You are on page 1of 4

Anatomi fisiologi SOALAN OBJEKTIF: 1.

Nutrien boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Makro Nutrien dan juga Mikro Nutrien. Antara yang berikut, manakah yang bukan dihasilkan oleh Makro Nutrien? a. Karbohidrat b. Vitamin c. Lemak d. Protein 2. Apakah fungsi Lemak? a. Berfungsi untuk membentuk dan membaiki tisu. b. Membentuk enzim, antibodi, hormon dan agen pengangkut. c. Membekalkan tenaga dan pengekalan suhu, membekalkan asid lemak yang diperlukan dan penyerapan vitamin larut lemak. d. membekalkan tenaga utama untuk keperluan tubuh badan. 3. Yang manakah antara berikut merupakan jenis tisu utama yang terdapat dalam tubuh badan manusia? I. Tisu Penghubung II. Tisu Epitilium III. Tisu Adipos Putih IV. Tisu Saraf a. b. c. d. I dan II I, II dan III I, II dan IV I, II, III dan IV

4. Apakah fungsi tisu penghubung? a. Memainkan peranan dalam kegiatan pelinciran, rembesan, penyerapan, perlindungan, resepsi deria, perkumuhan, pengangkutan, pencernaan dan pembiakan. b. Sebagai penghubung diantara tisu dan juga dapat memegang tisu-tisu tersebut bersama supaya menjadi lebih kuat. c. Mengkoordinasikan kesemua kegiatan badan, khususnya yang berkaitan dengan fungsi-fungsi visera, endokrin, motor dan mental. d. Mengawal pergerakan semua tisu-tisu utama.

JAWAPAN: 1. B, 2. C, 3. C, 4. B

SOALAN SUBJEKTIF 1. Apakah yang dimaksudkan dengan bioenergetik? [2m] 2. Tisu manusia dibahagikan kepada 4 kategori. Namakan tisu tersebut. [4m] 1 2 3 4

3. Tisu adipos merupakan salah satu daripada tisu penghubung. Namakan 2 jenis tisu adipos beserta huraian.[4m] 1 2

JAWAPAN 1. Bioenergetik adalah kajian tentang satu proses bagaimana sel menggunakan, menyimpan dan melepaskan tenaga. Komponen utama dalam bioenergetik adalah perubahan tenaga, atau penukaran tenaga dari suatu bentuk menjadi bentuk tenaga lain. 2 Tisu manusia dibahagikan kepada 4 kategori iaitu tisu epithelium, tisu saraf, tisu otot dan tisu penghubung. 3 1. Tisu Adipos Putih Purata 20% hingga 25% berat badan manusia yang sihat. Tisu adipos dijumpai menyokong ginjal dan mata, di antara fiber otot dan dibawah kulit. Selain berfungsi sebagai penebat haba 2. Tisu adipos keperangan Tisu ini hadir dalam jumlah kecil terutamanya pada leher dan dinding salur darah di bahagian dada. Tisu ini berfungsi mengekalkan suhu badan dan mengelakkan obesiti.

SOALAN ESEI 1. Tisu otot merupakan salah satu daripada empat tisu utama. Huraikan secara ringkas jenis-jenis tisu penghubung. [10m] 2. Apakah yang berlaku dalam proses pengoksidaan?. [10m]

JAWAPAN 1 Tisu Otot Otot merupakan tisu yang paling banyak dalam badan. Menurut Lee Soon Ching dan Liew Shee Leong, 2000, berdasarkan ciri-ciri pengecutannya, otot dibahagikan kepada tiga jenis iaitu otot licin, otot kardium dan otot berjalur. Tisu otot berasal dari lapisan mesoderma dan ianya khusus untuk fungsi pergerakan lentur dan sebagainya. Pada umumnya, tisu otot boleh dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan ciri-ciri mofologi dan peranan salah satu setiap jenisnya. Otot Licin Ciri utama tisu otot licin ini ialah mempunyai bentuk runcing dan mempunyai satu neuklus ditengah-tengahnya. Tisu otot licin banyak terdapat pada sistem-sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem pembiakan dan sistem urinary. Unit sarafnya adalah dari jenis serat yang bersifat simpatetik dan sistem saraf autonomic. Otot Jantung Tisu otot jantung mempunyai cirri rupa yang hampir serupa dengan otot rangka. Tetapi terdapat dua perbezaan yang ketara ialah dari segi bentuk selnya dan kedudukan nucleus. Sel-sel otot jantung mempunyai cabang dan bercantum dengan sel-sel yang lain. Nucleus otot jantung terletak dibahagian tengah sarkolemma. Tisu otot jantung memang kaya dengan organel jenis mitokondrion dan

glikogen. Tisu otot jantung hanya didapati di jantung sahaja. Dari segi struktur ianya mempunyai cirri otot rangka dan otot licin. Ia mempunyai jalur, tapi nucleus terletak ditengah-tengah. Sel-sel otot jantung mempunyai banyak mitokondrion bagi membolehkan pergerakan yang berterusan. Otot Jalur Ciri-ciri utama tisu otot jalur yang ketara ialah ianya terdiri daripada seratserat multinukleus, tidak bercabang dan bersaiz memanjang. Morfologi otot ini kelihatan berjalur apabila dilihat dibawah mikroskop. Terdapat dua jenis otot jalur iaitu jalur putih dan jalur merah-kemerahan.

2.

GLUKOSA + OKSIGEN KARBON DIOKSIDA + AIR + TENAGA

Proses pengoksidaan ini perlukan oksigen untuk mengoksida organik seperti glukosa untuk menghasilkan tenaga, air dan karbondioksida. Glukosa perlu dioksidakan dengan lengkap untuk bebaskan semua tenaga dalam glukosa. Proses ini berlaku di mitokondrion dan dikawal oleh enzim. Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit dan tenaga selebihnya disimpan dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat). ATP akan membentuk ADP (adenosin difosfat) untuk bebaskan tenaga disimpan. ATP ADP +KUMPULAN FOSFAT + TENAGA

You might also like