You are on page 1of 3

ALHAFIZ BIN MOHAMAD PISMP MT/PJ/BI 2

Sejauh Manakah Modul Pembelajaran Kendiri Dapat Membantu Pelajar Memahami Kalkulus Asas Secara Bermakna Untuk tugasan kerja kursus MTE 3108 Kalkulus Asas kali ini kami dikehendaki untuk melaksanakan satu projek penyediaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk Had dan Keselanjaran dalam bentuk Power Point. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya terfikir bagaimanakah modul pembelajaran kendiri ini dapat membantu pelajar untuk memahami kalkulus asas secara bermakna. Setelah mendapat pengalaman melaksanakan projek ini, segala persoalan yang bermain di minda saya terjawab dengan sendiri. Sebelum mengulas dengan lebih lanjut mengenai penghasilan modul ini, saya ingin menyatakan beberapa kekuatan yang dapat saya lihat serta kesukaran yang dihadapi semasa pelaksanaannya. Pertama sekali dari segi kekuatan, di mana penghasilan modul ini secara tidak langsung mempersiapkan diri saya dengan lebih berkesan bagi tajuk Had dan Keselanjaran kerana selepas bertungkus lumus untuk memahami tajuk ini, saya berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalamnya sekali gus memudahkan saya menjawab serta menerangkan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk Had dan Keselanjaran ini. Kekuatan lain yang boleh didapati melalui projek kali ini ialah melalui pencarian dan pengumpulan bahan-bahan untuk dibuat rujukan, saya dapat menemui lebih banyak kaedah dan penyelesaian yang mana ianya berbeza-beza tetapi masih boleh diguna pakai dalam subjek Kalkulus Asas ini. Selain itu, saya dapat memilih untuk mengambil penerangan serta kaedah yang terbaik serta paling ringkas dan mudah difahami untuk dimasukkan ke dalam modul yang saya hasilkan. Hal ini kerana terdapat pelbagai penerangan yang berbeza mengikut sumber rujukan. Oleh itu, saya telah mengolah semula supaya ianya dapat difahami sesuai dengan tahap pelajar yang disasarkan. Kekuatan terakhir yang terlintas di fikiran saya ialah kepentingan kolaborasi di dalam penghasilan projek ini. Seperti yang sedia maklum, memandangkan projek ini ialah projek berkumpulan saya telah bekerjasama dengan pasangan saya untuk menghasilkan projek ini. Antara cara kami berkolaborasi ialah dengan membahagikan tugas dengan sama rata. Kami cuba untuk memahami dengan betul bahagian masing-masing kemudian cuba untuk menjelaskannya kepada satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung membolehkan kami saling berkongsi pendapat serta mencurahkan idea yang terpendam. Selain itu, kolaborasi

dengan rakan lain serta pensyarah juga penting dalam membantu kami untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tajuk Had dan Keselanjaran ini. Beralih kepada kesukaran pula, rasanya tidak banyak yang boleh diluahkan di sini. Salah satu daripada kesukaran yang dihadapi ialah mencari bahan rujukan yang sesuai dengan tajuk yang diperolehi. Hal ini kerana tidak banyak bahan rujukan yang dijumpai berkaitan dengan tajuk Had dan Keselanjaran ini. Kebanyakan rujukan yang dijumpai tidak sesuai dengan tahap yang disasarkan justeru itu kami terpaksa mencari alternatif lain yang lebih sesuai. Selain itu, tajuk yang diperolehi juga merupakan salah satu kesukaran kerana berbanding tajuk-tajuk yang lain di dalam kalkulus, tajuk Had dan Keselanjaran merupakan salah satu daripada tajuk yang rumit. Hal ini kerana konsep untuk Had dan Keselanjaran sukar untuk diterangkan mahupun untuk difahami. Berbalik kepada modul pembelajaran kendiri ini, saya berpendapat bahawa ianya sangat berguna serta mampu membantu pelajar untuk memahami kalkulus asas dengan dengan lebih bermakna. Hal ini kerana terdapat beberapa kelebihan yang terdapat di dalam ciri-ciri modul pembelajaran kendiri yang dihasilkan ini. Antara kelebihan modul ini ialah ianya dapat menarik minat pelajar, membantu meningkatkan fokus pelajar semasa proses pembelajaran, ianya mudah difahami dan akhir sekali ialah ianya lengkap untuk proses pembelajaran bagi tajuk dalam subjek Kalkulus Asas. Merujuk kepada kelebihan yang pertama bagi modul ini, ianya dikatakan dapat menarik minat pelajar kerana dijadikan dalam bentuk persembahan Power Point. Ianya jauh lebih menarik jika dibandingkan dengan modul pembelajaran kendiri yang tradisional yang mana banyak bergantung kepada helaian nota dan rujukan semata-mata. Persembahan Power Point membolehkan kita sebagai guru untuk menunjukkan dengan lebih jelas tentang apa yang ingin diajar berbanding dengan menyediakan murid dengan nota rujukan. Hal ini kerana isi kandungan di dalam nota rujukan itu dilihat agak tidak kemas dan bercampur aduk dengan perkara yang tidak ingin kita tekankan. Pengalaman saya sebagai pelajar pula membuatkan saya berani untuk menyatakan bahawa saya sendiri lebih gemar apabila guru menunjukkan modul pembelajaran kendiri melalui persembahan Power Point. Hal ini kerana guru selalu menyelitkan unsur-unsur animasi yang dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas seperti gambar-gambar kartun dan sebagainya. Kelebihan kedua pula iaitu membantu meningkatkan fokus pelajar yang mana ianya lebih kurang sama dengan membantu menarik minat pelajar. Apa yang dapat saya huraikan di sini ialah kebanyakan pelajar jurusan matematik tidak mempunyai masalah tidak meminati pembelajaran matematik tetapi mereka tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan untuk memahami sesuatu topik tentang matematik. Justeru itu, modul ini dapat membantu pelajar

kerana ianya hanya menegaskan isi-isi kandungan yang perlu dan penting sahaja berbanding modul-modul lain yang padat dengan isi yang tidak berkaitan dan membosankan untuk dipelajari dan difahami. Kelebihan ketiga yang dapat saya fikirkan ialah modul ini lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Hal ini kerana setiap konsep dan penerangan yang terdapat di dalamnya telah dipermudahkan supaya sesuai dengan tahap pelajar sasaran. Ayat ayat yang digunakan juga mudah untuk difahami tanpa melibatkan penerangan yang panjang lebar dan tidak bermakna. Pada pendapat saya, pengajaran matematik tidak perlu menggunakan terlalu banyak penerangan menggunakan ayat tetapi lebih kepada menjelaskan konsep seterusnya mengukuhkan kefahaman melalui latihan yang sesuai. Akhir sekali, modul yang telah disediakan ini ialah modul yang lengkap untuk kegunaan pelajar. Hal ini kerana ianya telah merangkumi semua kandungan yang perlu perlu ada untuk membantu pembelajaran pelajar bagi tajuk Kalkulus Asas ini seperti penerangan, konsep mahupun takrif, teorem-teorem yang sesuai, contoh-contoh, latihan kendiri, ringkasan, jawapan untuk latihan dan akhir sekali rujukan yang sesuai. Isi kandungan ini sangat penting bagi membantu pembelajaran tajuk ini kerana ianya memberi nilai yang tertentu terhadap pemahaman dan kemahiran pelajar. Merujuk kepada penerangan, pelajar harus diterangkan secara jelas apa yang hendak dipelajari supaya mereka tidak terpesong ke arah perkara yang tidak berkaitan. Begitu juga dengan konsep dan takrif di mana pelajar perlu didedahkan terlebih dahulu agar mereka jelas tentang tajuk yang dipelajari. Teorem-teorem yang sesuai pula sangat penting kepada pelajar supaya mereka tidak dibebani oleh pemikiran yang merumitkan. Contoh-contoh dan latihan pula membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Begitu juga dengan ringkasan. Manakala jawapan untuk latihan pula membolehkan pelajar mengesahkan jawapan yang mereka dapati. Rujukan pula membolehkan untuk memantau jika terdapat sebarang kesalahan dalam pembelajaran modul ini. (1000 patah perkataan sahaja)

You might also like