You are on page 1of 2

Jurnal Praktikum

MINGGU 3
Tajuk : Bilangan Pelajar Yang Agak Berlebihan Dalam Satu Bilik Darjah

Peristiwa : Pada minggu ketiga ini, saya memilih satu isu iaitu bilangan pelajar yang boleh dikatakan agak berlebihan dalam satu bilik darjah. Ini kerana pada pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya telah mengajar kelas 4 Amanah yang mempunyai murid seramai 35 orang dalam satu bilik darjah. Bilik darjah mereka menjadi kelihatan sempit semasa menjalankan sesi P & P. Bilangan mereka yang ramai dan susunan meja yang kelihatan tidak cantik mempengaruhi suasana dalam bilik darjah mereka.

Analisis : Masalah ini berlaku kerana mungkin pembahagian murid mengikut kelas mempengaruhi faktor ini. Ini menyebabkan kawalan bilik darjah kelihatan agak longgar dan tidak teratur walaupun hasil pembelajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya. Ia juga menyebabkan tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada murid murid yang sentiasa memerlukan bantuan daripada guru.

Langkah yang Perlu Diambil : i) Penyediaan Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar kepada murid murid. ii) Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan bilangan murid dan juga aktiviti perlu diberi perhatian. iii) Saya juga akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta guru guru yang lain. iv) Perbincangan dengan guru pembimbing sebelum merancang untuk membuat persediaan mengajar harian.

Cadangan : Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran P & P yang baik adalah perlu bagi memastikan suasana kelas yang kondusif dapat disediakan dengan baik dan teratur. Perhatian kepada setiap murid juga penting bagi menjalankan proses P & P yang baik.

Disemak Oleh guru Pembimbing

Nama: Tarikh:

You might also like