You are on page 1of 15

MELAKA LEARNING CENTRE, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NO.

2,2-1, 2-2, JALAN KPAA3, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL AZIM, 75150 BANDAR BUKIT BARU MELAKA MALAYSIA

MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013 EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY HMEF5014 PUSPA BINTI ADAM 012 6936320

NO 19 , JALAN DP 7 , TAMAN DUYONG PERMAI , 75460 MELAKA

NAMA PENSYARAH : DR. AL MANSUR BIN ABU SAID

TAJUK : ' REVIEW ' ARTIKEL PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DALAM KELAS PPSMI ( 17 FEBRUARI 2013 )

ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 Objektif kajian Teori kajian Konsep kajian Perbincangan utama Methodologi 5.1 Konteks kajian-kajian 5.2 Persempelan 5.3 Alat kajian 5.4 Kajian rintis 5.5 Prosedur kajian 5.6 Analisis data Evidens kajian Nilai implicit Literatur kajian Sumbangan kajian Bahasa dan stail kajian Rumusan kajian Implikasi dapatan kajian, kelemahan dan penambahbaikan Kajian akan datang dan hala tuju Sumbangan artikel Bibliografi

HALAMAN 1 1 2 2 2 2 2 3 3 4 4 5 5 5 5 6 7 8 10 11

6 7 8 9 10 11 12 13 14

PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DALAM KELAS PPSMI


( Pemimpin Jurnal IPK , Malaysia , Jilid 7 , Maziah Mohammad , Sathiamoorthy (PhD) , 59 76 )

OBJEKTIF Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan perisian oleh guruguru PPSMI di dua buah sekolah luar bandar di negeri Johor. Tinjauan faktor-faktor seperti kompetensi literasi komputer di kalangan guru-guru yang terlibat dengan PPSMI, pengalaman mengajar guru-guru, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran dan masalahmasalah lain yang dihadapi dalam penggunaan perisian di peringkat sekolah. TEORI Kajian ini menggunakan model teoritikal Bronson (1992) yang menggunakan kelebihan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini merupakan sebuah keadaan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif menggunakan teknologi sepenuhnya. Pelajar boleh belajar terus dari pengkalan data, sistem pakar, tutor cerdas atau pelajar lain secara formal. Rajah 1 : Model Ubahsuaian Bronson untuk penggunaan perisian dalam pengajaran.
Pengalaman mengajar

Kompetensi literasi komputer Penglibatan pihak pentadbiran

Faktor masa Masalah masalah lain

GURU

Penggunaan perisian dalam kelas

Pembelajaran murid 3

KONSEP Konsep kajian ini adalah jelas iaitu guru dan teknologi seharusnya bergandingan, iaitu teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru membuat perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah suatu teori yang ideal (Heinich , 1993).

PERBINCANGAN Perbincangan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan perisian oleh guru-guru PPSMI dan hubungannya dengan kompetensi literasi komputer, pengalaman mengajar guru, faktor masa, penglibatan pentadbir dan masalah-masalah lain yang dihadapi dalam pelaksanaannya di peringkat sekolah. Kajian ini tiada hipotesis spesifik yang dibangunkan.

METHODOLOGI Konteks kajian Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Segamat, Johor dan merupakan sekolah menengah gred A. Kumpulan sasaran adalah seramai 45 orang guru PPSMI yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik , dan bahasa Inggeris.

Persampelan Borang soal selidik dan pemilihan dibuat secara persampelan bersengaja. Seramai 45 orang guru-guru PPSMI terdiri daripada pelbagai kaum, kelayakan, umur dan pengalaman mengajar telah mengisi borang soal selidik berkenaan.

Alat Kajian Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang telah digubal oleh penyelidik melalui pembacaan dan tinjauan literatur. Soal selidik terdiri daripada 5 bahagian yang mempunyai 45 item. Item-item dalam soal selidik meliputi aspek-aspek pengalaman mengajar responden, kompetensi literasi komputer responden, faktor masa, penglibatan pihak pentadbir, masalah yang dihadapi dan cadangan responden dalam penggunaan perisian di dalam kelas. Item-item soal selidik adalah seperti jadual di bawah : Jadual 1 : Item-item borang soal selidik BIL 1 2 3 ASPEK-ASPEK Pengalaman mengajar Kompetensi literasi komputer Penglibatan pihak pentadbiran Faktor masa Tahap penggunaan perisian Faktor penghalang ( Faktor masa ) Masalah dan cadangan ITEM A B C

4 5

D E

Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang guru di sebuah sekolah lain di daerah Segamat untuk menilai kefahaman istilah yang digunakan, ketepatan ayat dan mengenal pasti sebarang kekeliruan ketika menjawab soal selidik. Soal selidik juga telah disemak oleh penyelia. Hasil daripada kajian rintis, pekali kebolehpercayaan bagi item A, B dan C telah dikenal pasti. Pekali Kebolehpercayaan iaitu nilai bagi Cronbanch Alpha yang diperolehi dengan menggunakan Statistical Package for Social Science ( SPSS ) version 13.0 ialah 0.71. Nilai ini menunjukkan soal selidik adalah tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Prosedur Kajian Penyelidik telah memilih dua buah sekolah luar bandar di daerah Segamat, Johor sebagai tempat kajian. Sebelum itu, kebenaran rasmi daripada pihak pengetua sekolah dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Guru ( EPRD ) KPM telah diperolehi. Seterusnya, satu tarikh di tetapkan untuk mengedarkan borang soal selidik kepada responden dan dikutip semula pada hari yang sama selepas diisi oleh 45 orang guru yang terlibat dalam kajian ini.

Analisis data Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan semua data dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 13.0. Peratusan, min, korelasi dan ANOVA satu hala dijalankan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Pekali kolerasi Pearson, r digunakan untuk melihat hubungan antara tahap penggunaan perisian dengan kompetensi literasi komputer, pengalaman mengajar, faktor masa dan penglibatan pihak pentadbiran. ANOVA digunakan bagi melihat perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru. Min keseluruhan bahagian A dan B iaitu pengalaman mengajar, kompetensi literasi komputer, penglibatan pihak pentadbiran, tahap penggunaan perisian dan faktor masa diperolehi dengan mencari purata skor item-item yang diwakilinya. Tujuh item dalam bahagian C dibuat pengkodan semula iaitu daripada soalan berbentuk negatif kepada soalan berbentuk positif. Dalam bahagian D, skor responden dipuratakan dan min bagi setiap item disusun mengikut min yang terkecil hingga terbesar. Min terkecil menunjukkan faktor penghalang yang paling utama dan sebaliknya min terbesar menunjukkan faktor penghalang masa yang paling kurang utama. Masalah-masalah yang dihadapi guru (bahagaian E) disenaraikan dalam susunan tertib mengikut peratusan yang paling banyak hingga peratusan yang paling rendah.

EVIDENS Pengkaji menggunakan model Bronson bagi menggambarkan faktor-faktor yang

mempengaruhi tajuk perbincangan tanpa evidens. Kajian ini dibuat hanya berdasarkan hasil pemantauan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris tidak begitu memberansangkan berbanding usaha-usaha dan peruntukan besar yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan. Peratus kelulusan pelajar tingkatan 1 dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut pada tahun 2004 adalah antara 69.8% hingga 72.2% manakala mata pelajaran sains dan bahasa Inggeris menunjukkan jurang perbezaan yang besar antara skor murid luar bandar dan skor murid di bandar.

NILAI IMPLICIT Tiada nilai implicit diperolehi daripada kajian ini.

LITERATUR KAJIAN Tiada

SUMBANGAN KAJIAN TERHADAP ILMU DALAM DISIPLIN BERKENAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pendidikan Sains dan Matematik pada peringkat awal yang akan dapat menjamin sebuah masyarakat berpengetahuan serta mampu berdaya saing di arena antarabangsa. Ini selaras dengan status bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi antarabangsa. Sejak pelaksanaannya pada tahun 2003, terdapat banyak kajian dibuat mengenai PPSMI sama ada terhadap keberkesanan , kepentingan , kelemahan dan banyak lagi.

Hasil daripada kajian yang dibuat oleh pengkaji, banyak manfaat yang boleh diambil dalam pelaksanaan PPSMI , contohnya pihak pentadbiran sekolah perlu menyediakan prasarana yang baik untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah. Begitu juga bagi pihak kementerian pelajaran perlu merancang dan menyediakan program intervensi bagi guru-guru PPSMI.

BAHASA , STAIL DAN PEMBENTANGAN PENULIS.

Secara keseluruhannya, bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami, cuma terdapat beberapa kekurangan daripada segi bahasa seperti berikut : i. Penggunaan kata hubung yang salah contohnya penggunaan dari dan daripada, contohnya di muka surat 7 baris kedua ' hasil dari kajian...' sepatutnya ' hasil daripada kajian... '. ii. Penggunaan huruf besar yang salah di beberapa perkataan seperti di Daerah Segamat , daerah sepatutnya huruf kecil. iii. Terdapat ayat yang sukar difahami , contohnya di muka surat 4 dalam kerangka konsep kajian ' ........ iaitu teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru membuat perancangan dan perancang proses pengajaran dan pembelajaran ....' Terdapat juga susunan penerangan yang tidak teratur , contohnya dalam menulis mengenai 'alat kajian ' (muka surat 6), Jadual 2 sepatutnya ditulis mengikut susunan iatu A, B, C, D dan E supaya mudah untuk dibaca dan difahami. Begitu juga di muka surat 7 ' Analisis Data ', penerangan penulis tidak mengikut susunan menyebabkan terdapat kejanggalan apabila bahagian C diletakkan di ayat terakhir, bukan bahagian E. Sementara di muka surat 8,

perhubungan di antara tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru diasingkan antara

dapatan kajian dan perbezaan. Sepatutnya perenggan yang sama supaya mudah difahami.

kedua-dua perkara tersebut dijelaskan dalam

RUMUSAN KAJIAN Berdasarkan kajian, perhubungan di antara pengalaman mengajar guru dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan majoriti responden ( 42.2%) adalah guruguru yang mengajar antara 0 5 tahun , 40.0% guru-guru mengajar lebih daripada 10 tahun dan hanya 17.8% guru-guru yang berpengalaman mengajar antara 6 10 tahun. Hasil ANOVA menunjukkan bahawa nilai F bagi ANOVA adalah 0.231 dan perbezaan ini tidaklah signifikan ( p>0.05) Perhubungan di antara kompetensi literasi komputer guru dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Korelasi, r = 0.133 bermakna terdapat hubungan yang lemah di antara kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan perisian. Perhubungan di antara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian di kalangan guru pula menunjukkan pekali Kolerasi, r = - 0.204. Ini menunjukkan hubungan yang lemah di antara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian. Kolerasi yang negatif menunjukkan penggunaan perisian akan bertambah seandainya situasi kekurangan masa dapat dikurangkan di kalangan responden. Walaupun faktor masa mempunyai hubungan yang lemah namun masalah utama dalam faktor kekangan masa yang menjadi penghalang terbesar adalah ' banyak masa diperlukan untuk perancangan pelajaran menggunakan perisian di dalam kelas ' dengan min sebanyak 3.22. Perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Kolersi, r = 0.195. Ini menunjukkan hubungan

antara keduanya adalah lemah. Walau bagaimana pun, kajian juga mendapati seramai 8.9 % (4 orang) guru tidak pernah merujuk kepada pembantu teknikal sekolah, 55.6% (25 orang) guru merujuk kepada pembantu teknikal sekolah dan selebihnya iaitu 35.5% (16 orang) guru kerap merujuk kepada pembantu teknikal atau pakar komputer di sekolah. Terdapat juga masalah-masalah lain yang dihadapi oleh guru-guru PPSMI dalam penggunaan perisian di peringkat sekolah , masalah-masalah ini merujuk kepada jadual di bawah : Jadual 2 : Masalah-masalah lain dalam penggunaan perisian di dalam kelas. Bil 1 2 3 4 5 6 Masalah Kandungan dan penyampaian perisian Gangguan masa pengajaaran Ketersediaan peralatan Bekalan elektrik Sokongan teknikal Penyediaan tempat/kelas Frekuansi 34 16 12 11 8 6 Peratus 75.6 35.4 26.7 24.4 17.8 13.3

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN , KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

Berdasarkan kajian , semua faktor yang dikemukakan oleh penulis berkaitan dengan tajuk kajian mempunyai hubungan yang lemah. Contohnya : Perhubungan di antara kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan perisian di dapati mempunyai hubungan yang positif tetapi lemah (pekali Korelasi, r = 0.133) Perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman mengajar adalah tidak signifikan ( p > 0.05 ).

10

Perhubungan faktor masa dengan tahap penggunaan perisian mempunyai hubungan yang lemah ( pekali Kolerasi, r = - 0.204 ) Perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas juga mempunyai kolerasi yang lemah tetapi positif ( pekali Kolersi, r = 0.195 ) Sehubungan dengan perkara di atas , jelaslah bahawa tiada faktor yang dikemukakan oleh penulis memberi impak yang kuat kepada tajuk kajian. Ini menunjukkan tahap penggunaan perisian di dalam kelas masih boleh dilaksanakan dengan baik tetapi memerlukan perhatian dan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan dasar kerajaan ini. Peneraju utama adalah guru sendiri , menurut Norbi (2011), guru yang cemerlang akan membantu sekolah mencapai visi dan misi sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Terdapat beberapa kelemahan daripada aspek penulisan , bahasa , penyusunan ayat dan kelemahan dari aspek turutan penyampaian isi. Menurut Ahmad Khair (2012) , kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan dan tatbahasa yang ada. Artikel ini boleh ditambahbaik dengan menggunakan kaedah tatabahasa yang betul menurut DBP , penyampaian dan susunan idea yang sistematik untuk memudahkan artikel difahami. Penulis juga perlu mengemukakan evidens yang kukuh sebelum meletakkan semua faktor di dalam kajian , dengan bukti yang kukuh perhubungan antara pelaksanaan perisian di dalam kelas dengan faktor-faktor yang dikemukakan akan lebih kuat . Kajian ini juga tidak terdapat literatur kajian .

11

FOKUS KAJIAN AKAN DATANG , HALA TUJU KAJIAN AKAN DATANG DAN BAGAIMANA ILMU ITU BOLEH DIKEMBANGKAN.

Penulis boleh mengembangkan dapatan kajiannya melalui kajian akan datang. Fokus kajian boleh merujuk kepada prestasi pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik secara berkala. Menurut Habibah et.al (2005) 'the results of this study show that the achievement in English at the SPM level is everage'. Persoalannya dengan pencapaian bahasa Inggeris yang sederhana mampukah pelajar-pelajar memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Selain itu, kajian tentang peranan ' buddy system ' iaitu peranan guru-guru bahasa Inggeris dalam pelaksanaan PPSMI di sekolah , sejauh mana peranan ' guru-guru mentor ' ini menyumbang kepada prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Istilah 'mentoring dan coaching' sering digunakan dalam situasi yang saling berkait rapat dengan tugas membimbing sesuatu kemahiran (Salhah, 2005). Guru-guru bahasa Inggeris juga perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hala tuju kajian akan datang perlu ke arah implikasi kepada lepasan pelajar dasar PPSMI ini di dalam dunia pendidikan global dan seterusnya ke arah dunia kerjaya yang mencabar. Jumlah perbelanjaan negara di Malaysia ini meningkat setiap tahun disebabkan kerajaan mengeluarkan sejumlah peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan (Shahril,2005). Sehubungan dengan itu, kos yang besar bagi melaksanakan dasar PPSMI ini perlu mendapat pulangan yang sepadan dengan pelaburannya. Tambahan pula tujuan utama PPSMI ini diperkenalkan adalah untuk menjamin masyarakat berpengetahuan serta mampu bersaing di arena antarabangsa.

12

SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ARTIKEL KEPADA PERKEMBANGAN ILMU.

Kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah untuk merancang programprogram intervensi yang sesuai bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini dapat berjalan dengan lancar. Menurut Philip (2006) kejayaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, teknologi dan kemudahan prasarana yang

dibekalkan. Kebijaksanaan, semangat kesungguhan dan iltizam yang tinggi guru-guru amat diperlukan bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini berjaya mencapai matlamat yang telah ditentukan. Ditambah pula dengan peranan guru-guru pakar dewasa ini. Guru pakar ialah golongan profesional yang mewujudkan kuasa dalam diri mereka sendiri (Mohd. Fauzi ,2005). Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 , dasar ini telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin bin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. Menurut Jamilah dan Norashimah (2005), penglibatan guru dalam proses pembuatan keputusan terutamanya dalam pengurusan kurikulum sekolah bermakna kepakaran mereka sebagai pelaksana kurikulum akan dimanfaatkan. Guru sebagai pelaksana juga perlu diberi peluang menjadi pembuat dasar pendidikan,i ni akan membantu sesuatu dasar itu berjaya dengan lebih cemerlang.

13

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia hendaklah yakin bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu berperanan sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu seperti ilmu sains teknologi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang-undang di samping sastera dan agama (Siti Kahiriah,2012). Pemansukhan dasar PPSMI diharap dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kajian semula pendidikan sedang hebat dijalankan oleh pihak kerajaan bagi merancakkan transformasi pendidikan negara. Sehubungan dengan itu , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada tahun 2012. Pelaksanaan selama 13 tahun bermuala 2013 hingga 2026 untuk menjamin pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa (Mohd. Nasiruddin,2012). Oleh yang demikian, kajian-kajian pendidikan amat diperlukan dalam merealisasikan matlamat ini termasuklah kajian ini yang amat penting bagi bidang pendidikan pada masa tersebut.

14

BIBLIOGRAFI

Ahmad Khair Mohd. Nor.(2012,September). Kesalahan dalam bahasa Melayu.Pelita Bahasa. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP. 16-17 Habibah Elias , Zaidatol Akmaliah Lope Pilie , Rahil Mahyuddin. (2005). Competencies needed by teacher implications for best teaching practies. Universiti Putra Malaysia Press. 20-21. Heinich, R. (1993). Instruction media and new technologiesof intruction. New York. Macmillan Publishing Co. Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.205. Mohd. Nasiruddin Abd. Nasil.(Ogos,2012). Merancakkan transformasi pendidikan negara. Kajian semula pendidikan. Dawama sdn. Bhd. Dewan Masyarakat.8-10 Norbi Husin. (2011). Memecah masalah ( soal jawab guru ). Utusan publications & distribution Sdn. Bhd.13. Salhah Abdullah & Ainon Mohd. , 2005 , Guru sebagai mentor, Percetakan Zafar Sdn. Bhd. ,5 7. Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia. PTS professional publishing Sdn. Bhd. 28 32. Siti Khairiah Mohd. Zubir .(2012,Ogos). Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pelita Bahasa.Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP.12. Rosie Turner Bisset. Expert teaching knowledge and pedogogy to lead the profession. David Falton publisher ltd. ormond house. United Kingdom.26 27. Philip ak Pupur.(2006). Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Jilid 1/ Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak. laman sesawang : http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2006/10%20Philip.pdf

15

You might also like