You are on page 1of 25

Pengenalan

Definisi Cerita / Dongeng rakyat.

Cerita atau dongeng rakyat (Folk Tales) merupakan cerita bentuk prosa naratif dalam genre kesusasteraan rakyat. Ramai pengkaji (Linda Gegh Folk Narative dalam Richard M. Dorson ed. Folklore and Folklife, 1973:60) menganggap cerita atau dongeng rakyat ini merupakan jenis sastera rakyat yang paling mantap dan sempurna jika dibandingkan dengan jenis-jenis sastera rakyat yang lain, walaupun pada satu pihak, cerita atau dongeng rakyat ini berbagai dari aspek asal-usul, tujuan dan temanya. Seperti penghasilan bentuk fiksyen yang lain, cerita atau dongeng rakyat ini lebih kompleks dan rencam. Tambahan lagi sebagai hasil sastera yang wujud secara lisan yang terdedah dengan proses tokok tambah.

Cerita atau dongeng rakyat ini juga sering dianggap sebagai cerita yang hanya berkaitan dengan dunia khayalan, tetapi isi dan struktur cerita atau plotnya adalah mengenai sesuatu yang wajar. Sesuai dengan namanya sebagai cerita yang berasaskan fiksyen, masyarakat pendukung hanya menganggap cerita dalam kategori ini sebagai cerita yang tidak benar-benar terjadi yang bertujuan untuk berhibur. Penutur dan pendengar serta pengkritik juga menganggap cerita-cerita yang tergolong dalam cerita atau dongeng rakyat ini sebagai cerita rekaan semata-mata dan berfungsi sebagai hiburan yang dituturkan diwaktu senggang, tetapi cerita ini juga banyak
1

menggambarkan kebenaran serta berisikan pendidikan moral dan penuh dengan sindiran dan panduan.

Cerita atau dongeng rakyat ini juga dikenali sebagai cerita pari-pari (Fairytales), cerita kanak-kanak (nursery tales), cerita-cerita ajaib (wonder tales). Dalam bahasa German cerita ini dikenali sebagai Marchen, dalam bahasa Belanda pula dikenali sebagai Sprookje dan dalam bahasa Mandarin ia dikenali sebagai Siao Suo. Cerita dongeng rakyat biasanya mempunyai frasa pembuka dan penutup yang bersifat klise (yang terlalu biasa). Dalam bahasa inggeris biasanya terdapat frasa pembukaan Once upon a time, they lived a dan frasa penutupnya pula terdapat And they lived happily ever after. Dalam bahasa melayu terdapat frasa pembukaan seperti Pada zaman dahulu tersebutlah kisah dan frasa penutupnya pula berbentuk Demikianlah adanya dan sebagainya.

Pemilihan Genre

Dalam buku The Types of Folktale Antti Arne dan Stith Thompson (1964:19-20) telah membahagikan cerita-cerita rakyat kepada empat jenis iaitu :1. Cerita atau dongeng binatang (animal tales) 2. Cerita atau dongeng biasa (ordinary tales) 3. Cerita atau dongeng jenaka dan anekdot (jokes and anecdotes tales) 4. Cerita atau dongeng berumus (fomula tales)
2

Dalam analisis cerita atau dongeng rakyat ini, pemilihan kajian hanya dibataskan kepada cerita atau dongeng biasa sahaja. Cerita atau dongeng biasa adalah sejenis cerita yang ditokohi oleh manusia, mengandungi kisah suka dan duka hidup manusia. Dalam buku Folk Lore Indonesia, ilmu gossip, dongeng dan lain-lain, James Dananjaja (19884:98), telah menghuraikan cerita atau dongeng biasa ini berdasarkan jenis-jenis dan contoh cerita yang terdapat dalam masyarakat Indonesia.

Oleh itu, dalam menganalisis cerita atau dongeng biasa, pemilihan telah dibuat terhadap cerita atau dongeng rakyat biasa yang bercirikan penglipurlara atau cerita lipur lara iaitu sejenis cerita yang berfungsi sebagai hiburan semata-mata yang bertajuk Hikayat Malim Deman. Secara terperinci, cerita dongeng lipur lara ini dapat dilihat berdasarkan aspek intrinsik di bawah.

Aspek Intrinsik Hikayat Malim Deman

1) Tema : Secara keseluruhan cerita ini menyentuh tiga tema yang besar iaitu pengembaraan, percintaan dan peperangan.

2) Amanat : Pentingnya hubungan kekeluargaan dan kasih sayang dalam keluarga.

3) Struktur Plot :a) Sebelum pengembaraan b) Semasa dalam pengembaraan c) Selepas pengembaraan

4) Watak : Dalam cerita lipur lara ini, watak utama semuanya terdiri daripada golongan Istana, manusia dari kayangan dan jin (ghaib)

5) Latar : a) Tempat : Dunia nyata dan dunia kayangan(ghaib) b) Masa : Mungkin wujud dan mungkin tidak c) Masyarakat : Manusia, jin dan unsur magis.

6) Gaya Bahasa: latar ceritanya panjang mengenai cinta dan dugaan, dan

disulami dengan bentuk-bentuk puisi.

Tema

Cerita ini bermula dengan kisah pengembaraan Malim Deman dalam mencari isteri. Baginda telah mendapat kebenaran daripada ayah dan bondanya untuk mengembara dan berburu ke hulu negeri. Dalam perjalanannya, baginda telah diiringi

oleh sekalian rakyat jelata dan hulubalang. Namun kesemua pengiringnya telah mati akibat kebuluran, penyakit, sesat dan ada juga diantaranya yang berpatah balik. Oleh itu, tinggallah baginda seorang diri menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut.

Dalam kisah percintaan Malim Deman pula, ianya dapat dilihat apabila baginda telah bertemu dengan Puteri Bongsu dari kayangan. Pada mulanya, Malim Deman telah berpakat dengan nenek kebayan yang dijumpainya. Mereka berpakat untuk mencuri baju layang Puteri Bongsu. Ini kerana Malim Deman terpegun dengan kecantikan Puteri Bongsu semasa baginda mengendap Puteri Bongsu mandi bersama kakanda-kanandanya. Puteri Bongsu pula sebenarnya telah ditunangkan dengan seorang lelaki lain dari kayangan. Tetapi Puteri Bongsu tidak menyukainya. Oleh itu Puteri Bongsu telah menghanyutkan batil emas dan berniat sesiapa sahaja yang telah menjumpainya akan menjadi pilihan hatinya. Malim Deman telah memberitahu perkara yang sebenar tentang tujuan kedatangannya dan penemuan batil emas Puteri Bongsu itu. Akhirnya mereka pun terus bersetuju untuk berkahwin.

Dalam kisah peperangan pula, Puteri Bongsu telah merajuk hati dengan sikap Malim Deman yang telah berubah. Puteri Bongsu telah melarikan diri bersama puteranya Malim Dewana ke kayangan setelah menjumpai baju layangnya di tiang seri rumahnya. Bermulalah episod peperangan atau pertarungan diantara Malim Deman dengan bekas tunang Puteri Bongsu semasa di kayangan. Malim Deman
5

sebenarnya telah melengkapkan diri dengan ilmu sakti setelah berguru dengan Jin Islam. Kerana itu baginda berjaya melepaskan diri untuk mencari Puteri Bongsu di kayangan. Dalam pertarungan itu kemenangan berpihak kepada Malim Deman.

Amanat

Daripada kisah Malim Deman ini, dapat dilihat bahawa pentingnya kasih sayang dan hubungan kekeluargaan dalam institusi kekeluargaan. Pengajaran yang dapat dilihat dalam cerita ini ialah tentang sikap tidak bertanggungjawab dan pengabaian Malim deman terhadap keluarga dan tugas pentadbirannya sebagai raja yang sepatutnya berperanan dalam memerintah negerinya. Penyesalan dapat dilihat apabila Malim Deman bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali

kebahagiaannya bersama Puteri Bongsu dan Puteranya yang telah lari menbawa diri ke kayangan.

Struktur Plot

a) Sebelum pengembaraan: Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu Malim Deman, Putera Raja Malim Dewa yang memerintah di negeri bandar Muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian
6

diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

b) Dalam masa pengembaraan: Semasa mengembara, Malim Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si
7

Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

c) Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang isteri dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan happy ending kebahagiaan watak utama.

Watak

a) Watak wira:

Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan
8

ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu. Sebagai anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata.

b) Watak wirawati: Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilanggemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama saudarasaudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh pengail menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malim Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya.

c) Watak pembantu: Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya. Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan. Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.

d) Watak jahat (antagonis):

Watak jahat terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan.

10

Latar

Cerita ini bertempat di Muar tentang golongan istana terutama rajanya Malim Deman yang berkelakuan tidak baik dan mengabaikan tugasnya sebagai raja. Baginda telah bertemu dengan Puteri Bongsu dari kayangan semasa pengembaraannya. Daripada cerita ini hubungan manusia dengan kuasa supernatural dapat dikesan dengan jelas tentang penggantungan manusia terhadap kuasa-kuasa supernatural yang meliputi gambaran tentang kuasa itu sendiri seperti yang terdapat dalam cerita ini apabila watak Jin Islam yang membantu Malim Deman dalam menjejaki isterinya dan baju layangan Puteri Bongsu yang mampu membawanya pulang semula ke kayangan.

Gaya bahasa

Dalam hikayat Malim Deman terdapat penggunaan pemulaan cerita yang bermula dengan kata kononnya..., pembuka dan penutup cerita yang klise (yang terlalu biasa), pantun, gurindam dan bahasa berirama, dan perumpamaan.

Contoh gurindam: Awak tua bandar terbuka Emas habis dagangan mudah, Kerbau kambing sesak di pandang,
11

Itik angsa tenang kuala, Merpati lindungan langit, Rengkiang tujuh sejanjar, Teman dengan sekerat kota

Contoh pantun: Tetak seranting buatkan kolek, Buat pagar bunga di taman, Tuanku putera yang kecil molek, Puter Tuanku Malim Deman.

Contoh perumpamaan: Bagai pucuk dilancarkan, Bagai kumbang putus tali, Penig kepala bagai dibaji, Sakit hati bagai digunting.

12

Analisis

Hikayat Malim Deman sebagai gambaran world-view masyarakat Melayu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mustafa Mohd. Isa dalam bukunya Awang Belanga: Penglipur lara dari Perlis (1987:117-126), cerita lipur lara juga dapat memberi gambaran tentang word-view masyarakat Melayu. World-view ialah satu konsep tentang cara-cara sesebuah masyarakat itu memberi interpretasi terhadap masyarakatnya seperti kejadian alam, masa, ruang dan sebagainya. Ia adalah merupakan satu sistem idea yang meliputi pengetahuan dan kepercayaan tentang keadaan keliling samada yang berbentuk konkrik ataupun yang berbentuk abstrak.

Adalah dipercayai apa juga aktiviti, ekspresi dan institusi yang dilihirkan oleh masyarakat itu adalah berdasarkan kepada apa yang boleh dan tidak boleh mengikut adat atau peraturan masyarakat ataupun berdasarkan kepada keyakinan individu dalam melaksanakan tugas-tugas kemasyarakatan. Bentuk fikiran individu dan masyarakat itu pulalah yang menentukan pola-pola dan fungsi di dalam karya-karya sastera yang dihasilkan oleh masyarakat. Oleh itu, sebagai sebuah karya yang dihasilkan oleh masyarakat, cerita-cerita lipur lara juga dapat memancarkan world-

13

view masyarakat melayu. World-view masyarakat melayu yang tergambar di dalam cerita lipur lara melayu boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu:-

a) Manusia dan masyarakat b) Manusia dan alam c) Manusia dan supernatural Ketiga-tiga aspek ini dapat dilihat dalam cerita /dongeng Hikayat Malim Deman yang telah dikaji.

Aspek manusia dan masyarakat

Daripada aspek politik, lahir konsep-konsep tertentu yang diamalkan oleh masyarakat melayu tradisional. Misalnya corak pemerintahan masyarakat melayu, peranan raja, pembesar dan rakyat jelata. Oleh itu cerita lipur lara seperti cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini juga boleh dijadikan sebagai gambaran imej masyarakat melayu. Dalam cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini, kaitan aspek manusia dan masyarakat dapat dilihat dengan jelas apabila terdapatnya sistem politik pada ketika itu dengan adanya sistem pemerintahan beraja. Dalam kisahnya, ianya menceritakan kisah seorang raja yang bernama Malim Deman yang suka berfoyafoya yang mengakibatkan negeri taklukannya tidak ditakbir dengan baik.

14

Kononnya ada seorang raja bernama malim Deman. Baginda memerintah Muar. Apabila ayahandanya mangkat, perangai Malim Deman berubah. Baginda berkelakuan tidak baik. Baginda tidak lagi menjalankan tugas sebagai seorang raja. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:186)

Oleh yang demikian, dalam contoh di atas, dapatlah dikaitkan bahawa ceritacerita lipur lara seperti ini ada kaitannya dengan kehidupan sebenar masyarakat terutamanya masyarakat melayu pada masa dahulu dan masa kini. Sistem pemerintahan atau politik yang cuba dipaparkan dalam cerita lipur lara ini sematamata bertujuan untuk mendekatkan diri pendengar dengan gambaran kisah yang hendak disampaikan dalam dunia realiti pendengar yang sebenar. Ini supaya pendengar dapat menikmati kesan cerita tersebut dengan mendalam sekaligus dapat mengaitkan cerita tersebut dengan kehidupan sebenar.

Aspek budaya juga dapat dilihat dalam cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini. Oleh kerana pusat penceritaan cerita-cerita lipur lara ini berfokus kepada golongan istana, masyarakat khalayak secara tidak langsung telah didedahkan dengan tata-cara dan adat istiadat yang biasa terdapat di istana-istana melayu tradisional. Aspek budaya dapat dikesan dalam cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini apabila adanya majlis perkahwinan secara besar-besaran diantara Malim Deman dengan Puteri Bongsu. Dalam budaya tersebut terdapat pelbagai adat istiadat yang
15

telah diamalkan mengikut cara dan kesesuaian sesuatu majlis. Budaya yang dimaksudkan bukan sahaja terdapat dalam majlis-majlais perkahwinan bahkan dalam upacara atau majlis-majlias lain juga akan diadakan atau mengikut adat-istiadat tertentu. Adat istiadat atau budaya yang dapat dikesan daripada cerita / Dongeng Malim Deman ini seperti yang terdapat dalam ceritanya iaitu :-

Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran . (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Daripada contoh di atas, dapatlah dikatakan bahawa cerita lipur lara juga tidak meninggalkan cerita tentang adat dan budaya masyarakat melayu. Walaupun terdapatnya unsur-unsur tidak logik yang terdapat dalam cerita lipur lara seperti ini, namun demikian penceritaan tentang adat resam dan budayalah antara faktor yang menyebabkan cerita seperti ini masih kekal hingga ke hari ini. Banyak juga terdapat unsur-unsur positif yang cuba dipaparkan dalam kisah penceritaan lipur lara ini. Bagi masyarakat melayu hari ini, jika dikaitkan dengan cerita lipur lara seperti ini, ianya jelas menunjukkan terdapatnya persamaan atau kebenaran adat resam yang ditunjukkan dalam cerita lipur lara ini. Kesan baiknya, cerita lipur lara seperti ini lah yang akan sentiasa membawa adat dan budaya melayu ini sampai bila-bila kerana
16

pada hari ini masyarakat masih boleh menerima cerita lipur lara seperti ini. Tujuannya bukanlah untuk mempercayai unsur-unsur tidak logik dalam cerita yang dipaparkan, tetapi dari sudut positifnya ianya secara tidak langsung dapat mengekalkan ingatan terhadap adat dan budaya masyarakat melayu pada zaman dahulu.

Selain itu, cerita-cerita lipur lara juga dapat menggambarkan nilai, sikap dan kehendak masyarakat yang melahirkannya. Contohnya nilai-nilai positif atau nilai negatif yang perlu diikuti atau ditolak dalam masyarakat. Dalam cerita /dongeng Hikayat Malim Deman ini, gambaran tentang nilai positif terlihat apabila Malim Deman telah menyesali kesilapan yang telah dilakukannya terhadap isterinya dan berusaha menebus dosanya kembali. Seperti dalam ceritanya :-

Malim Deman amat kecewa dan sesal. Baginda baru sedar akan kesilapannya. Baginda telah mengabaikan tanggungjawabnya selama ini. Baginda berazam untuk menebus dosanya. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Seperti contoh di atas, nilai positif yang telah dipaparkan dalam cerita tersebut dapat dilihat setelah berlakunya penyesalan daripada kesilapan Malim Deman. Namun demikian, walaupun pada mulanya ianya bermula dengan sikap yang negatif, tetapi penyesalan dari kesilapan itu telah membawa kepada sikap positif. Sikap
17

seperti ini memang dekat dengan masyarakat melayu. Kebiasaannya, apabila sesuatu perkara atau tingkah laku yang tidak baik itu telah mendapat pembalasannya, barulah seseorang itu akan sedar tentang kesilapannya. Ini biasa terjadi dalam masyarakat melayu pada zaman dahulu mahupun masa kini. Oleh yang demikian sebagai masyarakat melayu dan manusia, kita seharusnya memiliki nilai-nilai atau sikap yang baik dalam menjalinkan hubungan sesama manusia.

Nilai negatif yang dapat dilihat dalam cerita / dongeng Malim Deman ini pula ialah apabila Malim Deman tidak menghiraukan isterinya yang sedang sarat mengandung. Baginda suka berfoya-foya dan berjudi pada ketika itu. Sikap seperti ini tidak dapat diterima oleh masyarakat melayu malah ditegah oleh ajaran agama Islam. Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya berperanan melindungi dan menjaga kebajikan keluarganya. Dalam cerita /dongneg Malim Deman ini terdapat unsur negatif seperti berikut:-

Pengawal menyampaikan pesan permaisuri kepada Malim Deman. Baginda tidak menghiraukan pesanan itu. Baginda terus berjudi. Pengawal pun pulang ke istana memberitahu permaisuri. Puteri Bongsu semakin berdukacita. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Dalam contoh di atas, sikap negatif yang ditunjukkan oleh Malim Deman itu sangat berkait dengan masyarakat melayu pada zaman dahulu dan juga sekarang.
18

Sikap seperti ini bukan sahaja ada pada masyarakat melayu zaman dahulu, namun pada zaman sekarang juga ramai masyarakat melayu yang mempunyai sikap seperti itu. Sikap seperti ini sengaja paparkan dalam cerita lipur lara ini semata-mata bertujuan untuk menimbulkan kesan positif iaitu pengajaran kepada khalayak pendegar atau pembaca.

Aspek Manusia dan Alam

Dari aspek manusia dan alam pula, bagi masyarakat melayu, alam boleh dilihat daripada dua jenis iaitu alam nyata dan alam ghaib. Alam nyata adalah alam yang diduduki oleh kehidupan yang nyata seperti manusia, binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan biasa. Manakala alam ghaib pula biasanya diduduki oleh makhluk ghaib yang kadang-kadang digambarkan seperti alam nyata juga. Dalam cerita lipur lara, tidak ada batasnya antara alam nyata dengan alam ghaib. Makhluk ghaib boleh menghuni alam nyata dan manusia juga boleh menghuni alam ghaib.

Dalam cerita/ dongeng Malim Deman ini, aspek manusia dan alam ini dapat dilihat jelas apabila Malim Deman daripada alam nyata telah berkahwin dengan Puteri Bongsu daripada alam kayangan. Walaupun mereka daripada dua dunia atau alam yang berbeza, namun cerita seperti ini sering dibesar-besarkan dalam golongan bangsawan dan diraja yang memaparkan perbezaan golongan ini dengan rakyat biasa. Seperti dalam contoh ceritanya:19

Baginda memerintah Muar. Pemaisuri baginda berasal dari kayangan. Namanya Puteri Bongsu. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Seperti contoh di atas dapat dilihat bahawa, dalam cerita Malim Deman ini, unsur alam nyata dan alam ghaib sangat dominan sepanjang penceritaannya. Cerita lipur lara ini cuba memaparkan tentang adanya kuasa atau alam lain yang boleh disatukan dengan alam nyata (dunia). Walaupun kisah seperti ini menampakkan adanya kesan unsur tidak logik, namun masyarakat melayu hari ini masih boleh menerima cerita lipur lara yang mempunyai unsur-unsur seperti ini. Ini kerana, sehingga hari ini, walaupun cerita dongeng/ lipur lara seperti ini dianggap tidak masuk akal, tanpa disedari masyarakat melayu membenarkan kewujudan cerita tersebut sehingga hari ini.

Aspek manusia dengan supernatural

Hubungan manusia dengan kuasa supernatural dapat dikesan dengan jelas tentang pergantungan manusia terhadap kuasa-kuasa supernatural yang meliputi gambaran tentang kuasa itu sendiri seperti kuasa para dewa, jin, binatang-binatang buas yang pelik dan sebagainya, kuasa supernatural itu sendiri terhadap manusia seperti bantuan atau ancaman kuasa supernatural terhadap manusia, kuasa
20

supernatural terhadap

anasir alam seperti burung geroda yang

berupaya

menjahanamkan sesebuah negeri sehingga menjadi padang jarak padang tekukur dan sebagainya dan keganjilan-keganjilan manusia yang dianggap bersifat supernatural seperti kebolehan dan kesaktian Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai alat sakti seperti Kemenyan Mendung Jati, wira boleh menjelma menjadi apa yang dihajati.

Aspek manusia dengan supernatural ini dapat dilihat dengan jelas dalam cerita /dongeng Hikayat Malim Deman ini apabila Malim Deman berguru segala ilmu sakti dengan jin Islam sebagai bekal untuk bertarung dengan bekas tunang Puteri Bongsu di kayangan yang bertujuan untuk mendapatkan Puteri Bongsu semula. Dalam masyarakat melayu, kuasa supernatural seperti jin ini biasanya dikaitkan dengan pahlawan pada zaman dahulu untuk menuntut atau mendapatkan ilmu batin atau sakti supaya dapat meningkatkan kuasa seseorang manusia itu melebihi kuasa batas manusia biasa. Seperti contoh dalam ceritanya:-

Baginda juga sempat berguru kepada Raja Jin Islam tentang segala ilmu dan hikmat bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri Terus Mata turut memberi tujuh kapur sirih hikmat kepada baginda untuk disantap juga mengatasi tujuh lautan halangan, lautan gelap, api, sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa. Kemenyan mandung jati turut dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung borak apabila baginda
21

hendak pulang ke dunia semula. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Seperti contoh di atas, dalam masyarakat melayu pada hari ini jelas menunjukkan adanya kaitan dan persamaan dengan kisah dalam cerita lipur lara yang dipaparkan ini tentang wujudnya kuasa supernatural. Jika dilihat, bukan hanya pada zaman dahulu sahaja pengaruh jin, mambang dan sebagainya, namun pada hari ini, masih ada lagi masyarakat melayu yang mengamalkan atau menuntut ilmu-ilmu sakti seperti itu. Masayarakat melayu yang masih mengamalkan atau menuntut kuasakuasa supernatural seperti ini, dikatakan sangat yakin dan percaya dengan kewujudan kuasa itu dalam dirinya. Ini semua bertujuan untuk melindungi diri dari sebarang ancaman luar mahupun manusia lain.

Kesimpulan

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional, berdasarkan cerita/ dongeng Hikayat Malim Deman yang telah dikaji, genre lipurlaranya terbukti

ditunjangi oleh ciri atau aspek intrinsik iaitu tema, amanat, struktur plot, watak, latar dan gaya bahasa. Apabila dianalisis dengan lebih terperinci tentang cerita/ dongeng Hikayat Malim Deman ini, didapati bahawa terdapatnya unsur gambaran world-view masyarakat melayu yang dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu hubungan antara manusia dan manusia, hubungan antara manusia dan masyarakat, dan hubungan
22

antara manusia dan supernatural. Ketiga-tiga aspek tersebut telah menggambarkan pendekatan atau kaitannya yang begitu jelas dengan masyarakat melayu terutamanya dalam masyarakat melayu diraja. Tujuan cerita lipurlara seperti ini adalah untuk hiburan semata-mata dan sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat melayu khususnya golongan kanak-kanak pada hari ini.

Dalam kisah cerita/ Dongeng Hikayat Malim Deman ini, dapatlah disimpulkan bahawa terdapatnya unsur-unsur tidak logik yang dipaparkan dalam penceritaannya. Namun demikian, pada hari ini, cerita lipur lara seperti ini masih lagi diterima baik oleh masyarakat melayu khususnya. Ini kerana, tujuan wujudnya cerita seperti ini adalah semata-mata untuk hiburan di waktu senggang. Selain itu, unsurunsur nilai yang terdapat dalam cerita lipur lara ini baik sikap atau unsur negatif mahupun positif semuanya bertujuan untuk memberi kesedaran atau pengajaran kepada khalayak pendegar atau pembaca. Unsur budaya yang dipaparkan dalam cerita lipur lara ini sekaligus memberikan kesan positif kepada masyarakat melayu hari ini. Ini kerana dengan adanya cerita tentang adat resam dan budaya, kanak-kanak hari ini atau khalayak pembaca masyarakat melayu akan sentiasa mengetahui dan tidak sesekali melupakan adat resam dan budaya masyarakat melayu pada zaman dahulu yang dibawa oleh nenek moyang beratus tahun dahulu. Walaupun cerita lipur lara seperti cerita Hikayat Malim Deman ini terdapat bayak unsur-unsur tidak logik namun bayak juga nilai-nilai positif dan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan panduan oleh masyarakat melayu hari ini. Segala unsur tidak logik seperti manusia

23

kayangan dan ilmu sakti yang dituntut dari jin itu, ianya semata-mata untuk tujuan hiburan.

Dapatlah disimpulkan disini bahawa, cerita-cerita lipurlara seperti ini merupakan hasil cerita/ dongeng biasa Melayu yang paling mendapat perhatian kepada para sarjana atau pengkaji sastera rakyat Melayu kerana sifatnya yang unik dan berbeza daripada cerita rakyat yang lain. Seperti cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini, keunikannya bukan sahaja terletak pada ceritanya sahaja tetapi juga pada penutur dan cara cerita ini dipersembahkan.

Bibliografi

Rujukan buku

Othman Puteh/ Aripin Said. Himpunan Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1995.

Halimah Hassan. Kesusasteraan Rakyat Melayu. Serdang: Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia, 2006.

24

Rujukan internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_Rakyat_Melayu

http://www.bom2000.com/search/contoh+sinopsis+cerita+rakyat+nusantara

http://www.elvinmiradi.com/topik/definisi+cerita+dongeng+biasa.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Othman_Puteh

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas%3AGelintar&search=aripin+said

25