You are on page 1of 2

Noorliza Binti Yusup ( KP: 740119-14-5092 )

PPG JUN 2011 PKB 3108

REFLEKSI Kaedah Khas Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik ( PKB 3108) merupakan salah satu subjek yang ditawarkan kepada para pelajar IPG unit Pendidikan Khas semester 4 bagi tahun 2013. Subjek ini merupakan subjek yang sememangnya penting kepada para pelajar kerana dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam subjek ini, diharapkan dapat membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Bagi diri saya, saya mendapati subjek ini sangat menarik. Ianya juga mencabar kemahiran dan pengetahuan sedia ada saya. Walaupun saya telah mengajar di kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran lebih kurang 4 tahun, saya mendapati banyak perkara yang saya masih perlu pelajari. Saya bersyukur kerana telah diberikan kesempatan untuk melakukan tugasan berkaitan dengan subjek ini. Semasa saya dan rakan-rakan yang lain diberikan tugasan ini, saya berasa agak keliru tentang apakah sebenar nya yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Namun dengan adanya perbincangan bersama rakan-rakan seperjuangan dan juga bimbingan dari pensyarah Encik Mohamed Mustafa Bin Abdul Aziz, saya cuba mengumpulkan maklumat-maklumat dari bahan-bahan cetakan dan membuat rujukan dari laman-laman sesawang. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan disekolah untuk mencari idea yang terbaik dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Membuat kit pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik Wang sememangnya adalah perkara terbaru kepada saya. Apatah lagi dengan agihan tugasan dalam kumpulan, saya dikehendaki membuat manual penggunaan kit tersebut. Saya mengambil beberapa hari untuk cuba memahami hasil perbincangan kami sekumpulan semasa membuat perancangan menghasilkan kit. Semasa saya mula membuat draf manual penggunaan kit, saya mendapati ada kekurangan dalam kit yang kami rancangkan. Saya mencari jalan penyelesaian dengan menghubungkaitkan pengalaman dan pengetahuan permainan rekreasi Matematik yang ada ada. Kekurangan segera saya maklumkan kepada rakan sekumpulan.

Noorliza Binti Yusup ( KP: 740119-14-5092 )

PPG JUN 2011 PKB 3108

Akhirnya saya berjaya juga membuat manual penggunaan kit pelbagai guna kami untuk kemahiran yang telah ditetapkan. Kini tiba masanya untuk saya menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang bersesuai. Saya menggunakan format rancangan pengajaran harian yang dipelajari dalam subjek BMM 3117. Walaupun biasa dengan penulisan rancangan pengajaran harian di sekolah, namun saya masih lagi kekok untuk menggunakan format pengajaran harian Matematik seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Saya cuba yang terbaik. Apa yang penting pada pemikiran saya ialah saya berjaya menggunakan kit yang kami hasilkan dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Dan seandainya saya diberi peluang sekali lagi, saya akan membuat tugasan yang diamanahkan dengan lebih baik lagi. Dikesempatan ini juga, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohamed Mustafa Bin Abdul Aziz selaku penyarah saya yang telah banyak membimbing saya dan rakan-rakan. Terima kasih kepada rakanrakan yang tidak pernah jemu memberikan idea dan semangat kepada saya dalam tugasan ini. Terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih semua....

You might also like