You are on page 1of 18

1.0 Pendahuluan Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul daripada manusia untuk terus hidup.

Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains dari dua kaedah iaitu belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Kurikulum sains digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik serta nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Mata pelajaran sains direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains, menyediakan murid supaya celik sains. Objektif kurikulum sains ini ialah menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Pendekatan inkuiri penemuan ialah pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Murid yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuklah menghargai kefahaman dan proses penemuan dalam sains (Zurida Ismail et al, 2005). Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran sains ialah meningkatkan prestasi pelajar dan memupuk literasi saintifik dan pemahaman tentang proses sains (Zurida Ismail et al, 2005). Proses inkuiri bermula daripada satu pemerhatian yang menarik seterusnya mencetuskan persoalan. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan bagi membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan , hipotesis dam kesimpulan awal (Zurida Ismail et al, 2005). Dalam mencapai objektif kurikulum sains, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran membantu murid menguasai kemahiran proses ( Haji Zohari bin Muda & Hajah Faridah bt. Darus, 2012). Kejayaan menerapkan kemahiran proses sains
1

dalam kalangan murid sekolah rendah bergantung kepada strategi dan penyampaian guru semasa pengajaran ( Haji Zohari bin Muda & Hajah Faridah bt. Darus, 2012). Dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk sahaja tetapi diberi ruang untuk meneroka alam sekeliling dan dapat mengaplikasikan kemahiran saintifik yang terkandung dalam kurikulum sains.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Pengkaji telah menjalani latihan mengajar(praktikum) selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar subjek sains bagi kelas tahun 4 Ibnu Khaldun yang terdiri daripada 25 orang iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Tahap penguasaan akademik murid di kelas tesebut adalah pada tahap yang rendah. Kelas tahun 4 Ibnu Khaldun merupakan kelas yang terakhir daripada dua kelas tahun 4 di sekolah tersebut. Pada minggu ke 4, pihak sekolah telah mengadakan ujian TOV (Target Off Value). Ketika memeriksa kertas jawapan responden, pengkaji mendapati muridmurid tidak dapat menjawab soalan dibahagian B terutama soalan yang berbentuk pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah pembolehubah bergerak balas. Pada minggu hadapannya (seminggu selepas ujian TOV), saya telah masuk ke kelas tahun 4 Ibnu Khaldun untuk berbincang dengan murid mengenai cara menjawab soalan sains di bahagian B. Saya telah menerangkan kepada murid murid cara cara menjawab soalan sains di bahagian B. Selain itu, untuk soalan berkait dengan pembolehubah, saya memberi pendedahan kepada murid-murid dengan
2

malar dan

menerangkan definisi bagi setiap pembolehubah dan cara mengenal pasti setiap pembolehubah yang terdapat dalam soalan. Bagi pembolehubah manipulasi, saya mengajar murid-murid dengan meletakkan singkatan, PM dan pembolehubah bergerak balas, singkatannya pula PB di dalam soalan. Ini bagi memudahkan murid untuk mengingat nama bagi setiap pembolehubah. Pada minggu ketujuh, pihak sekolah telah mengadakan ujian OTI 1. Pengkaji telah menanda kertas ujian OTI 1 dan mendapati murid murid hanya menjawab soalan sains bahagian A. Namun,soalan sains di bahagian masih gagal dijawab oleh murid-murid walaupun pengkaji telah memberi tunjuk ajar. Kebanyakan ruang jawapan masih ditinggalkan kosong dan terdapat murid yang menulis soalan di ruang jawapan atau menulis jawapan yang bukan sewajarnya ditulis. Kesannya, hampir keseluruhan murid di dalam kelas tahun 4 Ibnu Khaldun mendapat markah yang rendah. Saya berasa kecewa dengan markah yang diperolehi oleh murid-murid untuk soalan sains di bahagian B. Setelah dianalisis, permasalahan yang dihadapi oleh murid tahun 4 Ibnu Khaldun ialah tidak mengetahui cara menulis jawapan berkait dengan pembolehubah dengan betul. Dalam menjawab soalan berkait dengan pembolehubah, murid perlu meletakkan parameter dan objek bagi setiap pembolehubah. Parameter ialah satu perkataan yang boleh menerangkan sifat atau unit ukuran bagi sesuatu objek atau benda. Contoh, saiz tuala. Saiz merupakan parameter yang menerangkan unit ukuran bagi tuala dan tuala ialah objek bagi pembolehubah. Namun, hasil pemeriksaan kertas jawapan, tiada parameter ataupun objek yang menunjukkan jawapan bagi pembolehubah yang ditulis di ruang jawapan. Sebaliknya, ruang jawapan

ditinggalkan kosong oleh murid. Terdapat sesetengah murid yang menyalin balik soalan di ruang jawapan atau menulis jawapan yang tiada kaitan.
3

Selain itu, murid tidak menguasai kemahiran mengawal pembolehubah. Secara asasnya, murid-murid tidak memahami takrifan pembolehubah

manipulasi,bergerak balas dan malar. Pengkaji pernah menyoal murid-murid, apakah yang dimaksud dengan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar. Namun, tiada jawapan positif yang diterima oleh pengkaji. Sebaliknya, ada di antara murid yang mendiamkan diri dan menjawab tidak tahu apabila ditanya oleh pengkaji. Oleh itu, jika murid murid tidak memahami takrifan pembolehubah, mereka tidak dapat menyatakan pembolehubah yang terdapat dalam ujikaji. Jika masalah ini dibiarkan menyebabkan murid-murid tidak menguasai kemahiran ini. Kemahiran mengawal pembolehubah perlu dikuasai kerana setiap soalan di bahagian B mempunyai perkaitan antara satu sama lain, contohnya apabila hendak menjawab soalan yang bertanyakan tujuan penyiasatan, ia berkait dengan pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Oleh itu, pengkaji memikirkan jika masalah ini dibiarkan dan tiada jalan penyelesaian diambil, hal ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi kesan kepada markah murid tahun 4 Ibnu Khaldun. Pengkaji berpendapat jalan penyelesaian perlu difikirkan bagi mengatasi permasalahan murid yang tidak mengetahui cara menjawab soalan sains di bahagian B dan tidak menguasai kemahiran mengawal pembolehubah. Selain itu, pengkaji berminat untuk membina alat yang membantu murid menguasai kemahairan mengawal

pembolehubah. Alat yang dicipta diharap dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran.

1.2 Refleksi sorotan literatur Refleksi sorotan literatur terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama

adalah penjelasan berkaitan pendidikan dengan kajian yang dijalankan, teori yang berkaitan dan model berkaitan. Bahagian ke dua adalah penerangan berkaitan dengan penyelidikan penyelidikan lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang ingin dijalankan. 1.2.1 Kurikulum Sains Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Sains tahap 2 (2002), kemahiran proses sains ialah proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik Selain itu, kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem daripada kemahiran yang mudah kepada kepada yang kompleks (Pusat Perkembangan Kurikulum,2002). Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses bersepadu ( D.J. Martin, 2003). Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelaskan, meramal,berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum,1993). Jadual 1 : Kemahiran proses sains (KPS0 beserta takrifan KPS Memerhati Takrifan Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan,

rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena Mengelaskan Mengukur menggunakan nombor Mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya dan Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisa, lisan, jadual,graf, rajah atau model. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir data Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa Memberi penerangan atau yang pola rasional data tentang yang

objek,peristiwa dikumpul

dariapada

Menurut Chin,Y,K (2004), antara sebab murid perlu belajar kemahiran proses sains kerana kemahiran ini adalah kaedah yang digunakan oleh saintis dalam menyiasat dan membina jawapan berdasarkan soalan tentang alam sekeliling. Melalui kemahiran proses sains, murid belajar sains dengan cara yang sama seorang saintis menjalankan penyiasatan. Selain itu, pembelajaran yang bermakna berlaku apabila murid-murid menggunakan kemahiran proses sains dalam meneroka alam sekeliling. Murid-murid juga tidak hanya menggunakan kemahiran ketika mata pelajaran sains tetapi dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran lain dalam kurikulum. 1.2.2 Teori Perkembangan Piaget Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang,berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur iaitu tahap sensori motor (sejak dilahirkan sehingga umur dua tahun, tahap pra operasi ( 2tahun sehingga 7 tahun), tahap operasi konkrit( 7 tahun sehingga 11 tahun) dan tahap operasi formal ( 11 tahun sehingga 15 tahun). Namun, pengkaji memilih pada tahap ketiga iaitu tahap operasi konkrit (7 tahun sehingga 11 tahun).Menurut Piaget, pada peringkat ini, kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengpalikasikan kemahiran berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat ini ialah pengekalan, mengklasifikasikan dan mengkategorikan serta juga berupaya membuat perkaitan yang logik.

Oleh itu, apabila guru mendedahkan murid dengan kemahiran mengawal pembolehubah, pemikiran minda murid secara perlahan lahan akan menguasai dan berupaya mengkategorikan setiap pembolehubah yang dipelajari. Selain itu, murid akan berupaya untuk membuat perkaitan yang logik antara setiap pembolehubah yang terlibat. 1.2.3 Kajian-Kajian Lepas Menurut Alfredo et al(2005), kemahiran proses sains adalah asas kepada sains yang membenarkan setiap orang membuat penyiasatan dan mencapai kesimpulan. Sains dan mengajar sains kepada murid lebih bermakna daripada pengetahuan sains. Guru memainkan peranan penting dalam menekankan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Menurut William Foulds &John Rowe (1996), kelemahan kemahiran proses sains dalam kalangan guru merupakan masalah yang meluas. Menurut Fah,L,Y (2003), tahap pencapaian kemahiran proses sains dalam kalangan guru sains sekolah masih lemah. Menurut Nooraziyah Mat Ali (2012), kebanyakan murid hanya bergantung kepada sesi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas yang hanya lima waktu dalam seminggu. Maka, jika tahap penguasaan

kemahairan proses sains yang lemah dalam kalangan guru, bagaimana kemahiran ini hendak diterapkan dalam kalangan murid. Sedangkan kebanyakan murid amat bergantung kepada guru sepenuhnya semasa sesi pengajarandan pembelajaran sepenuhnya. Menurut Tan (1991), penekanan yang diberikan oleh guru semasa amali adalah cara untuk mendapatkan jawapan dan bukannya pada proses sains yang perlu dikuasai,akibatnya pelajar akan kecewa kerana hasil yang diperolehi tidak sama seperti yang dijangkakan.
8

Ira Remsen (1989), seorang pelajar telah menyuarakan pendapatnya bahawa satu-satunya cara mempelajari sains ialah melalui pemerhatian terhadap keputusannya, menjalankan amali dan bekerja dalam makmal. Pemerhatian ialah asas kepada kemahiran proses sains (Alfredo et al,2005). Kebolehan membuat pemerhatian yang baik penting dalam mengembangkan kemahiran proses sains: berkomunikasi, mengelaskan, mengukur

menginferens dan meramal. Kemahiran berkomunikasi bergerak seiring dengan pemerhatian. Murid perlu berkomunikasi untuk menyatakan pandangan terhadap pemerhatian yang dilakukan. Menurut Abu Hassan Kassim & Rohana Hussin (2001),tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid adalah sederhana. Dalam kajian yang dilakukan Azmil (2010),murid murid masih mempunyai masalah untuk menjawab soalan yang berkait dnegan konsep sains di soalan Bahagian B seperti tidak dapat mengenal pasti pembolehubah, membina hipotesis dan membuat kesimpulan bagi ujikaji. Menurut Nooraziyah Mat Ali(2012), setelah diamati secara mendalam punca kegagalan murid menjawab kertas soalan bahagian B, ini adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah dengan betul. Wan Samilia Wan Shafie (2012) juga menyatakan masalah yang sama iaitu murid tidak tahu bagaimana hendak mengenalpasti pembolehubah yang terlibat serta menulis jawapan yang tepat bagi soalan berkait dengan pembolehubah di dalam satu-satu soalan. Hasil kajian Abu Hassan Kassim & Rohana Hussin , menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah responden berada pada tahap sederhana. Responden hanya mempunyai kebolehan untuk
9

menentukan pembolehubah yang dikawal pada tahap sederhana sahaja, ramai dalam kalangan responden gagal membezakan antara pembolehubah yang dikawal, pembolehubah bergerak balas. Disamping itu, hasil kajian menunjukkan responden kurang faham tentang keadaan dimana

pembolehubah bergerak balas dipengaruhi pembolehubah dikawal.

2.0 Fokus kajian Hasil daripada ujian OTI 1, pengkaji mendapati responden masih gagal menjawab soalan berkait dengan pembolehubah di bahagian B. Kegagalan murid dalam

menjawab soalan berbentuk pemboleh disebabkan oleh murid tidak menguasai kemahiran mengawal pembolehubah. Oleh itu, pengkaji memililh untuk mengkaji penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan murid dengan menggunakan Zi6. 2.1Tinjauan masalah Tinjauan masalah ialah langkah pelaksanaan awal bagi mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan dengan pengalaman dan pengetahuan pengkaji. Oleh itu, pengkaji membuat tinjauan dengan penelitian dokumen (ujian OTI 1). 2.1.1Penelitian dokumen (Ujian OTI 1) Melalui ujian OTI 1 yang telah dianalisis, pengkaji dapat melihat sejauh mana kefahaman murid dalam menjawab soalan sains di bahagian B. Pengkaji mencatat markah yang diperolehi oleh murid pada bahagian B dan menyediakan senarai semak bagi mencatat kebolehan murid menjawab soalan
10

menggunakan instrumen kajian iaitu

berkait dengan pembolehubah serta jawapan yang ditulis murid di ruang jawapan yang disediakan. 2.2Analisis tinjauan masalah 2.2.1Penelitian Dokumen (ujian OTI1) Hasil penandaan kertas ujian OTI 1, pengkaji telah menganalisis markah ujian OTI 1 untuk bahagian B. Jadual 2 : Analisis Markah Ujian OTI 1 Soalan Sains Bahagian B Markah ujian bahagian B 0 1 2 Bilangan murid 10 9 6

Berdasarkan jadual 2, analisis markah ujian OTI 1 soalan sains bahagian B. Seramai 10 orang murid tidak memperolehi markah bagi soalan sains bahagian B, 9 orang murid memperolehi 1 markah di bahagian B menerusi soalan berkaitan pemerhatian di soalan 1 manakala 6 orang murid mendapat 2 markah menerusi soalan yang sama iaitu berkaitan pemerhatian. Namun, kesemua soalan yang berkaitan dengan pembolehubah tidak dapat dijawab oleh murid. Pengkaji mendapati murid tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang terdapat dalam soalan.

11

Senarai semak kebolehan menjawab soalan pembolehubah berdasarkan ujian OTI 1 Senarai semak ini digunakan bagi melihat bilangan murid yang dapat menulis pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Pengkaji menilai murid yang dapat mengenal pasti pembolehubah akan berjaya menulis pembolehubah di ruang jawapan yang disediakan. Jadual 3 : Senarai Semak Kebolehan Menjawab Soalan Berkait Dengan Pembolehubah Berdasarkan Ujian OTI 1 Bilangan murid No 1 Aspek Murid dapat menulis Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

pembolehubah manipulasi 2 Murid dapat menulis bergerak

pembolehubah balas

Terdapat item di dalam soalan 2, 3 dan 4 yang meminta murid menjawab soalan berkait dengan pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Berdasarkan jadual 3, kesemua murid tahun 4 Ibnu Khaldun tidak dapat menjawab soalan berkait dengan pembolehubah berdasarkan ujian OTI 1. Bagi aspek yang pertama iaitu murid dapat menulis pembolehubah manipulasi, tiada seorang pun murid yang dapat menjawab soalan 2, 3 dan 4. Aspek kedua iaitu murid

12

dapat menulis pembolehubah bergerak balas menunjukkan hasil yang sama iaitu tiada murid yang boleh menulis jawapan untuk soalan 2, 3 dan 4. Senarai semak berdasarkan jawapan yang ditulis murid bagi soalan yang berkait dengan pembolehubah Senarai semak ini digunakan bagi menganalisis jawapan yang ditulis oleh murid bagi soalan yang berkait dengan pembolehubah. Senarai semak ini membahagikan jawapan murid kepada tiga kategori iaitu tidak menulis jawapan di ruang jawapan, menyalin balik soalan di ruang jawapan dan menulis jawapan yang tiada kaitan. Jadual 4: Senarai Semak Jawapan Yang Ditulis Oleh Murid Bagi Soalan Berkait Dengan Pembolehubah Bilangan murid Bil Jawapan murid Soalan 2 1. Tidak menulis jawapan di B ruang jawapan a Menyalin balik soalan di g ruang jawapan i Menulis yang tiada kaitan 8 Soalan 3 7 Soalan 4 6

2.

10

3.

10

Hasil analisis kertas ujian OTI 1, kesemua murid tahun 4 Ibnu Khaldun tidak dapat mengenal pasti pembolehubah. Mereka mengosongkan ruang jawapan, menulis soalan kembali di ruang yang disediakan atau menuliskan jawapan yang bukan sepatutnya. Berdasarkan jadual 4, Soalan 2, seramai 8 orang murid tidak menulis jawapan di ruang jawapan bagi soalan pembolehubah , 6
13

orang murid menyalin balik soalan di ruang jawapan dan 9 orang murid menulis yang tiada kaitan. Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan: D. Berdasarkan uji kaji, nyatakan yang berikut: 1. Apakah yang diubah ..............14..................... 2. Apakah yang diukur ...............40..................... Soalan 3 mencatatkan seramai 7 orang murid meninggal ruang jawapan tanpa diisi dengan sebarang jawapan. Manakala, seramai 8 orang murid menyalin balik jawapan dan 10 orang murid menulis yang tiada kaitan. Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan: B) tuliskan dua maklumat berdasarkan jadual di atas: 1.........bird................. 2..........rabbit.............. Soalan 4, seramai 9 tidak menulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan.manakala, 10 orang murid menyalin semula soalan yang diruang jawapan dan 6 orang murid menulis yang tiada kaitan. Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan: B. Dalam penyiasatan ini, nyatakan:

14

I. Apakah yang diubah-ubah:.....b)....... Ii. Apakah yang diukur: ...c)............ 3.0 Objektif kajian / soalan kajian Bahagian ini membincangkan tentang objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, definisi operasional dan batasan kajian. 3.1 Objektif kajian 3.1.1 Objektif umum Untuk meningkatkan kefahaman murid dalam menjawab soalan berkait dengan pembolehubah 3.1.2 Objektif khusus I. Meningkatkan kemahiran mengawal pembolehubah dengan

menggunakan Zi6. II. Meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan sains di bahagian B.

3.2 Soalan kajian Dalam kajian ini, pengkaji mengemukan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai. 1) Adakah penggunaan zi6 meningkatkan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan murid ? 2) Adakah penggunaan Zi6 meningkatkan pencapaian responden dalam menjawab soalan sains bahagian B?

15

3.3 Kepentingan kajian Kajian ini amat penting dalam membantu murid mengenal pasti pembolehubah manipulasi, pembolehubah malar dan pembolehubah bergerak balas dalam soalan. Kelemahan murid dalam mengenal pasti pembolehubah menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan di bahagian B. Selain itu, kajian ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran sains. Perasaan kurang keyakinan dalam menjawab soalan di bahagian B dapat dihilangkan dalam kalangan murid, keadaan akan mencetuskan minat mereka untuk menjawab soalan sains seterusnya terhadap mata pelajaran sains. Kajian ini juga dapat membantu guru-guru sains dalam mengajar mengenal pasti pembolehubah. penggunaan Zi6dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu menjadi suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. 3.4 Definisi operasional/ istilah 3.4.1 Meningkatkan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), meningkatkan didefinisikan sebagai menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, pengkaji ingin meningkatkan penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan murid dengan menggunakan Zi6 seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan sains bahagian B.

3.4.2

Mengawal pembolehubah

16

Kamus Dewan edisi keempat(2007), pembolehubah ditakrifkan sebagai sesuatu faktor (unsur, ciri, angka) yang tidak tetap yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan. Dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR),mengawal pembolehubah ialah mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan,

pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar. 3.4.3 Zi6

Zi6 adalah hasil adaptasi jadual dan direka dalam bentuk kad. Zi6 mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama berkaitan penyenaraian bahan dan parameter berdasarkan uji kaji dan bahagian dua ialah bahagian pembolehubah. Bahagian pertama digunakan untuk menyenaraikan bahan atau objek yang terdapat dalam uji kaji kemudian meletakkan paramater yang bersesuaian. Objek atau bahan dikelaskan di dalam kotak tiada persamaan atau ada persamaan berdasarkan persamaan antara setiap objek atau bahan. Bahan kedua ialah bahagian pembolehubah. bahagian kedua ini mempunyai perkaitan dengan bahagian pertama yang ruang ruang pembolehubah diisi berdasarkan apa yang terlah disenaraikan di bahagian pertama. Objek atau bahan yang tidak mempunyai persamaan akan dikategorikan sebagai pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Objek atau bahan yang mempunyai persamaan dikategorikan sebagai pembolehubah malar.

Parameter
Tiada persamaan

Objek/ benda
Pembolehubah manipulasi

Pembolehubah Bergerak balas

17
Pembolehubah malar

Ada persamaan

3.5 Batasan kajian Batasan kajian yang pertama ialah dari segi tempat kajian. Kajian ini dibataskan hanya di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Sekolah ini merupakan sekolah di luar bandar. Ada kemungkinan kajian ini tidak sesuai tidak laksanakan di sekolah lain. Batasan kajian yang kedua ialah kumpulan sasaran. Pengkaji telah memilih murid tahun 4 sebagai responden kajian. Kelas yang dipilih ialah tahun 4 Ibnu Khaldun iaitu kelas kedua daripada dua kelas tahun 4. Batasan kajian yang terakhir ialah hanya berfokus pada kemahiran mengawal

pembolehubah sahaja iaitu meningkat kefahaman murid dalam mengenal pasti pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar berdasarkan uji kaji. 4.0 Kumpulan sasaran Kajian ini hanya melibatkan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan untuk murid tahun 4 Ibnu Khaldun di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Pengkaji telah memilih seramai 5 murid untuk dijadikan responden kajian. Pemilihan responden berdasarkan pencapaian yang lemah dalam ujian OTI1 dan responden yang tidak dapat menjawab soalan sains di bahagian B.

18

You might also like