Professional Documents
Culture Documents
1
2.1.1 Jenis-jenis Pemikiran
2
2.1.2 Jenis –Jenis Konsep Kendiri
2.1.2.1 Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral
3
Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu
idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke
atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.
Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses
akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah.
Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangkan hubungan antara
sesuatu situasi/idea yang membantu kita untuk memahaminya dengan
lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara
berkesan.
Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia
menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti
berikut:
i. Apakah masalah yang dihadapi?
ii. Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?
iii. Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut?
iv. Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?
v. Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tudak?
4
Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan
mengkaji situasi, fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan
rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada.
Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran
kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan
mempertimbangkan sesuatu situasi.
Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan
tujuan menilai sesuatu objek/situasi.
Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk membina dalam diri murid supaya
berfikiran kritis:
i. Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
ii. Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka
iii. Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan)
iv. Menentukan kesan
v. Membuat kesimpulan
vi. Membuat perbandingan
vii. Membuat rumusan dan penilaian
Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Kefahaman untuk menghujah
ii. Usaha mengumpul maklumat
iii. Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
iv. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang
tidak munasabah
Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji
kebenaran sesuatu perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan
yang salah.
Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan
penggunaan jenis-jenis soalan yang sesuai.
5
Aras Jenis Pemikiran Contoh
Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Bilakah…
Namakan…
Siapakah…
Di manakah…
Kefahaman Murid memahami sesuatu Terangkan…
situasi/fenomena Huraikan…
Bandingkan…
Jelaskan…
Penggunaan Murid menggunakan fakta/hukum untuk ABC ialah sebuah segitiga. Cari
menyelesaikan masalah nilainya.
6
Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan
menerima pelbagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah
bagi menggalakkan pemikiran kreatif para murid.
Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open
mind’ dan tidak melihat sesuatu permasalahan daripada satu aspek
sahaja.
Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah
ditunjukkan seperti berikut:
7
Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru
digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan
pelbagai jawapan yang mungkin.
Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit
yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara
lebih mendalam.
Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan
menonjolkan idea-idea yang asli.
Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih
sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik.
Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid
untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya
adalah seperti yang berikut:
i. Apakah yang menganggu saya?
ii. Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
iii. Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?
Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam
pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan
di bawah:
i. Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
ii. Apakah yang menyebabkan sesuatu?
iii. Apakah yang penting mengenai sesuatu?
Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa
menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.
Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang
penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-
cadangan berikut:
i. Menulis dan melukis
ii. Menebuk lubang pada kertas
iii. Sebagai senjata
iv. Sebagai alat permainan
8
Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan
pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu
personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.
Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Kelikatan Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh
(Fluidity)
Kelenturan Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah
(Flexibility)
Keaslian Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik
(Originality)
Terperinci Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci
(Detail)
Idea
Idea Idea
Idea
Idea
9
2.1.2.6 Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu/Pemikiran
Berpandu
10
Fakta
Fakta Fakta
Jawapan
Fakta
Fakta
Fakta
Fakta
11
Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam
langkah-langkah pengajaran yang guru merancangkan untuk
murid-muridnya.
Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda murid-
murid dengan pelbagai aktiviti KBKK dalam pengajarannya.
Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka melengkapkan
borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan
supaya murid-murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir
mereka.
12
Menilai
Mesintesis
Menyusun megikut keutamaan
• Tugasan P&P dan kerja rumah yang merangkumi arahan-arahan seperti yang
tertera di atas dapat meningkatkan lagi daya fikiran para murid.
2.2.1 Pengertian
13
8. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang
memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru
dan mencabar.
2.2.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran
1. Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk
menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar.
2. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur
alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh
meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.
3. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio,
taktil/kinestetik, aktivis, reflector, teoris dan pragmatis.
4. Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual (pandang) belajar
dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-
imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.
5. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murd seperti ini
suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan
perbincangan.
6. Terdapat juga gaya pembelajaran murid taktil/kinestetik di mana murid-murid
belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif
persekitarannya.
7. Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran
dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya.
8. Reflektor berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya
dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud.
9. Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat membuat
generalisasi hukum atau teori.
10. Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian
yang aktif dalam menyelesaikan masalah.
11. Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara
konvergen dan divergen.
14
12. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan
penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat.
13. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan
pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.
1. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seorang
murid memberikan fokus, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru
dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah.
2. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran
guru sesuai untuk setengah murid dan bukan untuk murid-murid yang lain.
3. Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran murid. Ada elemen yang biologikal dan ada juga yang bercorak
perkembangan.
4. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iatu:
(a) Setiap murid ada kekuatan mereka.
(b) Kebanyakan individu boleh belajar.
(c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu.
(d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya.
(e) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masing-
masing.
5. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut
masa.
6. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn
adalah seperti berikut:
(a) Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu
dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid
yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula
yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar.
15
(b) Emosi – Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya
ketahanan, dan struktur.
Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang
mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi
tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Sebagai
contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum
memulakan yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah
projek pada masa yang sama.
(c) Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah
persepsi (audiotori, visual, dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar
belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi.
Ada murid yang lain lebih suka rangsangan audio.
(d) Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam
konteks sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak
pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka belajar secara
bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya.
(e) Psikologi – Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif,
impulsif, global dan analitik.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka
membuat satu tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai
gaya pembelajaran impulsif dapat membuat sesuatu tugasan
pembelajaran dengan cepat.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah
murid-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat
lampu malap dan tempat duduk informal.
Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik
suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan
tempat duduk yang formal.
16
2.2.3 Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran
17
10. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran mereka masing-masing.
11. Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type
Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman
Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya.
12. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat
yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar
secara berterusan.
18