You are on page 1of 2

PRAKTIKAL 2

Tujuan

: Untuk mengkaji haba tindak balas bagi (i) Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 (ii) NaHCO3 + HCl NaCl + H2O +CO2 Hess, haba tindak balas bagi (iii) 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O H3 H1 H2

dan secara tidak langsung, melalui penjumlahan haba malar Hukum

Bahan

EC1 ialah 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC2 ialah pepejal natrium karbonat kontang EC3 ialah pepejal natrium hidrogen karbonat

Alat radas
3

50 cm burette, tabung uji, kaki retort dan pemegang, cawan plastik, termometer 0oc 110oc (0.2oc), air suling, spatula, neraca elektrik (0.01g )

Prosedur

1. 30.00cm3 EC1 dialirkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan buret. Cawan dengan isinya dibiarkan selama beberapa minit, kemudian suhu larutan itu direkodkan dalam jadual. 2. Satu tabung uji yang mengandungi 2.00 hingga 2.40 g EC2 ditimbang dengan tepat. 3. Dengan sekali tuang, semua EC2 dipindahkan ke dalam cawan plastik berisi EC1. Pastikan bahawa semua pepejal daripada tabung uji memasuki cawan plastik dan tiada cecair yang hilang akibat percikan. 4. Larutan dikacau dengan berhati-hati menggunakan termometer, dan suhu tertinggi yang diperoleh dicatatkan. 5. Tabung uji yang hampir kosong ditimbang sekali lagi. 6. Prosedur di atas diulang dengan menggunakan EC3 untuk menggantikan EC2 dengan menimbang secara tepat 2.75g hingga 3.15g EC3.

Keputusan : Semua bacaan dan timbangan dicatatkan dalam jadual di bawah : EC2 Berat tabung uji + pepejal / g Berat tabung uji hampir kosong / g Berat pepejal / g Suhu awal asid / C Suhu akhir campuran / C Perubahan suhu / C EC3

Soalan

1. Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas yang terlibat. 2. Apakah empat andaian yang telah anda lakukan di dalam pengiraan? 3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memperbaiki ketepatan nilai H1, H2 dan H3 ? 4. Perubahan entalpi bagi pembakaran benzene, karbon dan hidrogen ialah masing-masing -3271 ,-394, -286 kJ mol-1. Kira perubahan tenaga entalpi standard bagi pembentukan benzene.

You might also like