You are on page 1of 26

OR OI TIEN 820122115492001 1 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATION ) WITH HONOURS

JANUARI 2012

HBEF2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN:

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL


PUSAT PEMBELAJARAN

: : : :
:

820122115492001 820122-11-5492 012-9588194 oroitien82@yahoo.com


TERENGGANU LEARNING CENTRE

OR OI TIEN 820122115492001 2 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

SENARAI KANDUNGAN BIL 1.0 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 3.0 4.0 PERKARA Pengenalan Jurnal Reflektif Catatan Jurnal Reflektif terhadap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang penggal pertama. Aktiviti kawad kaki Aktiviti balutan Aktiviti ikatan dan simpulan Aktiviti kraftangan dengan bahan terbuang Aktiviti menghidupkan api Aktiviti mendirikan khemah Aktiviti memasak Aktiviti membina gajet Aktiviti pandu arah Aktiviti kebudayaan Kesimpulan Rujukan MUKA SURAT 3 4 4-5 6-7 8-9 10-11 12-13 14-15 16-17 18-19 20-21 22-23 24 25-26

1.0 PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENGENALAN :

OR OI TIEN 820122115492001 3 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Penulisan Jurnal Reflektif adalah amat penting untuk guru menilai dan membantu mereka memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Menurut Woolfolk (1995), refleksi adalah satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian. Sebagai seorang guru penyelaras dalam apa jua kegiatan kokurikulum, guru perlulah sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalaman yang telah dilalui. Guru juga perlu boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian agar pemahaman yang lebih dapat disampaikan kepada para murid. Dengan penilaian dibuat terhadap aktiviti yang dijalankan ini, ia pastinya dapat membantu meningkatkan prestasi ahli terhadap sesuatu aktiviti itu. Kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dapat diatasi dengan lebih berkesan dan ia membantu guru memahami masalah yang dihadapi dan cuba membantu ahli menyelesaikannya. Selain itu, guru perlu melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik. Guru perlu berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru perlu mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan Negara.

2.0 CATATAN JURNAL REFLEKTIF TERHADAP AKTIVITI- AKTIVITI YANG

TELAH DIJALANKAN:
2.1 AKTIVITI KAWAD KAKI

OR OI TIEN 820122115492001 4 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Pengenalan : Kawad kaki adalah asas dalam pasukan pengakap. Ia merupakan satu pergerakan secara berkumpulan dengan mengikut arahan hukuman kawad. Pergerakan ini memerlukan keprihatinan yang tinggi dan kerjasama setiap ahli untuk menghasilkan satu pergerakan yang kemas dan teratur. Peristiwa / Isu / Masalah : Dalam aktiviti kawad yang telah dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara kelemahan tersebut adalah sebilangan ahli tidak dapat mengikuti hukuman kawad yang diberikan dengan betul. Sebahagian daripada mereka tidak dapat membezakan kiri dan kanan, dan berpusing pada arah yang salah. Tangan dan kaki mereka juga tidak dapat bergerak secara selari dan menyebabkan pergerakan mereka tidak seimbang. Di samping itu, pergerakan ahli kurang kemas dan memerlukan masa yang lebih untuk mereka mempelajarinya. Segelintir ahli kurang bersemangat dan tidak serius semasa berkawad menyebabkan tiada kekemasan apabila mereka berkawad. Kepimpinan ketua yang menjadi peranan utama juga masih pada tahap yang perlu ditingkatkan. Penilaian : Latihan kawad ini pada keseluruhannya adalah baik, tetapi masih terdapat sedikit kelemahan. Sebagai seorang guru, saya perlu memastikan pergerakan ahli-ahli adalah kemas dan teratur. Pergerakan ahli pengakap tahun 5 dan tahun 6 adalah lebih kemas berbanding ahli tahun 4. Walaupun begitu, ahli tahun tahun 4 menunjukkan minat yang tinggi dan mereka berusaha untuk memperbaiki pergerakan mereka. Dengan adanya semangat ini, saya pasti mereka akan dapat menerima arahan hukuman kawad dengan pergerakan yang lebih baik. Latihan kawad juga memerlukan kesabaran dalam mempelajarinya. Cara mengatasi : Kawad kaki adalah satu aktiviti yang dapat memupuk disiplin diri. Dalam mengatasi masalah ini, ahli-ahli perlulah berdisiplin dan sentiasa berusaha mempelajari sesuatu yang baru. Pemilihan ketua adalah amat penting untuk meningkatkan kepercayaan ahli. Selain itu, aktiviti kawad ini perlu dijalankan dengan kerjasama semua ahli dan mereka perlu sentiasa

OR OI TIEN 820122115492001 5 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

belajar dalam keseronokkan. Galakkan dan teguran oleh guru dapat membantu ahli bergerak dalam satu kumpulan yang lebih kemas. Di samping itu, semangat para ahli adalah paling penting untuk meningkatkan pencapaian mereka. Kesimpulan : Diharap aktiviti kawad ini akan berjalan lancar pada aktiviti kawad yang seterusnya. Pencapaian murid diharapkan dapat meningkat dan kesungguhan amat diperlukan untuk mereka betul-betul dapat mempraktikkan kemahiran kawad ini.

2.2 AKTIVITI BALUTAN Pengenalan : Kemahiran balutan adalah penting sebagai asas dalam pertolongan cemas. Antara balutan asas yang diajar adalah seperti: balutan tapak tangan, balutan siku, balutan lutut dan balutan kepala. Kemahiran ini menjadi asas dalam membantu mereka yang mengalami

OR OI TIEN 820122115492001 6 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

kecederaan dan memerlukan pertolongan awal dilakukan. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang timbul semasa latihan balutan adalah ahli kurang memahami jenis-jenis ikatan yang digunakan untuk balutan. Mereka mengikat balutan mengikut kemahiran asas dan tidak menggunakan ikatan yang betul. Dalam masa yang sama, balutan yang dibuat adalah kurang kemas dan longgar. Ini pastinya tidak memberikan kesan yang betul dalam membantu meringankan kesakitan mangsa. Ada sebahagian ahli pula kurang dapat memahami situasi yang diberikan dan membuat balutan pada bahagian yang tidak tepat dengan situasi yang diberikan. Penilaian : Latihan balutan kecemasan ini membantu ahli memperolehi pengalaman memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa-mangsa. Aktiviti ini penting untuk membentuk nilai tolong-menolong antara ahli-ahli dan seterusnya pada masyarakat kita. Walaupun masih ada kelemahan, ahli-ahli tetap berusaha memperbaiki balutan mereka agar lebih kemas dan dapat memberikan kesan yang betul kepada mangsa. Aktiviti ini juga membina keyakinan diri ahli dalam mengatasi rasa takut dalam diri mereka kerana pertolongan yang diberikan kepada mangsa menjadi dorongan kepada mereka. Cara mengatasi : Untuk mengatasi masalah dalam aktiviti balutan ini, guru perlu memberikan satu tunjuk ajar secara demontrasi agar murid dapat melihat dengan lebih jelas berkenaan ikatan dan balutan yang betul. Selain itu, ahli perlu membaca dan memahami situasi sebelum memberikan pertolongan cemas kepada mangsa.

Ahli perlu memberikan perhatian serius dan bertanya jika menghadapi masalah dalam pembelajaran. Kerjasama dan bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan juga perlu sebagai dorongan untuk meningkatkan kemahiran balutan mereka. Kesimpulan : Pada keseluruhannya, aktiviti balutan ini berjalan dengan lancar. Ahli-ahli berjaya membuat balutan kepala, tapak tangan, lutut dan siku dengan baik. Diharap 4 jenis balutan

OR OI TIEN 820122115492001 7 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

yang diajar ini dapat dipraktikkan oleh murid pada suatu masa nanti. Ikatan-ikatan untuk balutan juga membantu ahli untuk menanam tolong-menolong dalam diri mereka.

2.3 : AKTIVITI IKATAN DAN SIMPULAN Pengenalan : Ikatan dan simpulan sering digunakan dalam pasukan pengakap. Antara ikatan dan simpulan yang sering dipelajari oleh ahli pengakap adalah seperti: simpul manut, buku sila, simpul pengail, bunga geti, tindih kasih dan ikatan pembedah. Dengan kemahiran membuat ikatan dan simpulan, ahli-ahli dapat menggunakannya semasa membuat gajet atau menggunakannya sebagai ikatan ikhtiar hidup atau dalam aktiviti harian. Peristiwa / Isu / Masalah :

OR OI TIEN 820122115492001 8 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Ikatan dan simpulan bukan suatu kemahiran yang mudah dilakukan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli adalah mereka tidak dapat membezakan jenis-jenis ikatan dan simpulan yang dibuat. Selain itu, ikatan nyang dijalankan adalah kurang tepat dan tidak ditarik dengan kemas. Di antara 6 ikatan yang dibuat, kebanyakkan ahli hanya dapat membuat 4 ikatan dengan sempurna. Penilaian : Ikatan dan simpulan yang dijalankan memerlukan penelitian yang tinggi. Semasa aktiviti dijalankan, ahli kurang dapat menyempurnakan ikatan kerana mereka hanya dapat mengingati sebahagian daripada jenis-jenis ikatan dan simpulan. Walaubagaimanapun, sebahagian ahli dapat menyiapkan ikatan dan simpulan dengan kemas dan betul. Ini melibatkan mereka yang lebih prihatin dan mempunyai kesabaran dalam membuat ikatan ini. Cara mengatasi : Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli ini, guru berperanan penting dengan membahagikan ahli dalam kumpulan yang lebih kecil. Ini dapat membantu mereka bertukar-tukar pendapat dan saling ajar-mengajar dalam membuat ikatan dan simpulan dalam bilangan ahli yang sedikit. Penerangan dan demonstrasi secara berkumpulan juga penting agar ahli lebih jelas tentang ikatan yang disampaikan. Selain itu, minat murid adalah perlu untuk mencapai objektif aktiviti ini.

Kesimpulan : Sebagai kesimpulan, aktiviti ikatan dan simpulan ini menarik minat ahli-ahli. Pelbagai gelagat dan jenis ikatan telah dilakukan oleh ahli-ahli. Mereka gembira dapat mengikuti latihan ini, dan bersikap bersungguh-sungguh. Kebanyakan ahli akhirnya berjaya menyiapkan keenam-enam jenis ikatan yang diajarkan walaupun masih kurang kemas. Ini menunjukkan kesediaan belajar mereka masih tinggi. Nilai kerjasama juga dapat diterapkan dalam aktiviti ini. Diharap ahli-ahli akan belajar dengan baik dan dapat meningkatkan tahap kekemasan ikatan dan simpulan mereka.

OR OI TIEN 820122115492001 9 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.4 : AKTIVITI KRAFTANGAN DARI BAHAN TERBUANG Pengenalan : Kraftangan merupakan hasil kerja tangan murid yang lahir daripada pemikiran kreatif mereka sendiri. Dalam aktiviti kraftangan ini, bahan terbuang menjadi bahan utama untuk menghasilkan suatu kraftangan yang kreatif. Setiap kumpulan mengumpulkan bahan terbuang bagi kumpulan masing-masing dan bahan yang digunakan adalah bebas. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti ini adalah senahagian kumpulan kurang mengembangkan idea mereka. Ada beberapa ahli yang pasif dan kurang menjanakan pandangan mereka untuk menghasilkan satu kraftangan. Bahan-bahan yang

OR OI TIEN 820122115492001 10 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

digunakan tidak pelbagai dan ini pastnya membataskan penghasilan hasil kraftangan mereka. Selain itu, penelitian yang kurang menyebabkan hasil yang dibuat kurang memuaskan. Penilaian : Dalam aktiviti menggunakan bahan terbuang ini, setiap kumpulan mengumpulkan bahan terbuang yang berlainan. Kebanyakan kumpulan dapat membuat kraftangan mereka dengan baik tetapi masih ada beberapa kumpulan menghasilkan kraftangan yang kurang memuaskan. Dengan penggunaan bahan terbuang, ahli-ahli dididik untuk mencintai alam sekitar dan menghargai setiap bahan sebelum membuangnya. Aktiviti ini juga akan meningkatkan pemikiran kreatif mereka dalam membentuk sesuatu yang baru hasil perbincangan setiap ahli kumpulan. Cara mengatasi : Dalam menyelesaikan masalah ini, guru akan membimbing suatu kumpulan itu untuk menjana idea baru dan cuba mencungkil bakat bakat yang terpendam dalam setiap kumpulan. Galakkan untuk setiap ahli membuat sebahagian daripada hasilan kraftangan dapat membantu mereka agar cuba melengkapkan hasil kraftangan mereka.

Kerjasama dalam kumpulan juga penting untuk memastikan kraftangan yang dihasilkan membawa makna yang tersendiri. Minat ahli dalam penghasilan kraftangan ini adalah penting untuk membentuk semangat yakin diri mereka dalam penghasilan sesuatu kraftangan itu. Kesimpulan : Pada keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya diselesaikan. Beberapa kumpulan telah menghasilkan kraftangan yang amat menarik walaupun masa yang diberikan adalah singkat. Semangat kerjasama dan penelitian dalam menghasilkan kraftangan ini telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Banyak idea dan kreativiti ahli ditunjukkan melalui hasil kraftangan mereka.

OR OI TIEN 820122115492001 11 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.5 : AKTIVITI MENGHIDUPKAN API Pengenalan : Menghidupkan api secara tradisional amat menguji kemahiran ahli-ahli. Api ini perlu dihidupkan secara menggunakan ranting-ranting kayu, daun-daun kering dan berbekalkan dengan 5 batang mancis. Kesabaran yang tinggi perlu untuk mengekalkan riwayat api yang telah dihidupkan. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang dihadapi adalah ahli-ahli kurang kemahiran menghidupkan api secara tradisional dan ini adalah pengalaman pertama mereka. Selain itu, ahli-ahli tidak menggunakan bahan yang betul untuk menghidupkan api agar api itu terus marak. Mereka juga tidak pandai menjaga api dan perlu menghidupkan api berkali-kali. Asap yang terlalu kuat telah menyebabkan rasa tidak selesa dalam aktiviti ini. Di samping itu, angin yang terlalu kuat telah menyukarkan ahli-ahli untuk menghidupkan api.

OR OI TIEN 820122115492001 12 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Penilaian : Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan menunjukkan semangat kerjasama untuk menghidupkan api. Bahan-bahan yang dibawa oleh mereka kebanyakannya adalah daun, maka api yang dihidupkan mereka mudah terpadam. Ahli-ahli didapati tidak mempunyai pengalaman menghidupkan api dan ia adalah satu aktiviti yang mencabar kesabaran mereka untuk menghidup dan seterusnya mengekallan nyalaan api. Ahli-ahli bersungguh-sunggu menjalankan aktiviti ini dan ia merupakan aktiviti yang amat disukai oleh ahli-ahli. Cara mengatasi : Untuk membantu ahli-ahli ini, guru perlu menunjukkan cara yang betul menghidupkan api bermula dengan penggumpulan bahan-bahan untuk dibakar. Bahan yang perlu diletakkan dahulu perlu dititikberatkan dan setersnya bahan untuk memastikan api itu terus menyala. Guru juga perlu mengajar ahli-ahli melihat arah tiupan angin untuk memastikan nyalaan api tidak terkena pada ahli-ahli itu.

Selain itu, sikap berhati-hati adalah amat penting dan ahli-ahli dilarang sama sekali bermain ketika aktiviti ini dijalankan. Kerjasama setiap ahli juga penting untuk memastikan api dijaga dengan baik. Kesimpulan : Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan setiap kumpulan berjaya menghidupkan api mereka. Ahli-ahli berasa seronok kerana mereka tidak pernah berpeluang menghidupkan api secara tradisional. Aktiviti ini memupuk nilai kerjasama dan kepekaan mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Diharap kemahiran menghidupkan ini akan dapat dipraktikkan mereka pada suatu hari nanti dan ia merupakan aktiviti ikhtiar hidup yang penting.

OR OI TIEN 820122115492001 13 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.6 : AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH Pengenalan : Mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang amat penting dalam perkhemahan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama setiap ahli untuk memastikan khemah yang dibina adalah kukuh dan berada dalam kedudukan yang betul. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang dihadapi semasa mendirikan khemah ini adalah ahli kurang mengetahui bilangan peralatan yang perlu untuk sesebuah khemah itu. Sebahagian ahli kurang mahir mendirikan khemah dan khemah yang dibina adalah kurang kukuh. Selain itu, murid tidak tahu bagaimnana menguruskan khemah yang telah disediakan dan menghadapi masalah dalam melipat dan menyimpan khemah. Penilaian : Pada keseluruhannya, ahli-ahli berjaya mendirikan khemah dengan jayanya atas usaha dan kerjasama ahli kumpulan. Khemah-khemah yang didirikan adalah jenis khemah bulat dan ia tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya. Ahli-ahli juga menunjukkan

OR OI TIEN 820122115492001 14 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

minat dalam memastikan khemah kumpulan mereka terpacak dengan baik. Cara mengatasi : Guru perlu menunjukkan cara-cara mendirikan khemah serta mengira bilangan peralatan yang ada untuk memastikan khemah yang hendak didirikan adalah lengkap. Penerangan yang jelas tentang cara mendirikan khemah dapat membantu murid mengenali dengan lebih dekat khemah-khemah mereka. Bimbingan tentang kesesuaian tanah juga diajar bagi memastikan tapak khemah itu berada dalam keadaan yang sesuai. Cara lipatan khemah juga perlu dititikberatkan untuk memastikan ahli dapat melipat dengan kemas.

Kesimpulan : Aktiviti mendirikan khemah ini berjalan lancar dan murid menunjukkan minat dalam mendirikan khemah mereka. Khemah yang didirikan ini adalah asas kepada kemahiran mereka untuk menyertai perkhemahan yang akan datang. Melalui aktiviti ini, ahli-ahli bekerjasama untuk memastikan khemah yang didirikan adalah kukuh dan sesuai untuk perkhemahan. Aktiviti ini juga menarik minat ahli untuk mengikutinya dan ia merupakan satu aktiviti yang amat bermakna kepada mereka. Selain itu, jati diri para ahli dapat dibina melalui aktiviti ini kerana mereka perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendirikan khemah.

OR OI TIEN 820122115492001 15 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.7 : AKTIVITI MEMASAK Pengenalan : Memasak adalah satu aktiviti yang penting dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Aktiviti memasak dapat membantu ahli-ahli belajar memasak di samping menambahkan pengalaman baru mereka. Masakan yang dipelajari oleh mereka adalah masakan mihun dan kuih jejemput. Kedua-dua masakan ini memerlukan kerjasama ahli untuk menjayakannya. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang timbul dalam aktiviti masakan ini adalah sebilangan kumpulan tidak membahagikan ahlinya dengan baik dan ini menyebabkan penyediaan makanan memerlukan masa yang lebih lama. Selain itu, masih ramai ahli yang tidak berpengalaman dalam memotong dan penggunaan bahan. Kesedaran bahaya ketika aktiviti memasak juga diabaikan oleh sebahagian kecil ahli. Dalam penghasilan masakan, makanan yang disediakan kurang mempunyai rasa dan ada yang terlebih garam dan gula. Penilaian : Dalam aktiviti memasak ini, ahli-ahli telah berjaya menghasilkan dua jenis masakan iaitu mihun goreng dan jejemput. Kerjasama ahli dalam kumpulan dapat dilihat dalam proses menghasilkan masakan ini. Pelbagai gelagat ahli dalam menunjukkan kemahiran memasak dapat diperhatikan dan mereka berusaha memainkan peranan masing-masing. Dalam aktiviti memasak ini, ahli-ahli menunjukkan semangat dan minat yang tinggi. Perjalanan dalam

OR OI TIEN 820122115492001 16 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

masakan ini telah menjadi satu kenangan manis dalam diri peserta. Cara mengatasi : Bagi mengatasi beberapa kelemahan dalam aktiviti masakan, guru perlu memastikan penerangan antara ahli kumpulan dijalankan dengan lebih teratur. Pembahagian tugas perlu dibuat sebelum memulakan aktiviti memasak agar satu set makanan yang bersih dan sihat. keadaan tidak menjadi kelam-kabut. Selain itu, kebersihan tapak memasak dan segala peralatan juga perlu untuk menghasilkan

Ahli-ahli juga perlu diajar cara-cara memotong daging atau sayur kerana pelbagai cara digunakan untuk menyediakan masakan tersebut. Kerjasama perlu dipupuk dalam aktiviti memasak ini agar masakan dapat disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan. Galakkan yang diberikan oleh guru amat penting untuk menanam keyakinan dalam diri mereka. Kesimpulan : Aktiviti masakan ini berjalan dengan lancar dan hidangan dapat disiapkan dengan jayanya. Ahli-ahli berada dalam kumpulan masing-masing untuk menikmati masakan yang telah disediakan. Ahli-ahli menikmati masakan yang dimasak dalam kumpulan sambilbertukar-tukar pendapat dan memberikan pandangan berkenaan masakan yang dihasilkan.

OR OI TIEN 820122115492001 17 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.8 : AKTIVITI MEMBINA GAJET Pengenalan : Gajet dibina daripada buluh-buluh yang telah dipotong dan diikat dengan tali. Antara gajet yang biasa dijalankan adalah rak dapur, rak kasut, ampaian dan pagar-pagar untuk mengelilingi khemah. Gajet-gajet yang dibina ini perlulah kukuh dan dapat berfungsi dengan baik. Gajet juga merupakan asas penting dalam sesuatu aktiviti pengakap dan ia boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Peristiwa / Isu / Masalah : Antara masalah yang berlaku semasa aktiviti membina gajet adalah gajet yang dibina tidak kukuh dan ikatan yang digunakan adalah tidak betul. Ahli-ahli juga tidak tahu akan anggaran untuk membina sesebuah gajet itu. Selain itu, ahli-ahli kurang mahir dalam memotong dan membelah buluh pada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam pembinaan gajet ini, ahli kurang kreativiti dan gajet yang dihasilkan adalah kurang kukuh. Penilaian : Dalam aktiviti ini, ahli-ahli bekerjasama dalam memotong, membelah dan membina gajet. Ahli-ahli berjaya menghasilkan gajet dapur, rak kasut dan ampian dalam masa dua minggu ini. Gajet-gajet yang dibina oleh ahli telah diikat dengan pelbagai jenis ikatan dan memerlukan penelitian yang teliti agar ianya lebih kukuh. Kegembiraan terpancar pada wajah ahli apabila mereka berjaya menyiapkan gajet-gajet mereka. Cara mengatasi : Gajet merupakan asas yang perlu ada dalam aktiviti perkhemahan. Biasanya gajet yang dibina adalah kurang kukuh kerana ikatan yang dibuat adalah kurang kemas. Untuk mengatasi

OR OI TIEN 820122115492001 18 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

masalah ini, kekemasan ikatan adalah perlu dan ianya perlu bersesuaian dengan gajet yang hendak dibina. Tunjuk ajar dalam ikatan gajet adalah penting dan guru perlu mengajar caracara membuat ikatan yang betul untuk gajet yang berlainan.

Idea-idea baru juga perlu dijana oleh ahli-ahli dalam pembinaan gajet ini. Selain itu, teknik-teknik membelah buluh perlulah diajar agar ahli-ahli dapat membelah buluh dengan betul dan sesuai dengan gajetnya. Kesimpulan : Ahli-ahli berjaya menyiapkan gajet dapur, rak kasut dan ampaian. Melalui aktiviti gajet ini, nilai kerjasama dapat dipupuk dan ahli-ahli sentiasa bersatu untuk membina suatu gajet yang kukuh. Kemahiran gajet ini diharap dapat digunakan pada suatu masa nanti dan ia merupakan satu pengalaman penting untuk ahli-ahli ini. Kerjayaan membina gajet dapat menunjukkan semangat kekitaan dalam diri setiap ahli.

OR OI TIEN 820122115492001 19 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

2.9 : AKTIVITI PANDU ARAH Pengenalan : Aktiviti pandu arah sesuai diadakan untuk menilai kemampuan ahli-ahli dalam mengenal pasti arah-arah iatu Barat, Timur, Selatan dan Utara. Pandu arah ini dapat memastikan bahawa ahli-ahli dapat mengenal arah yang perlu dituju oleh mereka. Aktiviti ini diselitkan dengan aktiviti mencari harta karun di kawasan sekolah. Peristiwa / Isu / Masalah : Dalam aktiviti ini, masalah yang timbul adalah ahli-ahli tidak dapat membezakan arah dan mereka memerlukan masa yang lama untuk melihat compass. Selain itu, pergerakan ahli adalah kurang lincah kerana mereka tidak dapat menentukan arah yang hendak dituju oleh mereka. Penilaian : Aktiviti ini berjalan lancar dan ahli-ahli dapat menamatkan aktiviti mencari harta karun ini. Dalam aktiviti ini, semangat berpasukan dapat dilihat dan semangat kerjasama dapat dipupuk antara ahli-ahli kumpulan. Ini kerana ahli akan berusaha mencari harta karun yang tersembunyi di dalam. Aktiviti ini juga menguji kepakaran murid dalam kemahirankemahiran mencari harta karun tersembunyi di kawasan sekolah. Cara mengatasi : Aktiviti pandu arah ini berjalan dengan lancar walaupun masih ramai ahli-ahli kumpulan masih tidak dapat membezakan arah yang hendak dituju oleh mereka. Dalam situasi ini, guru dan ketua kumpulan memainkan peranan penting dalam mengajar ahliahlinya melihat compass dan cuba mencari situasi yang betul. Guru juga perlu memastikan compass yang digunakan adalah berfungsi dan pengenalan diberikan dengan lengkap. Ini pastinya dapat meningkatkan pemahaman ahli-ahli dan mereka dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya.

OR OI TIEN 820122115492001 20 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Kesimpulan : Aktiviti pandu arah ini dijalankan dengan lancar dan dapat menarik minat ahli-ahli untuk menyertainya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membina daya kepimpinan ahli malah dapat memupuk sahsiah ahli dalam aktiviti mencari harta karun yang memerlukan mereka bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan,

2.10 : AKTIVITI KEBUDAYAAN

OR OI TIEN 820122115492001 21 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Pengenalan : Aktiviti kebudayaan dapat melahirkan generasi yang cinta kepada budaya setempat. Ahli-ahli yang menyertai aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama dan hormatmenghormati melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan.

OR OI TIEN 820122115492001 22 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Peristiwa / Isu / Masalah : Masalah yang timbul dalam aktiviti kebudayaan ini adalah kekangan masa yang terlalu singkat dan ahli-ahli kurang dapat mempraktikkan persembahan yang akan dilakukan. Dalam perbincangan yang dijalankan, ada antara ahli yang kurang memainkan peranan dan ini pastinya akan menyebabkan sesuatu aktiviti kebudayaan itu terjejas. Penilaian : Aktiviti adalah berjalan lancar dan ahli-ahli dapat menghasilkan persembahan yang telah dirancang walaupun masih terdapat sedikit kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan. Dengan aktiviti kebudayaan, ahli-ahli juga didedahkan untuk menghormati dan memahami budaya luar yang dapat mengeratkan perhubungan antara ahli-ahli. Aktiviti ini juga dapat menarik minat murid dalam persembahan yang bakal dilakukannya. Ahli-ahli kelihatan gembira kerana dapat mempersembahkan aktiviti kebudayaan mereka. Cara mengatasi : Untuk mengatasi masalah ini, guru perlulah memastikan masa yang diberikan kepada ahli-ahli adalah mencukupi dan mereka dapat bersedia dengan lebih baik. Ini dapat memastikan persembahan kebudayaan mereka berjalan lancar. Selain itu, setiap ahli perlulah memainkan peranan mereka agar aktiviti yang bakal dijalankan dapat berjalan lancar.

Kesimpulan : Aktiviti kebudayaan ini berjalan lancar dan murid-murid mempunyai minat dalam aktiviti ini. Diharap aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama dan perpaduan dalam diri ahli-ahli. Selain itu, aktiviti ini adalah sesuai dijalankan sebagai persembahan pada malam kebudayaan.

OR OI TIEN 820122115492001 23 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

3.0 KESIMPULAN :

Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dan seharusnya dijalankan di setiap sekolah. Dalam meningkatkan pencapaian dalam aktiviti yang dijalankan melalui kegiatan kokurikulum ini, guru berperanan untuk memastikan perancangan dan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.

OR OI TIEN 820122115492001 24 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang penggal pertama ini, pelbagai kemahiran dan pengalaman telah di perolehi oleh ahli-ahli pengakap ini. Semangat dan nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan. Melalui pengalaman yang didedahkan, ahli-ahli diberikan ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan nilai tambah untuk mereka mencapai kecemerlangan diri. Di samping itu, kegiatan kokurikulum ini dapat membantu murid-murid meningkatkan prestasi serta member peluang yang lebih luas untuk mereka mempelajari ilmu-ilmu baru dalam kehidupan seharian. Bimbingan daripada guru semasa mereka mengikuti kokurikulum dapat melahirkan murid yang lebih berdisiplin dan berkeyakinan tinggi. Melalui ilmu dan kemahiran yang disenaraikan di atas menunjukkan peranan kokurikulum amatlah penting. Ia bukan sahaja sebagai kegiatan tambahan yang dibuat secara sambil lewa tetapi perlu diberi perhatian dan penglibatan yang sepenuhnya oleh murid-murid. Diharap dengan kerjasama semua pihak, murid-murid dapat menghayati aktiviti yang dijalankan dan menanam minat dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Dengan ini, diharap penglibatan murid dalam kegiatan aktiviti dapat melahirkan insane yang seimbang dari segala segi dan membantu dalam pembangunan sekolah, masyarakat dan negara.

4.0 RUJUKAN : Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009) Buku Panduan Pengurusan. Putrajaya, Malaysia: Bahagian sekolah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

LAMAN WEB :

OR OI TIEN 820122115492001 25 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Aktiviti badan beruniform ( Jun 2010 ) [Online] Available:http://essay-ministry.blogspot.com/2010/03/karangan-3-bergambar-aktivitibadan.html [2012 Mei 12]

Kepentingan aktiviti kokurikulum di sekolah ( Ogos 2011 ) [Online] Available:http://mindasasterabahasa.com/2011/08/kepentingan-aktiviti-kokurikulumdi-sekolah.html [2012 Mei 25]

Aktiviti pengakap kanak-kanak ( April 2011 ) [Online] Available:http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2011/04/pengakap-kanakkanak-aktiviti-dan.html [2012 Jun 6]

Faedah kokurikulum [Online] Available:http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php? option=com_content&view=article&id=151:faedahkokurikulum&catid=34:kertas1spm&Itemid=57 [2012 Julai 20]

Rancangan pengakap tahun 4 [Online] Available:http://www.scribd.com/doc/35407443/Rancangan-Tahunan-PengakapTahun-4 [2012 Jun 15]

Jurnal dan refleksi [Online]

OR OI TIEN 820122115492001 26 HBEF 2703 Pendidikan Kokurikulum

Available:http://www.ipbl.edu.my/BM/Praktikum/KPLI/08)%20JURNAL%20& %20REFLEKSI.pdf [2012 Julai 18]

You might also like