You are on page 1of 6

REFLEKSI UJIAN AMALI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PKU 3112) ( Oleh : Jenifer Jelika Anak Ajang / G 6.

7 ) Terlebih dahulu saya merakamkan rasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkat-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ujian amali Pemulihan Dalam Komuniti (Pku 3112) di Pusat Pemulihan Komuniti KAMII, Gombak Setia, Selangor Darul Ehsan ini seperti yang telah ditetapkan. Tugasan ini meliputi aspek keceriaan,akademik dan home-based. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Yuszahari Bin Haji Mohd Yusoff dan seluruh warga Pusat Pemulihan Komuniti KAMII kerana telah mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi sokongan padu ke atas program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh ujian amali ini. Ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Doktor Masitah Binti Taib yang banyak memberi bimbingan dan memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada ahli ahli kumpulan Kami Cakna OKU (KACAK) yang telah bersama bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan program sentiasa lancar dari awal hingga ke akhir program. Sebelum Sebelum menjalankan tugasan ini, saya belum mendapat gambaran tentang bagaimana program ini akan dijalankan. Pengetahuan yang agak kurang mengenai Pemulihan Dalam Komuniti ini telah mendorong perasaan ingin tahu saya supaya lebih mendalami bidang ini. Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan ianya suatu bebanan ke atas diri saya kerana program ini bakal melibatkan pelbagai pihak dan lebih-lebih lagi terpaksa mencari dana untuk menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung . Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah-pensyarah saya sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita sesama manusia saling membantu lebihlebih lagi insan yang memerlukan seperti orang-orang istimewa. Saya juga dapat memotivasikan diri dan bersemangat untuk melaksanakan program ini. Saya berasa berpuas hati dengan pembahagian tugas yang adil dalam kalangan ahli kumpulan kami. Jawatan yang dipilih melalui cabutan undi diterima dengan hati yang terbuka. Walaupun bidang tugas kami berbeza, saya tetap memberikan kerjasama

kepada ahli kumpulan yang lain terutamanya dalam mencari dana. Di sini, saya sedar bahawa kerjasama dalam satu kumpulan sangat berkesan. Sesuatu perkara yang sukar dapat diselesaikan dengan mudah melalui perbincangan. Walaupun terdapat

percanggahan pendapat dalam membuat rangka awal untuk program ini, kami dapat menyelesaikannya dalam cara yang baik dengan membuat pertimbangan ke atas setiap pendapat yang diberikan. Saya belajar untuk menghormati dan menerima pendapat orang lain dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Pengalaman baru yang sangat bermakna kepada saya yang tidak dapat dilupakan ialah semasa mencari dan kerana Ini merupakan pengalaman pertama saya. Perasaan malu dan takut sentiasa menyelubungi diri walaupun terdapat juga rakan yang menemani. Semasa mengutip dana saya dapat melihat pelbagai ragam manusia apabila ingin menghulurkan sumbangan. Sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang dan barangan banyak membantu kumpulan saya untuk menampung perbelanjaan dan menyediakan keperluan untuk ujian amali nanti. Saya dapat merasai betapa sukarnya untuk mendapatkan dana pada realitinya. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan dana daripada orang ramai. Antaranya ialah

menghubungi secara terus pihak yang berwajib, mengemukakan surat memohon sumbangan dan kertas kerja yang telah disahkan. Selain itu, saya rasa keyakinan saya bertambah melalui aktiviti ini kerana sentiasa berinteraksi dengan pelbagai pihak. Impak positif ini sangat sesuai diterapkan dalam diri saya sebagai seorang bakal guru kerana saya perlu menghadapi masyarakat pada masa kelak. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang saya kenalpasti sebelum program ini dijalankan. Terdapat ahli kumpulan yang kurang memberikan komitmen dalam tugasan. Semua ahli ahli lain bertungkus-lumus mencari dana serta penaja tetapi terdapat segelintir daripada mereka tidak berusaha seperti yang lain. Seharusnya, sebagai satu kumpulan, kita patut bekerjasama antara satu sama lain supaya sesuatu kerja menjadi mudah. Pengerusi perlu memainkan peranan dalam memantau setiap ahli di bawah naungannya.

Kelemahan seterusnya ialah dari segi masa. Tugasan ini diberikan semasa praktikum. Saya dan rakan-rakan lebih menumpukan perhatian pada praktikum dan juga tugasan-tuagasan yang perlu dilaksanakan pada masa yang sama seperti subjek Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan Khas dan subjek elektif Pendidikan Seni Visual. Masa yang sangat terhad ini menyebabkan kami kekurangan masa untuk mencari dana. Walaubagaimanapun kami tetap berusaha untuk mencari dana dan sponser untuk aktiviti yang akan dijalankan. Semasa Program Bakti Siswa yang dijalankan dari 1 Oktober hingga 5 Oktober meninggalkan seribu satu pengalaman dalam diri saya. Hal ini kerana pihak PDK KAMII menaruh harapan yang sangat tinggi pada diri kami untuk melakukan sedikit perubahan pada pusat tersebut. Pelbagai pengalaman yang sangat bermakna yang saya perolehi daripada perlaksanaan program ini., Daripada program ini , saya berpeluang untuk belajar untuk merancang, mengelolakan dan melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan. Ternyata kami mendapat respon yang sangat positif dari awal hingga ke akhir program. Saya juga menambah pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya daripada bengkel membuat coklat dan membuat roti sosej. Saya mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari semasa semester 4 dalam subjek Kemahiran Hidup Untuk Berdikari (KAUB) di PDK KAMII. Pelatih-pelatih begitu teruja dengan demonstrasi masakan yang kami adakan dan kami juga memberi peluang kepada mereka untuk mencuba sendiri membuat coklat dan roti sosej. Saya sangat berbangga dengan aktiviti ini kerana kami telah memberikan mereka idea yang baru yang boleh mereka jalankan untuk aktiviti keusahawanan. Dari seni, kami dapat membantu para pelatih di sini untuk bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Kekurangan yang dihadapi tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk berusaha sehingga berjaya. Selain itu, saya dapat menambahkan keyakinan diri apabila diberi kepercayaan oleh rakan-rakan untuk mengendalikan sesuatu aktiviti. Antara aktiviti yang saya kendalikan ialah bengkel membuat coklat, bengkel kraftangan untuk terapi seni,

senaman aerobic dan melukis mural pada pagar utama PDK. Melalui program ini saya dapat berinteraksi dan beramah-mesra dengan pelatih-pelatih, pembantu-pembantu di PDK serta ibu bapa yang hadir menyertai aktiviti yang dianjurkan ini. Saya juga dapat memantapkan ilmu pengetahuan yang saya ada serta kemahiran melalui perjkongsian ilmu ini. Sepanjang menjalankan aktiviti, saya belajar untuk mengawal emosi, mental dan fizikal kerana aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu. Walaupun berasa penat, saya tetap memberikan kerjasama yang padu kepada tugasan-tugasan seperti yang telah dirancangkan oleh kami. Aktiviti keceriaan yang sepatutnya dilakukan selama dua hari terpaksa dilakukan selama tiga hari disebabkan oleh faktor cuaca dan kekurangan bahan. Namun begitu, saya tetap bersabar kerana saya dan rakan-rakan mementingkan kualiti daripada kuantiti. Panas terik serta hujan lebat sanggup dihadapi kerana semangat membantu PDK ini amatlah tinggi dan ikhlas. Segla penat lelah rasa terubat melihat hasil kerja yang sangat membanggakan dan mendapat pujian daripada pihak PDK. Sehubungan itu juga, saya dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri saya dengan ahli yang lain walaupun kami berlainan kelas. Pada sebelum ini kerja berkumpulan melibatkan ahli yang kecil serta tugasan yang ringan sahaja, jadi komitmennya agak kurang. Berbanding dengan tugasan pada kali ini yang melibatkan seramai tiga belas orang ahli dan mencari dana sendiri untuk melaksanakan tugas tersebut. Pada lima hari program berlangsung saya mendapati kerjasama yang amat baik di antara kami. Akan tetapi, terdapat juga ahli kumpulan yang mengambil kesempatan dengan memerhatikan sahaja rakan-rakan lain yang melakukan kerja. Saya juga memperolehi pengalaman baru iaitu Home-based iaitu mengadakan lawatan ke rumah pelatih PDK yang menghadapi masalah yang serius iaitu Mohd Noor yang berusia 29 tahun mengalami masalah Celebral Palsy . Kami melawat keluarga kerana memerlukan bantuan. Sebagai tanda prihatin kami menyediakan sebuah hamper yang berisi barang keperluan untuk mengurangkan beban hidup keluarga tersebut. Saya hampir mengalirkan air mata ketika mendengar luahan hati ibu kepada pelatih ini mengenai cabarannya menguruskan anak kurang upaya. Di sini saya dapat

melihat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Kasih sayang ibu yang tidak pernah luntur boleh dijadikan sebagai teladan hidup yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati semasa perlaksanaan program ini. Semasa aktiviti bersama masyarakat iaitu aktiviti sukaneka dari segi pengurusan di mana kami terlepas pandang untuk menyediakan acara untuk pelatih yang menggunakan kerusi roda. Sebagai penambahbaikan, kami sepatutnya mengetahui jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid supaya mereka juga mendapat peluang untuk bersuka-ria seperti yang lain. Kami juga menghadkan jumlah peserta yang boleh menyertai sesuatu acara, tetapi pada saat akhir pihak PDK menghendaki kami melibatkan semua pelatih yang ada. Tentatif program untuk aktiviti sukaneka sedikit terganggu pada masa tersebut. Kelemahan seterusnya ialah terdapat segelintir ahli kumpulan mengambil ringan atas semua aktiviti yang dijalankan. Mereka ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti dan lebih suka menjadi pemerhati. Sebagai penambahbaikan, pengerusi sepatutnya menegur sikap ahlinya yang seperti ini dan bukan hanya membiarkannya sahaja. Ketegasan dan kuasa kepimpinan dalam menjalankan tugas perlu disemai dalam diri supaya ahli bawahan tidak berani untuk bertindak sesuka hati mereka. Selain itu, kelemahan seterusnya ialah kurang kerjasama daripada pengerusi. Ahli kumpulan terpaksa membuat keputusan sendiri memandangkan pengerusi kurang memainkan peranannya yang sepatutnya. Saya mencadangkan bahawa, seorang pengerusi yang dilantik haruslah individu yang benar-benar mampu memikul tugas dan memimpin ahli-ahlinya. Pemilihan ketua harus dilakukan dengan teliti untuk memastikan keberkesanan suatu jawatankuasa. Selepas Keseluruhannya, saya berasa bangga dan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan kami. Ternyata usaha kami selama ini tidak sia-sia kerana pihak Pemulihan Dalam Komuniti KAMII menyatakan perasaan gembira mereka di atas segala aktiviti yang dianjurkan serta perubahan-perubahan

yang telah dibuat. Saya berasa gembira kerana dapat menabur budi kepada mereka insan istimewa dan tidak mengharapkan balasan. Sambutan yang menggalakkan daripada warga PDK telah memberikan saya semangat untuk melaksanakan program ini. Selain itu, saya berasa terharu kerana diberikan kesempatan untuk menceriakan warga PDK KAMII walaupun seminggu. Melalui bengkel-bengkel masakan yang kami kelolakan, kami berharap mereka mendapat idea untuk memperkembangkan lagi program keusahawanan mereka yang sedia ada. Pengalaman ini sangat berguna kepada pelatih-pelatih untuk mendapat peluang pekerjaan kelak apabila sudah keluar dari PDK. Disamping itu juga. Saya berasa gembira dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan yang ada bermacam-macam karenah. Saya mengerti bahawa sepakat membawa berkat dan itulah pengalaman baru yang saya dapat melalui program ini. Kesimpulannya, program seumpama ini perlu diteruskan untuk badge yang akan datang supaya mereka akann mendapat pengalaman yang sangat berguna ini.

You might also like