Professional Documents
Culture Documents
Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Tingkah Laku Masalah Dalaman Kebimbangan, perasaan takut Sedih, murung Bersikap apatetik (tidak memperdulikan) Suka menyendiri, penarikan diri Kecenderungan menyalahi diri sendiri, perasaan serba salah
Perasaan rendah diri Malu, terlalu sensitif Keasyikan pemikiran tentang suatu perkara
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah. Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.
Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku. Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin. Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Time-out Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Tidak Peduli: Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat. Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanakkanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.
Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.
Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.
Simdrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.
Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.
Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.
Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif. Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.
Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.
Rujukan
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanakkanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD. www.scribd.com