You are on page 1of 21

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK DARI EMPAT HINGGA ENAM TAHUN

NORAINI KAMARUDIN MOHAMMAD KHAIRUL BAZLI DRAMAN NASTASSYA S.D.GUNSALAM MOHD ZAKUWAN MOHD HADRI MOHAMAD NOOR AZEE ZAKARIA

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

18 OKTOBER 2010

ABSTRAK Perkembangan awal kanak-kanak dari umur empat hingga enam tahun akan dijelaskan berdasarkan perkembangan dari aspek fizikal, sosial dan kognitif. Perincian bagi perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup. Perkembangan juga merupakan perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan dan juga sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam diri seseorang daripada lahir hinggalah kematiannya. Perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Oleh itu, perkembangan awal kanak-kanak adalah penting bagi memastikan tumbesaran mereka terjamin dari segala aspek di masa hadapan.

1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak merupakan aset yang paling penting kepada negara kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Khususnya pada peringkat umur empat sehingga enam tahun, kanak-kanak ini mesti diawasi dan dikawal dengan baik. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), proses intervensi pada peringkat awal ini merupakan satu usaha yang dirancang bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu berlaku secara sempurna bagi semua aspek individu ke satu tahap maksimum bagi setiap kanak-kanak. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan awal kanak-kanak meliputi dari aspek fizikal, sosial dan kognitif. Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang. Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi. Oleh itu makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur mereka. Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial
2

melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial (Aini Ahmad, 2007) . Menurut Suppiah et al. (2008), interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosialis dalam kalangan mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam Suppiah et al. (2008), perkembangan kognitif kanakkanak berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan). Kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk

mengembangkan pengalaman hidup.

2.0 DEFINISI Perkembangan awal kanak-kanak boleh dimaksudkan dengan perubahan tubuh badan seseorang kanak-kanak dari sejak lahir sehingga mereka berumur dua belas tahun. Ia boleh diperhatikan berlaku kepada mereka, seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah et. al 2008). Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak juga boleh didefinisikan sebagai organisma yang bertindak dengan aktif kepada rangsangan, berinteraksi bebas dengan orang-orang disekelilingnya dan peka kepada keadaan sekelilingnya (Rohaty dan Abu Bakar 1989). Pandangan ini menyebabkan peringkat kanak-kanak dianggap sebagai tahap yang amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan individu kerana ia meletakkan batu asas kepada perkembangan seterusnya Santrock dalam Haliza et al. (2008), mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Atan Long (1978) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
4

kematangan dilampaui. Tegasnya lagi, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Menurut Papalia dan Olds (1979), pembelajaran tentang perkembangan kanakkanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuantitatif dan kualitatif. Perkembangan adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya (Siti Farah Idayu, 2009).

3.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Siti Farah Idayu (2009), perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi
5

peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

4.0PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK UMUR EMPAT HINGGA LIMA TAHUN Menurut Abi (2009), kanak-kanak berumur empat tahun digelar kanak-kanak pra-

tadika. Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan. Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu tanpa terlalu terikat dengan ibu bapa. Mereka lebih berdikari berbanding kanak-kanak yang bertatih dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik. Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibu bapa atau orang yang penting bagi mereka. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan. Pada usia begini, mereka masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawankawan. Hal ini disebabkan oleh perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat

menjadikan mereka sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada di antara kanak-kanak ini yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka memerlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka mengetahui larangan dan perangai yang boleh diterima.

Pada umur begini, ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Ibu bapa hendaklah melakukannya dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan ibu bapanya. Kanak-kanak pada usia begini sangat menggembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.

4.1 Perkembangan Fizikal

Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di monkey bar, melompat dengan satu kaki dan rope skipping serta boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu.

Tambahan pula, mereka gemar membuka zip dan membuka butang baju. Dalam keadaan tertentu mereka mungkin juga mahu mengenakan butang baju orang lain yang berada di sekelilingnya. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. Selain itu, mereka gemar memasang tali kasut sendiri, mula
7

menggunakan gunting dan mula boleh menulis secara kasar. Kanak-kanak pada usia sebegini amat aktif dan lebih agresif semasa mereka bermain.

Menurut Siti Farah Idayu (2009), tumbesaran kanak-kanak lima tahun adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. Selain itu, mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di monkey bar dan

menggunakan walking turtle. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Seterusnya, mereka suka melakukan lompat tali atau skipping, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Di samping itu, mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian serta boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu, garfu dan alatan dengan betul di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa (Abi 2009).

4.2 Perkembangan Afektif

Kanak-kanak pada usia empat tahun kadang kala akan mengadakan kawan bayangan. Mereka akan memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif pada ketika ini. Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif tetapi mereka memerlukan kawan-kawan untuk bergembira dan

bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doktor, juru rawat, posmen, polis dan guru.

Kanak-kanak pa umur ini memerlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti tertentu boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.

Kanak-kanak pada umur ini juga menghargai pujian untuk pencapaian mereka. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan akan membuat lebih baik sesuatu yang di suruh jika mereka dipuji walaupun hanya melakukan hal yang kecil (Addison 2005).

Kanak-kanak berusia lima tahun pula biasanya akan berfikir tentang diri mereka lebih dari orang lain sehingga umur mereka mencapai tujuh hingga lapan tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kadang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak mempunyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina.

Kanak-kanak pada usia sebegini selalu mengajak berkelahi sesama mereka. Mereka melakukan ini kerana dua sebab iaitu untuk membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Langkah yang paling baik adalah dengan membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka boleh membantu untuk tugasan-tugasan mudah. Misalnya, mereka boleh membantu mengambil sesuatu barang yang diperlukan oleh ibu bapa atau orang dewasa.

Kanak-kanak berumur lima tahun memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Selain itu, mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Kanak-kanak pada usia sebegini akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan (Abi 2009).

4.3 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak berumur empat tahun gemar bertanya banyak soalan seperti macam mana dan kenapa. Pada usia sebegini mereka banyak bercakap. Bahasa yang mereka gunakan termasuklah juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar bercakap tentang topik perbincangan yang serius. Mereka sudah boleh memahami konsep-konsep asas seperti nombor, saiz, warna, tekstur, jarak, masa dan posisi objek. Kemahiran membeza dan menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik pada usia sebegini.

Menurut Addison (2005), kanak-kanak pada umur dua hingga lima tahun mempelajari sesuatu itu melalui contoh perlakuan yang ditiru melalui orang di sekelilingnya. Beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak pada umur tersebut akan belajar sesuatu itu jika ibu bapa atau orang di sekelilingnya sentiasa memberi galakan dan dorongan. Contohnya membuang sampah ke dalam tong sampah. Kanak-kanak akan mengamalkan membuang sampah di dalam tong sampah setelah melihat dan disuruh oleh ibu bapa mereka.
10

Menurut Zulkifli (2007), pada umur sebegini perkembangan kemahiran bercakap dan penggunaan bahasa kanak-kanak serta menyatakan kehendak mereka

berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah penting bagi diri mereka. Mereka akan bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu.

Selain itu, mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka pada usia sebegini semakin panjang membolehkan mereka mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Perkembangan lain yang ditunjukkan adalah mereka sudah mula mempelajari huruf dan perkataan. Kebiasaannya pada umur 6 tahun, kanak-kanak tersebut sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

5.0 PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK UMUR LIMA HINGGA ENAM TAHUN

Kanak-kanak berumur lima hingga enam

tahun selalunya amat teruja untuk

memulakan persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di taska atau tadika. Pada umur sebegini, adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik dan boleh menolong untuk tugasantugasan mudah. Pada umur ini juga mereka mula memahami tentang kejujuran dan kecewa.

11

5.1 Perkembangan kognitif Menurut Spodek et al. (1987), kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Perkembangan kemahiran merupakan suatu perubahan struktur mental kanakkanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan, penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak dalam mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah salah satu cara mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut Piaget (1930), perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema merupakan bentuk asas pengetahuan manusia. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses iaitu adaptasi dan organisasi. Di dalam proses adaptasi atau penyesuaian ia melibatkan aktiviti penyerapan dan pengubahsuaian. Dalam teori perkembangan kognitif Jean piaget, beliau percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri kanak-kanak terhadap persekitaran. Fokus penyesuaian adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang lihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza. Selain itu, Piaget juga percaya yang perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan, keadaan ini menyebabkan kanakkanak mencari suatu keseimbangan dia antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Penyeimbangan melibatkan
12

proses penyerapan dan pengubahsuaian. Kanak-kanak diberi dengan informasi yang tidak sesuai dengan skema kanak-kanak yang wujud. Oleh itu, ketidakseimbangan kognitif muncul dan kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran baru. Ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa cuba mengembalikan penyeimbangan melalui penyerapan. Misalnya, kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati dan diberitahu bahawa itu adalah seekor burung. Seterusnya, apabila mereka terjumpa burung helang yang masih memenuhi ciri-ciri skema burung maka maklumat itu akan ditambahkan di dalam skema yang sama. Manakala dalam pengubahsuaian, ia mengubahkan skema yang tersedia untuk disesuaikan dengan informasi baru yang relevan dengan persekitaran. Misalnya, kanak-kanak terjumpa ayam dan cuba menyerapkannya dalam skema burung tetapi mendapati ayam tidak boleh terbang makanya skema burung terpaksa diubah suai supaya mengambil kira ciri-ciri ayam. Menurut teori perkembangan kognitif Piaget, pada tahap praoperasi iaitu umur dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman dengan aktif yang mula beroperasi pada akhir tahap sensori motor. Hal menyebabkan munculnya komunikasi verbal yang lebih egosentrik. Kanak-kanak bercakap mengikut mindanya dengan tidak memperdulikan apa yang disebut oleh orang lain. Tahap keupayaan kanak-kanak pada tahap ini untuk memanipulasikan konsep adalah terhad kerana mereka hanya memberi tumpuan pada satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi. Kanak-kanak juga aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek yang ada di persekitarannya. 5.2 Perkembangan Afektif
13

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), perkembangan afektif kanak-kanak dianggap merupakan prasyarat kepada perkembangan kognitif kerana kanak-kanak yang sihat pada peringkat perkembangan ini dapat berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan ia membantu dalam perkembangan kognitif. Kesan perkembangan afektif ialah persoalan perhubungan di antara kanak-kanak dan orang dewasa misalnya guru dan orang-orang di dalam hidupnya, di antara kanak-kanak itu sendiri, pandangan kendiri, pandangan terhadap tanggungjawab bersama, pengawalan diri dan penyesuaian keadaan sekolah. Perkembangan afektif yang berkaitan dengan perhubungan antara rakan sebaya dan dengan guru-guru serta orang lain di dalam hidup kanak-kanak pada peringkat umur lima dan enam tahun merupakan asas penyediaan diri bagi menghadapai berbagai-bagai situasi yang memerlukan reaksi berlainan. Kanak-kanak pada peringkat umur ini boleh menerima dan memulakan tingkah laku yang membayangkan mental yang sihat seperti menunjukkan rasa kasih sayang, menolong rakan-rakan sebaya, berkongsi barang-barang mainan dan tahu mengawal emosi yang boleh menimbulkan kekacauan dan bertindak dengan cara yang boleh diterima oleh orang lain. Pandangan kendiri yang positif merupakan asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya pandangan yang positif terhadap diri akan memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk memulakan sesuatu. Pembentukan konsep kendiri secara langsung memberikan kebaikan kepada diri sendiri dalam diri kanak-kanak kerana ia dapat memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan moral. Secara tidak langsung kanak-kanak mempunyai asas disiplin diri yang teguh supaya segala tingkah lakunya dapat didorong kepada sesuatu yang tidak bercanggah dengan kepentingan
14

kumpulan secara kolektif. Tanggungjawab sosial dan moral hanya dapat dihasilkan apabila kanak-kanak disemaikan dengan perasaan sensitif terhadap kumpulan (Rohaty dan Abu Bakar 1989) Menurut Izard et al. (1984), emosi adalah terpenting dalam kehidupan peribadi dan sosial individu. Emosi merupakan keadaan yang dirasai oleh seseorang sebagai reaksi kepada sesuatu yang dialaminya. Pada peringkat umur lima hingga enam tahun, perasan marah dinyatakan dengan tingkah laku seperti menjerit-jerit, tetapi mungkin membaling benda-benda di sekeliling, mendiamkan diri dengan tidak menghiraukan pujukan orang lain, dan melarikan diri ke satu tempat yang tersembunyi. Kanak-kanak perlu mempelajari dan menyesuaikan diri dengan kehandak masyarakat kerana kematangan emosi dikatakan tercapai apabila kanak-kanak mampu menguasai perasaan dan menunjukkan dalam bentuk-bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat. 5.3 Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir sehingga umur enam tahun merupakan tahap tumbersaran yang sangat penting dalam perkembangan manusia sebab ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu pada masa akan datang. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi. Dalam lingkungan umur satu sehingga enam tahun, perkembangan fizikal tertumpu kepada pergerakan. Perkembangan psikomotor pada peringkat awal kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan dua sehingga enam tahun berlaku pada otot-otot. Otot-otot

15

besar sudah berkembang tetapi otot-otot kecil masih belum berkembang dengan sempurna (Suppiah et al. 2008) Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), perkembangan tubuh badan melalui tiga proses penting dan ia tidak mengikut tertib. Pertama, penyesuaian anggota-anggota di dalam membuat pergerakan kasar. Kedua, penyesuaian bahagian-bahagian kecil anggota di dalam membuat pergerakan halus. Ketiga, membezakan keadaan melalui pancaindera. Pergerakan menghendaki penyesuaian di antara beberapa anggota terutamanya penguasaan dalam pengimbangan. Pada peringkat lima hingga enam tahun, kanak-kanak telah boleh menguasai pergerakan bagi tiap-tiap satu anggota. Misalnya, kanak-kanak pada umur ini boleh mengayun kaki sama ada serentak atau berselang apabila duduk di atas bangku, menggelengkan kepala menunjukkan keengganan, berlari dan menari. Pergerakan kedua yang dikuasai oleh kanak-kanak berkaitan dengan

penyelarasan bahagian-bahagian kecil anggota misalnya jari, tangan, tapak tangan, lengan, siku, bahu, leher dan mata. Dalam lingkungan umur empat sehingga enam tahun, dua jenis pergerakan yang sukar bagi kanak-kanak menguasainya. Pertama, pergerakan sesuatu bahagaian anggota sahaja bagi mencapai matlamat. Contohnya, kanak-kanak mengambil masa yang lama membuat lubang pada tanah dengan menggunakan tumitnya sendiri. Kedua, pergerakan beberapa bahagian anggota serentak kerana ia memerlukan penyelarasan. Contohnya, ketika meramas kertas meliputi pergerakan kelima-lima jari dan pengerasan tapak tangan dan sendi pada pergelangan tangan. Namun begitu perkembangan psikomotor setiap kanak-kanak adalah berbeza pada sesuatu peringkat umur. Ada yang telah mencapai perkembangan
16

yang sepatutnya dan sebaliknya.

Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh

Bayrei et al. (2008) terhadap kanak-kanak yang masih tidak dapat menguasai beberapa psikomotor halus walaupun sepatutnya pada umur tersebut perkembangan tersebut telah dikuasainya. Ketiga, semua pergerakan yang dibuat sama ada kasar atau halus perlunya penggunaan pancaindera yang berkesan. Terdapat tiga peringkat penguasaan yang perlu dicapai di dalam perkembangan pancaindera. Pertama ialah menggunakan pancaindera bagi membezakan sesuatu ciri yang terdapat pada perkara yang disaksikan. Misalnya, kanak-kanak pada peringkat umur lima hingga enam tahun dapat membezakan bunyi air mengalir dengan air bertiup di celah-celah daun dan di antara rasa pahit dan rasa manis. Pancaindera berkembang ke arah penguasaan membezakan di antara dua ataupun lebih ciri yang terdapat pada satu jenis bunyi, bau ataupun rasa. Pada peringkat ketiga ini, penguaasan tertumpu kepada membezakan ciri-ciri dan kualiti yang terdapat pada cirri-ciri sesuatu perkara yang disaksikannya. Perkembangan fizikal dapat membantu kanak-kanak memahami keadaan sekelilingnya. Oleh yang demikian, mereka terpaksa membuat pengertian tentang perkara yang berlaku ke atasnya serta akibat daripada tindak balas atau tindakan yang telah dibuat oleh mereka. Penguasaan kepada pergerakan-pergerakan anggota dan bahagian-bahagiannya, dan penajaman kepada perasaan melalui pancaindera menjadi alat utama.

6.0 PENUTUP

17

Setiap manusia akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif, dan emosi dari lahir sehingga mencapai peringkat tua. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal, kognitif dan afektif mencapai kematangan. Oleh itu, ianya sangat penting dalam memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat hingga enam tahun. Kanak-kanak di dalam lingkungan empat hingga enam tahun sentiasa aktif dan berhubungan dengan keadaan sekitaran mereka. Mereka sejak bayi lagi sehingga mencapai umur pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek kognitif, fizikal, afektif dan seni kemahiran. Kanak-kanak di semua peringkat umur berkebolehan, berupaya menunjukkan minat dan berhubungan mengikut cara mereka sendiri. Ini akan membangunkan sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong perasaan selamat, kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan keluarga dan juga komuniti. Perkembangan kanak-kanak juga adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak. Asuhan dan didikan yang serupa dan sempurna yang di terima pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan proses perkembangan seseorang kanak-kanak. Oleh itu kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada persediaan yang diterima semasa umur sebelum 6 tahun. Perkembangan yang positif dari segi aspek kognitif, afektif dan fizikal di samping persekitaran emosi,yang ceria dan gembira akan
18

memberi impak ke atas perkembangan kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa kelak.

BIBLIOGRAFI
19

Abi. 2009. Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun. Diperoleh pada 3 September 2010 Dari http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view= article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur3-4-tahun&Itemid=83 Addison,E.2005.Miss Poppys Guide To Raising Perfectly Happy Children.London: Happer Collins Publishers Ltd. Amin.2010.Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Diperoleh pada 2 September 2010 dari http://bouncyleaf.com/2010/03/27/977/ Atan Long .1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. Barei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui.2008. Menilai perkembangan psikomotor halus kanak-kanak prasekolah. Diperolehi pada 13 September 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/7418042/PsikomotorHalus-Rekod-Berterusan Haliza Hamzah, Joy N.Samuel & Rafidah Kastawi .2008. Perkembangan KanakkanakProgram Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/definisiPKK.pdf ( 10 September 2010)

Izard, C., Kagan, J. dan Zajonc, R. 1984. Emotions, Cognition and Behavior. New York: Cambridge University Press. Modul 2, Bahagian Pendidikan Guru,KPM (Mei 2006) Noraini Tahir, Roszikin Zakaria, Zainab Zakaria.2007. Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Nordin Mamat.2005. Asas Sosial Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Pusaka Salam Sdn.Bhd. Papalia,E.D. & Olds,S.W .1979. Childrens World. Boston: McGraw-Hill Co. Perkembangan Fizikal Dan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada 2 September 2010 dari http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan- KognitifKanak-kanak. Piaget, J. 1930. The Childs Conception of The World. New York: International Universities Press

20

Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin .1989. Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Siti Farah Idayu. 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Diperoleh pada 1 September 2010 dari http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak Spodek, B.S., Saracho, O.N.& Davis, M. 1987. Fondation of Early Childhood Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc. Suppiah Nachiapan,Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor .2008. Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zulkifli bin Yaakob .2007.Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

21

You might also like