You are on page 1of 47

ABSTRAK

Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana sebenar alam pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang dipelajari dalam mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat. Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap berdikari, bertanggungjawab, hormat-menghormati, keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan. Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pengajian. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri, pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya dan dapat membiasakan diri dengan keadaan secara positif. Secara kesimpulan, latihan industri sebenarnya banyak mendatangkan manfaat kepada diri pelajar itu sendiri,pelajar juga dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan keizinan Dari-Nya dapat saya menyempurnakan program Latihan Industri, menyiapkan laporan penuh latihan industri sekaligus menamatkan sesi pengajian saya di Ranaco Education And Training Institute (R.E.T.I). Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ibu dan ayah saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, terutamanya dari R.E.T.I dan juga Citra Alti Sdn Bhd yang telah memberi peluang, kerjasama, bantuan, tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang sangat tidak ternilai. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak pengurusan ( Human Resources) kerana menerima permohonan saya untuk menjalani latihan industri di Citra Alti Sdn Bhd. Tidak lupa juga kepada En. Arshad Bin Hj. Zainuddin ( Manager Safety Health & Environment ), En. Abdul Razak Bin Bujang ( Safety Coordinator ), Stanley Jiram ( Safety Site Supervisior ) yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang masa saya berada di Citra Alti Sdn Bhd. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua warga kerja Citra Alti Sdn Bhd dan rakan seperjuangan saya dari kolej Fajar International yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang enam bulan tempoh latihan. Serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih.

BAB 1 1. Latar Belakang Syarikat CASB


Syarikat ini telah diperbadankan pada 21 April, 1997. Tahun 2004 menyaksikan kelahiran Citra yang dinamik dengan pengenalan satu set pasukan pengurusan baru. Ia mengguna pakai nama hadir iaitu Citra Alti Sdn Bhd, pada 19 Oktober 2004. Citra Alti Sdn Bhd, milik penuh syarikat Bumiputera yang mempunyai lesen yang sah dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Pendaftaran Kontraktor (UPK). Dengan lesen yang sah, adalah bukti kecekapan kami dalam menyediakan kerja-kerja kontrak dalam Kejuruteraan Awam, Mekanikal Dan Elektrik. Kami bangga pada pasukan Bumiputera yang berdedikasi, professional dan mahir yang berorientasikan hasil. Kami sentiasa memperbaiki proses kami untuk memastikan kualiti produk dan kepuasan pelanggan itu berterusan. Aset kami warga Citra, berpandukan falsafah kami bahawa kepentingan tempat pelanggan dan kerja berpasukan telah berjaya memindahkan syarikat itu ke dalam arus perdana masyarakat berjanji. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah kumpul koleksi pengalaman dalam bidang kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektirk melalui kejayaan daripada projek-projek seperti pengubahsuaian sekolah, retikulasi air, menara telekomunikasi, kerja-kerja infrastruktur elektrik dan sistem pengurusan maklumat. Kami telah memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai kejuruteraan dan kebanyakan semua pengetahuan dan kemahiran menggabungkan pelbagai amalan di bawah satu bumbung.

1.1 VISI dan MISI CASB

Visi Citra Alti Sdn Bhd berusaha untuk menjadi yang dihormati, dinamik, pro-aktif organisasi yang bercita-cita untuk menerajui industri pembinaan di Malaysia dan rantau ini secara keseluruhannya menawarkan semua masa yang komited untuk penyampaian produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang saham jangkaan

Misi Untuk mencapai kepuasan pelanggan dengan sentiasa mencari untuk produk dan perkhidmatan baru dan terus berjalan berdasarkan strategi dan agresif mencari cara-cara baru untuk meningkatkan penghasilan, penyampaian produk dan perkhidmatan ke arah keperluan pelanggan memuaskan. Untuk mencapai kecemerlangan melalui menanda aras SPK kami kepada piawaian antarabangsa. Untuk mencapai sumber manusia yang inovatif, proaktif dan berpengetahuan melalui pengurusan sumber manusia dan infrastruktur yang sesuai.

1.2 LOGO Syarikat CASB

1.3 Carta Utama Organisasi Syarikat CASB

Rajah 1.3: Carta Utama Organisasi Syarikat Citra Alti

1.4 Carta Jabatan HSE CASB

Rajah 1.4: Carta Jabatan HSE Citra Alti

1.5 LAPORAN PENUH

A. Tugas dan Tanggungjawab Semasa 6 bulan menjalani latihan industri dengan Citra Alti Sdn Bhd (CASB), di bawah pengawasan daripada En. Arshad Zainuddin dan juga pasukan HSE, pelbagai tugas / tugasan yang diberikan kepada saya. Saya telah dilampirkan kepada Jabatan Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran. Rutin harian atau kerja yang saya mengendalikan adalah seperti di bawah :

I.

Bulan Pertama (1/3/2012- 31/3/2012)


Melapor diri di Citra Alti Sdn Bhd dan berkenalan dgn kakitangan Citra Alti. Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu. Membuat laporan kemalangan kenderaan di Ulu Teru, Marudi. Mengedar Peringatan Keselamatan mengenai Live Line Work dari syarikat Sarawak Energy (SESCO) kepada Projek Manager & Engineer. Mengikuti mesyuarat shutdown. Mengisi Non-Conformity Report (NCR) Mengikuti perbincangan untuk Hari HSE. Aktiviti shutdown dijalankan di Sg. Rait, Tukau Jaya Miri & Rh. Dindang, Limbang.

Rajah 1.5 (a): Sarawak Energy (SESCO) sedang memerhati aktiviti shutdown dijalankan

II.

Bulan Kedua (2/4/2012-30/4/2012) Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah. Mengikuti kursus CIDB iaitu Flagman & Traffic Controller. Mengemaskini NCR. Mengikuti sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Bekenu. Mengikuti sesi Pole Top Rescue anjuran Sarawak Energy (SESCO). Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing, Rh. Linggi, Miri & Rh.
Ngayum, Niah

Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah & Rh. Linggi, Miri dijalankan. Mengikuti taklimat mengenai keselamatan di pejabat kepada staff-staff CASB.

Rajah 1.5 (b): Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Site Safety Supervisor

III.

Bulan Ketiga (1/5/2012-31/5/2012) Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah & Sg. Asap, Bakun-Bintulu. Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing & Patrick Libau, Niah. Mengikuti mesyuarat RES. Aktiviti shutdown di Rh.Bajing & Patrick Libau, Niah dijalankan. Mengemaskini NCR.

Rajah 1.5 (c): Shutdown di Rh. Patrick Libau, Niah

10

IV.

Bulan Keempat (1/6/2012-30/6/2012)


Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah. Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Lalo, Rh. Sandom, Marudi & Kg. Beraya Bakam, Miri. Mengikuti mesyuarat RES. Mengemaskini NCR. Mengikuti taklimat mengenai keselamatan bagi pekerja-pekerja lama & baru.

Rajah 1.5 (d): Mesyuarat RES

11

V.

Bulan Kelima (2/7/2012-31/7/2012) Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Beraya Bakam, Miri. Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu. Memantau pekerja di Rh. Timbu, Rh. Kalom & Rh. Meringgai Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Nusah, Bekenu, Miri. Memantau pekerja di Rh. Anjar, Rh. Lalo & Rh. Keir, Marudi, Miri & dan
menghantar borang wayleave (boring izin lalu) di Rh.Keir.

Rajah 1.5 (e): Shutdown di Kampung Beraya Bakam, Miri

12

VI.

Bulan Keenam (1/8/2012-31/8/2012)


Memantau pekerja di Rh. Nisau, Niah. Memantau pekerja di Kampung 1 Malaysia & Kampung Bakam Jaya, Miri. Memantau pekerja di Kampung Madinah, Rh. Kalom & Rh. Patrick Libau.

Rajah 1.5 (f): Pengurusan jalan raya yang sistematik

13

VII.

Tugas-Tugas Lain
Diberi arahan untuk menerangkan tentang prosedur-prosedur keselamatan jika berlaku kecemasan di dalam mesyuarat shutdown. Membantu fotostat kertas kerja & scanning. Mengemaskini laporan kolej dan dosh. Mencari artikel-artikel mengenai keselamatan dan kesihatan & menampalkannya di papan bulletin. Mengemaskini NCR yang telah dikumpul dan letakkan di dalam fail khas. Mengadakan perbincangan & mengemaskini PIP (Project Implementation Plan).

14

BAB 2

2. Sistem Permit Kerja


2.1 Pengenalan Sistem permit untuk bekerja adalah sistem bertulis rasmi yang digunakan untuk mengawal jenis kerja tertentu yang berpotensi merbahaya. Permit untuk bekerja adalah satu dokumen yang menyatakan kerja yang perlu dilakukan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Permit untuk bekerja adalah sebahagian penting daripada sistem kerja yang selamat bagi aktiviti penyelenggaraan yang banyak. Mereka hanya membenarkan kerja dimulakan selepas prosedur selamat telah ditentukan dan mereka menyediakan rekod yang jelas bahawa semua bahaya dianggap telah diramalkan.

2.2 Prinsip-Prinsip Sistem Permit Kerja Terdapat prinsip-prinsip tertentu yang mesti diikuti dalam sesuatu Sistem Permit Kerja antaranya ialah :

i.

Semua maklumat yang diberikan adalah tepat.

ii.

Kerja yang dilakukan serta pekerja yang melakukan pekerjaan tersebut perlu dinyatakan dengan jelas.

iii.

Memasti dan menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menjadikan kerja yang akan dilakukan itu selamat sebelum permit kerja diluluskan.

iv.

Menggaris dan memaklumkan tindakan keselamatan yang telah diambil oleh pihak yang berkuasa terhadap permit dan yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor.

15

v.

Permit hendaklah mempunyai tarikh luput. Permit baru boleh diberikan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan lanjutan masa.

vi.

Tidak dibenarkan sebarang pekerjaan dilakukan kecuali yang dinyatakan di dalam permit.

vii.

Mengingatkan

kontraktor

yang

menerima

permit

kerja

tentang

tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan selamat yang telah diberikan bersama permit tersebut.

16

2.3 Dokumentasi Sistem Permit Kerja Sesebuah permit kerja dicetak sekurang-kurangnya dalam tiga salinan dengan nombor siri yang sudah bercetak. Tujuan mencetak nombor siri ini di setiap muka surat permit kerja adalah untuk memastikan dokumen permit kerja ini diiktiraf sebagai dokumen terkawal. Ini bermakna pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan dokumen ini dikawal oleh pihak yang berkuasa terhadap sistem permit kerja.

Setelah semua salinan permit kerja diterima dan disahkan, maka pihak yang berkuasa akan mengistiharkan kawasan itu mengikut status semasanya sama ada ia selamat untuk melakukan operasi biasa atau sebaliknya sebelum kesemua salinan permit kerja itu disimpan dan direkodkan.

Antara yang menggunakan Sistem Permit Kerja termasuklah :

i.

Kerja dalam ruang tertutup (contohnya vessel dan sebagainya).

ii.

Kerja penyelenggaraan (contohnya, pemisahan paip atau saluran yang mengandungi stim, gas toksik, tekanan dan sebagainya).

iii.

Kerja dengan sistem elektrik.

iv.

Kerja kimpalan dan pemotongan di kawasan selain kawasan bengkel.

v. vi.

Kerja dengan sinaran mengion. Kerja dengan bahan letupan.

vii.

Kerja menggali dan sebagainya.

17

18

Rajah 2.3: Sistem permit kerja yang perlu didokumentasi

19

BAB 3

3. Pelan Tindakan Kecemasan

3.1 Pengenalan
Pelan tindakan kecemasan adalah bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja asas dalam dimana tindak balas segera dan konsisten untuk kecemasan boleh digubal. Ia juga berfungsi sebagai senarai semak tindakan asas untuk mana-mana kecemasan. Selain itu, cara yang terbaik dengan ada Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) iaitu skuad Bomba dan semua pekerja syarikat mestilah dipandu oleh pelan tindakan kecemasan syarikat.

3.2 Objektif
Objektif Pelan Tindakan Kecemasan ialah :

i.

Untuk menghadkan kesan kemungkinan berlaku apa-apa kecemasan pada kakitangan, harta dan alam sekitar.

ii.

Untuk mencipta dan berkesan dalam mengekalkan rangka kerja organisasi yang akan menjamin tindak balas pantas dan berkesan dalam situasi kecemasan.

iii.

Untuk menyediakan senarai tindakan yang perlu diambil dalam kecemasan dengan tanda-tanda yang jelas tentang keutamaan mereka.

iv.

Untuk memperuntukkan kuasa Pegawai yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tertentu semasa kecemasan.

20

v.

Untuk menyediakan saluran komunikasi yang penting untuk penyelarasan tugas yang diperlukan untuk berurusan jika berlaku kecemasan.

vi.

Untuk menyediakan maklumat yang relevan dan memohon prosedur untuk kecemasan yang berbeza.

3.3 Huraian Tindakan Kecemasan


Kecemasan boleh digambarkan sebagai sesuatu acara dimana dengan amaran ada atau tidak, ia mempunyai skala keupayaan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada manusia atau kerosakan yang teruk pada kawasan tersebut dan tidak boleh ditangani. Khidmat bantuan luar amat diperlukan untuk mengawal keadaan ketika berlaku kecemasan. Satu keadaan kecemasan boleh menguasai perasaan manusia dan mereka akan rasa terjejas apabila tiada perancangan atau persediaan. Pelbagai jenis bencana besar adalah mustahil untu membuat persediaan tertentu dan walaupun dengan perancangan akan adanya keperluan untuk penambahbaikan dan fleksibiliti. Pelan Tindakan Kecemasan direka untuk mencegah kehilangan nyawa manusia, mengurangkan kerosakan harta benda dan alam sekitar.

21

3.4 Carta Aliran Laporan Pelan Tindakan Kecemasan CASB


EMERGENCY Team Leader

Site Supervisor
Zahiruddin Zahari Abg Muhd Uzair T. Bin Abg Mustapha Police / Bomba / Hospital/SESCO Bomba Hos

Low: 1st Aid Accident TL & SS will settle & close& report in accident/incident record form

Low Severity Low/High

High

High: Serious Injuries Dangerous Occurrence Etc. Immediately call Police / Bomba /

Hospital /SESCO

Engineer Sara Natasha

Project Manager Miss Evonne Derasen

Safety Dept Arshad Hj Zainuddin Abd Razak Bujang Stanley Jiram

Commercial Director En.Samat Othman

Chairman/MD En. Zailani Ismail

OIC Tuan Hj Muhammad Bin Duri

Next of Kin

KKLW/KKA/SESCO

Media/Press

Rajah 3.4 (a): Carta aliran laporan kecemasan 2 way communication 22

Berikut adalah:-

i.

Sekiranya berlaku kecemasan (Kebakaran, Kemalangan, Rusuhan, Bencana Alam, dll) : Kemalangan Kecil Kemalangan yang hanya memerlukan rawatan pertolongan cemas. Cth luka / terpotong nipis pada bahagian badan atau tangan, melecet dan lebam kecil. Kemalangan Utama Kemalangan yang meragut nyawa. Cth terpotong dalam pada bahagian badan atau tangan, tidak sedarkan diri, patah tulang, digigit oleh binatang liar / disengat oleh serangga, jatuh dari ketinggian, kejutan elektrik dilanggar oleh objek berat, dihempap pokok atau disambar petir.

ii.

Team Leader (TL) hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Penyelia Tapak (SS) keadaan keterukan & sifat kecemasan.

iii.

Jika keterukan adalah rendah ( bantuan kemalangan pertama, dll) SS & TL hendaklah menyelesaikan & melaporkan dalam bentuk rekod kemalangan.

iv.

Jika keterukan adalah tinggi ( kecedaraan serius, cth kejadian berbahaya) dengan serta-merta menelefon polis, bomba, hospital (sesiapa yang berkaitan & mengisi borang laporan kemalangan).

23

v.

SS juga hendaklah segera melaporkan kepada Pengurus Projek, Jurutera & Jabatan Keselamatan HSE.

vi.

Pengurus Projek hendaklah serta-merta ke tempat kejadian dan memaklumkan kemalangan kepada Pengerusi / Pengarah Urusan, Pengarah OIC & Pengarah Komersial.

vii.

Hanya Pengerusi / Pengarah Urusan akan memaklumkan / berhubung dengan KKLW, KKA, SESCO HQ, media & waris

24

Toilet

Toilet

25Rajah 3.4 (b): Pelan laluan keluar pejabat CASB Miri

PM

EE

PM

EE

EE

PM

P&M

ACCOUNT

PROJECT CLERK

DOCUMENT ROOM

PROCUREMENT / SS

ADMIN

QA/QC C

MEETING ROOM

CITRA NET MAIN ENTRANCE GM / HR viii. SAFETY ACAD

KEY Route To Assembly Point Emergency Escape Route Fire Extinguishers 25 Door

Rajah 3.4 (c): Pelan tempat berhimpun jika berlaku kecemasan SMALL RIVER

Staff Quarters Staff Quarters Escape Route From Quarters

Office Building

Escape Route From Office

Store Building Escape Route From Store

Escape Route From Office

Assembly Point Head Counting MAIN ROAD 26

BAB 4

4. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)

4.1Tujuan
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang sistematik dan objektif untuk menilai bahaya dan risiko yang berkaitan. Pendekatan tersebut akan memberi suatu ukuran objektif dalam mengenalpasti bahaya serta menyediakan satu kaedah untuk mengawal risiko. Ia adalah salah satu daripada kewajipan am seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja selamata kepada pekerja mereka dan orang lain yang berkaitan.

4.2Terma & Definisi


Bahaya Bermaksud sumber atau keadaan yang mempunyai potensi untuk bahaya kepada manusia yang boleh menyebabkan kecederaan teruk, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan semua.

Kawalan Bahaya Bermaksud proses melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan bahaya.

Pengenalan Bahaya Bermaksud pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada materialilasi bahaya dan mekanisme dimana peristiwa-peristiwa yang tidak diingini boleh berlaku.

27

Penilaian risiko Bermaksud proses menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada bahaya di tempat kerja.

Risiko Bermaksud gabungan kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dengan tempoh yang dinyatakan atau keadaan yang dinyatakan dan keterukan kecederaan atau kesihatan manusia, harta benda, alam sekitar atau mana-mana gabungan ini.

4.3Konsep Asas

4.3.1

Apa itu Risiko? Risiko adalah sesuatu yang kita sebagai individu hidup hari demi hari. Manusia sentiasa membuat keputusan berdasarkan risiko. Risiko adalah gabungan kemungkinan dan keterukan dari kejadian berbahaya. Dalam istilah matematik, risiko boleh dikira dengan persamaan Risiko = Kebarangkalian x Keterukan Dimana,

Kebarangkalian adalah satu kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh tertentu atau dalam keadaan tertentu dan,

Keterukan datang dari kejadian seperti keterukan daripada kecederaan atau kesihatan manusia, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan yang disebabkan berlakunya kejadian.

28

Rajah 4.3.1 (a): Jadual A diatas menunjukkan kemungkinan menggunakan nilai-nilai berikut

Rajah 4.3.1 (b): Jadual B diatas menunjukkan keterukan dengan menggunakan jadual berikut

29

4.3.2

Penilaian Risiko Risiko boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan keputusan analisis dan keputusan kawalan risiko. Bagi analisis risiko yang menggunakan kebarangkalian dan keterukan dalam kualitatif, ia membentangkan hasil dalam matriks risiko adalah cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi bagi pengagihan risiko seluruh kawasan di tempat kerja.

Risiko boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Kebarangkalian x Keterukan = Risiko Relatif

Rajah 4.3.2 (a): Jadual C diatas menunjukkan satu contoh matriks risiko

30

Rajah 4.3.2 (b): Jadual D diatas menentukan keutamaan berdasarkan julat berikut

31

Rajah 4.3 Lampiran HIRARC CASB


No 1 Work Activities Site Survey Coordinate/GPS Hazards Unknown Condition/Terrain Flora & Fauna Villagers Fatigue Flooding, Bush Fire, Haze Existing Risk Control Briefing, CIDB & PPE Site Risk Assessment Eliminate & Prevent (If Possible) Discuss With Villagers/Police Rest, Rotation, Shift, Adequate Water First Aid Box, Mask 2 Pole Pegging Traffic Vehicles Machette(Eg; Knife, Hammer) Flora & Fauna Hazards Villagers Spray Paint Briefing, CIDB, PPE, Road Management Fit & High Awareness Proper Usage & PPE Eliminate or Prevent (If Possible) Discuss With Villagers/Police First Aid Box ERP Procedure 3 Vegetation Clearing Traffic Vehicles Machette /Trimming Knife Chain Saw Flora & Fauna Hazards Villagers Briefing, CIDB,PPE & Road Management Check, Fit & High Awareness Eliminate or Prevent (If Possible) First Aid Box Discuss With Villagers/Police ERP Procedure

Likelihood Severity 4 4 4 1 2 4 3 3 1 1 3 2 2 3 3 3 1 1 3 1

Risk 12 8 8 3 6 12 3 3 3 1

Description Medium Medium Medium Low Medium Medium Low Low Low Low

Additional Risk Control None None None None None

Legal / Regulations

Act 520 Lembaga

None Supervision None None None

Pembangunan IndustriPembinaan Malaysia Act 1994

4 2 2 2 1

3 2 3 2 3

12 4 6 4 3

Medium Low Medium Low Low

Flagman, Signalman Supervision None None None

32

Hole Excavation

Traffic Vehicles Shoveling Slip, Trip & Fall Flora & Fauna Hazards Villagers

Briefing, CIDB,PPE & Road Management Check, Fit & High Awareness Observe Work Area Eliminate or Prevent (If Possible) Discuss With Villagers/Police First Aid Box ERP Procedure

4 1 4 2 1

3 1 2 2 3

12 1 8 4 3

Medium Low Medium Low Low

Flagman, Signalman None Supervision None None

FMA 1967
(NCFAI Section 10)

Pole Erection

Traffic Vehicles Tools & Machineries Villagers Heavy Poles/Wood Falling Object (eg:Pole,Tools) Lorry & Lorry Crane Unstable Pole

Briefing, CIDB,PPE & Road Management Check/Inspect/Proper Usage Discuss With Villagers/Police Proper Lifting & 5S Safe Zone & PPE Competent, COF, Safe Zone Temporary Stay, Safe Zone ERP Procedure First Aid Box

4 3 1 3 3 3 3

3 2 3 2 1 3 3

12 6 3 6 3 9 9

Medium Medium Low Medium Low Medium Medium

None None None Walkie-talkie Supervision Qualified Lorry Crane Operator Supervision

Stay Installation

Traffic Vehicles Pole Collapse (Fall) Sharp Cutter Flora & Fauna Hazards Villagers Snapped Stay Wire Falling From Height

Briefing, CIDB,PPE & Road Management Observe Pole, Safe Zone & PPE Proper Usage, PPE Glove Eliminate & Prevent (If Possible) Discuss With Villagers/Police Proper Install, & Safe Zone Proper Climbing ,Fiber Ladder, Safety Belt ERP Procedure First Aid Box

4 2 4 2 2 1 4

3 4 1 2 4 3 4

12 8 4 4 8 3 16

Medium Medium Low Low Medium Low High

None Supervision Adequate Water & Rest None None None Supervision / *MEWPs

NONE

33

Cable Laying

Traffic Vehicles Pole Collapse (Fall) Sharp Cutter Flora & Fauna Villagers Snapped Stay Wire & Cable Unstable Pole Falling From Height Lightning Cable Charged by Lightning Night Activities(OT) Poor Visibilities

Briefing, CIDB,PPE & Road Management Observe Pole, Safe Zone & PPE Proper Usage, PPE Glove Eliminate & Prevent (If Possible) Discuss With Villagers/Police Proper Install, & Safe Zone Observe Pole, Safe Zone & PPE Proper Climbing, Fiber Ladder, Safety Belt Earthing installation, Stop work Earthing installation, Stop work Spotlight, Lightings Mandatory Spotlight/Lightings, First Aid Box ERP Procedure

4 2 4 2 1 1 3 4 3 3 3 3

3 4 1 2 3 3 3 3 4 4 1 1

12 8 4 4 3 3 9 12 12 12 3 3

Medium Medium Low Low Low Low Medium High Medium Medium Low Low

None Supervision None None None None Supervision *MEWPs / Supervision Earthing For Every 10 Pole None None None

NONE

*MEWPs Mobile Elevating Work Platform

34

KESIMPULAN & ULASAN


Secara amnya, kemalangan boleh diatasi jika amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dititikberatkan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lemah merupakan satu masalah yang serius memandangkan implikasi-implikasi yang dibawa boleh merugikan syarikat yang mengalaminya serta dapat menjatuhkan prestasi seterusnya mempengaruhi keyakinan pekerja & klien terhadap sesebuah syarikat kontraktor. Syarikat CASB perlu menyediakan program-program keselamatan dengan lebih kerap lagi supaya pekerja tahu bahaya yang bekal dihadapinya dan pekerja itu sendiri tahu bagaimana untuk menghindarinya daripada berlaku. Sikap enggan mendengar arahan dari segilintir pekerja adalah isu yang biasa dihadapi tetapi dengan ada komunikasi dua hala dan pertimbangan yang baik, ia mampu memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa yang panjang. Sesebuah syarikat perlu sedar dan prihatian terhadap akta-akta keselamatan sedemikian dan perlu melantik pegawai keselamatan di tapak pembinaan untuk menilai tahap keselamatan sekaligus mempertingkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Banyak lagi perkara yang perlu saya tahu dan mendalami tentang bidang yang saya pelajari sekarang. Tunjuk ajar dan nasihat dari penyelia saya banyak memberi manfaat kepada saya dan dijadikan panduan saya di masa hadapan kelak.

35

KESIMPULAN & CADANGAN


Pematuhan boleh dicapai ke tahap tertinggi sekiranya pemantauan secara manual dari pihak bertanggungjawab (Jabatan HSE) dilakukan secara berganda dan berterusan. Pihak yang menjalankan tugas pemantauan perlu kompeten dan bersikap profiesional dalam mengendalikan masalah berkaitan kerja lebih-lebih lagi jika berdepan dengan masalah sikap manusia. Jika terdapat kesalahan dilakukan oleh pekerja, mereka harus mengambil kira semua aspek contohnya situasi pekerja dan keadaan persekitaran kerja sebelum mengenakan sesuatu tindakan diatas kesalahan tersebut. Mereka tidak boleh terus menuding jari kepada pekerja serta terus mengenakan hukuman, hal ini akan mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati pekerja kepada majikan lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan satu kesalahan kecil. Komunikasi dan pertimbangan yang baik diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa yang panjang. Kesimpulan dari pemerhatian saya, saya berpendapat pihak yang bertanggungjawab terhadap pematuhan keselamatan sangat memainkan peranan yang penting, ianya akan mempengaruhi persepsi pekerja terhadap pihak pengurusan serta keberkesanan hubungan dua hala diantara majikan dengan pekerja. Secara logiknya hal ini secara tidak lansung akan menentukan tahap produktiviti syarikat itu sendiri. Selain itu, menjadi tanggungjawab pekerja itu sendiri untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaaan bergerak lancer sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

36

RUJUKAN
Rujukan Buku : Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 : Akta Kilang & Jentera 1967

Rujukan Laman Web

: Work Safe BC http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=eme rgency%20response%20plan%20small%20office&s ource=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC8QFjAA&ur l=http%3A%2F%2Fwww.worksafebc.com%2Fpubl ications%2Fhealth_and_safety%2Fb

: Department of Occupational Safety And Health http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/g uidelines/ve_gl_hirarc.pdf

37

LAMPIRAN

Sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Miri.

38

Sesi Pole Top Rescue anjuran SESCO.

39

Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah.

40

Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Penyelia Tapak Keselamatan.

41

Salah satu pekerja yang kurang akan pengetahuan tentang keselamatan & bahaya.

42

Salah satu lif kenderaan mudah alih platform kerja Citra Alti.

43

Kerja lebih mudah & selamat menggunakan lif mudah alih platform kerja.

44

Sampah-sarap yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan jangkitan.

45

Menyalahgunakan barang keselamatan yang diberi oleh syarikat.

46

47

You might also like