You are on page 1of 60

BIMBINGAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

BAB 1:

Pengurusan tingkahlaku dan tahap perkembangan kanakkanak

PENGENALAN

Setiap ibubapa mahukan anak yg baik tingkahlakunya. Di peringkat awal kanak-kanak, ketidaksempurnaan tingkahlaku itu adalah normal dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan. Namun, tingkahlaku yg merbahaya dan merosakkan perlu disekat. Masalah tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ini disebabkan oleh pelbagai faktor dan peranan ibubapa dan guru adalah membimbing dan menguruskan tingkahlaku mereka.

DEFINISI TINGKAHLAKU
Tingkah laku adalah apa saja yg dilakukan dan diucapkan oleh seseorang. Ia merupakan tindakbalas seseorang terhadap apa yang berlaku di dalam diri sendiri atau dari persekitaran mereka. Terdapat 2 jenis tingkah laku iaitu tingkahlaku yg boleh dilihat dan tingkahlaku yang tidak boleh dilihat.

2 JENIS TINGKAHLAKU

Tingkah laku nyata / boleh dilihat (overt behavior)

Tingkah laku tersembunyi / Tidak boleh dilihat (overt behavior)

Tingkahlaku verbal (penggunan bahasa Cth: bercakap

Tingkahlaku motor (Pergerakan badan) Cth: berlari, bermain

Proses Mental (Pemikiran) Cth: memori, kenangan,

Ingatan.

TAHAP PERKEMBANGAN BAYI & KANAK-KANAK


JANGKA MASA HIDUP RANGKA MASA

Pra lahir Bayi Kanak-kanak awal Kanak-kanak pertengahan Remaja awal Remaja pertengahan dan akhir

Mengandung - lahir 2 tahun pertama 3 5 tahun 6 11 tahun (bergantung pd umur baligh) 12 14 tahun 15 19 tahun

Dewasa awal Dewasa pertengahan Dewasa akhir

20 30 an 40 50 tahun 60 tahun ke atas

PERKEMBANGAN DARI PERSENYAWAAN HINGGA LAHIR


Bilakah kehidupan seseorang individu itu bermula? Dari sudut biologikal ia bermula apabila satu daripada berjuta-juta sperm bertemu dengan ovum lalu disenyawakan. Selepas ovum disenyawakan, lazimnya seseorang ibu itu akan hamil selama 266 hari. Tempoh kehamilan ini dibahagikan kepada penggal, setiap satunya berlangsung selama 3 bulan (trimester). Perkembangan sebelum lahir boleh dilihat dr aspek pertumbuhan fizikal sahaja.

Persenyawaan:
a sperm cell unites with an ovum a single new cell is formed called ZYGOTE

Fetus berusia 4 minggu, panjang 7mm.

Fetus berusia 5 minggu, panjang 10cm

Fetus berusia tiga bulan

PERKEMBANGAN SELEPAS LAHIR Fizikal / psikomotor Sosial bahasa

Emosi

moral

Konsep kendiri

personaliti

PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI DAN KANAK-KANAK


Pertumbuhan fizikal manusia bersifat kuantitatif dan dapat diukur melalui edaran masa. Ia dapat dilihat dari beberapa segi: Saiz dan bentuk badan

Pertumbuhan berlaku dalam beberapa bentuk:


1) secara cephalocaudal dari arah kepala ke bawah.

Bayi berusia 1-2 bln, 70% drp saiznya ialah kepala dan menyumbang kepada drp jumlah panjang bayi. Apabila berumur 1 tahun, kepala bayi adalah 20% drp keseluruhan panjangnya dan apabila dewasa, saiz kepala menjadi hanya 1/8 drp ketinggian seluruh badannya.

2) secara proximodistal dari tengah ke tepi Dada dan organ-organ dalaman akan membesar dahulu berbanding lengan, tangan dan kaki.

Neural Development in the 1st 2 years of life

3) daripada umum kepada khusus Otot-otot dan anggota badan kanak-kanak pada mulanya hanya bahagian yang kasar, kemudian berkembangan menjadi lebih kemas dan halus

Sel

neuron mulanya sedikit jaringannya, kemudian menjadi banyak dan halusmemberi kesan kepada kebolehan psikomotor - menggenggam.
Percambahan neuron ini sangat pesat semasa kanak-kanak mencapai 2 tahun dan menurun sehingga umur 16 tahun.

KETINGGIAN
Panjang bayi akan bertambah lebih kurang 30% sehingga 5 bulan, kemudian 50% apabila berumur 1 tahun. Pada umur 2 tahun sehingga baligh, ketinggian meningkat kepada 3 hingga 4 sm. Menurut bayer & bayley (1976), kadar pertumbuhan mungkin menjadi 2 kali ganda iaitu sebanyak 12 sm pada kemuncak pertumbuhan itu
(RAHIL & HABIBAH, 2002)

BERAT
Berat bayi berganda apabila berumur 5 bulan, 3 kali ganda apabila berumur 1 tahun dan 4 kali ganda apabila berumur 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga baligh, berat meningkat 2.5 hingga 2.8 kg. Setiap tahun.

Kadar kecepatan pertumbuhan ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Cth: seorang kanak-kanak mungkin mula tumbuh gigi ketika berumur 6 bulan dan kanak-kanak yang lain mungkin ketika berumur 8 bulan.

Perkembangan motor bayi boleh dibahagikan kepada 2 kategori umum: 1) perkembangan lokomasi & postural melibatkan kawalan badan & koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak (kemahiran) 2)perkembangan prehension kebolehan menggunakan tangan untuk makan, memegang sesuatu dan sebagainya (kebolehan)

Apakah aktviti yang dilakukan oleh bayi-bayi ini?

JADUAL PERKEMBANGAN PSIKOMOTORBAYI DAN KANAK-KANAK


PERINGKAT Bayi PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR

Otot-otot dan tulang masih lemah tetapi perlahan-lahan otot dan sistem saraf boleh berkoordinasi seperti mengangkat kepala, berguling dan duduk selepas 6 bulan Kemudian mula merangkak, berdiri dan mampu berjalan pada kira-kira umur 1 thn Gigi susu lengkap selepas 1 tahun dan boleh mengunyah makanan 2 tahun aktif berlari & bermain dan menguasai kemahiran manipulatif, memegang objek dengan tangan dan cuba menulis.

PERINGKAT Awal kanak-kanak

PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR Kadar pertumbuhan lambat tetapi otot menjadi semakin maju. Penguasaan kemahiran motor semakin baik Bentuk rupa paras mula berubah secara perlahan-lahan Koordinasi otot menjadi lebih tepat Lelaki lebih suka memilih aktiviti yang menggunakan banyak tenaga Pada umur 11 tahun, lelaki biasanya lebih berat dan tinggi drp perempuan Pada umur 12 tahun, perempuan berkembang lebih cepat & menjadi lebih tinggi (LEE SHOK MEE, 1994)

Kanak-kanak

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut persekitaran & lebih bebas untuk bergerak. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat dan mengikut aturan semulajadi Perkembangan motor bukan saja berlaku dari segi kemahiran, tetapi juga dari aspek kebolehan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran - memanipulasikan objek dan koordinasi visual dengan motor. Sesetengah ahli psikologi bercaya bahawa kemahiran motor kanakkanak datang daripada kematangan biologi. Walau bagaimana pun terdapat juga kajian yang mendapati bahawa pengalaman melalui latihan boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran motor. (Zelazor, 1983) Jaslaili, 2000

PERKEMBANGAN SOSIAL BAYI & KANAKKANAK

Dikaitkan dengan proses interaksi individu dengan persekitaran

Bermula dari senyuman dan juga bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi

Apabila boleh bertutur gunakan perkataan Menunjukkan keinginan untuk bersosialisasi


Semakin matang keinginan untuk bergaul dengan orang lain meningkat

PROSES SOSIALISASI KANAK-KANAK

1. TAHAP PERSIAPAN ( preparatory stage )

2. TAHAP MENIRU ( play stage )

3. TAHAP SIAP BERTINDAK ( game stage )

4. TAHAP PENERIMAAN NORMA KOLEKTIF ( generalized stage ) - George Herbert Mead, http://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi -

Permainan
Perkembangan sosial adalah kebolehan kanakkanak berinteraksi dengan org lain. Kebolehan berinteraksi ini boleh dikesan melalui aktiviti bermain.
Bermain adalah satu aktiviti penting bg kanak2 sejak lahir hingga berumur 12 tahun.

Perkembangan permainan:

Sejak lahir hingga 2 tahun Bermain dengan apa saja yg ada disekeliling mereka botol susu, bantal, selimut. Bermain dengna cara sendiri mengigit, sentuh etc. 18 24 bulan boleh melakukan imitasi mengetuk, memukul,

Hingga 7 tahun

Aktiviti bermain lebih kompleks dan pelbagai. Permainan dramatis melakonkan watak-watak yg dilihat (pretend play) ikut ibu bapa, kartun Permainan fizikal kejar-kejar, bola, etc Permainan imaginasi guna objek utk menajamkan daya imaginasi mereka plastisin utk membuat objek / watak yg diidamkan.

JENIS-JENIS PERMAINAN

Permainan kosong (unoccupied) Permainan bersendirian (solitary)

Permainan pemerhati (onlooker)


Permainan selari (parallel) Permainan bersosialisasi (associate)

Permainan kooperatif

Konsep Persahabatan
Hubungan dua-hala dimana kedua-dua pihak menerima kepuasan Konsep sahabat ini berbeza mengikut peringkat umur:

Tahap 1 (2-7) - sahabat dianggap sebagai teman sepermainan tinggal berhampiran senang dimulakan dan mudah dilupakan Tahap 2 (8-10) hubungan berdasarkan saling membantu & mempercayai antara satu sama lain jangkaan kanak-kanak terhadap kawan meningkat setia, boleh diharap, jujur, ikhlas penting Tahap 3 (11-15) berdasarkan saling memahami & bersifat intimasi pentingkan nilai persahabatan anggap sahabat sebagai orang yang memahami diri, boleh dipercayai - stabil

Bayi yang baru lahir sudah boleh menunjukkan emosi senyum, ketawa & menangis (suka & duka)
Menjelang usia 6 bulan, perasaan duka bayi ini telah berkembang kepada perasaan emosi takut, jijik & marah dipelajari Emosi kanak-kanak sukar dikawal kerana kurang matang & tidak faham tentang sesuatu situasi atau perasaan orang lain. Emosi dinyatakan dengan kuat dan keras lapar, letih, marah

Sifat imaginatif menguatkan lagi ekspresi emosi ini takut hantu, cemburu

Pada usia 7 12 tahun, kanak-kanak mula sedar tentang perasaan orang lain & peka kepada kritikan / ejekan.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget


PERINGKAT UMUR CIRI-CIRI UTAMA Pemikiran terhad kepada skima interaksi

Deria motor Pra-operasi Operasi konkrit


Operasi formal

02 27 7 11
12 tahun ke atas

Pemikiran simbolik Pemikiran logik kepada objek konkrit


Pemikiran abstrak

DERIA MOTOR

Ciri-ciri utama: Pemikiran terhad kepada skima interaksi. Belajar tentang dunia persekitaran melalui deria dan kemahiran motor banyak bergantung pada gerak balas motor

Pelajaran cuba jaya dapat melakukan tindakan ulangan

Konsep kesengajaan Tidak ada konsep pengekalan objek (sblm 9 bulan) Usia 2 tahun sudah pandai bermain secara pretend play. Peringkat deria motor terbahagi 6 sub-peringkat:

PERINGKAT UMUR
Aktiviti refleks Reaksi Sekular Primer Reaksi Sekular Sekunder Koordinasi Skima Sekunder Reaksi sekular ketiga 0 1 1 4 4 8 8 12

CIRI-CIRI UTAMA
Hisap putting, jari barang-barang permainan Aktiviti diulang-ulang ke atas tubuh sendiri Aktiviti diulang-ulang ke atas objek dari persekitaran Mencuba 2 / 3 bentuk tindakan untuk mencapai objektif permulaan penyelesaian masalah Aktif membuat eksperimen dengan pelbagai cara ke atas objek

12 18

Selesai Masalah Simbolik

18 - 24 Membina simbol mental / imej mental dalam skima tingkah laku (celik akal)

PERINGKAT PRA-OPERASI Ciri-ciri utama:


Pemikiran simbolik Dapat guna simbol untuk mewakili objek Boleh menggunakan bahasa dalam memahami konsep Bersifat egocentric melihat persekitaran mengikut persepsi sendiri Bersifat animisme cenderung memberi nyawa kepada objek yang tidak hidup cth: - pokok boleh bercakap Terbahagi kepada 2 : 1) prakonsep (2 4 tahun) 2) intuitif ( 4 7 tahun)

Prakonsep
Boleh bercerita menggunakan perkataan / bahasa Kebolehan fungsi simbolik 1 perkataan untuk 1 objek Pretend play semakin berkembang jadi doktor, ayah, emak etc. Egocentric dan animisme.

Intuitif
Pemahaman tentang objek bergantung pada ciri-ciri yang nyata tidak pada logik / rasional Klasifikasi mengikut satu aspek saiz, bentuk / warna.

Pengekalan isipadu tidak dapat mengenalpasti isipadu yang sama apabila bentuk diubah

Tiada konsep kebalikan cth: 8 + 4 = 12 / 12 4 = 8


Pemusatan penumpuan pada satu aspek saja.

Bagaimana Merangsang Perkembangan Kognitif Kanakkanak ???

Sensori motor

Bekalkan objek yang wujud kerana tidak boleh berfikir secara abstrak
Banyakkan pengalaman sensori kepada bayi melalui sentuhan, genggam, lihat, dengar etc. Guna banyak alat permainan pelbagai bentuk, warna dan saiz.

Tunjuk pelbagai cara untuk bermain dengan alat-alat permainan lego, blok kayu etc.
Galakkan meniru perbuatan yang hendak diajar ulang berkali-kali.

Toys

Books

Musics

PRAOPERASI (PRASEKOLAH) SESUAIKAN CARA PENGAJARAN DENGAN TAHAP PEMIKIRAN KANAK-KANAK BANYAKKAN LAKONAN DRAMA. GALAKKAN BERKONGSI DAN BEKERJASAMA DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN. BANYAKKAN ABM KURANGKAN ARAHAN DALAM BENTUK LISAN SAHAJA. GALAKKAN BANYAK BERCAKAP KEMAHIRAN BAHASA.

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA BAYI & KANAK-KANAK


Peringkat bayi A) prelinguistic speech

Pertuturan diperingkat permulaan komunikasi dengan menggunakan bunyi tanpa perkataan dan tatabahasa. Tidak mewakili konsep-konsep tertentu tiada kepentingan semantik dan banyak menggunakan pergerakkan. Boleh digunakan untuk menjelaskan pelbagai emosi.

PERINGKAT-PERINGKAT PRA BAHASA:


TANGISAN (LAHIR) MEMBAWA PELBAGAI MAKSUD.

MENDEKUT ( UMUR 1 4 BULAN). EG: AAAAHHH, OOOHHH


MERICAU (UMUR 4 6 BULAN) BA BA BA , MA MA MA DIULANG-ULANG

MENGAJUK BUNYI / SUARA SECARA TIDAK SENGAJA (7 12 BLN) MENGAJUK BUNYI / SUARA SECARA SENGAJA WALAU PUN TIDAK FAHAM MAKSUDNYA (9 10 BULAN). PROTOWORDS (10 12 BULAN) PERKATAAN YANG ADA MAKSUD TETAPI MASIH LEMAH DARI SEGI PENYEBUTAN.

B) Linguistic speech (pertuturan berbahasa)

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan ada intonasi, sebutan, tatabahasa dan irama dalam menyampaikan maksud.

Terbahagi kepada 3 tahap:


1) tahap 1 perkataan

1 perkataan membawa pelbagai maksud - (holophrase). Umur 15 bulan sudah memperolehi lebih daripada 10 perkataan. Cth: air bermaksud nak minum / nak mandi / dahaga ect.

2) tahap 2 perkataan

Umur 18 24 bulan mula mencantum perkataan Ayat telegrafik ayat pendek tetapi jelas maksudnya. Cth: makan nasi bermaksud mak! Mari makan / saya sudah makan nasi sampai habis ect. Umur 2 2 tahun sudah boleh menggunakan kata sifat kereta merah / bunga cantik.

3) tahap lebih drp 2 perkataan


Umur 2 tahun ke atas kebolehan berbahasa yang pesat. Sudah boleh menggunakan tatabahasa, imbuhan, sintaks, semantik tetapi penggunaannya masih tidak betul. Umur 2 5 tahun pandai menggunakan bahasa secara kreatif / cipta bahasa sendiri.

Peringkat sekolah Pengucapan Kanak-kanak sudah boleh faham dan menggunakan pelbagai perkataan tetapi lebih suka pada perkataan yang senang disebut.

Sintaks Turutan perkataan di dalam frasa / ayat. Kanak-kanak dapat menguasai dengan cepat asas-asas aturan perkataan dalam bahasa ibunda Tetapi bentuk-bentuk sintaks yang agak sukar seperti ayat pasif mengambil masa untuk mahir.

ISTILAH & MAKSUD UMUR 2 6 TAHUN PURATA KANAK-KANAK TELAH MEMPELAJARI ANTARA 6 SEHINGGA 10 PERKATAAN SEHARI. UMUR 6 TAHUN, MEREKA SUDAH ADA 8,000 14,000 PATAH PERKATAAN. UMUR 9 11 TAHUN BERTAMBAH LAGI 5,000 PATAH PERKATAAN. PRAGMATIK MELIPUTI KESAN-KESAN SEPERTI KONTEKS MAKSUD DAN PENGGUNAAN BAHASA YANG SESUAI MENGIKUT MAJLIS / TEMPAT / KEADAAN ETC.

Percakapan peribadi (private speech)

Fenomena dimana kanak-kanak bercakap sendiri ketika menyelesaikan masalah / membuat sesuatu. Bahasa digunakan sebagai satu cara merancang tindakan untuk mencapai matlamat. Terdapat 2 jenis percakapan peribadi:

1) pertuturan egosentrik (egocentric speech). 2) pertuturan dalaman (inner speech)

Pertuturan egosentrik

Kecenderungan kanak-kanak prasekolah untuk bercakap kepada diri sendiri semasa membuat sesuatu / menyelesaikan masalah. Percakapan egosentrik ini boleh mempengaruhi apa yang mereka fikir dan buat. Satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. Ia membantu kanak-kanak menyepadukan (intergrate) bahasa dengan pemikiran dan menolong mereka mengawal tindakan mereka.

2) Pertuturan dalaman (inner speech)

Percakapan peribadi ini berterusan seiring dengan peningkatan usia, tetapi ia bertukar kepada percakapan dalaman.
Bermonolog di dalam diri hanya didengari oleh diri sendiri. Dapat membimbing pemikiran semasa membuat sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah selangkah demi selangkah.

PERKEMBANGAN MORAL BAYI DAN KANAK-KANAK

MORAL - PEROLEHAN NILAI DAN KESEDARAN TENTANG APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH BERDASARKAN KOD-KOD ETIKA MASYARAKAT SETEMPAT. DEFINISI MORAL ADALAH BERBEZA DRP SATU BUDAYA KEPADA SATU BUDAYA YANG LAIN. KOHLBERG DIANGGAP PELOPOR DALAM MEMPERKATAKAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL.

KANAK-KANAK BOLEH MEMBENTUK PELBAGAI CARA PEMIKIRAN MELALUI PENGALAMAN MEREKA TERMASUK MEMAHAMI KONSEP-KONSEP MORAL SEPERTI SEPERTI KEADILAN, HAK, PERSAMAAN DAN KEBAJIKAN MANUSIA.
PERKEMBANGAN MORAL ADALAH BERASASKAN PENAAKULAN MORAL

3 peringkat utama dan setiap peringkat dibahagikan kepada 2 tahap.


A) Peringkat Prakonvensional Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan Tahap 2: Orientasi Ganjaran Peribadi B) Peringkat Konvensional Tahap 3: Orientasi Harmoni Antara Peribadi Tahap 4: Orientasi Undang-Undang dan Peraturan C) Peringkat Poskonvensional Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial Tahap 6: Orientasi Prinsip Etika Sejagat

PERINGKAT PRAKONVENSIONAL

Terdapat pada kanak-kanak pra sekolah, kebanyakan pelajar sekolah rendah, sebilangan pelajar sekolah menengah rendah dan sebilangan dari pelajar sekolah menengah atas. Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan Pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana keselarasan moral adalah untuk diri sendiri. Kanak-kanak berfikir bahawa mereka mematuhi peraturan supaya tidak dikenakan hukuman dan sebaliknya.

Tahap 2 Tahap Ganjaran Peribadi Seseorang menilai untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan baik.

PERINGKAT KONVENSIONAL
Terdapat kanak-kanak sekolah rendah (tahun 5 dan 6), sebilangan pelajar sekolah menengah rendah dan kebanyakan pelajar menengah atas. Ada 2 peringkat: Tahap 3 Tahap Harmoni Antara Peribadi (Good Boy atau Nice Girl) Pada peringkat ini, orientasi moraliti telah berubah kepada sosial order. Moraliti seseorang sudah boleh menerima norma masyarakat. Tahap 4: Tahap Orientasi Undang-Undang dan Peraturan Kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada. Perlakuan boleh membawa kepada keharmonian kelompok.

KANAK-KANAK BELAJAR DARI APA YANG MEREKA ALAMI

Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengutuk. Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan, mereka akan belajar bergaduh. Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan sentiasa berasa bersalah. Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar. Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan, mereka akan belajar menghargai. Jika kanak-kanak hidup dengan saksama mereka akan belajar menjadi adil Jika kanak-kanak hidup dengan kesejahteraan, mereka akan hidup menjadi setia Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akan belajar menghargai diri. Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan mereka akan belajar kasih sayang.

You might also like