You are on page 1of 32

1.

0 PENGENALAN
Istilah pelancongan mempunyai pelbagai definisi yang membawa kepada tujuan dan objektif yang sama iaitu melancong di sesuatu tempat yang melibatkan pergerakan atau perjalanan ke sesuatu tempat tersebut dengan tujuan melihat alam semula jadi, melakukan penyelidikan, berekreasi, berehat, bercuti, urusan pekerjaan atau

kepentingan lain yang mendorong kepada aktiviti pelancongan. Pelancong yang melawat terdiri daripada pelancong tempatan dan pelancong asing. Bagaimanapun, pelancong tempatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengunjung harian atau menetap di sesuatu kawasan pelancongan melebihi 24 jam. Justeru itu, bila dikaitan dengan homestay, pelancong yang berkunjung ke homestay mempunyai matlamat dan objektif yang tertentu untuk dipenuhi samaada untuk mempelajari dan mengamati budaya setempat, membuat penyelidikan, melihat alam semulajadi ataupun dengan motif yang tertentu. Program homestay merupakan salah satu strategi pelancongan di luar bandar. Secara lazimnya, program homestay akan melibatkan pelancong untuk menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung yang terlibat. Melalui program ini, pelancong dapat berinteraksi secara terus dengan keluarga yang menjadi tuan rumah (hos) mereka (Norliza Aminudin & Salamiah A. Jamal, 2006). Justeru, program homestay boleh didefinisikan sebagai pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan mempelajari budaya dan gaya hidup masyarakat luar bandar di Malaysia dengan bayaran yang munasabah (Wipada Unlumlert, 2007). Produk homestay tidak

dikategorikan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2010). Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman. Program homestay ialah suatu bentuk produk pelancongan yang lebih menekankan kepada pelancongan berasaskan komuniti dan tarikan ekopelancongan (Hathaichanok Phonwiset, 2008). Di Malaysia, program homestay telah dipekenalkan pada tahun 1988 dan di peringkat nasional pada tahun 1995 oleh Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan Malaysia ( sekarang Kementerian Pelancongan Malaysia) dan begitu dikenali dan ia merujuk kepada penginapan pelancong tinggal bersama pengusaha, menjamu selera dan terlibat dalam aktiviti tradisional dan aktiviti bersama komuniti tempatan. Program homestay bukan sahaja melibatkan pengusaha dan penduduk dalam program tersebut tetapi berkait dengan budaya, cara hidup masyarakat setempat dan mempromosikan kawasan tarikan yang berdekatan homestay tersebut. Justeru itu, pelancong yang berkunjung dapat menyaksikan kepelbagaian adat dan budaya hidup masyarakat yang pastinya mempunyai keunikan dan keistimewaan mereka yang tersendiri. Konsep homestay yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah tidak sama dengan konsep homestay di luar negara. Di Malaysia, program homestay juga dikenali sebagai penginapan tinggal bersama keluarga angkat dan menjalani aktiviti bersama keluarga angkat sambil terlibat dalam aktiviti tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung. Walaupun program homestay ini giat dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, namun peranan untuk

membangunkan infrastruktur berkaitan homestay sebenarnya dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini telahpun menjadikan program homestay sebagai salah satu strategi penting untuk meningkatkan peluang ekonomi dan pembangunan dikalangan penduduk luar Bandar. Program di bawah Pelan Induk Pelancongan Desa adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan (Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, 2010). Program homestay ini telah menjadi porpular dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk luar Bandar (Pelancongan Malaysia, 2010). Sehingga Mei 2010, sejumlah 227 kampung dan 2984 peserta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2010). Kampung-kampung yang terlibat telah dipilih secara teliti dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian. Kampung Beng merupakan salah satu homestay yang terbaik di Malaysia. Ianya terletak di negeri Perak di Mukim Durian Pipit. Menurut penduduk kampung Beng, sejarah kampung Beng adalah sebuah perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Pattani yang telah melarikan diri mengikuti aliran Sungai Perak yang pada masa dahulu sebagai jalan perhubungan serta dikenali dengan panggilan " TOK BENG ". Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggilan "TOK BENG". Kampung Beng merupakan sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh. Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan

Simpan Bintang Hijau. Keindahan alam semulajadi dan keunikan budaya tradisional masyarakat Melayu yang ditawarkan Homestay kampung Beng, berpotensi besar dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Perak. Di kampung Beng terdapat seramai 27 pengusaha menyertai program homestay yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007. Populasi penduduk di Kampung Beng adalah seramai 896 orang dengan 195 buah rumah di atas keluasan 3.9188 hektar. Terdapat enam perkampungan kecil yang membentuk kampung Beng iaitu kampung Durian lubuk, Beng Dalam, kampung Dusun, kampung Sekolah, kampung Durau dan Batu Ring. Kadatangan pelancong ke

kampung Beng bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan atau domestik malahan juga berjaya menarik kedatangan pelancong luar negara. Dengan keindahan panorama semulajadinya yang unik, kampung Beng turut menjadi lokasi pembuat filem cereka dan iklan komersil. Pemandangan alam yang semulajdi dengan penuh budaya dan ragam resamnya menjadikan kampung Beng ini kampung itu sebenarnya menjanjikan kedamaian dan keunikan tersendiri hingga turut dijadikan lokasi penggambaran filem. Buktinya, beberapa filem dan iklan memilih lokasi kampung itu termasuk iklan syarikat Petronas (budak lelaki membawa lembu di atas rakit) yang disiarkan pada musim Aidilfitri 2010. Malah sebahagian daripada penggambaran filem Anna & The King dan filem tempatan Sara juga dibuat di kampung yang terletak di Lenggong, Perak.

2.0 PENAWARAN PELANCONGAN LUAR BANDAR DI HOMESTAY KG. BENG (SWOT POLISI, PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

TERMASUK INVENTORI PRODUK DAN KEMUDAHAH YANG SEDIA ADA)

2.1

Analisa SWOT 2.1.1 Strenght (kekuatan) i. Alam semulajadi seperti bukit bukau, hutan hijau, air terjun dan

sumber asli seperti ikan sungai dan tanam- tanaman herba di sekeliling rumah menjadi sumber tarikan kepada para pelancong dari luar mahupun luar negara. ii. Budaya dan adat resam penduduk Kampung Beng yang masih

mengekalkan budaya tradisional masyarakat melayu. Contohnya adat perkahwinan, marhabban, kompang, bercukur jambut, berzanji dan lain lain. iii. Komuniti Kampung Beng masih mengekalkan masakan Melayu

tradisional negeri Perak yang enak dan masih menggunakan sumber asli seperti ikand dari sungai juga sayur sayuran yang didapati dari sekitar kampung.

iv.

Kemudahan asas tempat tinggal di Kampung Beng seperti

kemudahan air, elektrik, tandas, bilik air dan bilik tidur yang selesa akan memberikan keselesaan kepada para tetamu yang memilih suasana kampung untuk tujuan pelancongan mereka. v. Sifat keramahan dan kemesraan serta sambutan terbuka daripada

penduduk kampung membuatkan para pelancong tidak merasa terasing apabila berkunjung ke Kampung Beng. vi. Terdapat dua alternatif untuk ke Kampung Beng iaitu penggunakan

jalanraya ataupun pengangkutan air seperti bot menjadi akses kepada para pelancong untuk berkunjung ke Kampung Beng. vii. Kampung Beng terletak jauh dari kawasan bandar dan mempunyai dan keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan

keindahan

kampung yang lain. Kampung yang sunyi, tenang dan dipenuhi dengan kicauan burung, air terjun dan tasik menjadi tarikan yang berlainan untuk berkunjung ke Kampung Beng.

2.1.2 Kelemahan i. Kurangnya idea dalam mempromosikan Kampung Beng kepada

pelancong luar yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini. Penduduk di sini tidak mahir dari segi ICT. Penduduk kurang pendedahan dari segi promosi dan pakej kepada pelancong.

Sepatutnya diwujudkan pelbagai pakej yang bersesuaian dengan kehendak pelancong. ii. Kemudahan asas sepert tandas, tempat permainan seperti

badminton dan takraw perlu di perbaiki dan diwujudkan. Tempat permainan badminton masih terdapat di sini tetapi perlu di selenggara dengan baik dan berkesan. Contoh di cat dengan warna yang baru dan menarik. iii. Jalan arah ke tempat air terjun perlu diperkemaskan dan di perbaiki bagi memudahkan pergerakan pelancong. iv. Tidak ada klinik bergerak bagi memudahkan pelancong mendapatkan rawatan sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak diinginkan. v. Tiada bilik komputer, internet ataupun telefon awam untuk tujuan komunikasi. vi. Jeti untuk menunggu bot tidah diselenggara dengan baik. Juga, tempat meletak kereta yang tiada berbumbung turut tidak disediakan untuk para pelancong. vii. Ciri- ciri keselamatan di dalam bot seperti jaket keselamatan tidak disediakan. viii. Penduduk setempat tidak mempunyai pengetahuan tinggi dalam menguruskan Homestay dan kurangnya tahap penguasaan bahasa Inggeris dan ini akan menyukarkan penduduk setempat untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris terutamanya dengan para pelancong dari luar.

ix.

Papan tanda atau arah tunjuk di dalam kampung juga adalah terhad dan ini akan mengelirukan para pelancong khususnya yang tidak tahu membaca di dalam Bahasa Malaysia.

x.

Kurangnya promosi tentang Kampung Beng membuatkan ramai yang tidak tahu di mana letaknya Kampung Beng dan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak yang besar apabila kurangnya pelancong yang datang ke Kampung Beng.

xi.

Tiada rekod kemaskini kemasukan pelancong dari luar mahupun dari luar negara. Sistem fail tidak dipraktikkan.

xii.

Tidak ada kad niaga (business cards). Penggunaan kad perniagaan sangat penting supaya pihak luar, terutamanya korporat, lebih yakin dengan kemampuan sesebuah homestay dalam menyediakan pakej penginapan dan pengisiaannya. Ia bukan setakat mempamerkan nama pengusaha, bahkan menggalakkan pelawat ambil maklum akan kewujudan homestay tersebut. Di samping itu, penggunaan kad perniagaan juga mencerminkan komitmen pengusaha homestay untuk maju dan serius dalam bidang ini.

xiii.

Pengaruh parti dalam politik. Apa jua aliran dalam parti politik, pengusaha homestay dalam kampung yang sama perlu bekerjasama dan sekata dalam membuat keputusan. Pengaruh politik yang keterlaluan boleh menyebabkan pengurusan keseluruhan homestay tersebut tidak terancang dan selalu berlaku pertentangan sesama sendiri. Ini timbul akibat perselisihan faham dan keputusan yang

dicapai tidak sekata, akibat dipengaruhi pandangan politik yang berbeza.

2.1.3 Peluang: i. Sistem kampung yang diamalkan mampu menarik pelancong daripada luar untuk mengetahui cara kehidupan masyarakat Malaysia khususnya pelancong daripada luar negara. ii. Terdapat sungai di Kampung Beng dan penduduk tempatan harus mengambil peluang ini untuk membuat aktiviti- aktiviti sungai seperti sukan air, memancing serta aktiviti menyusuri sungai dengan menikmati keindahan panorama kampung dan keindahan alam semula jadi di kawasan sekitarnya. iii. Air terjun yang cantik dan alam semulajadi sepatutnya menjadi sumber rezeki dan tarikan utama ke kampung ini. Penduduk kampung harus mengambil peluang untuk menonjolkan lagi keunikan, dan keindahan yang terdapat di Kampung Beng. iv. Mewujudkan satu produk satu kampung menggunakan sumber alam semulajadi.Contohnya daun mengkuang dan daun pokok getah boleh di buat tikar dan bunga hiasan. v. Menubuhkan koperasi Kampung Beng dalam membantu menjana pendapatan penduduk dan masyarakat setempat. Ia juga memberi

peluang kepada para pelancong yang datang ke Kampung Beng untuk membeli barang barangan keperluan yang diperlukan. vi. Wujudkan taman herba edible garden yang mana di letakkan nama melayu,nama saintifik dan nama Inggeris bagi menarik minat pelancong. vii. Peluang kepada pengusaha homestay melibatkan diri dalam perniagaan dan membina jaringan dengan industri luar. viii. Sumber asli yang ada seperti ikan sungai yang boleh dijadikan produk pekasam, produk kraftangan daripada pokok getah, penjualan kuih kuih tradisional dapat menajana ekonomi khususnya untuk penduduk tempatan.

2.1.4 Ancaman i. Pembalakan di hutan kampung ini menyebabkan terjadinya hakisan tanah, keindahan air terjun telah terjejas dan menganggu eko sistem alam semulajadi serta merosakkan sumber asli yang ada di Kampung Beng. ii. Penghijrahan orang orang muda dari Kampung Beng ke bandar menyaksikan hanya warga emas yang masih tinggal di Kampung Beng. iii. Kekurangan peruntukan bagi memperbaiki kebocoran rumah dan memperindahkan infrastruktur seperti tandas, rumah dan jalan

raya akan memberikan kesan jangka panjang apabila ianya tidah diselenggara dengan sempurna. iv. Wujudnya homestay, chalet dan hotel yang baru yang lebih

strategik dari segi tempat, kemudahan infrastruktur dan moden menjadi ancaman utama homestay Kampung Beng. v. Kampung Beng tidak mempunyai pelapis baru seperti generasi muda untuk membangunkan Kampung Beng. vi. Sistem pengurusan yang diamalkan tidak menepati ciri- ciri terkini. Contoh: Tiada resit sekiranya bil diperlukan, pengambilan

tempahan untuk menginap di Kampung Beng tiada nama atau agensi yang sepatutnya.

3.0 PERMINTAAN PELANCONGAN LUAR BANDAR DI HOMESTAY KG. BENG (STATISTIK PELAWAT, RESIT, JANGKAAN PELANCONG, PERSEPSI PELANCONG)

Jadual 1. Pencapaian program homestay di Malaysia untuk tahun 2006 2009 2006 21,795 (68%) 2007 45,354 (69%) 2008 68,416 (75%) 2009* 29,782 (72%) 11,729 (28%) 41,511 (100%) 3,062,244.35 3,264 140

Pelancong Domestik Pelancong 10,038 (32%) 20,361 (31%) 23,117 (25%) Antarabangsa Jumlah 31,833 (100%) 65,715 (100%) 91,533 (100%) Pelancong Jumlah Hasil 2,065,980.34 4,923,433.30 6,393,676.63 (RM) Bil.Pengusaha 1,563 2,533 3,034 Bil. Homestay 105 135 146 *Sehingga 30 Mei 2009 Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia (2009)

Merujuk jadual 1 di atas, bilangan homestay di Malaysia meningkat dari tahun 2006 hingga 2008 iaitu 105 kepada 146.. Pada tahun 2009 bilangan homestay

dicatatkan sehingga 30 Mei mencecah 140 bilangan homstay dan ianya menunjukkan peningkatan yang agak baik pada suku tahun pertama. Dalam konteks Malaysia, aktiviti pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting dan menjadi penyumbang pendapatan utama dalam sektor perkhidmatan. Pelbagai kaedah pemasaran dan promosi yang dijalankan bagi menggiatkan kedatangan pelancong ke negara ini antaranya melalui program homestay yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong. Pengusaha homestay juga mengambil insiatif dan peluang dengan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur

bagi tujuan keselesaan pelancong. Pendekatan ini telah diambil kira oleh pengusaha homestay di Kampung Beng. Dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh kerajaan melalui polisi dan garis panduan yang telah ditetapkan, pengusaha homestay kampung Beng berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong. Oleh yang demikian, kampung Beng berada di kedudukan yang terbaik di Malaysia dan terunggul di Perak. Statistik Kedatangan Pelawat ke Lenggong, Perak
Accommodation Tasik Raban Resort Lenggong Rest House Homestay Kg Beng Facilities This facility offers 12 rooms with 28 beds. Meeting facilities Boat jetty This facility offers 23 rooms with 46 beds. Meeting facilities Cafeteria Karaoke room Viewing Tower Number of guests 4,163 visitors (2008) 4,332 visitors (2009) 1,361 (until Feb 2010)

7,630 visitors (2008) 7,742 visitors (2009) 1,309 (up to Feb 2010)

There are currently about 50 families participating in this homestay programme.

(2008) - data not recorded 1,031 (2009)

Source: Lenggong District Council, 2010

Merujuk statistik kedatangan pelawat di daerah Lenggong, Kampung Beng menerima seramai 1.031 orang pada tahun 2009. Statistik tersebut menunjukkan Kampung Beng mendapat pemintaan yang agak tinggi daripada pelancong domestik dan juga pelancong antarabangsa. Pengunjung luar negara yang datang menginap di sekitar kampung Beng terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun yang menginap di resort, rumah rehat dan di rumah penduduk

melalui program homestay. Menurut ketua kampung Beng, pada Mei 2010 dianggarkan kira-kira 100 pelancong Jepun datang mengikuti program di kampung Beng. Selain itu, pelancong tempatan ataupun domestik tidak melepaskan peluang untuk melihat keunikan yang ada di kampung Beng. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan university tempatan, penjawat sektor awam dan juga penyelidik yang terdiri daripada badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti tempatan, dan lain-lain kategori. Pelajar sekolah dan universiti yang datang di kampung Beng biasanya mereka terlibat dengan program anak angkat yang dianjurkan sama ada peringkat sekolah, university, persatuan dan sebagainya. Dalam program tersebut mereka akan menyertai beberapa aktiviti yang dirancang oleh penganjur ataupun mengikuti aktiviti yang ditetapkan oleh pihak homestay. Antara aktiviti yang biasa mereka lakukan ialah, aktiviti gotong royong, sukaneka, aktiviti berkelah di air terjun dan sebagainya. Pada masa yang sama mereka akan berlajar cara hidup masyarakat setempat dari segi budaya, adat, makanan dan sebagainya. Pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke kampung Beng sama ada secara berkumpulan dan individu mempunyai matlamat yang tersendiri. Setelah menemu ramah pengusaha homestay di kampung Beng mengenai aktiviti yang dilakukan oleh mereka, maklumbalas yang kami dapat ialah kebanyakan mereka yang berkunjung ke kampung Beng mempunyai motif dan matlamat yang tertentu seperti melihat keindahan alam flora danfauna; terpegun melihat keunikan kampung Beng; merasai suasana kampung yang masih asli dengan budaya kampung dari segi budaya,

adat, makanan dan kehidupan seharian; menjalani kehidupan nelayan seperti memancing, memukat, menjala dan sebagainya; menyertai dan melihat pesta sungai seperti lumba bot penumpang disepanjang sungai kampung Beng; dan lain-lain. Selain itu, terdapat kebanyak penyelidik yang datang ke kampung Beng melakukan penyelidikan tentang potensi kampung Beng sebagai produk pelancongan, eko-sistem, sejarah, warisan dan budaya, ekomomi dan lain-lain. Penyelidik terdiri daripada luar dan dalam negara. Di dalam negara kebanyakan mereka terdiri daripada pensyarah dan pelajar university tempatan, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Dengan keunikan dan keaslian serta mempunyai daya tarikan yang tinggi, kampung Beng mampu menarik pihak media, perfileman serta pengiklanan untuk memilih kampung Beng sebagai lokasi pengambaran mereka. Dengan yang demikian, kampung Beng menjadi semakin popular dan terkenal kerana dipromosikan oleh iklan syarikat Petronas, penggambaran filem Anna & The King , program astro iaitu redah sampai pecah dan lain-lain. Oleh yang demikian, untuk memenuhi permintaan dikalangan pelancong dan pelawat di kampung beng, kampung Beng diperkayakan dengan produk pelancongan yang sedia ada seperti alam semulajadi yang menjadi daya tarikan dan produk-produk lain seperti tempat tinggal (homestay), kemudahan dan infrastuktur, aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk pelancong dan produk-produk yang lain bagi tujuan menarik lebih ramai pelancong dan pelawat datang ke kampung Beng. Pada masa yang sama, ianya

boleh membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat yang diperolehi dari program homestay dan aktiviti yang dijalankan.

4.0 ANALISIS JURANG PERBEZAAN ANTARA PENAWARAN DAN PERMINTAAN DI KAMPUNG BENG
Analisis ke atas jurang perbezaan di antara penawaran produk pelancongan dan permintaan pelancong terhadap Homestay Kampung Beng Penawaran produk pelancongan Permintaan pelancong

Sumber alam semulajadi seperti: 1. Air terjun, 2. Flora dan fauna, 3. Budaya penduduk(cara hidup), 4. Makanan, 5. Hasil kraf komuniti kampung Beng 6. Keindahan alam semulajadi di mana kampung perhubungan di kampung antara Beng

1. Pelancong Asing (Luar Negara) 2. Pelancong dari Malaysia 3. Penyelidik (Universiti) 4. Sektor Awam

melalui jalan air, 7. Warisan atau sejarah Kampung Beng

Melalui analisis yang dilakukan di Kampung Beng, terdapat tujuh penawaran produk pelancongan yang utama di Kampung Beng dan empat kategori pelancong yang yang datang melawat dan melancong ke Kampung Beng. Data yang menunjukkan kekerapan kedatangan pelancong ke Kampung Beng boleh di lihat di bahagian statistik pelancong diatas.

Terdapat banyak jurang perbezaan diantara penawaran produk pelancongan dan permintaan pelancong terhadap Homestay Kampung Beng. Terutamanya, kurang permintaan pelancong untuk datang melancong ke kampung Beng. Melalui

pemerhatian dan maklumat yang diberi, kampung Beng mempunyai satu tarikan yang sangat istimewa namun semua tarikan ini tidak dipromosikan secara meluas. Ia membuatkan kampung Beng sepi dari sokongan pelancong dan sekiranya berlarutan kampong Beng akan hilang dari pandangan dan pengetahuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pihak kampung Beng juga perlu menaiktarafkan perkhidmatan yang mereka sajikan kepada pelancong dari segi kebersihan kampung, bahasa dan komunikasi, cara mengendalikan pelancongan homestay, lebih ramah, mempelbagaikan lagi produk pelancongan yang ada supaya dapat menarik lagi ramai pelancong serta lebih berinformasi atau berpengetahuan terhadap industri pelancongan.

Selain itu, Kampung Beng juga harus mempertingkatkan usaha dari segi pemasaran . Memandangkan, di daerah Lenggung itu sendiri terdapat banyak resort yang lebih memberi tarikan kepada pelancong di mana perkhidmatan yang diberikan mungkin lebih memuaskan mereka serta promosi yang begitu banyak. Bantuan dari pihak luar juga mungkin dapat membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kampung Beng dengan membantu membuat pemasaran dan promosi.

Dengan kekangan yang ada iaitu kurang pengetahuan dari segi pengendalian homestay, pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan sumbangan terhadap pengurusan homestay kampung Beng dengan memberikan latihan intensif kepada penduduk terutamanya generasi muda supaya dapat meneruskan industri ini dengan lebih jayanya apabila digabungkan bersama dengan generasi yang ada sekarang.

Berdasarkan rekod yang diperolehi, di dapati rumah yang mengendalikan program homestay di Kampung Beng tidaklah begitu banyak. Hanya mereka yang

benar-benar berminat sahaja yang akan menjalankan program ini. Oleh ynag demikian, pembekalan kadangkala tidak dapat memenuhi permintaan sekiranya terdapat ramai pelancung ke sana, tetapi kalau tidak begitu ramai, mereka masih mampu menerima kedatangan para pelancung tersebut.Jadi untuk membuat analisa untuk melihat jurang perbezaan antara pembekalan dan permintaan, boleh lah dikatakan bahawa jurang perbezaan tidaklah begitu ketara.

Kemudahan asas yang di sediakan di Kampung Beng adalah agak terhad. Tidak banyak kemudahan asas seperti klinik, kedai serbaguna dan sebagainya yang di sediakan kepada oleh pelancung yang berkunjung di sana. Pengunjung berharapkan bahawa Kampung Beng akan menyediakan kemudahan tersebut tetapi sebaliknya. Maka dapat dibuat analisa bahawa kemudahan asas yang ditawarkan oleh Kampung Beng tidak begitu memenuhi permintaan dari pelancung.

Dari segi keselamatan pula boleh dikatakan masih banyak ciri-ciri keselamatan yang perlu di baiki seperti jaket keselamatan, keadaan bot yang lebih selamat, keadaan persekitaran rumah yang bebas dari binatang serta serangga berbahaya dan sebagainya. Keselamatan adalah menjadi faktor utama bagi setiap pelancung apabila mereka berada di sana. Mereka mengharapkan sepanjang berada keadaan semunya akan menjadi selamat dan selesa. Jadi apabila beberapa ciri keselamatan yang diperlukan tidak di sediakan oleh penduduk kampung maka dapat di simpulkan bahawa

masih terdapat jurang perbezaan antara apa yang di bekalkan dengan apa yang diperlukan.

Terdapat dua cara untuk sampai ke Kampung Beng iaitu dengan jalan air dan juga jalan darat. Bagi jalan darat, keadaan jalanya tidak begitu elok dan kadangkala boleh mengundang bahaya. Pelancung yang menggunakan jalan darat mengharapkan jalan yang bakal mereka lalui kesana akan berada dalam keadaan elok dan sempurna, tetapi kenyataannya adalah disebaliknya. Buat masa ini, Kampung Beng tidak menyediakan jalan yang baik seperti mana yang di harapkan. Jadi masih ada jurang perbezaan antara apa yang dibekalkan dengan apa yang di perlukan.

Berdasarkan dari maklum balas dari pengunjung yang terdahulu dan pengalaman sendiri berada di sana, didapati segala makanan dan minuman yang di sediakan oleh penduduk Kampung Beng adalah memenuhi apa yang pelancung kehendaki. Makanan, masakan serta hidangan cara kampung akan di sediakan kepada pelancung. Ini adalah apa yang di harapkan oleh pelancung apabila berada di sana iaitu untuk merasai masakan cara kampung. Jadi dari segi penyediaan makanan dan minuman dapatlah di katakan bahawa tiada jurang perbezaan yang dapat di lihat.

Pelancong berharapkan apabila mereka berada di Kampung Beng, mereka akan dapat banyak melakukan aktiviti yang menarik seperti permainan tradisioanal, sukan air

dan sebagainya. Namun demikan, tidak semua aktiviti yang di tawarkan apabila pelancung berada di sana, mungkin hanya sebahagian sahaja. Setelah membuat analisa, dapatlah di simpulkan bahawa masih terdapat jurang perbezaan walaupun sedikit antara apa yang di tawarkan dengan apa yang di bekalkan.

Keadaan dalam rumah adalah juga menjadi faktor yang penting yang perlu di ambil perhatian oleh tuan rumah itu sendiri. Pengunjung berharapkan keadaan dalam rumah yang selesa dan privasi seperti tidak berkongsi bilik air dengan tuan rumah, ruang bilik yang selesa, tidak panas, katil yang sesuai dan lain-lain lagi. Di perhatikan, masih terdapat juga keadaan rumah yang tidak begitu bersih, pelancung berkongsi bilik air dengan tuan rumah serta keadaan bilik yang panas dan tidak selesa. Oleh yang demikian masih terdapat sedikit jurang perbezaan antara apa yang diharpkan dengan apa yang dibekalkan kepada pelancung.

Suasana persekitaran di Kampung Beng adalah begitu nyaman dan tenteram serta boleh juga dikatakan tiada pencemaran. Kampung ini di kelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan udara yang segar seperti mana yang diharapkan oleh pelancong apabila berada disana. Jadi boleh di katakan tiada jurang perbezaan dengan apa yang di tawarkan dengan apa yang dibekalkan.

Kesimpulan yang boleh dibuat melalui analisis yang telah dilakukan, terdapat banyak jurang perbezaan di antara penawaran produk pelancongan dan permintaan pelancong terhadap Homestay Kampung Beng. Pertamanya, walaupun permintaan yang diperolehi dari pelancong kelihatan agak berkurang mengikut musim, namun sebenarnya permintaan yang ada juga tidak dapat ditampung sepenuhnya

memandangkan ketidakcukupan pengelola dari segi rumah homestay. Apabila perkara itu terjadi, maka permintaan akan semakin berkurang disebabkan kekangan terhadap tempat tinggal untuk para pelancong. Namun mereka mempunyai banyak penawaran dari segi produk penduduk setempat dan sumber semulajadi. Perkara ini perlu dilihat semula semoga penawaran produk pelancong dan permintaan dari pelancong selaras dan akan member keuntungan kepada kedua-dua pihak.

5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, Konsep homestay ialah merupakan satu kemudahan penginapan berskala kecil di kawasan kampung, dimiliki dan diusahakan sendiri oleh masyarakat kampung tersebut, samada secara individu ataupun bekerjasama. Seperti kampung Beng ianya diusahakan secara berkumpulan yang diketui oleh ketua kampung. Keistimewaan kampung Beng seperti penawaran tempat tinggal bersama keluarga angkat, produk kampung seperti makanan tradisional, layanan yang baik dari tuan rumah, aktiviti kampung yang menggembirakan, budaya yang unik dan pemandangan semulajadi yang indah, merupakan tarikan utama untuk para pelancong dan pelawat datang dan bermalam di homestay. Sokongan kerajaan dan polisinya yang meletakkan pelancongan sebagai industri yang penting, sedikit sebanyak telah membantu program homestay berkembang dan bertambah kuantiti bilangan pengusahanya. Dengan adanya program seumpama ini, ianya secara tidak langsung akan membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup mereka dan tidak hanya bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan.

6.0 CADANGAN DAN SARANAN


5.1. Promosi mengenai Homestay Kampung Beng perlu di pertingkatkan lagi. Pelbagai cara promosi dapat di lakukan seperti promosi melalui media elektronik dan media cetak. Ini termasuklah di laman sosial, laman web, surat khabar, majalah- majalah pelancongan dan lain-lain. Semua penduduk kampung juga perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dan agresif serta memberi sumbangan dari segi tenaga, masa, dan juga

memberi pendapat dalam usaha memajukan industry homestay di kampung mereka. Ketua kampung serta AJK kampung perlu kerapkali mengadakan mesyuarat serta berhubung dengan pihak luar terutamanya dengan pejabat daerah dan juga jabatan pelancongan negeri Perak. Ini dapat membantu mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mempromosikan homestay di kampung serta mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat dari pihak yang lebih berpengalaman serta

berpengetahuan dalam program homestay. Di samping itu juga, mereka juga perlu belajar dari pihak yang bertanggungjawab bagaimana cara untuk menggunakan teknologi yang terkini seperti internet dan website untuk tujuan promosi. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terus berharap dari pihak yang lain untuk tujuan tersebut. Adalah lebih baik mereka melakukan sendiri kerana merekalah yang lebih memahami keadaan dan situasi di Kampung Beng jika di bandingkan dengan pihak yang lain. 5.2. Kampung Beng mempunyai pelbagai produk serta sumber alam semulajadi yang dapat di majukan serta di komersilkan. Antaranya seperti buah- buahan tempatan, makanan tradisional seperti kueh melayu dan ikan pekasam, serta produk-produk kraftangan yang mampu menembusi ke pasaran luar. Di perhatikan, penduduk di Kampung Beng mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masakan dan kesenian, namun demikian mereka tidak begitu menyerlahkan kelebihan tersebut ke peringkat yang lebih jauh, ini akan membuatkan bakat serta kepandaian

mereka tersebut hanya menjadi bakat yang terpendam dan sekadar untuk ahli keluarga ataupun untuk penduduk kampung sahaja. Jika mereka berpandangan lebih jauh dengan dan berusaha bersungguh-sungguh, ianya akan dapat mendatangkan hasil yang lebih lumayan serta dapat mempertingkatkan ekomomi mereka. Ini secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelancung untuk datang melihat dengan lebih dekat dan jelas lagi segala aktiviti di Kampung Beng yang mana dapat memberi pengalaman yang pastinya menggembirakan buat mereka merasai keindahan serta suasana kampung yang sebenar. disamping

5.3.

Antara tarikan lain yang terdapat di kampung Beng ialah keindahan flora, fauna dan air terjun yang begitu mempersonakan para pelancung. Oleh yang demikian adalah di sarankan agar ianya dapat di pelihara dengan sebaik mungkin, elakkan sebarang aktiviti seperti pemburuan haram, pembakaran hutan, pembalakkan yang berleluasa dan sebagainya. Keadaan ini akan boleh menggangu eko-sistem, bio-diversiti, dan merosakkan keindahan alam semulajadi. Lalun untuk ke air terjun pelulah juga di baiki agarnya lebih selamat dan selesa untuk para pelancung untuk ke sana.

5.4.

Kemudahan asas serta prasarana perlu diperbaiki serta di wujudkan. Berdasarkan pemerhatian, tandas awam, tempat rekreasi, kedai

serbaguna, klinik desa , pondok kawalan, alat bantuan kebakaran tidak

terdapat di kampung tersebut. Di samping itu, kemudahan yang sedia ada seperti tempat menunggu di jeti, telefon awam, tempat letak kereta serta surau tidak di selenggara dengan begitu baik dan ada yang telah rosak. Memandangkan segala kemudahan asas ini adalah amat penting bagi para pelancung serta penduduk di kampung tersebut, maka ianya perlulah di di wujudkan dan di selenggara dengan baik. 5.5. Memandangkan kampung Beng di kelilingi oleh tasik, terdapat banyak aktiviti menarik dapat di tawarkan kepada pelancung, seperti aktiviti mengelilingi tasik dengan bot, sukan air, aktiviti memancing ikan dan lain lain lagi. Oleh yang demikian, jika aktiviti ini dapat ditawarkan dalam bentuk jualan pakej, sudah pastinya ianya dapat menarik lebih ramai lagi pelacung untuk bertandang ke Kampung Beng. Namun apa yang di perhatikan, hanya aktiviti merentas tasik sahaja yang di ketengahkan. Selain dari itu, banyak aktiviti lain yang dapat di jalankan seperti permainan dan muzik tradisional, demonstrasi masakan cara kampung dan sebagainya yang mana dapat memberi peluang kepada pelancung untuk merasai sendiri cara hidup orang kampung dan secara langsung dapat mendekatkan diri serta mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk setempat.

5.6.

Ketua kampung ataupun AJK ampung perlu mengambil inisiatif untuk terus memberikan maklumat serta informasi tentang Kampung Beng di laman web atau pun blog agar para pelancong dapat mengetahui dengan

lebih tepat dan jelas bagaimana cara untuk membuat tempahan dan sebagainya. Laman web serta blog tersebut perlu lah di kemas kini dari masa ke semasa. Dari apa yang di maklumkan oleh ketua kampung tersebut, laman web serta blog mengenai Kampung Beng telah lama tidak di kemas kini kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya. Oleh yang demikian, adalah di cadangkan agar ketua kampung ataupun AJK kampung meminta bantuan dari pihak yang berkenaan seperti jabatan pelancongan negeri Perak untuk membantu mereka mengemas kini

ataupun mewujudkan satu laman web atau blog yang baharu untuk Kampung Beng.

5.7.

Bagi memajukan lagi sektor pelancungan serta program homestay terutamanya di Kampung Beng, di cadangkan agar Jabatan Pelancongan negeri Perak memberi perhatian serta membuat pemantauan mengenai aktiviti homestay di Kampung Beng. Apa-apa keperluan atau penambah baikkan yang di rasakan penting seperti dari segi kemudahan asas, bantuan kewangan dan sebagainya, tindakan sewajarnya perlu di ambil bagi membolehkan Kampung Beng terus hidup homestay yang utama di negeri perak. menjadi destinasi

5.8.

Ciri-ciri keselamatan perlu di beri perhatian yang lebih seperti dengan menggunakan jaket keselamatan ketika menaiki bot, Ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku. Di samping itu juga, tiang lampu di laluan pejalan kaki perlu di adakan. Ini

adalah amat penting terutamanya pada waktu malam. Ini akan menyukarkan pelancong untuk bergerak dalam keadaan gelap. Mereka mungkin akan terjatuh serta tergelincir ataupun mungkin di serang oleh binatang serta serangga yang berbahaya yang terdapat di kawasan tersebut seperti lipan, ular dan sebagainya yang mana ianya akan mengancam keselamatan pelancong serta penduduk di kawasan tersebut. 5.9. Di perhatikan juga terdapat beberapa rumah peninggalan yang telah lama tidak di diami dan kelihatan hampir roboh dibiarkan begitu sahaja. Ini akan mencacatkan pengelihatan para pelancung yang berkunjung ke sana. Di samping itu juga rumah tersebut mungkin akan menjadi sarang ataupun tempat bagi serangga serta binatang seperti lipan dan ular untuk tinggal dan membiak di situ. Jadi di sarankan agar, ketua kampung mendapat keizinan dari tuan rumah tersebut untuk merobohkan rumah tersebut, lantas tapak rumah tersebut boleh di bina rumah yang baru ataupun untuk kegunaan yang lain. 5.10. Berdasarkan pemerhatian, tidak semua penduduk yang berminat untuk menjadikan rumah mereka sebagai homestay. Mungkin mereka tidak begitu memahami konsep homestay yang sebenar. Di dapati juga generasi muda di kampung tersebut tidak begitu berminat dengan program homestay dan lebih gemar untuk bekerja di luar dari daerah mereka. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar mereka ini diberi kesedaran serta maklumat yang lebih jelas akan kepentingan program homestay ini dengan mengadakan lebih banyak kursus, latihan,

kemahiran dan sebagainya tentang program ini supaya ianya dapat memupuk minat mereka untuk menceburkan diri dalam program homestay dan menjadi menjadi penyambung g generasi dalam bidang ini pada masa yang akan datang.

5.11. Di Kampug Beng juga didapati banyak kawasan serta tanah terbiar tanpa di usahakan. Di cadangkan agar penduduk kampung mengambil inisiatif dengan mengguna pakai kawasan serta tanah yang ada seperti bercucuk tanam sayuran, buahan, pokok herba dan sebagainya. Di kawasan tasik pula boleh di pelihara ikan untuk kegunaan sendiri serta untuk jualan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan mereka daripada membeli bahan keperluan harian dari tempat lain, sebaliknya dari tanaman serta ternakan sendiri. Di samping itu juga, sekiranya berusaha bersunguh-sungguh, ianya dapat menambahkan pendapatan penduduk di sana.

5.12. Di dapati juga, tiada tempat ataupun kaunter yang khas bagi para pelancung bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai mengenai kampung ataupun sebagainya. Bagi mendapatkan maklumat, pelancung hanya bertanya kepada penduduk setempat sahaja yang mana kadangkala mereka sendiri pun tidak pasti dan mungkin akan memberikan maklumat yang tidak begitu tepat atau pun berbeza-beza. Oleh yang demikian, di cadangkan agar satu tempat atau pun kaunter khas bagi

menyalurkan maklumat kepada pelancung di wujudkan. Tidak semestinya perlu ada ornag menunggu di kaunter tersebut, tetapi mungkin hanya dengan memaparkan segala maklumat dalam bentuk gambar, poster, rekod kedatangan pelancung dan sebagainya mengenai di Kampung Beng sudah mencukupi.

5.13. Pakej-pakej yang baru dengan harga yang berpatutan perlu di perkenalkan kepada para pelancung. Kadangkala ada pelancung sendiri tidak tahu selain dari penginapan, apakah lagi perkhidmatan ataupun aktiviti yang dapat mereka perolehi di sana. Pakej yang menarik secara tidak langsung pastinya akan menarik lebih ramai lagi pelancung ke sana.

5.14. Penduduk Kampung Beng juga di sarankan agar lebih mementingkan kebersihan persekitaran kampung terutamanya di rumah mereka sendiri. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, masih terdapat rumah yang mana tahap kebersihannya masih tidak begitu memuaskan. Di samping itu, mereka juga perlu berusaha untuk menyediakan penginapan yang lebih selesa kepada para pengunjung seperti katil yang bersesuaian, bilik air yang bersih dan sebagainya. Di cadangkan juga, penduduk kampung yang menawarkan homestay untuk mendapatkan maklum balas sendiri dengan pelancung yang menginap di rumah mereka. Jika ada sebarang kekurangan ataupun sebaliknya boleh lah di baiki dengan segera.

5.15. Untuk sampai ke Kampung Beng, para pelacung boleh menggunakan jalan air dan juga jalan darat. Apabila menggunakan jalan air, pelancung harus menaikai bot yang di sediakan. Berdasarkan pemerhatian, keadaan beberapa bot kelihatan agak uzur dan tidak begitu sesuai dan selamat terutamanya apabila membawa ramai penumpang. Di cadangkan agar bot yang lebih selesa serta lengkap dengan alat keselamatan di khaskan untuk pelancung. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini daripada berlaku. Manakala jalan darat pula adalah amat teruk dan agak membahayakan pengguna. Jalan yang tidak berturap, berlubang, bercerun yang agak tinggi boleh mengundang bahaya kepada para penguna terutamya apabila waktu hujan dan cuaca gelap. Oleh yang demikian, di cadangkan ketua kampung untuk segera meminta bantuan dari pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut dengan segera. RUJUKAN Hathaichanok Phonwiset, Prasan Yomsatharn, Wisitri Chusakul (2008) Tourist satisfaction with homestay tourism: Baan Pang Dang, Chiang Mai Province. Naresuan University, Thailand. Kementerian Pelancongan Malaysia (2009) Maklumat pelancong: Program homestay [Cited 20June 2009]. Available from: http://www.motour.gov.my. Norliza Aminudin, Salamiah A Jamal (2006) Homestay Selangor: Keunikan dan pengalamanpengusaha. Pusat Penerbit Universiti, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Wipada Unlumlert (2007) Criteria creation for management evaluation of Thai homestay: A casestudy of Ubonratchathani Province, Thailand. Mahidol University, Bangkok.

You might also like