You are on page 1of 27

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

08.$',0$+

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun artikel ini.

Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi bersama adalah untuk kecemerlangan dalam melahirkan Modal Insan yang berguna pada masa hadapan. Saya harap artikel ini dapat dijadikan sumber rujukan anda.

DISEDIAKAN OLEH :

Email: Blog : Facebook:

amirazros@yahoo.com http://amirazros.blogspot.com/ http://facebook.com/amirazros

Laman Web: http://www.wangianpemikat.com/

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Konsep Disiplin 2. Konsep Pendekatan Pengajaran 3. Konsep Persekitaran Pembelajaran 4. Konsep Tingkah Laku Pelajar 5. Konsep Kesepaduan 6. Konsep Kesinambungan 7. Konsep Pentafsiran Sukatan Pelajaran 8. Konsep Simulasi 9. Konsep Kokurikulum 10. Konsep Pembelajaran Penguasaan 11. Konsep Pembelajaran Koperatif 12. Konsep Deduktif 13. Konsep Pemikiran Kreatif 14. Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat 15. Konsep Penggayaan

3 4 5 6 9 10 12 13 15 16 18 19 21 22 25

Bibiliografi

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

1. Konsep Disiplin Disiplin ditakrifkan sebagai kelakuan mematuhi arahan. Ada pula yang menyamakan disiplin sebagai tingkah laku menghargai nilai-nilai masyarakat. Secara amnya, disiplin adalah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan sesuatu masyarakat. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Secara mendalam lagi, disiplin juga ditakrifkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang samada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, juga kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat menghormati antara satu sama lain, serta mempunyai semangat tolong menolong dan meamperbaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina,serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran). Jika dilihat dari sudut pendidikan, disiplin seseorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah. Pembentukan disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh persekitaran khususnya

(rakan, keluarga & masyarakat). Terdapat pelbagai jenis disiplin antaranya ialah disiplin arahan guru, disiplian arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri. Kami memilih konsep disiplin ini kerama terdapat pelbagai kepentingan disiplin di dalam Pengajaran & Pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya. Ini kerana disiplin bilik darjah yang baik dapat membawa beberapa faedah serta manfaat kepada guru dan pelajar. Penting bagi guru untuk memastikan disiplin sesebuah bilik darjah itu berada di tahap yang baik. Jadi secara tidak langsung, seorang guru perlu memahami adat resam dan budaya pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Pentingnya disiplin kerana ini akan mewujudkan serta melahirkan pelajar dan guru yang bersatu padu, berkerjasama antara satu sama lain, dan memiliki nilai-nilai moral yang lain.

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Melalui disiplin guru dapat menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran dengan lancar. Guru dapat mengawal persekitaran pembelajaran dengan mudah sekiranya disiplin sesesuah bilik darjah itu tinggi. Apabila pelajar mempunyai disiplin yang tinggi, maka pelajar akan mempunyai rasa saling menghormati antara satu sama lain dan juga disiplin mengajar mereka untuk mengawal diri sendiri di dalam bilik darjah khususnya. Selain daripada itu, apabila disiplin berada pada tahap yang baik ini akan meningkatkan kesan Pengajaran & Pembelajaran di dalam bilik darjah. Para pelajar juga akan menjadi lebih produktif ketika guru mengajar. Jika dilihat dari aspek keselamatan pula, lebih terjamin kerana setiap pelajar akan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini dapat dielakkan dari berlaku di dalam bilik darjah. Dengan tahap disiplin yang tinggi ini juga dapat menjimatkan masa guru dan pelajar sewaktu proses Pengajran & Pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya disini, disiplin amat penting pada masa kini khususnya kerana melalui disiplin, pelbagai sikap yang positif dapat diwujudkan di dalam diri seseorang pelajar. Melalui tahap disiplin yang tinggi di kalangan pelajar juga dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih tenang dan selesa untuk menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran. Jadi secara tidak langsung, pelajar akan sentiasa bersedia mengikuti dan menyertai proses pembelajaran yang menyeronokkan ini.

2. Konsep Pendekatan Pengajaran Pendekatan pengajaran membawa maksud cara mendekati sesuatu. Di dalam bilik darjah khususnya, pendekatan merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu mata pelajaran. Merujuk kepada kamus elektronik Besta pendekatan bermaksud perbuatan untuk mendekatkan dengan sesuatu perkara. Pendekatan umumnya merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi pelajar dan cara hendak mencapai pembelajaran maksimum dan seterusnya akan menjadi pegangan dalam satu-satu pengajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran seharusnya membina dan memperkukuhkan minat pelajar terhadap mata pelajaran.

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Kami memilih pendekatan pengajaran ini kerana kaedah yang digunakan oleh seorang guru hendaklah menarik supaya menjadi lebih bermakna, berkesan serta menyeronokkan. Jadi sebagai seorang guru amat penting untuk mengetahui jenis-jenis pendekatan yang boleh digunakan ketika menjalani proses Pengajaran & Pembelajaran. Antara jenis-jenis pendekatan ialah pendekatan komunikasi, pendekatan struktur, pendekatan fungsi, pendekatan deduktif , pendekatan induktif dan beberapa jenis lagi pendeaktan yang ada. Proses pendekatan yang akan digunakan oleh guru dapat membantu guru tersebut di dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan yang digunakan dapat membantu para pelajar di dalam memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar dengan lebih mudah serta menarik. Contohnya sekiranya guru menggunakan kaedah pendekatan dari senang ke susah dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami dari peringkat yang paling senang ke peringkat yang seterusnya. Selain itu pendekatan komunikasi pula dapat membantu pelajar dalam berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. Komunikasi yang berkesan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah untuk difahami dan dapat mengelakkan salam faham di antara guru dan pelajar. Namun sebagai seorang guru, mereka haruslah peka bahawa pendekatan pengajaran yang digunakan oleh sebuah kelas tidak semestinya dapat disesuaikan oleh sebuah kelas lain. Jadi guru perlulah menyuaipadankan pendekatan yang terbaik bagi setiap kelas yang diajar bagi mengelakkan pelajar bosan serta proses pengajaran & pembelajaran menjadi tidak menarik. Terdapat beberapa ciri bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah mempunyai objektif berbentuk jangka panjang, berasaskan model, merangkumi strategi, kaedah teknik yang akan digunakan dan mestilah mencerminkan sesuatu falsafah. Jadi terpulanglah kepada guru dalam memilih pendekatan terbaik di dalam menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah/ kelas. Kesimpulannya, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan adalah di antara ciri-ciri pengajaran yang afektif. Seperti diketahui umum, pelajar adalah berbeza dari segi umur, kebolehan, jantina dan minat. Ini bererti guru sebagai pendidik haruslah

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

menggunakan kretivitinya untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. 3. Konsep Persekitaran Pembelajaran Maksud Persekitaran Pembelajaran adalah suasana atau tempat berlakunya proses Pengajaran dan Pembelajaran yang dapat membantu guru untuk memastikan ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar. Cunning & Allington (1994) mengatakan bahawa para guru boleh mereka persekitaran bilik darjah yang berkuasa yang boleh memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Guru juga perlu membiasakan diri dengan model, bahan, dan masa bagi mencipta persekitaran bilik darjah yang unggul. Konsep ini dipilih kerana ia memainkan peranan yang penting bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Persekitaran pembelajaran yang alternatif hendaklah dilihat sebagai satu kaedah yang memberi peluang kepada guru. Pelajar juga harus mempersepsikan persekitaran pembelajaran alternatf sebagai satu yang positif. Perkaitannya dengan Pengajaran & Pembelajaran ialah Persekitaran Pembelajaran yang berada didalam keadaan yang terkawal dan selesa akan menjadikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Contohnya Jika guru dapat mengawal keadaan didalam kelas, maka penyampaian yang ingin dilakukan oleh guru akan mudah diterima oleh pelajar. Faktor demografi pelajar yang berbeza dari segi jantina, kaum, latar belakang persekolahan dipercayai mewujudkan pelbagai variasi persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

Terdapat perbezaan di antara persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap persekitaran pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Owen & Straton (1980) melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih suka bekerjasama berbanding pelajar lelaki. Dapatan beliau juga menunjukkan pelajar lelaki suka bersaing dan bersifat keindividuan berbanding pelajar perempuan. Hattie & Fraser (1986) mendapati pelajar lelaki suka keadaan atau suasana pergeseran (friction), persaingan dan perbezaan berbanding pelajar perempuan. Sementara

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

pelajar perempuan pula didapati suka guru yang berstruktur, berpesonaliti dan mengambil bahagian (participation) berbanding pelajar lelaki. Persekitaran pembelajaran yang selesa dapat meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti apa yang diajar oleh guru. Selain itu persekitaran pembelajaran yang selesa juga akna memberi peluang kepada guru untuk menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran dengan lebih sempurna. Kebarangkalian berlakunya perselisihan faham antara guru dan pelajar juga dapat dikurangkan apabila persekitaran pembelajran yang sempurna diwujudkan.

Bukan mudah bagi guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan pelbagai kerenah dan kepelbagaian antara pelajar di dalam bilik darjah tersebut. Jadi jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persekitaran pembelajaran. Apabila persekitaran pembelajaran itu berbentuk positif ini dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya kepada pelajar.

Kesimpulannya, persekitaran pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran di dalam bilik darjah. Persekitaran yang selesa dan tenang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti apa yang diajar dan dapat menjimatkan masa guru dalam melakukan pengajaran daripada terlalu menumpukan untuk mengawal persekitaran pembelajaran tersebut.

4. Konsep Tingkah Laku Pelajar Tingkah laku bersandarkan dari perkataan KEPERIBADIAN. Keperibadian ini merujuk dari perkataan personality dari Bahasa Inggeris .Perkataan personality tersebut berasal dari perkataan Latin. Persona yang bermaksud topeng. Maksud dari penggunaan istilah ini adalah untuk menggambarkan perilaku, watak atau peribadi seseorang yang dalam manifestasi kehidupan sehari-hari membawa sifat dirinya yang sebenar. Modifikasi tingkah laku pula bermakna mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan menegur tingkah laku yang tidak diingini.

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Di dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelbagai tingkah laku yang positif dan negatif. Kebiasaannya, guru akan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang positif seperti rajin serta berkerjasama atau bertanggungjawab. Bagi tingkah laku yang negatif pula guru akan mengenakan hukuman atau denda. Tingkah laku baik yang mengikut norma ialah seperti tidak bercakap semasa makan, menghormati orang tua, dan sebagainya. Contoh tingkah laku buruk pula ialah seperti menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri, berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, lari dari rumah, dan perhubungan seks bebas turut juga dilakukan. Konsep ini dipilih kerana guru perlu peka dengan tingkahlaku pelajar agar proses pengajaran & pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Sebagai seorang guru, amat penting bagi guru untuk menganalisa serta mengetahui jening tingkah laku yang terdapat di dalam bilik darjah tersebut. Jadi apabila guru sudah mengenalpasti tingkah laku para pelajar maka guru dapat membuat persediaan untuk proses pengajaran yang akan dijalankan. Apabila tingkah laku pelajar positif di dalam bilik darjah maka ini akan memudahkan guru untuk mengawal situasi bilik darjah serta memudahkan penyampaian pengajaran dari guru. Apabila guru sudah mengetahui tingkah laku para pelajar ini dapat membantu guru tersebut untuk menyediakan bahan pengajaran yang sesuai terhadap kepelbagaian tingkah laku yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Pelbagai tingkahlaku yang perlu difahami dan diselami oleh guru. Tingkah laku pelajar berkait rapat dengan sikap pelajar tersebut dan mempunyai norma dalam kehidupan manusia. Sekiranya di dalam sesebuah bilik darjah terdapat pelajar yang berkelakuan negatif, maka ini akan menyukarkan guru untuk menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran. Selain itu, para pelajar yang mempunyai tingkah laku yang negatif ini biasanya akan mengganggu para pelajar lain yang ingin belajar. Contohnya, sekiranya ada pelajar yang bising ketika proses pengajaran dijalankan, maka ini akan mengganggu tumpuan pelajar lain di dalam bilik darjah tersebut. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Tingkah laku yang negatif pula akan menpengaruhi para pelajar lain dari memberi tumpuan di dalam bilik darjah.

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Kesimpulannya di sini, seorang guru perlu mengenalpasti setiap tingkah laku para pelajarnya agar guru tersebut dapat menyediakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan pelajar. Disamping itu, para pelajar juga perlu dibimbing dan dibentuk agar mereka berkelakuan positif di dalam bilik darjah atau di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tingkah laku pelajar amat penting bagi memastikan segala proses pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar, selesa dan disenangi oleh semua pihak.

5. Konsep Kesepaduan Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran. Bersedapu dan kesepaduan pula bermaksud bersatu, bercantum dan bersama. Jadi seseorang guru itu perlulah menekankan kesepaduan apabila merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripda itu, kesepaduan juga dapat ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai murni secara integrasi dan menyeluruh (Ee Ah Meng). Contoh yang dapat dilihat ialah mengaplikasikan penggunaan matematik di dalam mata pelajaran ekonomi. Konsep ini dipilih kerana ianya memang penting dan perlu ada di dalam setiap pengajaran yang akan dilakukan oleh guru bagi membantu guru mencapai objektif pengajaran selain daripada dapat memberi kesan yang positif kepada para pelajar. Ini kerana melalui kesepaduan ini, nilai-nilai yang positif dapat diterapkan kepada para pelajar. Konsep ini membolehkan para pelajar berkesempatan memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Oleh yang demikian, aktiviti pengajaran-pembelajaran dapat mencungkil dan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang maksimum. Falsafah Pendidikan Negara pula menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Jadi, selain daripada ilmu pengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh para pelajar seharusnya menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk terus

mencari ilmu pengetahuan.

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Jadi secara tidak langsung, kesepaduan amat penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Bagi guru amat penting untuk mewujudkan unsur kesepaduan di dalam setiap mata pelajaran yang akan diajar. Melalui kesepaduan para pelajar akan lebih memahami dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diajar oleh guru. Jadi para pelajar tidak akan terlalu menumpukan kepada satu perkara sahaja. Ini juga dapat dilihat bahawa pelajar akan memperoleh pelbagai ilmu yang berguna dalam masa yang singkat. Apabila unsur kesepaduan digunakan dalam pengajaran & pembelajaran maka ini akan memberi peluang kepada guru untuk mencurahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin kepada pelajar dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, ini dapat membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran kerana kepelbagaian ilmu yang diajar dapat memberi pemahaman kepada para pelajar. Selain daripada itu, pengajaran yang dilakukan oleh guru akan menjadi lebih menarik dan ini tidak akan membosankan pelajar di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, pengajaran yang dilakukan oleh guru akan lebih mudah diterima oleh pelajar. Seperti yang dinyatakan di atas, ini juga dapat membantu guru untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar. Jadi tindakan ini dapat membantu untuk membentuk tingkah laku positif pelajar. Maka ini akan menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih sempurna dan selesa kepada semua pelajar termasuk guru. Kesimpulannya di sini, jelaslah bahawa konsep kesepaduan dapat membantu guru dalam proses pengajaran & pembelajaran. Di samping itu, kesepaduan juga dapat memberi manfaat kepada pelajar kerana dapat meningkatkan kemahiran sedia ada dan memberi kemahiran yang baru kepada mereka.

6. Konsep Kesinambungan Kesinambungan membawa maksud lanjutan daripada. Contoh yang dapat dilihat ialah KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan satu kurikulum lanjutan daripada KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Dimana dapat dilihat

10

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

asas-asas pembelajaran yang dibina di peringkat sekolah rendah dilanjutkan dan diperluaskan lagi di peringkat sekolah menengah. Ini bermakna dalam usaha penggubalan KBSM, kesinambungan pembelajaran diambil kira untuk memastikan tumpuan, isi kandungan dan cara belajar adalah bermula daripada pendidikan di peringkat sekolah rendah lagi. Konsep ini dipilih kerana ianya mengutamakan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Selain daripada itu, kesinambungan ini menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Bagi guru pula ianya membantu serta menekankan strategi pengajaran & pembelajaran yang berpusatkan guru dan pelajar. Kesinambungan ini dapat memanfaatkan para pelajar kerana ia dapat memberi peluang untuk pelajar berfikir secara analitis, bersistem, kritis dan rasional. Jadi secara tidak langsung, para pelajar dapat mengembangkan ilmu dan daya imiginasi dan kretiviti masingmasing. Bagi guru pula melalui proses pengajaran & pembelajaran yang dilaksanakan ianya dapat membantu guru untuk memberi kemahiran belajar kepada pelajar di dalam bilik darjah. Seperti contoh, aktiviti yang dijalankan seperti membuat perbandingan, menyatakan idea-idea utama, mengelas mengikut prinsip tertentu, merekacipta, melakukan sumbangsaran dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan dapat membantu pelajar untuk menambahkan kemahiran belajar mereka. Melalui kesinambungan ini juga guru dapat menekankan pendidikan umum dan melewatkan pendidikan pengkhususan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Sebagai seorang guru, mereka boleh terus meningkatkan kemahiran 3M dikalangan pelajar iaitu membaca, menulis dan mengira. Apabila menjalankan proses pengajaran & pembelajaran pula guru dapat menjalankan aktiviti seperti kajian individu, sumbangsaran, simulasi, dan kajian kes berkempulan. Aktiviti seperti ini hendaklah dikendalikan untuk mengukuhkan lagi daya intelek para pelajar. Untuk memastikan kesinambungan ini lebih menepati situasi semasa maka guru harus terus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti membuat kajian sendiri atau berkumpulan, membuat hipotesis dan mengujinya. Ini memberikan

11

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

kebebasan kepada pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru juga boleh menggunakan strategi pengajaran melalui pengalaman. Strategi sebegini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif sewakatu proses pengajaran & pembelajaran dijalankan. Kesimpulannnya kesinambungan juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan masa kini. Pendidikan secara berterusan dan mempunyai kesinambungan dari satu peringkat keperingkat yang lebih tinggi dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk terus menerokai ilmu pengetahuan disamping menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Melalui kesinambungan ini jugalah guru dapat memberi sesuatu pengetahuan yang lebih jelas dan secara tidak langsung ianya dapat menyemai nilai-nilai yang positif di kalangan para pelajar.

7. Konsep Pentafsiran Sukatan Pelajaran Dalam melaksanakan kurikulum, seorang guru perlulah melibatkan diri dalam beberapa perkara. Pada awalnya, guru perlu menafsir sukatan pelajaran dan meninjau bagaimana isi mata pelajaran dapat disampaikan. Jadi sebelum memulakan pengajaran, sukatan pelajaran perlu diteliti terlebih dahulu. Setiap sukatan mata pelajaran disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan tugas seorang guru adalah untuk menyampaikan isinya seperti yang tercatat pada sukatan mata pelajaran tersebut. Konsep ini dipilih kerana sukatan mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan mempunyai piawaian yang sama. Sukatan mata pelajaran adalah penting kerana ianya melibatkan ilmu pengetahuan yang akan diajar kepada para pelajar. Sukatan mata pelajaran perlulah sama supaya ujian yang akan ditakbir kelak senang untuk dijalankan dan diuji keberkesanannya. Bagi proses pengajaran & pembelajaran pula, sukatan mata pelajaran ini menjadi panduan utama guru sebelum guru tersebut menjalankan proses pengajaran & pembelajaran. Jadi dengan wujudnya sukatan mata pelajaran ini maka guru dapat membuat

12

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

perancangan serta persediaan awal pengajaran. Di samping itu, guru juga dapat menyediakan aktiviti yang bersesuai dengan tajuk yang akan diajar dan bersesuaian juga dengan aras pengajaran. Jika dilihat pada sukatan mata pelajaran, terdapat kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pelajar di akhir sesi pengajaran oleh guru. Jadi dengan adanya maklumat tersebut, para guru dapat memastikan apa yang diajar itu akan mencapai objektif pembelajaran bagi setiap proses pengajaran & pembelajaran yang telah dijalankan. Sekiranya difikir secara logik, dengan adanya sukatan mata pelajaran ini maka seseorang guru itu dapat menggunakan kretiviti tersendiri untuk menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar kepada para pelajar. Semakin kreatif guru tersebut menyampaikan ilmu kepada pelajar, ini akan menyebabkan para pelajar akan berasa seronok menjalani proses pengajaran & pembelajaran yang dijalankan. Secara tidak langsung, pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat memahami dengan mudah apa yang diajar oleh guru. Memang tidak dapat dinafikan, sukatan pelajaran tersebut dapat menjadi panduan utama guru-guru. Dengan piawaian sukatan mata pelajaran yang sama di setiap sekolah maka mudah bagi guru untuk membuat persediaan dan mengaplikasi di mana-mana sekolah. Cuma guru tersebut perlu menyesuaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tempat yang akan diajar. Sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran tidak dapat diubah sesuka hati oleh guru atau mana-mana pihak. Jadi pihak yang bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan adalah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran yang disediakan telah mengikut kesesuaian para pelajar samada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa betapa pentingnya sukatan pelajaran bagi seorang guru. Melalui sukatan pelajaran tersebutlah guru akan mula mencari idea untuk menyampaikan kepada pelajar tanpa sebarang keraguan terhadap isi mata pelajaran. Jadi secara automatiknya pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan berdasarkan peringkat yang

13

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

sesuai pada diri mereka selaras dengan sukatan pelajara yang telah disediakan oleh pihak kementerian. 8. Konsep Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Konsep ini dipilih kerana murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang diaturkan. Melalui lakonan ini, murid dapat mengemukakan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah, teknik simulasi digunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan. Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekeliling seperti di tempat kedai, jalan raya, pasar, sekolah, kolej, tempat awam dan sebagainya. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai beberapa tujuan menguasai kemahiran. Simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ia juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. Simulasi juga digunakan untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis. Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Cara ini dapat membina pemikiran murid kearah pemikiran secara analitis dan kritis. Selain itu simulasi juga dapat membina sikap yang positif. Masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Hasilnya sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap atau tingkah laku yang positif akan dapat

14

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

dibentuk atau dipupuk. Simulasi turut mengaitkan isi pembelajaran dengan aspek afektif dalam pendidikan moral. Banyak isi pelajaran boleh disampaikan melalui teknik simulasi. Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. Selain itu simulasi juga untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah. Situasi-situasi yang berlaku diluar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah melalui teknik simulasi. Misalnya untuk menjelaskan konsep demokrasi, pelajar-pelajar boleh berlakon sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka. Simulasi juga untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran untuk menguasai kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan dalam aktiviti kumpulan. Simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

9. Konsep Kokurikulum Kokurikulum ditakrifkan sebagai aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran bilik darjah. Pengetahuan daripada mata-mata pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalankan gerakerja kokurikulum dalam bentuk gunaan. Kami memilih konsep ini kerana ia berkait rapat dengan minat pelajar yang pelbagai. Terdapat tiga kategori aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan di sekolah iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan badan beruniform. Pelajar disekolah dalam sistem persekolahan dikehendaki mengambil bahagian dalam ketiga-tiga kategori. Setiap kategori aktiviti tersebut mempunyai sumbangan yang tersendiri. Sukan dan permainan ialah satusatunya aktiviti yang dapat memberikan sumbangan kepada kesuburan fizikal, kemahiran kecergasan dan ciri sosial yang juga terdapat dalam aktiviti unit beruniform mahupun dalam kelab dan persatuan. Unit beruniform dapat menyumbangkan perkhidmatan

15

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

kepada masyarakat. Kelab dan persatuan pula mendorong pelajar mempelopori atau mengkaji sesuatu bidang dengan lebih luas serta memperkayakan pengetahuan. Dengan adanya kokurikulum, guru dapat menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran dengan lebih terbuka dan matang. Sistem pelajaran sebelum ini khususnya di Malaysia terlalu mementingkan kecemerlangan akademik sehingga menyebabkan pelajar mengabaikan aspek bukan akademik. Akibatnya sekolah telah melahirkan lulusan yang mungkin berpengetahuan tetapi kosong daripada beberapa segi, seperti kesetiaan kepada Negara, bertolak ansur, ingin membantu dan mempunyai semangat kejiranan dan semangat ingin maju. Pendidikan sepatutnya memberi penekanan yang sama kepada setiap domain kognitif, efektif dan psikomotor. Wajarlah keperluan ini semakin terasa memandangkan para pelajar begitu banyak menghabiskan masanya dialam persekolahan. Semakin hari aktiviti persekolahan semakin bertambah, hinggakan ada ibubapa yang tidak dapat bersua muka dengan anak mereka sepanjang hari dari waktu fajar menyinsing hinggalah setelah matahari jatuh. Antara faktor utama yang menyebabkan ramai mementingkan soal keseimbangan antara kognitif, efektif dan psikomotor ialah kerana corak aktiviti sekolah yang terlalu mengongkong. Oleh kerana kuatnya pengaruh sanjungan sijil dalam kalangan masyarakat kita, maka bermula dari sekolah rendah lagi kandungan dan pendekatan pendidikan anak-anak penuh dengan unsur akademik. Oleh yang demikian, maka aktiviti kokurikulum dirasakan amat perlu diperkembangkan dan diperkukuhkan. Melalui kokurikulum, pelajar boleh berinteraksi melalui kumpulan masing-masing bagi membina semangat berpasukan. Kumpulan-kumpulan ini pula akan berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan yang lebih besar. Melalui aktiviti inilah, mereka belajar hidup bersama, membina nilai bersama dan identiti kumpulan. Melalui kumpulan inilah juga mereka membentuk semangat kerjasama. Mereka bersaing dan bertanding melalui undang-undang dan peraturan. Melalui kumpulan juga mereka melakukan sesuatu yang membina dengan menggunakan akal sendiri, kemahiran yang telah dipelajari dan dengan perasaan yang bebas. Dengan ini, daya kreatif dan inovatif, daya tahan dan ketabahan dapat diperkembangkan.

16

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

10. Konsep Pembelajaran Penguasaan Pembelajaran Penguasaan juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri. Pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai kehandalan penguasaan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. Oleh tu pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Kami memilih konsep ini kerana ia berkait rapat untuk mendapatkan maklumbalas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan

keberkesanannya, serta memberi bantuan dan masa yang diperlukan kepada pelajar yang berkenaan, agar membolehkan kebanyakan mereka dapat mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya pelajar dapat memahami objektif pelajaran dengan tepat dan jelas, memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguasai pembelajaran yang berkenaan, sedia menggunakan masa dan mempunyai hasrat untuk mencapai kemajuan, serta pengajar yang dapat memberi bantuan dan masa pembelajaran yang mencukupi, disamping diberikan aktiviti pemulihan berdasarkan penggunaan maklum balas dengan berkesan, kebanyakan mereka pasti akan dapat menyempurnakan tugas pembelajaran dengan memperolehi pencapaian yang memuaskan. Banyak kaitan yang boleh dibuat dalam Pembelajaran Masteri semasa proses Pengajaran & Pembelajaran dijalankan. Ianya merangkumi empat langkah seperti: i. Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan pelajar-pelajar setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pelajaran eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian.

17

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

ii.

Ajarkan pelajar dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.

iii.

Nilaikan hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv.

Laksanakan aktiviti pemulihan untuk pelajar-pelajar yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya, dan diberikan aktiviti penggayaan untuk mereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan memuaskan.

Ringkasnya penggunaan Pendekatan Pembelajaran Masteri ialah berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran atau perkara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

11. Konsep Pembelajaran Koperatif Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif boleh diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara kerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Di dalam pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Kami memilih konsep Pembelajaran Koperatif ini kerana terdapat pelbagai kepentingan di dalam Pengajaran & Pembelajaran di dalam bilik darjah. Konsep ini dipilih kerana ia melibatkan murid secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan. Murid-murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab berkongsi. Kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri. Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran, satu suasana pembelajaran yang kondusif akan mendorong pelajar menimba ilmu pengetahuan. Dalam

18

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

konsep pembelajaran ini, beberapa orang akan bekerja dalam suatu kumpulan kecil untuk membantu bersama untuk belajar. Tugasan dalam kumpulan akan memberi ruang kepada pelajar untuk berbincang secara bersama dalam jangka waktu yang singkat. Biasanya tugasan itu dalam bentuk menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran berdasarkan kemahirankemahiran tertentu, misalnya mencari isi-isi penting untuk menulis karangan melalui aktiviti sumbangsaran. Menurut (slavin) kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif adalah suatu strategi efektif untuk meningkatkan pencapaian dengan dua syarat, iaitu ganjaran diberi untuk ahli-ahli kumpulan kearah mewujudkan kegemaran dan keinginan secara mendalam untuk membantu bersama menyelesaikan masalah pembelajaran dan akauntabiliti individu kearah menyelesaikan tugasan bersama ahli-ahli yang lain. Ini kerana mereka mungkin menumpang tanpa memberi apa-apa sumbangan. Apabila syarat-syarat ini di penuhi, sumbangan kearah pencapaian yang baik dalam kesemua gred daripada kemahiran-kemahiran asas sehinggalah penyelesaian masalah pembelajaran yang lebih kompleks. Selain itu, dalam kumpulan pembelajaran koperatif motivasi untuk belajar sentiasa meningkat. Ini kerana interaksi di antara rakan sebaya, perasaan positif dan perasaan kekitaan adalah faktor-faktor yang memotivasikan mereka untuk belajar dalam konteks pembelajaran koperatif. Pelajar-pelajar juga mempunyai motivasi intrinsic untuk mempelajari dan mendalami sesuatu ilmu atau konsep-konsep dalam gerakkerja kumpulan daripada pembelajaran dalam konteks individual. Jesteru pembelajaran koperatif sememangnya memudahkan tugasan pembelajaran didalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif membantu pelajar berdikari dan menghubungkan seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penggunaan strategi-strategi penerangan oleh rakan sekumpulan tentang idea-idea akan member ruang untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Pelajarpelajar akan cuba menerangkan unit-unit kecil yang berkaitan dengan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila semua orang dalam kumpulan berjaya menerangkan unit-unit tersebut, maka pelajar dapat belajar secara mendalam dan dengan konsisiten mengikut tahaptahap pengajaran oleh guru.

19

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

12. Konsep Deduktif Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula dengan sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Konsep Deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum atau teorem. Terdapat 3 jenis kaedah dalam konsep pendekatan deduktif iaitu:i. Penyelesaian masalah; iaitu guru terlebih dahulu mengajar pelajar tentang suatu rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan tertentu dan pelajar akan

mengaplikasikannya untuk menyelesaikan masalah. ii. Membuat generalisasi yang baru; iaitu setelah guru mengajar pelajar tentang suatu rumus, pinsip, hukum, teori atau peraturan, pelajar kemudiannya berupaya untuk membuat kesimpulan yang baru yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lain. iii. Membuktikan hipotesis; iaitu guru mendedahkan pelajar kepada suatu hipotesis atau objektif dan kemudiannya pelajar cuba membuktikannya melalui percubaan ujikaji atau latihan dan sebagainya.

Konsep ini dipilih kerana ia adalah salah satu pendekatan yang baik untuk memulakan suatu sesi pengajaran kerana pelajar perlu memahami sesuatu generalisasi itu terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, guru memberitahu pelajar objektif atau haluan pengajaran pada peringkat awal. Pelajar dibimbing untuk mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Menariknya konsep ini juga boleh membawa pelajar untuk mendapatkan kesimpulan atau rumusan yang baru dengan menggunakan /

mengaplikasikan generalisasi yang telah diajar oleh guru sebelumnya.

20

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Perkaitannya didalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pendekatan deduktif yang biasanya digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah untuk penyelesaian masalah. Biasanya murid mempelajari fungsi imbuhan ber, mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber. Pendekatan Deduktif juga membentuk generalisasi baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersusut tegak. Pendekatan ini juga adalah untuk membuktikan hipotesis. Pendekatan deduktif boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Misalnya, selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atau garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga adalah 180 darjah. Secara keseluruhannya, kaedah berlandaskan pendekatan deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan pelajar-pelajar untuk memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus. Walau bagaimana pun, kepelbagaian pelajar harus diambil kira apabila menjalankan kaedah pendekatan deduktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Perhatian harus diberikan kepada pelajar yang lemah agar mereka benar-benar faham tentang generalisasi yang diberikan oleh guru terlebih dahulu. Bagi pelajar yang pintar pula, guru seharusnya menggalakkan mereka untuk cuba mencari penyelesaian masalah yang lebih mencabar. Melalui kepelbagaian pelajar ini juga, mereka boleh berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan masalah berdasarkan pengetahuan yang ada.

13. Konsep Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasikan atau merekacipta sesuatu yang baru. Kemahiran berfikir secara kreatif

21

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

merangkumi dua komponen yang utama iaitu kemahiran menjana: mencipta idea-idea baru dan kemahiran mencantum atau memodifikasikan: idea-idea yang sedia ada. . Kami memilih konsep ini kerana ia berkait rapat dengan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru selain mengajar dan mendidik, guru juga perlu menggunakan kaedah yang boleh mencungkil minat dan kreativiti pelajar-pelajar didalam kelas. Proses Pengajaran & Pembelajaran sangat berkaitrapat dengan Pemikiran Kreatif kerana matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif. Guru harus menginspirasikan pelajar kearah pemikiran kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran tidak seharusnya membebankan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus aspek-aspek kekreatifan. Guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif pelajar secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif yang terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu. Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian dimana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan. Salah satu sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu pelajar hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif dilakukan oleh ahli-ahli yang lain membuat tugasan yang disarankan oleh guru. Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenalpasti idea-idea kreatif yang baik.

22

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Ini kerana dalam meneliti kreatif sebagai suatu kemahiran, ia seharusnya dipupuk melalui aktiviti latih tubi. Menurut Runco(2004), adalah penting bagi guru untuk sedar bahawa pelajar-pelajar menunjukkan lebih kreativiti dalam beberapa domain daripada yang lain. Kemahiran-kemahiran kreatif tidak semestinya ditonjolkan oleh pelajar dalam kesemua subjek disekolah. Beberapa faktor menyumbang kearah pemupukan kreativiti pelajar disekolah antaranya persekitaran sekolah yang menggalak aktiviti kreativiti pelajar secara individu. Secara kesimpulannya, dalam pengajaran dan pembelajaran guru harus mempunyai daya kreatif untuk memupuk pelajar kearah penghasilan tugasan yang kreatif dan bermutu tinggi. Kreativiti pelajar hendaklah dipupuk dalam pemupukan daya kreativiti. Pemikiran berkait rapat dengan konsep berfikir. Pemikiran juga melibatkan operasi mental dalam minda untuk mencapai tujuan sama ada menyelesaikan masalah ataupun membuat sesuatu keputusan. Oleh itu pemikiran sangat berguna dalam pembinaan idea-idea baru kearah penyelesaian masalah pembelajaran di dalam situasi bilik darjah.

14. Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat merupakan satu usaha penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan secara berterusan tanpa had umur. Masyarakat dapat mengamalkan pendidikan sepanjang hayat menerusi pembelajaran formal, separa formal dan tidak formal. Ciri-ciri Pendidikan sepanjang hayat adalah untuk merebut peluang pendidikan yang ada, meneroka ilmu tanpa had masa dan umur, berdedikasi, rajin dan tekun dalam menimba ilmu pengetahuan, sentiasa rela berkongsi ilmu terkini dan menunjukkan daya saing yang sihat kearah masyarakat minda kelas pertama. Kami memilih konsep ini kerana ia mempunyai kepentingan dalam pendidikan. Diantara kepentingannya adalah mampu melahirkan dan menjana modal insan minda kelas pertama, dapat membentuk masyarakat bersifat bestari, dapat bersaing dengan negara maju yang lain dalam mengejar arus kemajuan dan pemodenan serta mampu menjana pembangunan diri dan Negara kelak.

23

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Dengan adanya Pendidikan Sepanjang Hayat di dalam proses Pengajaran & Pembelajaran, maka peranan guru bukan sahaja di dalam kelas tetapi turut berperanan ketika diluar kelas atau pelajar tersebut telah tamat pembelajarannya diperingkat sekolah menengah. Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah kerana perkembangan dan kemajuan pendidikan Negara yang pesat. Sebagai seorang pendidikan yang bertanggungjawab, guru haruslah menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa yang berguna nanti. Perubahan sistem Pendidikan di Malaysia yang pesat khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM, dan perubahan sistem pendidikan dalam dekad 90-an, memerlukan guru pula mereformasikan diri kearah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih, khasnya pedagogi teknologi maklumat dan komunikasi, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana unsur ini menentukan hampir segala corak kehidupan, samaada dalam masa kini ataupun masa hadapan. Hampir segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada pertimbanganpertimbangan ke atas kebolehan, potensi, pengetahuan, bakat, kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbangan ini adalah unsur-unsur persepsi berlandaskan nilai-nilai diri sendiri. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah perkembangan kendiri boleh disamakan sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Usaha mengembangkan potensi diri bukan sahaja banyak bergantung kepada sikap positif individu, tetapi juga kemahiran-kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi serta kemahiran menangani masalah dan cabaran akan datang.

24

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

15. Konsep Pengayaan Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk pelajar memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka. Jadi aktviti-aktiviti yang dirancang hendaklah menarik serta mencabar. Secara tidak langsung, ini akan mengembangkan lagi sikap berdikari, sikap ingin tahu, daya cipta, serta bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti pengayaan ini adalah sesuai dan hendaklah disediakan kepada semua tahap pelajar samada pelajar tersebut cerdas, sederhana atau lambat. Aktiviti yang akan dijalankan apabila pelajar-pelajar sudah menguasai kemahiran yang asas. Jadi para pelajar akan menggunakan segala kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Konsep ini dipilih adalah kerana melalui aktiviti pengayaan ini akan memperdalamkan pengetahuan serta menambah pengalaman para pelajar. Walaupun pelajar tersebut didedahkan dengan pengalaman belajar yang sama namun mereka tetap berbeza dari segi kebolehan, minat, bakat dan latar belakang sosial. Jadi bagi guru, mereka perlu memastikan aktiviti pengayaan yang akan dijalankan dapat membantu pelajar dalam mengembangkan bakat serta kebolehan masing-masing. Seperti diketahui umum, sesebuah bilik darjah biasanya terdapat kumpulan pelajar yang berada di tahap-tahap tertentu seperti cerdas, sederhana dan lemah. Bagi para pelajar yang cerdas dan sederhana, kerja yang biasa, mereka dapat menyelesaikan dengan kadar yang cepat jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah. Jadi melalui proses pengayaan ini, guru dapat menyediakan aktiviti yang sesuai mengikut setiap tahap setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi guru perlu kreatif dalam menyediakan sebarang aktiviti kerana setiap aktiviti yang menarik serta mencabar dapat menarik minat para pelajar. Jadi pelajar tidak akan berasa bosan dengan ktiviti yang dijalankan oleh guru.

25

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Melalui aktiviti pengayaan ini, ianya dapat membantu guru untuk menjalankan aktiviti yang lebih mencabar. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran kerana aktiviti pengayaan ini dapat memperluaskan dan menambahkan lagi pengalaman serta pemahaman pelajar terhadap pengajaran yang dilakukan oleh guru. Dengan wujudnya aktiviti pengayaan ini, maka guru dapat memanfaatkan masa yang ada. Jadi segala masa pembelajaran dapat diisi dengan aktiviti yang membantu para pelajar. Aktiviti pengayaan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mendidik pelajar agar lebih berdikari kerana aktiviti pengayaan ini mempunyai arahan-arahan yang jelas dan mudah diikuti oleh para pelajar. Jadi secara tidak langsung, ianya dapat memupuk serta memperkembangakn sifat-sifat kepimpinan. Kesimpulannya di sini, aktiviti pengayaan ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana pengajaran yang dijalankan oleh guru akan lebih menarik dan para pelajar akan merasa seronok. Bagi para pelajar pula, aktiviti sebegini dapat membantu mereka untuk lebih mudah untuk memahami dan mengingati pembelajaran kerana aktiviti yang menarik dapat merangsang pelajar untuk berfiki r secara kreatif dan kritis. Jadi secara tidak langsung, objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.

26

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim : Quantum Books Mok Soong Sang, 2009. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008. Aplikasi Psikologi Pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books Aisyah Nordin & Ibrahim Samad (2008). Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan: Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

27

You might also like