You are on page 1of 4

Soalan C:

Ulasan Krtikal Artikel

Tajuk artikel yang saya perolehi ialah Kepelbagaian Pelajar dan Sekolah: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang (Student and Schools Diversity: A Case Study in State of Pahang).

Antara pengarang-pengarang adalah Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, Zalizan Mohd Jelas, dan Ahmad Ali Seman.

Artikel tersebut diterbitkan dari Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 87-95.

Dalam abstrak artikel ini terdapatnya tujuan, metodologi, responden dan hasil dapatan kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan perspektif pelajar dari aspek jantina, kaum, pendapatan keluarga dan lokasi tempat tinggal terhadap domain kepelbagaian.

Metodologi yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrument kajian utama. Ia membantu dalam

pengenalpastian perkara-perkara seperti kepelbagaian pelajar di sekolah yang merangkumi aspek pelajar dan persekitaran sekolah.

Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes yang melibatkan seramai 335 orang pelajar dari daerah Temerloh, Maran dan Kuantan di negeri Pahang. Pelajar-pelajar

tersebut telah dipilih daripada 10 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Sekolah sebagai responden bagi kajian ini.

Dapatan kajian menunjukkan tahap min perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah adalah di tahap yang sederhana iaitu 2.70. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di bawah aras 0.5 bagi perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan jantina dan kaum. Perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan kaum, pendapatan keluarga dan kawasan tempat tinggal menunjukkan perbezaan signifikan. Ia menunjukkan latar belakang pelajar mempunyai hubungan terhadap tahap penerimaan kepelbagaian sekolah.

Implikasi kajian menunjukkan pelbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan kepelbagaian sekolah dalam kalangan pelajar bagi menjamin kualiti pendidikan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengiri latar belakang dan keupayaan pelajar kea rah slogan Satu Malaysia. Sasaran artikel juga menunjukkan guru-guru yang berada di sekolah dan pelajar yang sedang menuntut pelajaran di institut pendidikan guru bagi memantapkan lagi kualiti pendidikan pada masa yang akan datang nanti.

Artikel ini mempunyai perkaitan yang amat ketat dengan tajuk 1.0 Budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia, tajuk 1.1 Pengertian dan konsep budaya serta kepelbagaian kelompok dan tajuk 1.2 Jenis dan demografi kelompok. Artikel ini telah merumuskan bahawa kepelbagaian sekolah adalah penting dalam peningkatan pencapaian pelajar dalam akademik. Ini menyebabkan sekolah menjadi satu agen sosial yang menerima konteks kepelbagaian sekolah, kemudian memupuk perpaduan di kalangan kaum Malaysia tanpa mengira latar belakang keluarga. Secara langsung, gagasan Satu Malaysia dapat dimantapkan seterusnya mencapai Wawasan 2020 dan memajukan Malaysia dengan mempunyai kualiti pendidikan yang bertaraf dunia.

Setelah mengkaji artikel ini, beberapa kekuatan artikel telah saya dapati daripada artikel ini. Kajian kuantitatif ini telah menggunakan instrument soal selidik School Diversity Inventory yang diadaptasi sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap kepelbagaian pelajar di sekolah.

Selain itu, Artikel ini telah menggunakan SPSS (Statiscal Package For The Social Science Versi 12) dengan kaedah deskriptif dan inferensi iaitu min, ujian-t dan ANOVA. Pengiraan min telah memberi keputusan yang sederhana dan ini telah menunjukkan tahap min perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah adalah di tahap sederhana iaitu 2.70. Selain daripada itu, analisis ujian-t juga telah digunakan untuk menunjukkan perbezaan signifikan bagi perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan kaum. Di samping itu, analisis Anova juga telah dilaksanakan bagi menunjukkan perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan kaum, pendapatan keluarga dan kawasan tempat tinggal. Untuk menjalankan analisis, proses pengkodan telah dijalankan untuk memudahkan aktiviti memasukkan data ke dalam program SPSS.

Secara ringkas,

pengarang-pengarang telah menggunakan kaedah dan

metodologi untuk mengalisis data bagi mengukuhkan kepercayaan pembaca terhadap kajian mereka.

Bagi kekurangan artikel pula, saya berpendapat bahawa saiz tulisannya adalah terlalu kecil, Ini menyebabkan sakit mata apabila membacanya dan menambah kesusahan untuk membaca. Selain itu, saya dapati bahawa pengarang telah melakukan kesilapan dalam mengatur format artikel. Atikel telah disusun dalam format dua bahagian dalam satu muka surat. Kemungkinan ini merupakan format artikel sebenar. Tetapi saya lebih suka artikel tersebut disusun dengan format satu bahagian dalam satu muka surat supaya senang dibaca dan mencari isi-isi penting.

Dengan kewujudan kepelbagaian sekolah, kumpulan etnik minority mimiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Kepelbagaian sekolah telah memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia, iaitu melahirkan insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dam mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi membantu pelajar berkeperluan khas, perkara yang perlu dimantapkan adalah bahan teknologi bantuan untuk menjamin keberkesanan pendidikan. Selain itu, penilaian terhadap aspek-aspek kepelbagaian sekolah secara menyeluruh amat perlu dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tidak dilupakan bahawa peningkatan kemudahan-kemudahan dan programprogram kesedaran perlu dilakukan di sekolah. Ia membantu murid-murid lebih peka terhadap faktor-faktor kepelbagaian di sekolah yang merangkumi jantina, kaum, agama dan latar belakang pelajar. Di samping itu, program lain seperti ceramah dan kursus motivasi terhadap penerimaan kepelbagaian sekolah patut dilaksanakn secara berterusan bagi pembagunan kesedaran mereka terhadap kepelbagaian sekolah.

Dengan adanya kepelbagaian sekolah, ia mampu mewujudkan satu masyarakat yang harmoni yang saling hormat menghormati, bertolaj ansur, tolong menolong di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang sama. Pada pendapat saya, sikap hormat-menghormati amatlah penting dalam kalangan kaum di Malaysia

walaupun kita berada dalam persekitaran yang mempunyai budaya, bahasa, adat dan agama yang berlainan. Menghormati orang lain dahulu jikalau kita ingin orang lain menghormati kita.

You might also like