehujanan ketika mereka pulang dari sekolah. 2. Beberapa buah rumah papan telah dinaiki air banjir di sebuah kampung. 3. Polis memberi bantuan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat. 4. Seorang budak lelaki memikul sebuntil bungkusan ketika mengharungi air bah. 5. Seorang lelaki memikul segulung permaidani kerana kampungnya dilanda banjir.

LATIHAN 3 - BAHAGIAN A
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

1 2 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. Harjit Singh berasa terlalu panas dan dahaga ketika pulang dari sekolah. 2. Dia membeli minuman sejuk di sebuah gerai untuk menghilangkan dahaga. 3. Penjual yang mengusahakan gerai itu tidak menjaga kebersihan gerai tersebut. 4. Harjit Singh mengalami sakit perut kerana dia minum air yang telah dicemari lalat. 5. Ibunya membawa Harjit Singh ke klinik berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

LATIHAN 4 - BAHAGIAN A
4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. Encik Norman sedang berjalan kaki menuju ke Taman Tasik Permaisuri. 2. Noren memegang tangan ibunya ketika menuju ke Taman Tasik Permaisuri. 3. Philips dan keluarganya melawat Zoo Negara pada hujung minggu yang lalu. 4. Seekor zirafah telah menarik perhatian para pengunjung yang melawat zoo itu. 5. Anak gajah adalah antara haiwan liar yang terdapat di zoo itu yang boleh kita lihat.

LATIHAN 5 - BAHAGIAN A
5. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2 1

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. Swee Lan memasukkan sepucuk surat ke dalam peti surat di pejabat pos. 2. Puan Siti berbaris menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter pos itu. 3. Encik Sukinder Singh hendak membeli wang pos di kaunter kiriman wang itu. 4. Ahmad Fadhil menunggu giliran untuk membeli setem di sebuah kaunter pos. 5. Pegawai pos itu sedang melayan pelanggannya dengan mesra dan bersopan.

LATIHAN 6 - BAHAGIAN A
6. Tulis lima ayat yang lengkap gambar di bawah.

4 5 3

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?


CONTOH JAWAPAN MURID

mana / bagaimana ?

1. David Lee sedang berjalan kaki semasa pulang dari sekolah pada hari itu. 2. David Lee terpandang seorang buta yang hendak melintas jalan ketika itu. 3. Dia memimpin tangan orang buta itu dan membantunya untuk melintas jalan. 4. Orang buta itu melintas jalan dengan bantuan David Lee yang sungguh baik hati. 5. Orang buta itu berasa gembira dan berterima kasih atas bantuan David kepadanya.

Tulis 5 ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar

1 3 4

Tulis 5 ayat lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar

4 3

Tulis 5 ayat lengkap tentang gambar di bawah

2 4 5

Tulis 5 ayat lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah

Tulis 5 ayat lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah

Tulis 5 ayat lengkap tentang gambar di bawah

Tulis 5 ayat lengkap tentang gambar di bawah

Tulis 5 ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

You might also like