Professional Documents
Culture Documents
Tema : semangat perpaduan Bertenggek pelanduk di tepi taman, Datang tebuan menghisap madu Hidup majmuk tuntutan zaman, Apakah ramuan bersatu padu?
Tema ; nilai budaya kita Ulang-ulang menarik takal, Asal muatan Kuala Linggi, Hilanglah budaya kerana akal Budaya siapa dijulang tinggi?
Tema : sayangi keluarga Subur lalang di tepi bendang, akar melata di batang pauh; Apakah malang datang bertandang, Andai keluarga disisih menjauh.
Tema : cintai alam sekitar Wangi kemboja di tepi kubur, pohon gelam condong ke tepi Kempen nasihat sudah diatur Tentukah alam dijaga rapi?
Tema : amalan kebersihan Timba tuan dipinggir telaga, sayang sedikit talinya hilang, Mengapa kebersihan tidak terjaga; Hingga penyakit datang bertandang?
Daun turi dimakan kelinci, Pohon maman tumbuh di hilir Jiran menyepi nampak membenci, Apakah gerangan sedemikian fikir?
Tema : kesihatan diri Kepingan getah di atas para, Ditoreh kaca berkelar-kelar, Bersenam sudah tidak terkira Apakah punca penyakit menular?
Kain sutera idaman jelita, Dipakai ramai nak dara Cina, Bahasa Melayu bahasa kita; Letak duduknya di pundak mana?
Daerah hilir tanahnya rata, Tidak luak dipugar dahulu Ilmu difikir penyuluh gelita, Mengapa tidak diamal selalu?