You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI SAMBUTAN MERDEKARAYA SMK KABOGAN II 2012, SEMPORNA SABAH (ANJURAN PANITIA SEJARAH DAN UNIT RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program berteraskan aktiviti yang membawa kepada perpaduan yang dijalankan di sekolah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari segi kerjasama yang ditunjukkan atau persefahaman yang terjalin, serta sikap toleransi sesama kaum. Semua ini dilihat mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dirancang dan dijalankan di sekolah ini ialah Sambutan Merdeka Raya yang diadakan pada September 2012 bersempena menyambut dua peristiwa besar iaitu sambutan hari raya Aidilfitri dan juga sambutan Hari Kemerdekaan. Program ini dijalankan berdasarkan semangat muhibbah dan integriti pelbagai kaum yang terdapat di sekolah ini. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran pelajar terhadap sikap hormat-menghormati terhadap kaum lain, mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan guru, mencungkil bakat pelajar, menanamkan semangat cintakan negara dan tanah air serta menghargai anugerah dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita. Kumpulan sasaran melibatkan semua pelajar tingkatan satu hingga lima dari sekolah ahli yang mana melibatkan seramai 500 orang pelajar dari pelbagai bangsa, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kabogan II yang diadakan pada 27 Ogos hingga 16 September 2012. Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 400.00. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah penyertaan, jamuan penutup, dan belanja runcit. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini ialah: 1. 2. 3. 4. Pertandingan koir antara kelas gabungan sidang pagi dan petang Kuiz spontan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Jamuan hari raya

5. Pertendingan melukis bertemakan kemerdekaan 6. Pertandingan menulis esei Peryandingan yang paling mendapat sambutan ialah pertandingan koir. Semua tingkatan terlibat dengan pertandingan koir bertemakan lagu patriotik ini. Juri-juri pertandingan dilantik di kalangan guru dan AJK Tertinggi PIBG SMK Kabogan II yang diketuai oleh En. Ali Osman Bin Hj Yaakub. Pemenang bagi pertandingan Koir Lagu Patriotik adalah seperti berikut: Tempat Pertama: 5B & 1A Tempat Kedua : 3A & 1C Tempat Ketiga : 4A & 1B Majlis penyampaian hadiah dan penutup disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kabogan II, En Ali Osman Bin Hj Yaakub. Selepas itu para pelajar menikmati jamuan hari raya di kelas masing-masing, sementara guru-guru dan AJK PIBG pula menikmati jamuan di kantin sekolah dan Sambutan Merdeka Raya ini selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari.

Laporan Disediakan Oleh:

.. (Muhammad Ishak Zaini) Setiausaha Sambutan Merdekaraya SMK Kabogan II 2012

You might also like