You are on page 1of 5

BENTUK BENTUK TENAGA Tenaga boleh dijumpai dalam beberapa bentuk. Ia amat berguna kepada manusia.

. Pelbagai acara dan aktiviti melibatkan penggunaan tenaga, seperti kereta mainan yang menggunakan kuasa bateri, gelang getah yang ditarik tegang, lilin yang menyala, telefon yang berdering dan banyak lagi. Beberapa bentuk tenaga disenaraikan seperti di bawah : (Some forms of energy are listed as follows) a) Tenaga kinetik (Kinetic energy) b) Tenaga keupayaan (Potential energy) c) Tenaga bunyi (Sound energy) d) Tenaga elektrik (Electrical energy) e) Tenaga haba (Heat energy) f) Tenaga cahaya (Light energy) g) Tenaga kimia (Chemical energy) Bentuk bentuk tenaga ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu Tenaga Kinetik dan Tenaga Keupayaan. Tenaga tenaga yang berada dalam kategori tenaga kinetik ialah tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga kimia dikategorikan dalam tenaga keupayaan. a) Tenaga kinetik Suatu objek mengandungi tenaga apabila ia bergerak atau berputar. Tenaga suatu objek yang bergerak dipanggil sebagai tenaga kinetik. Ciri - ciri tenaga kinetik adalah semakin bertambah jisim suatu objek, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil. Dan juga, semakin laju suatu objek itu bergerak, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil. Tenaga kinetik adalah pergerakan sama ada gelombang, atom, molekul, bahan dan objek yang bergerak. Beberapa contoh aktiviti yang mempunyai tenaga kinetik ialah bola yang melantun, kuda yang berlari dan burung yang sedang terbang.

b) Tenaga keupayaan Tenaga keupayaan adalah tenaga tersimpan dan tenaga bergantung kepada kedudukan tenaga graviti. Ciri utama tenaga keupayaan ialah ia bergantung kepada kelajuan graviti Bumi dan kedudukan objek iaitu jarak ketinggian objek daripada lantai. Semakin jauh jarak objek dari lantai, semakin bertambah tenaga keupayaan yang terhasil. Jika ada satu objek dipegang, yang terletak jauh dari lantai, ia mempunyai potensi (keupayaan) untuk mula bergerak, sekiranya kita melepaskannya. Daya graviti bertindak ke atas objek itu dan menarik objek itu ke bawah, memberikan ia tenaga keupayaan. Namun tenaga keupayaan tidak cukup untuk menggerakkan objek tersebut. Jenis - jenis Tenaga Keupayaan Beberapa jenis tenaga keupayaan ialah : # Graviti (Gravitational) # Elastik (Elastic) # Kimia (Chemical)

# Tenaga Keupayaan Graviti Objek yang berada di atas paras tanah mempunyai tenaga keupayaan bergantung kepada ketinggian di mana ia berada. Seketul batu yang berada di atas bukit mengandungi tenaga keupayaan graviti. Kuasa hidro, seperti air di dalam takungan pada empangan, juga merupakan contoh tenaga keupayaan graviti.

# Tenaga Keupayaan Elastik Apabila kita memampatkan satu spring, kita menghasilkan tenaga keupayaan. Semakin kuat spring itu dimampatkan, semakin besar tenaga keupayaan yang dihasilkan. Melepaskan spring tersebut akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Apabila kita meregangkan satu gelang getah, kita menghasilkan tenaga keupayaan. Semakin jauh gelang itu diregangkan, semakin besar tenaga keupayaan yang dihasilkan. Belon adalah contoh lain tenaga keupayaan elastik, di mana udara yang dimampatkan di dalam belon. Memecahkan belon dengan jarum akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik iaitu pergerakan molekul molekul udara.

Apabila tali panah ditarik ke belakang, tali tersebut menyimpan tenaga iaitu tenaga keupayaan. Ini yang menyebabkan panah mempunyai tenaga untuk menolak anak panah ke hadapan apabila tali dilepaskan.

PERUBAHAN BENTUK BENTUK TENAGA Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba. Perubahan tenaga ini melibatkan satu hukum fizik yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini. Contoh contoh perubahan tenaga. Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir. Aktiviti aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga.

a) Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik tenaga cahaya b) Menyalakan lilin : Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya c) Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahaya d) Menendang bola : Tenaga kimia tenaga kinetik tenaga haba e) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga elektrik tenaga haba

Peralatan - peralatan yang mengalami perubahan tenaga. Perubahan tenaga membuatkan hidup manusia lebih mudah dan cepat. a) Seterika elektrik : Tenaga elektrik tenaga haba b) Radio menggunakan sumber elektrik : Tenaga elektrik tenaga bunyi

c) Kipas siling : Tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi d) Dapur gas : Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya e) Televisyen : Tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga cahaya f) Alat pengering rambut : Tenaga elektrik tenaga kinetik tenaga haba + tenaga bunyi g) Lampu suluh : Tenaga kimia tenaga elektrik tenaga cahaya

You might also like