You are on page 1of 9

Kaedah MAM - Meningkatkan Kemahiran

Penyelesaian Penyempurnaan
Kuasa Dua

Oleh
Muhamad Hafizhuddin Bin Abdul Rahman
Dewi Yana Binti Sudin
Hong Yan Meei
SMK Felcra Bkt Kepong, 85300 Labis

Abstrak

Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk menguji penguasaan penyempurnaan kuasa dua
khususnya bagi pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek matematik tambahan. Kumpulan
sasaran kajian terdiri daripada murid tingkatan 4 Rahman iaitu seramai 29 orang. Tiga kaedah telah
digunakan untuk mengesan kelemahan pelajar dalam menguasai penyempurnaan kuasa dua iaitu
pemerhatian semasa P&P dijalankan, prestasi pelajar dalam menjawab soalan yang telah
dikemukakan semasa Penilaian Kurikulum Ke-2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.Dalam
sepanjang proses tinjauan yang telah dijalankan, didapati bahawa pelajar menghadapi beberapa
masalah untuk menguasai kaedah penyempurnaan kuasa dua iaitu kumpulan sasaran menghadapi
kelemahan pemahaman, pengetahuan, kemahiran mengaplikasi dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Seterusnya kelemahan ini menyebabkan kumpulan sasaran tidak dapat menguasai teknik
mencari titik maksimum dan titik minimum dalam topik fungsi kuadratik. Prestasi pelajar
menunjukkan peningkatan selepas menjalankan kaedah “MAM”. Kaedah ini berjaya membantu
pelajar kerana ia menggunakan aspek muzik, tindakan (action) dan mnemonic. Kaedah ini berjaya
menarik minat kumpulan sasaran dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka dalam
menguasai kaedah penyempurnaan kuasa dua. Kaedah MAM diharap dapat dikembangkan dalam
sebarang subjek yang melibatkan urutan langkah-langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Mata pelajaran Matematik Tambahan merupakan salah satu subjek yang memainkan
peranan yang penting bagi pelajar aliran sains tulen dan juga sains dan teknologi. Jika
dibandingkan dengan subjek lain, hampir 95% pelajar akan menyatakan bahawa matematik
tambahan merupakan subjek yang sukar difahami dan yang paling susah dikuasai.

Penyempurnaan kuasa dua merupakan salah satu subtopik yang sukar dikuasai oleh
pelajar. Tajuk ini diperkenalkan kepada pelajar yang mengambil subjek matematik tambahan
semasa tingkatan empat pada awal tahun selepas bab fungsi. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, didapati bahawa 80% pelajar kurang minat dalam topik ini. Walaupun
contoh telah dibincangkan sebelum soalan dikemukakan, tetapi masih terdapat ramai pelajar
yang tidak dapat menguasai topik ini dengan baik dan menghadapi masalah dalam tanda positif
dan negatif. Walaupun sebelum peperiksaan dijalankan, pelajar-pelajar telah dimaklumkan
bahawa soalan mengenai penyempurnaan kuasa dua akan disoalkan, tetapi keputusan yang
diperolehi iaitu 86.2% gagal menjawab amat menyedihkan guru yang mengajar.

Untuk menangani masalah ini, saya telah mengadakan mesyuarat dengan ahli kumpulan
kajian tindakan untuk memikirkan cara yang paling baik untuk menarik perhatian pelajar dan
pengkaji saya mendapati bahawa pelajar tingkatan empat suka membuat persembahan secara
nyanyian. Oleh itu, kami telah membuat keputusan mencipta sebuah lagu yang senang diingati.
2 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, didapati pelajar gagal untuk menguasai penyelesaian


penyempurnaan kuasa dua kerana pelajar mempunyai beberapa kelemahan iaitu

a Pelajar tidak dapat mengingati urutan langkah-langkah dalam


menyelesaikan penyempurnaan kuasa dua

b Ada pelajar yang membuat kesalahan yang mudah seperti


membahagi nombor pecahan yang tidak sepatutnya dilakukan
oleh pelajar yang mengambil subjek matematik tambahan

c Kebanyakan pelajar hanya mengingati langkah awal sahaja


dalam meyelesaian penyempurnaan kuasa dua. Seterusnya
pelajar berputus asa kerana tidak mampu untuk mengingati
langkah seterusnya dalam menyelesaikan soalan.

d Pelajar mempunyai masalah apabila melibatkan nombor negatif

Kelemahan ini berlaku kerana

a Pelajar tidak ada inisiatif sendiri untuk membuat latihan


tambahan. Selain itu, 40% pelajar tidak membuat kerja rumah,
dan 60% meniru bulat-bulat kerja rumah daripada rakan.

b Pengajaran guru tidak menarik dan tiada pembaharuan. Pelajar


amat mudah merasa bosan kerana setiap hari sudah menjadi
rutin kepada pelajar iaitu nota, latihan berpandu dan latihan.
Rutin ini menyebabkan pelajar dari golongan lemah dan
sederhana merasa bosan.

c Pelajar mempunyai asas matematik yang kurang baik. Rata-rata


pelajar hanya mendapat Gred B dan C dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Justeru pelajar ini kurang bersedia
untuk mengambil subjek matematik tambahan.

Berdasarkan perbincangan dengan ahli kumpulan, kami bersetuju bahawa perlunya


urutan langkah ini diingati pelajar menggunakan kaedah yang lebih mudah yang bukan
sahaja mampu membantu pelajar dalam penyelesaian penyempurnaan kuasa dua malah
menarik minat pelajar dalam subjek matematik tambahan.
3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah

i Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran penyelesaian pelajar dengan menggunakan
penyempurnaan kuasa dua.

ii Objektif Khusus
• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membahagikan sebutan
b dengan 2 serta mengenalpasti sama ada nilainya positif
ataupun negatif
• Meningkatkan kemahiran penyelesaian persamaan kuadratik
pelajar dengan menguasai penyempurnaan kuasa dua.
• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencari titik
maksimum dan titik minimum dengan kaedah penyempurnaan
kuasa dua.
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam
mengajar subjek Matematik Tambahan
• Menarik minat pelajar dalam mempelajarai subjek Matematik
Tambahan.

4 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah pelajar seramai 29 orang yang terdiri daripada 21
pelajar perempuan dan 8 pelajar lelaki daripada Tingkatan 4 Rahman di SMK Felcra Bkt Kepong.
Kesemua pelajar ini adalah berbangsa Melayu.Kumpulan pelajar ini merupakan dari kelompok
sederhana yang memerlukan satu kaedah atau pendekatan yang berbeza supaya dapat
menyelesaikan soalan dalam tajuk penyempurnaan kuasa dua dengan mudah.

5 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

i Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan semasa guru mengajar topik penyelesaian


penyempurnaan kuasa dua dalam masa 80 minit semasa subjek
matematik tambahan. Pemerhatian dilakukan dengan memerhatikan
tingkahlaku murid dan respon murid terhadap soalan lisan yang diajukan.

ii Ujian Pra

Guru penyelidik telah menjalankan ujian pra bagi menguji tahap


kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan penyempurnaan kuasa
dua. 3 soalan ditanya bagi menguji pelajar dari aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Ujian dijalankan dalam masa 40 minit selepas
topik ini diajar dengan memberikan contoh serta latihan kepada pelajar.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

i Analisis Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati seramai 12 orang pelajar


seperti tidak berminat dengan topik penyempurnaan kuasa dua.
Kesimpulan ini dibuat kerana pelajar dilihat termenung dan sesekali
melihat ke arah jam tangan. Selain itu, pelajar juga gagal memberikan
urutan langkah apabila ditanya secara lisan.

ii Analisis Ujian Pra

Daripada ujian yang telah dijalankan kepada pelajar tingkatan 4


Rahman,analisis telah dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan pelajar
dalam menyelesaikan penyempurnaan kuasa dua. Sebanyak 3 soalan
ditanya dalam ujian pra yang menguji pelajar dalam aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi.

Jadual 1: Analisis Ujian Pra

Pelajar Menjawab
Bil (%)
4
Betul
13.8%
25
Salah
86.2%

Daripada jadual 1 di atas, peratus pelajar yang


boleh menjawab soalan ujian pra adalah sebanyak 13.8%. Selebihnya
tidak dapat menjawab soalan tersebut disebabkan kelemahan pelajar
dari segi kelemahan kefahaman, kelemahan transformasi, kelemahan
proses dan kelemahan menyelesaikan masalah.
Jadual 2: Bilangan Pelajar Mengikut Kelemahan Dalam Ujian Pra

Bil Pelajar
Menjawab Bilangan
No.
Kelemahan Bil Pelajar yang tidak
Soalan
menjawab
B S
Kefahaman 7
Transformasi 4
1 Proses 2 - 29 5
Penyelesaian
16
Masalah
Kefahaman 10
Transformasi 4
2 Proses 2 1 28 9
Penyelesaian
4
Masalah
Kefahaman 7
Transformasi 8
3 Proses 5 2 27 4
Penyelesaian
5
Masalah

Jadual 2 menunjukkan bilangan kesalahan mengikut kategori


dan kelemahan serta bilangan pelajar yang menjawab. Daripada jadual,
didapati bahawa wujud kelemahan pada setiap kategori kelemahan yang
dikenalpasti.

Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar ini lemah dari


segi kefahaman dan penyelesaian masalah yang menjadi punca kepada
masalah menyelesaikan penyempurnaan kuasa dua.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Dalam menjalankan tindakan, saya menumpukan kepada aktiviti;

i Aktiviti 1 :Pengenalan kaedah “MAM”

Kaedah MAM dijalankan selama satu masa pengajaran


semasa sesi persekolahan. “MAM” bermaksud music, action and
mnemonic. Satu lagu dicipta supaya pelajar boleh menyanyikannya dan
menjadi panduan kepada penyelesaian penyempurnaan kuasa dua.
Lagu tersebut ialah seperti berikut.

MOVE X TO YOUR RIGHT


DIVIDE PARTNER BY TWO
MOVE THE NUMBER TO RIGHT
AND SUBSTRACT THE NUMBER
AT THE END, SQUARE THE NUMBER

Guru memberikan kertas edaran yang mengandungi lirik lagu Kaedah


MAM. Pelajar akan menyanyikan lagu ini beramai-ramai 3 kali.
a. Pemerhatian
Pelajar menyanyi dengan girang kerana pelajar tidak pernah
berpeluang menyanyi dalam kelas Matematik Tambahan.

b. Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran menjadi terhibur dan riang kerana
setiap pelajar mengambil bahagian dalam sessi pengajaran dan
pembelajaran.

Ii Aktiviti 2 : Latihan Berpandu.

Pelajar didedahkan dengan aplikasi lirik lagu dengan


penyelesaian peyempurnaan kuasa dua. Jadual berikut menerangkan
secara terperinci Kaedah MAM

Jadual 3 : Contoh Kaedah MAM dengan nilai b positif dan genap


Lirik Contoh Penerangan
x 2 + 4x Soalan
Move X to your right x 2 + 4x = x Bawakan x ke sebelah kanan
Divide partner by two 4 Pasangan bagi x ialah 4, maka
=2 4 dibahagi dengan 2
2
Move the number to right x 2 + 4x = x + 2 Bawakan nombor tadi ke
kanan
And substract the number x 2 + 4x = x + 2 − 2 Nombor 2ditolak
At the end,square the number x 2 + 4 x = ( x + 2 ) − ( 2) Akhir sekali kuasa duakan
2 2
kedua-duanya.

Jadual 4 : Contoh Kaedah MAM dengan nilai b negatif dan genap


Lirik Contoh Penerangan
x − 3x
2 Soalan
Move X to your right x 2 − 3x = x Bawakan x ke sebelah kanan
Divide partner by two −3 Pasangan bagi x ialah -3,
maka -3 dibahagi dengan 2
2
Move the number to right 3 Bawakan nombor tadi ke
x 2 − 3x = x − kanan
2
And substract the number 3 3 −3
x 2 − 3x = x − − Nombor ditolak
2 2 2
At the end,square the number 2 2 Akhir sekali kuasa duakan
 3 3
x − 3x =  x −  −  
2 kedua-duanya.
 2 2

Jadual 5 : Contoh Kaedah MAM dengan nilai b positif dan nombor pecahan
Lirik Contoh Penerangan
4 Soalan
2
x + x
3
Move X to your right 4 Bawakan x ke sebelah kanan
x2 + x=x
3
Divide partner by two 4 2 4
÷2 = Pasangan bagi x ialah ,
3 3 3
4
maka dibahagi dengan 2
3
Move the number to right 4 2 Bawakan nombor tadi ke
x2 + x = x+ kanan
3 3
And substract the number 4 2 2 4
x2 + x = x + − Nombor ditolak
3 3 3 3
At the end,square the number 2 2 Akhir sekali kuasa duakan
4  2 2
x + x = x+  − 
2 kedua-duanya.
3  3 3

Contoh diatas adalah untuk persamaan y = ax + bx + c dengan nilai


2

a=1 dan c=0. Latihan yang berterusan secara ansur maju adalah penting
bagi mengukuhkan kefahaman pelajar. Setelah pelajar telah menguasai
sepenuhnya maka guru boleh melanjutkan pelajaran dengan soalan
melibatkan sebarang nilai a,b dan c.
Contoh
2 x 2 - 8x + 7
Kaedah MAM
= 2[x 2 - 4x] + 7
= 2[( x - 2) 2 - (-2) 2 ] + 7
= 2( x - 2) 2 - 2(4) + 7
= 2(x - 2) 2 - 1
Selepas pendedahan dengan kaedah lagu ini, contoh-contoh soalan
diberikan supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan kaedah daripada
lagu tersebut.
Move X to your right
Divide partner by two
Move the number to right
And substract the number
At the end,square the number

Mnemonic Mexican don’t plant Mushrooms ( Rujuk huruf yang


digelapkan diatas) pula dicipta supaya pelajar dapat mengingat lagu dan
perkataan penting yang digunakan dalam penyempurnaan kuasa dua.

a. Pemerhatian

Pelajar mampu mengingati urutan langkah dalam menyelesaikan


penyempurnaan kuasa dua kerana 85% dapat menjawab kesemua
soalan.

b. Refleksi
Pengkaji merasakan kaedah ini mampu menarik minat pelajar
dalam mempelajari Matematik Tambahan. Guru pula merasa lebih
gembira apabila melihat pelajar dengan yakin menjawab soalan yang
diberikan.

5.4 Refleksi Kajian

Ujian Pos dilaksanakan bagi membandingkan prestasi pelajar


selepas kaedah diperkenalkan. Jika pelajar dapat menyelesaikan soalan
yang melibatkan penyempurnaan kuasa dua, maka pengkaji
mengandaikan pelajar telah faham cara yang diperkenalkan.

Ujian Pos dijalankan ke atas pelajar dalam bentuk kuiz


untuk menilai kemampuan pelajar menyelesaikan masalah
penyempurnaan kuasa dua selepas tindakan dijalankan.Berikut
adalah analisis keputusan Ujian Pos yang telah dijalankan.

Jadual 6:Analisis Ujian Pos


Jumlah Pelajar Menjawab
No. dengan Salah
Soalan Jumlah Jumlah
1 22 7
(76%) (24%)
2 15 14
(52%) (48%)
3 19 10
(65%) (34%)

Daripada Jadual 6 di atas, didapati jumlah pelajar yang dapat


menyelesaikan soalan yang diberi semasa ujian pos menunjukkan
peningkatan. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat
menyelesaikan soalan penyempurnaan kuasa dua dengan baik
selepas tindakan dijalankan.

Kajian tindakan terhadap penyempurnaan kuasa dua dengan


menggunakan kaedah MAM telah dapat membantu pelajar mencapai
langkah pertama kearah penyelesaian dan jawapan. Ini terbukti
berdasarkan kepada peningkatan pelajar dalam ujian pos berbanding
ujian pra. Perbandingan ini dapat dilihat di dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 7: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Bilangan Pelajar Yang Bilangan Pelajar Yang Tidak


Menjawab Berjaya Menjawab
Pra 4 25
Pos 18 11

Jadual 7 menunjukkan bilangan pelajar mengikut ujian pra dan


ujian pos. Jumlah pelajar yang dapat menjawab soalan, bertambah
berbanding semasa ujian pra. Peningkatan bilangan pelajar yang
mencuba untuk menjawab menunjukkan keputusan yang memuaskan.
Seramai 62% telah dapat menjawab soalan yang diberikan iaitu
peningkatan sebanyak labih dari 4 kali. Terdapat 38% pelajar yang gagal
menjawab soalan yang diberikan. Ini adalah kerana pelajar ini tidak
mempunyai kemahiran asas seperti menfaktor dan mendarab nombor
dengan tepat.

Ini menunjukkan penggunaan kaedah MAM sebagai langkah


penyelesaian penyempurnaan kuasa dua telah dapat meningkatkan
kefahaman pelajar dan membantu ke arah mencari jawapan seterusnya
dapat menguasai teknik mencari titik maksimum dan titik minimum dalam
topik fungsi kuadratik.

Kaedah ini berjaya membantu pelajar kerana ia menggunakan


aspek muzik, tindakan (action) dan mnemonic. Kaedah ini berjaya
menarik minat kumpulan sasaran dan seterusnya meningkatkan
kefahaman mereka dalam menguasai kaedah penyempurnaan kuasa
dua.

6 Cadangan Kajian Seterusnya

Kajian seterusnya boleh dikembangkan dalam topik lain yang melibatkan urutan langkah
terutama apabila guru mengajar pelajar yang sederhana dan lemah seperti mencari kecerunan
(gradient) dalam topik The Straight Line untuk subjek Matematik.

Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia.Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan


IV.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

Mok Song Sang,1996.Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.Kuala Lumpur:Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

Wong Teck Sing,Moy Wah Goon & Jamilah Binti Osman.2001.Matematik Tambahan Tingkatan
Empat.Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.

You might also like