You are on page 1of 18

1.

1 Pengenalan

Syarikat Macrobrachium Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjual udang galah yang pelbagai saiz. Contohnya saiz A, B, dan C. syarikat ini juga menjadi pemborong kepada kedai kedai yang menjual udang galah ini dengan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk menghantar udang galah tersebut kepada penjual - penjual di sesebuah daerah. Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah.

Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik.

Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahanbahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport. 1

1.2 Pasaran Sasaran

Pasaran sasaran bagi syarikat ini adalah di daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Selain itu, sasaran juga tertumpu kepada pemborong - pemborong tempatan, penjual - penjual udang dan juga kepada para pembeli. Para pekerja yang bekerja di pejabat yang berhampiran turut menjadi sasaran. Di samping itu, suri rumah tangga yang sering ke pasar dan dekat juga merupakan sasaran syarikat ini.

1.3 Trend dan saiz pasaran Kawasan antara Pekan Tenom dan Keningau ini mempunyai anggaran sebanyak 400,000 orang penduduk. Terdapat empat taman perumahan dan tiga buah perkampungan yang berhampiran. Majoriti penduduknya ialah 35% orang murut, 30% orang Kadazan Dusun, 25% orang cina dan 10% lain-lain. Terdapat juga 2 insititusi tinggi, 20 pejabat, 15 syarikat serta 100 kedai-kedai perniagaan yang berhampiran dengan syarikat Macrobrachium Sdn Bhd. Penumpang bas ekspress juga berada di daerah ini. Anggaran sebanyak 15% daripada jumlah kumpulan di atas ini akan menikmati udang galah sebagai menu makan petang dan malam mereka.

1.4 Persaingan

Terdapat 4 buah syarikat yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Newage Sdn Bhd dan J.M.T Sdn Bhd.

Nama Pesaing Hot & Roll Sdn Bhd -

Kekuatan Pesaing Perkhidmatan pelanggan yang baik Tenaga pekerja yang ramai

Kelemahan Pesaing Tidak mempunyai

rekaan cupcake dan pastri-pastri pelbagai yang

Fast Delivery Shn Bhd

Mempunyai peralatan yang banyak dan

Kos tinggi

perkhidmatan

canggih. Perkhidmatan pelanggan yang baik

Tidak tenaga ramai

mempunyai kerja yang

Newage Sdn Bhd

Kemudahan pengangkutan banyak. yang

Tenaga kurang.

kerja

yang

Syarikat yang kecil. Tidak peralatan lengkap mempunyai yang untuk

J.M.T Sdn Bhd

Tenaga kerja ramai. Penghantaran barang yang laju.

Kos rendah.

perkhidmatan

memasarkan jualan

1.5 Syer pasaran

Terdapat 4 buah kafe yang berhampiran sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, Cuppylicious, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.

Nama Pesaing J.M.T Sdn Bhd Fast Delivery Shn Bhd Newage Sdn Bhd Hot & Roll Sdn Bhd Jumlah

% Syer Pasaran 33 24 21 22 100

Anggaran Jualan Sebulan (RM) 108,768 79,104 69,216 72,512 329,600.00

Macrobrachium Sdn Bhd menganggarkan menguasai 21% daripada syer pasaran pada tahun pertama urusniaga dijalankan.

Nama Pesaing Hot & Roll Sdn Bhd Fast Delivery Shn Bhd Newage Sdn Bhd Hot & Roll Sdn Bhd Macrobrachium Sdn Bhd Jumlah

% Syer Pasaran 19 27 16 17 21 100

Anggaran Jualan Sebulan (RM) 62,624 88,992 52,736 56,032 69,216 329,600.00

1.6 Ramalan jualan

Bulan Anggaran Jualan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jumlah Jualan Tahun 1 Jumlah Jualan Tahun 2 Jumlah Jualan Tahun 3 118,300 136,045 163,254 7,800 8,450 9,100 9,750 10,400 11,050 11,700 12,350 10,400 13,000 12,350 13,650

Jumlah (RM) Anggaran Belian 3,900 4,200 4,500 4,800 5,100 5,400 5,700 6,100 5,100 6,500 6,100 6,800 Kenaikan 15% 20% 64,200 67,410 70780.50 Kenaikan 5% 5%

1.7 Strategi pemasaran Strategi Produk Strategi produk udang galah ialah memastikan udang galah yang berkualiti, masih dalam keadaan segar dan bersaiz yang dikendaki ramai. Para pelanggan boleh memilih udang galah mengikut saiz yang dikehendaki mengikut citarasa dan pilihan mereka ataupun mereka boleh menyuruh para pekerja mengikut kreativiti para pelanggan itu sendiri. Selain daripada itu, pakejpakej menarik turut disediakan kepada para pelanggan agar dapat memilih saiz udang yang dikehendaki.

Strategi Promosi Antara cara yang digunakan bagi mempromosikan udang galah ialah melalui laman sosial seperti facebook. Pengusaha akan membuat satu akaun khas pada laman sosial facebook bagi mempromosikan udang - udang galah yang dijual serta perkhidmatan yang disediakan. Pengusaha akan mengemaskini promosi-promosi yang boleh menarik minat para pembaca laman tersebut. Selain daripada itu, pengusaha turut akan mempromosikan produk ini dengan bantuan para bloggers yang berada berdekatan dengan kawasan perniagaan tersebut. Para bloggers akan diberikan beberapa sampel udang galah yang bersaiz A, B, dan C dan mereka akan membuat review berkaitan dengan sampel yang telah diberikan. Kaedah ini adalah sangat efisien. Hal ini disebabkan, remaja-remaja pada zaman kini meminati untuk membaca review bloggers yang mereka follow up. Dengan review yang baik dan positif daripada mereka, maka, perniagaan Cupcake Heaven boleh berkembang maju dari masa ke semasa mengikut edaran masa. Selain itu, pengusaha turut akan melakukan beberapa event bagi mempromosikan produk mereka. Cara cara mempromosikan udang galah ialah melalui papan tanda, kain rentang yang menarik agar dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk mengunjungi. Selain itu, risalah risalah melalui surat khabar juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan udang galah. Di samping itu, risalah risalah ini juga akan dihantar dan diedarkan ke syarikat syarikat swasta dan kerajaan yang berhampiran.

Strategi Harga Harga udang galah adalah lebih kurang sama dengan pesaing-pesaing lain di sekitar kawasan ini. Namun demikian, Macrobrachium Sdn Bhd menyediakan pakej-pakej isitmewa untuk beberapa occasion tertentu seperti penghantaran terus kepada kedai - kedai penjual, penghantaran terus ke kilang pemborong udang, penghantaran ke pasar dan sebagainya. Para pelanggan dan penjual serta pemborong udang galah dapat menikmati harga yang berpatutan di samping dapat merasakan udang galah yang bersaiz besar. Tambahan pula, harga istimewa akan diberikan kepada para pembaca bloggers dan facebook serta pelanggan yang menghubungi Macrobrachium Sdn Bhd secara terus.

Strategi Edaran Para pelanggan dan pembeli yang mengunjungi tempat penternakan udang galah ini akan disambut oleh para pekerja pada hari-hari tertentu bagi menarik minat para pelanggan untuk selalu mengunjungi tempat penternakan ini. Layanan yang baik dan mesra turut diberikan oleh para pekerja. Layanan yang baik akan dipenuhi dengan kadar yang cepat di samping memberi perkhidmatan yang memuaskan. Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Selain itu, para pelanggan dan pembeli juga boleh menelefon kepada syarikat Macrobrachium Sdn Bhd untuk bertanya tentang harga semasa udang galah yang dijual dan saiz - saiz udang galah yang dikehendaki oleh para pelanggan dan pembeli.

1.8 Belanjawan pemasaran Butir-butir Perbelanjaan Aset Tetap (RM) Belanjawan Bulanan (RM) Lain-lain Perbelanjaan (RM) Aset Tetap Perabot Computer Register Kaunter dan Kelengkapan Papan Tanda Perniagaan Peralatan kolam udang Van Belanjawan Bulanan Gaji KWSP, PERKESO Sewa Kedai Bahan Mentah Minuman Elektrik Air Telefon Makanan udang Lain-lain Perbelanjaan Deposit Sewa Kedai Pembaikan dan 2,000 550 10,900 1,677 1,000 3,250 650 250 150 150 250 40,000 pembersihan 2,000 1,250 16,550 dan Cash 12,500 3,800

pembersihan kolam udang Daftar Niaga Lesen Niaga Kad Perniagaan Insuran kenderaan dan 60 40 100 2,500

cukai jalan Jumlah 76,100 10 18,277 5,250

Gaji dan Ganjaran Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan. Jawatan Bil. Gaji Bulanan (RM) Pengurus Pelayan 1 5 2000 3750 (750x5) Pembersih kolam 3 2250 (750x3) Pengawal keselamatan Juruwang Pemandu Van Jumlah 1 1 13 2 1400 (700x2) 800 700 10,900 KWSP (13%) (RM) 260 487.5 (97.5x5) 292.5 (97.5x3) 182 (91x2) 104 91 1,417 PERKESO (2%) (RM) 40 75 (15x5) 45 (15x3) 56 (28x2) 16 28 260 920 819 12,577 1,638 2,587.5 (RM) 2,300 4,312.5 Jumlah

Peralatan Jenis Harga (RM) Alat ukur pH air Alat ukur suhu air Alat ukur oksigen 130 20 300 10 10 3 Bilangan Jumlah Harga (RM) 1,300 200 900

terlarut dalam air Peti Sejuk Peti Ais Peralatan Lain Peralatan ubatan Jumlah 800 2,000 1,500 800 25 1 1 800 2,000 1,500 800 7,500

11

Kos Bahan Mentah Bahan Mentah Kuantiti Harga (RM/Unit) Jumlah

Makanan udang

50kg

1.80

45.00

kacang

50kg

1.80

45.00

dedak padi

50kg

3.40

680.00

Jumlah

770.00

12

1.9 Masalah pemasaran Terdapat pelbagai masalah pemasaran yang dihadapi dalam perniagaan ini. Masalah-masalah tersebut adalah : Masalah Persaingan Macrobrachium Sdn Bhd berhadapan dengan empat pesaing yang menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan perniagaan ini. Pesaing-pesaing tersebut adalah Hot & Roll Sdn Bhd, Fast Delivery Shn Bhd, J.M.T Sdn Bhd dan Newage Sdn Bhd.

Keempat-empat pesaing ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Bagi perniagaan Hot & Roll Sdn Bhd, kelebihan yang ada pada perniagaan tersebut adalah ianya mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik. Pelanggan ramai yang berkunjung ke sana kerana layanan pelanggan yang diberi amatlah memuaskan hati para pelanggan.

Tambahan pula, dengan bilangan tenaga kerja yang ramai, kesemua pelanggan yang mengunjungi perniagaan tersebut akan menerima layanan yang sama serta tidak perlu menunggu dalam masa yang panjang untuk dilayan. Akan tetapi, kelemahan bagi perniagaan tersebut adalah mereka tidak mempunyai kemudahan - kemudahan yang pelbagai dalam penternakan udang galah. Udang - udang galah yang dijual kebanyakkannya bersaiz kecil dan sederhana sahaja.

Pesaing kedua J.M.T Sdn Bhd pula, kelebihannya adalah ianya mempunyai kemudahan pengangkutan yang banyak. Dengan mempunyai kenderaan yang banyak, syarikat tersebut dapat membuat penghantaran udang - udang galah ini dengan kuantiti yang banyak. Bahkan, perkhidmatan pelanggannya juga amat baik membuatkan pelanggan merasa selesa dan senang untuk mengunjungi kedai tersebut. Kekurangan yang terdapat pada perniagaan tersebut adalah mereka tidak mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi untuk melayan para pelanggan yang datang membeli. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidak lancaran dalam menjalankan perniagaan mereka. Kos perkhidmatan di perniagaan tersebut juga adalah tinggi

13

menyebabkan terdapat segelintir pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Kelebihan pada Newage Sdn Bhd pula ianya mempunyai udang galah yang besar dan berisi. Dengan kelebihan ini, Newage Sdn Bhd berjaya untuk menambat hati pelanggannya untuk kerap mengunjungi syarikatnya untuk mendapatkan udang galah yang besar dan berisi banyak tersebut. Kekurangannya pula, Newage Sdn Bhd hanya menyediakan beberapa jenis saiz udang galah sahaja. Akhir sekali adalah Fast Delivery Shn Bhd. Fast Delivery Shn Bhd ini menawarkan resipi cupcake dan pastri yang pelbagai kepada para pelanggannya. Akan tetapi, mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap bagi mempelbagaikan lagi rekaan dan resipi cupcake mereka.

Setelah mengkaji dan memahami corak perniagaan pesaing-pesaing Macrobrachium Sdn Bhd, pengusaha telah merancang beberapa strategi bagi menarik minat para pelanggan untuk melanggan di perniagaan ini. Antara strategi yang digunakan adalah mereka menternak lebih banyak udang galah yang bersaiz besar. Para pelanggan mahukan sesuatu yang istimewa mahupun sesuatu yang mampu memberikan mereka satu kepuasan dalam menikmati hidangan makanan yang disediakan, oleh itu, produk-produk yang dihasilkan akan menepati ciri-ciri yang diingini pelanggan. Juga, udang galah yang dijual adalah berdasarkan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Para pelayan yang bekerja dengan Macrobrachium Sdn Bhd akan dilatih untuk melayan para pelanggannya dengan sebaik mungkin.

Masalah penyakit dan rawatan

Udang galah ini juga mempunyai penyakit - penyakit tertentu. Contohnya Penyakit yang disebabkan oleh bakteria, Penyakit yang disebabkan oleh virus, Penyakit yang disebabkan oleh parasit, Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam. Oleh itu, udang galah yang mempunyai penyakit tidak akan dijual kepada pelanggan atau pembeli. Di samping itu, kos pembaziran bagi memberi rawatan kepada udang galah juga adalah tinggi dan mampu menangguh kerugian jika udang galah yang berpenyakit adalah dalam kauntiti banyak. 14

Masalah Lain

Selain daripada masalah pesaing, masalah-masalah lain turut timbul seperti had pengeluaran produk, kepuasan pelanggan dan kualiti produk. Masalah pertama adalah had pengeluaran produk. Bagi seseorang pengeluar produk, produk yang dikeluarkan mempunyai had keluarannya bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku dan bagi menjaga kualiti sesuatu produk tersebut. Hal ini menimbulkan masalah kepada para peniaga ataupun pengeluar kerana had keluaran sesuatu produk itu tidak boleh memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad. Kehendak pengguna yang tidak terhad itu akan menyebabkan pembaziran berlaku sekiranya, pengeluar produk tidak menghadkan keluaran produknya.

Masalah yang kedua adalah memenuhi kepuasan pelanggan. Bagi memenuhi serta memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan ketidakpuasan hati kepada golongan lain. Golongan lain yang dimaksudkan adalah pelanggan bagi pengeluar itu sendiri. Ada kalanya pelanggan akan berasa iri hati kepada pelanggan yang lain sekiranya layanan ataupun tempahan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh pengeluar. Jika hal ini berlaku, maka pelanggan tersebut akan berhenti mengunjungi perniagaan pengeluar tersebut. Bahkan, pelanggan tersebut berkemungkinan akan menyatakan perkara yang tidak baik mengenai produk atau perkhidmatan pengeluar yang akan mengakibatkan pengeluar tersebut kehilangan pelanggannya yang lain.

Masalah ketiga ialah kualiti produk. Memandangkan sesetengah barang tidak tahan lama, produk tersebut hendaklah dipasarkan dalam jangka masa yang singkat. Hal ini adalah bagi menjaga kualiti produk. Macrobrachium Sdn Bhd sangat menitikberatkan kualiti produknya. Bagi barangan yang singkat jangka masanya, produk bagi barangan tersebut akan dihasilkan dalam kuantiti yang kecil. Jika pelanggan mahukan produk tersebut dalam kuantiti yang besar, maka, pelanggan tersebut hendaklah menempahnya dengan pihak Macrobrachium Sdn Bhd terlebih dahulu. Tindakan ini diambil bagi mengelak dari berlakunya pembaziran dan menjaga kualiti produk perniagaan ini.

15

Penutup

Macrobrachium Sdn Bhd adalah merupakan sebuah perniagaan bumiputera milik tunggal yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah menjual dan membekal udang galah kepada pelanggan khursusnya kepada pembeli dan pemborong udang galah.. Sungguhpun begitu perniagaan ini juga bersedia untuk menerima apa sahaja tempahan daripada pelanggan untuk pihak lain. Sebagai perniagaan baru yang ingin menceburi didalam bidang perniagaan ini, maka sudah tentu terdapat pelbagai menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat usahawan bumiputera maju didalam bidang perniagaan, perniagaan ini akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Jesteru itu kebanyakan pekerja yang diambil untuk bekerja dengan perniagaan ini terdiri dari kaum keluarga.

Berdasarkan kepada perancangan dan ujuran pendapatan yang telah dibentangkan, Macrobrachium Sdn Bhd amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang lumayan. Kajian sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Walaupun mungkin perjalanan agak jauh lagi untuk sampai ke destinasinya, saya percaya dengan kesungguhan dan keyakinan yang ada pada diri saya dan keluarga, akan dapat mencapai cita-cita yang kehendaki ini.

16

Refleksi

Bagi tugasan projek kali ini, arahan soalan yang diberi adalah untuk membuat satu portfolio Rancangan Pemasaran yang meliputi kesembilan aspek yang telah dipelajari dalam bab satu pada awal tahun ini. Untuk menghasilkan satu portfolio yang berasaskan Rancangan Pemasaran merupakan satu proses yang amat rumit sekali terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas bidang perakaunan mahupun perdagangan. Perusahaan yang saya pilih untuk dijalankan satu rancangan pemasaran adalah jualan udang galah, Macrobrachium Sdn Bhd. Macrobrachium Sdn Bhd ini tertumpu kepada penjualan udang - udang galah mengikut saiz kerana pada peredaran zaman pada zaman sekarang ini, udang galah menjadi popular dan berkembang pesat di Asia untuk dijadikan sebagai menu utama dalam majlis-majlis istimewa. Bahkan, udang galah juga turut dijadikan sebagai umpan untuk memancing ikan dan sebagainya. Dengan saiz yang besar sememangnya menjadi pilihan ramai. Disebabkan itu, saya memilih perniagaan ini bagi rancangan pemasaran saya. Sepanjang menjalankan tugasan projek ini, saya telah mempelajari beberapa perkara yang baru dan dapat mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam diri saya sendiri. Antara pelajaran baharu yang saya telah pelajari adalah memulakan atau memegang suatu perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran merupakan satu tanggungjawab yang besar dan sangat memenatkan. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan sesuatu perniagaan itu. Kita hendaklah tengok dari segi pasaran ekonominya, sambutan produk yang ingin kita laksanakan danyang terutama sekali, penyesuaian pelaksanaan perniagaan tersebut dengan sesuatu kawasan tertentu. Aspek-aspek tersebut amatlah penting yang harus dipertimbangkan kerana dengan aspek-aspek tersebut adalah penentu keuntungan mahupun kerugian bagi perniagaan kita kelak. Jikalau kita menjalankan aktiviti perniagaan di sebuah kawasan yang bilangan penduduk yang sedikit atau kecil, maka, kita tidak akan dapat memperoleh keuntungan akan tetapi kita hanya akan memperoleh kerugian yang besar sahaja. Tambahan pula, kita hendaklah melihat minat majoriti pada sesebuah kawasan tersebut. Hal ini disebabkan, sekiranya kita memulakan perniagaan pada sesebuah kawasan yang tidak meminati akan produk yang dijual pada perniagaan kita, kita akan berhadapan dengan sejumlah angka besar bagi hutang yang disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi penempatan.

17

Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, kita hendaklah bijak dalam mempromosikan perniagaan kita agar mendapat sambutan ramai daripada penduduk setempat dan sekitarnya. Bagi melaksanakan sesuatu promosi untuk perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Akan tetapi, jika dibandingkan kepada zaman dahulu yang tidak mempunyai rangkaian internet, aktiviti promosi tidak akan mendapat sambutan yang baik. Pada zaman ini, kemudahan internet telah disediakan bagi memudahkan interaksi bersama orang tersayang yang berada jauh di negara perantauan. Bagi mereka yang celik dan bijak pandai, mereka akan menggunakan kemudahan ini sebagai tarikan promosi yang utama. Hal ini disebabkan, remaja mahupun warga tua banyak menghabiskan masa terluang mereka pada laman-laman sosial terutamanya facebook. Peluang ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin oleh para peniaga kerana dengan membuat promosi secara online akan melipat gandakan kunjungan pelanggan ke perniagaan anda. Manakala, kekurangan yang saya dapati sepanjang menjalankan tugasan ini adalah pengetahuan saya mengenai bidang perniagaan terutama sekali perniagaan yang saya lakukan bagi tugasan ini adalah sangat sedikit. Hal ini mungkin disebabkan saya kurang membaca dalam bidang-bidang tersebut. Akan tetapi, demi menyiapkan tugasan ini, saya telah menambah sedikit sebanyak pengetahuan bagi menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kekurangan yang lain pula, saya telah melupakan bidang ini semenjak dari tamatnya pengajian sekolah menengah dahulu. Mempelajari semula topik ini setelah meninggalkannya beberapa tahun yang lalu sememangnya sesuatu yang kurang menyenangkan saya. Sungguhpun begitu, dengan mempelajari semula saya dapat menambaikan pengetahuan sedia ada saya untuk diperkembangkan. Akhir sekali, saya telah mempelajari beberapa perkara yang baru serta

menambahbaikan pengetahuan sedia ada saya bagi mempersiapkan diri untuk bergelar seorang guru kelak pada masa akan datang.

18

You might also like