You are on page 1of 2

BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

Pengenalan: Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas. Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. (1) Jenis-jenis Buku Log (a) Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) (b) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi: Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan (c) Buku Log Acara Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai. Contoh acara adalah seperti: (i) Perkhemahan/ Cuti pasukan (ii) Khidmat (iii) Lain-lain projek (2) Ciri-Ciri Buku Log Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: (a) Bahan-bahan disusun kemas (b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat (c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan (d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan (e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan (f) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri

(3)

Kandungan Buku Log (setiap buku log)


(a) Biodata/ Profil Diri

Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya. Nama gambar No. Mykad / No Mykid / No surat beranak Tarikh lahir Alamat rumah No telefon rumah / No telefon bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah No telelefon sekolah Nama pasukan Nama Kumpulan Berenam (b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai
(4)

Kandungan laporan aktiviti Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan Renungan ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh semasa menyertai acara Sertakan lampiran seperti: (i) Bahan asal atau salinan bercetak (ii) gambar-gambar acara (iii) salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log tersebut

Susunan/Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas


1. Biodata / Profil diri

2. Lencana Dunia 3. Lencana Pandu Puteri Tunas 4. Lambang Kumpulan Berenam sendiri 5. Peringkat Pra Persetiaan 6. Peringkat Calit Emas 7. Peringkat Tangga Emas 8. Peringkat Tangan Emas 9. Skim Lencana Kecekapan

You might also like