You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TENAMBAK PETI SURAT 26, 89747 KUALA PENYU SABAH, MALAYSIA

_______________________________________________________________________________________________ _

Tel : 087-884873

Tarikh :

15 NOV 2010

Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA U/P Unit Pertukaran Sek Rendah Tuan , PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI JANUARI 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Dukacita saya Noraini Binti Jahari no Kad Pengenalan 790215125572 memaklumkan bahawa permohonan saya untuk berpindah ke Negeri Selanggor tidak diluluskan. Sehubungan dengan itu saya merayu dengan sepenuh hati kepada pihak tuan agar dapat menilai dan meluluskan permohonan saya semula. 03. Sebab utama alasan saya untuk berpindah ke Negeri Selanggor adalah kerana i) Sejak bernikah pada 1 Jun 2007 dengan suami sehingga sekarang saya tidak pernah tinggal bersama dan menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri. Keadaan ini menyebabkan saya tertekan dan tidak sepenuh hati mengajar di sekolah sekarang. Saya juga tidak boleh berhenti daripada berkhidmat dengan Kementarian Pelajaran kerana Ibubapa saya memerlukan saya sepenuhnya untuk menyara hidup mereka. Manakala suami saya juga tidak dapat berpindah ke Sabah kerana tidak ada kerja untuk beliau di sini. Di sebabkan keadaan saya yang tertekan 3 tahun kebelakangan ini, saya disahkan oleh doktor pakar menghidapi penyakit ENDOMETRIOTIC CYSTS dan ADENOMYOSIS . Justeru itu, saya telah menjalani pembedahan dengan segera di Kuala Lumpur pada 24 Jun 2010 kerana suami saya berada di sana di samping sokongan emosi dan kewangan dari beliau. Saya juga selalu berulang alik ke Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan susulan kerana penyakit ini berisiko untuk berulang semula. Hasil daripada pembedahan tersebut, doktor mengesahkan saya tidak boleh mengandung secara normal. Saya perlu menjalani rawatan IVF ( Bayi Tabung Uji) untuk mendapatkan zuriat. Prosedur rawatan ini memerlukan tempoh sebulan ( Bergantung kepada kitaran haid) untuk

ii)

iii)

iv)

saya jalani. Oleh kerana rawatan yang amat mahal dan saya kesuntukkan masa ( semakin meningkat umur kejayaan semakin berkurangan ). Saya terpaksa melakukan rawatan tersebut di Kuala Lumpur kerana suami saya juga terlibat dengan rawatan tersebut selain pakar kesuburan yang ada di sana. Dengan situasi saya ini, saya sangat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan perpindahan saya untuk mengelakkan keruntuhan rumahtangga saya daripada berlaku sekiranya saya terus berjauhan dengan suami saya. Saya juga berharap agar saya tidak lagi perlu mengambil cuti untuk kembali ke Kuala Lumpur hanya kerana menerima rawatan susulan jika saya berada berdekatan dengan tempat rawatan yang saya terima.

04. Saya amat berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan perpindahan saya diluluskan. Saya juga sanggup menerima di mana sahaja saya ditempatkan jika saya boleh berdekatan dengan suami. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan pihak tuan mengenai perkara ini.

Sekian Terima Kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang sangat berharap, __________________ ( Noraini Binti Jahari) No K/P : 790215125572

You might also like