You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus Pendidikan Akhlak (PIM 3107) telah menetapkan objektif di mana setiap guru pelatih 4 PISMP Pengajian Islam dikehendaki menghuraikan konsep Pendidikan Akhlak dalam Pendidikan Islam. Ini termasuklah konsep, matlamat, objektif, pendidikan akhlak untuk guru sekolah rendah, perkembangan teori pembelajaran dan isu berkaitan, kepentingan akhlak dalam pendidikan, pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan seterusnya

kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak.

Selain itu, kami juga dikehendaki menjelaskan konsep pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran akhlak serta aplikasi penghubung kaitan moral dalam persediaan mengajar bagi mata pelajaran lain. Justeru itu, tugasan yang perlu dihasilkan ialah membuat slide pembentangan mengikut pembahagian tajuk berdasarkan sukatan pelajaran, menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang menggabungkan Akhlak Dalam Pendidikan sebagai strategi penyampaian P&P subjek major masing-masing yang lebih efektif. Seterusnya berdasarkan slide pembentangan, bincangkan sejauh mana mata pelajaran akhlak dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan dalam aplikasi

pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN AKHLAK

Abdullah Nasih (1981) mentakrifkan pendidikan akhlak sebagai sekumpulan prinsip-prinsip akhlak serta budi luhur yang mesti dilengkapkan ke dalam jiwa anakanak dan mesti dipelajari serta dibiasakan sejak dari usia tamyiz atau dari masa mula akalnya bertumbuh hinggalah ia menjadi seorang yang mukalaf, yakni akil baligh dan seterusnya hingga meningkat ke umur dewasa di mana ia mula mengharungi lautan hidup.

Kalimah akhlak selalu disebut dan disertakan dengan kalimah attarbiyah. Keduaduanya tidak boleh dipisahkan. Sebahagian daripada tokoh pendidik berpendapat akhlak terhasil dari pendidikan dan sebahagian yang lain pula berpendapat akhlak merupakan matlamat pendidikan itu sendiri. Dalam hubungan ini, al-Ibrasyi (1969) pernah menulis bahawa pendidikan akhlak merupakan jiwa Pendidikan Islam. Teks ajaran Islam banyak menunjukkan kenyataan tersebut. Punca akhlak yang mulia pula merupakan sasaran murni daripada segala pendidikan. Dalam hal ini, penyair Arab telah bermadah dalam syairnya yang bermaksud: Umat atau bangsa itu kekal selagi mereka berakhlak mulia, jika akhlak mereka runtuh, jatuhlah maruah dan hilanglah bangsa.

Pendidikan Akhlak berasaskan pendidikan keimanan kerana sekiranya anakanak telah dididik dari kecil supaya beriman kepada Allah, terutama menghayati aspek muraqabah insyaAllah akan lahirlah akhlak yang mulia. Kepentingan aspek ini dapat kita tinjau daripada maksud beberapa hadis. Antaranya, sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Tiada suatu pemberian daripada seorang bapa kepada anaknya lebih utama dari adab sopan yang baik.

MATLAMAT PENDIDIKAN AKHLAK

pendidikan Dhamir (perasaan manusia)

pembentukan insan Muslim mengikut akhlak Rasulullah

PENDIDIKAN AKHLAK

pembentukan Muslim yang berakhlak secara Islam dalam menjaga tingkah laku

pembentukan Muslim ke arah berakhlak secara Islam dalam urusan masyarakat

Menurut Miqdad Yalchin (1983), peranan pendidikan akhlak yang paling penting mengikut pandangan Islam secara umumnya boleh dibataskan sebagai satu usaha untuk membina peribadi, masyarakat dan budaya yang paling baik. Hubungan antara satu sama lain ialah sangat erat, di mana kelahiran peribadi insan yang mulia merupakan arah untuk membangunkan sebuah masyarakat yang baik dan mulia. Pembangunan masyarakat yang baik ini merupakan arah untuk membina satu kebudayaan yang baik. Tujuan dari semua ini adalah untuk merealisasikan kebahagiaan umum yang meliputi seluruh masyarakat di mana sahaja mereka berada.

OBJEKTIF PENDIDIKAN AKHLAK

Menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah

mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian

menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam

menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian

menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk

You might also like