You are on page 1of 8

EDU3107 ISL 4 ISL 4: Bincangkan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahirankemahiran asas agar dapat mengenalpasti masalah

/ isu murid-murid mereka. Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling ialah cara-cara seseorang kaunselor atau guru menangani atau berhadapan dengan kliennya (murid) melalui teknik atau kemahiran tertentu. Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling merupakan nadi perhubungan menolong di antara kaunselor dan klien. Sekiranya tiada kemahiran asas dalam bimbingan kaunseling, sesuatu proses kaunseling sukar berjalan dengan lancar. Bagi mencapai perkhidmatan kaunseling yang cemerlang, seseorang kaunselor itu harus memahirkan dirinya dengan menguasai pelbagai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran ini amat penting ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor yang bijak dapat mengawal situasi sekiranya klien itu berada di bawah tekanan emosi dan psikologi. Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini mengutamakan komunikasi yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi interpersonal. Komunikasi ini melibatkan kebolehan seseorang individu berinteraksi secara bersemuka secara terus dengan individu atau kumpulan atau persekitaran yang spesifik tanpa melibatkan sebarang perantaraan. Kemahiran ini penting bagi seseorang kaunselor itu kerana ia berperanan mendengar masalah dari klien dan mendapatkan maklumat melalui percakapan di antara klien. Oleh itu, hasilnya melalui komunikasi interpersonal ini sesuatu konflik yang dihadapi klien dapat diselesaikan. Komunikasi interpersonal berbeza dengan komunikasi verbal iaitu lisan dan secara bertulis manakala bukan verbal ialah ekspresi muka, pergerakan badan dalam kawalan, warna dan bunyi. Selain itu, komunikasi interpersonal juga melibatkan eye contact, pergerakan badan dan tangan. Kemampuan kaunselor mengendalikan sesuatu masalah klien tidak terhad kepada sesuatu situasi malah situasi yang berlainan menjadikan klien ini berasa lebih tenang dan selesa. Keberkesanan pengendalian sesi bimbingan dan kaunseling memerlukan kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi oleh seseorang kaunselor. Kemahirankemahiran ini meliputi corak perbualan positif secara lisan dan bukan lisan di antara

EDU3107 ISL 4 kaunselor dan klien. Seseorang kaunselor perlu bijak memainkan peranan dalam memulakan perbualan agar klien berasa tidak selesa. Permulaan yang baik akan mencorakkan perbualan yang positif dan merangsang klien untuk terus bercakap. Begitu juga dengan kemahiran secara bukan lisan, di mana seseorang kaunselor perlu menunjukkan keprihatinan di atas masalah yang dihadapi klien. Kemahiran yang kedua pula ialah kaunselor perlu mendengar secara aktif iaitu menunjukkan dengan penuh minat setiap pertuturan klien. Seterusnya kemahiran seseorang kaunselor memberikan semangat dan motivasi kepada klien, kaunselor perlu bijak memberi katakata perangsang agar klien berusaha dan mampu menghadapi permasalahan. Kemahiran komunikasi interpersonal yang perlu lagi ada dalam diri kaunselor ialah membenarkan klien menceritakan setiap butir peribadi dan masalah yang dihadapi dalam keadaan bebas dan terbuka serta dilakukan secara rela. Pada masa yang sama klien akan membuat penilaian tahap keberkesanan kemahiran komunikasi interpersonal seseorang kaunselor itu menghadapi dan menangani sesi kaunseling. Beberapa aspek yang dilihat oleh seseorang klien ialah pengendalian sesuatu sesi kaunseling sama ada prosesnya berjalan secara cepat atau sangat perlahan. Hal ini menarik minat klien untuk menjalani sesi kaunseling apabila prosesnya berlangsung dengan cepat. Selain itu bahasa, nada dan pic yang digunakan kaunselor juga merupakan aspek yang diambil kira oleh klien. Seseorang kaunselor yang mahir komunikasi interpersonal akan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dituturkan dalam nada yang rendah dan menggunakan pic yang bersesuaian. Klien akan berasa tidak selesa dan takut apabila seseorang kaunselor bercakap dalam suara yang nyaring. Selain itu corak perbualan juga diperhatikan oleh klien, sama ada corak perbualan ini dalam bentuk formal atau bukan formal. Seseorang klien lebih berasa santai apabila corak perbualan yang digunakan oleh kaunselor adalah bukan formal. Klien mudah berasa terganggu dan maklumat yang disampaikan juga tersekat-sekat sekiranya corak perbualan dalam bentuk formal.

EDU3107 ISL 4 Selain itu, klien juga melihat cara seseorang kaunselor itu memberi peluang klien bercakap mengelak daripada mengganggunya ketika sedang bercakap. Klien turut mengambil kira bagaimana cara seseorang kaunselor mengelakkan sebarang salah faham yang timbul. Hal ini merujuk kepada situasi dimana sesi kaunseling yang dijalankan melibatkan jantina yang berlainan. Bagi kaunselor yang bijak menangani situasi ini, pemilihan tempat sesi kaunseling akan diambil kira bagi mengelakkan timbulnya isu. Begitu juga cara seseorang kaunselor menggunakan bahasa badan yang sesuai juga turut diambil kira oleh klien. Klien melihat bagaimana seseorang kaunselor itu memberikan perhatian melalui bahasa badan yang ditunjukkan. Pemilihan tempat juga merupakan aspek yang diberi penekanan oleh klien untuk menjalani sesi kaunseling, seseorang kaunselor harus bijak memilih lokasi dan masa yang bersesuaian untuk mengadakan sesi perbincangan agar tidak wujud sebarang gangguan yang boleh mengganggu proses kelancaran bimbingan dan kaunseling kelak. Seseorang kaunselor itu haruslah berusaha untuk cuba mewujudkan suasana yang selesa kepada klien. Seseorang kaunselor dinilai melalui tahap penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal yang dimilikinya. Tahap ini yang akan menentukan kejayaan sesuatu sesi bimbingan dan kaunseling yang diadakan. Kemahiran-kemahiran ini ialah membina perhubungan, memberikan perhatian, mendengar secara aktif, menggunakan bahasa yang sesuai, memahami pergerakan badan dan memberi maklum balas yang sesuai. Kemahiran kedua ialah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini penting kerana kaunselor dapat memastikan klien sentiasa berterusan memberi kerjasama dengan lebih yakin dan proses kaunseling lebih lancar. Kemahiran ini dapat mendorong klien agar berasa lebih tenang dan memberi persepsi yang positif untuk pertama kali. Kaunselor perlu bijak mewujudkan suasana yang lebih selesa dengan memastikan kesesuaian peralatan yang digunakan seperti kerusi dan meja. Suasana terapeutik diwujudkan iaitu suasana aman dan tenang, menyediakan jarak ruang komunikasi yang sesuai mengikut peringkat umur, jantina, budaya, latar belakang, agama dan lain-lain.

EDU3107 ISL 4 Kemahiran memberikan perhatian juga perlu dikuasai oleh kaunselor untuk menyemai kebolehan dan merasai masalah yang timbul melalui perspektif klien. Kaunselor memberikan perhatian kepada klien melalui sifat peramah yang dipamerkan dan senyuman yang dilontarkan. Sifat ini akan mewujudkan suasana mesra dan tumpuan perhatian serta menunjukkan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain. Sikap peramah kaunselor dapat membantu mencapai komunikasi dengan semua respon klien secara empati, mewujudkan kesesuaian untuk berkongsi pengalaman dan perasaan klien, dan dapat membuat penilaian pendapat dan perasaan orang lain. Selain itu seseorang kaunselor itu perlu memberi perhatian secara jelas dan spesifik dan mengambil masa untuk membuat refleksi mengenai masalah klien. Perhatian ini juga difokuskan kepada tindakan, perasaan yang dialami klien dan sikap klien sendiri. Malah, bertolak ansur dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang memenuhi kehendak klien. Perhatian kaunselor juga boleh difokuskan kepada mendengar secara aktif perbincangan isu dan masalah yang dihadapi klien. . Seseorang kaunselor perlu menunjukkan keprihatinan kepada klien untuk

menghilangkan rasa yang tidak selamat dan terancam yang dirasai oleh klien. Kemahiran seterusnya ialah mendengar secara aktif, iaitu kesediaan seseorang kaunselor untuk mendengar permasalahan klien, tidak memberi perhatian kepada fikiran dan masalah orang lain dan cuba memahami maksud yang hendak disampaikan oleh klien. Kemahiran mendengar secara aktif memerlukan seseorang kaunselor memerhati mesej yang cuba disampaikan oleh klien berdasarkan komunikasi verbal dan tingkah laku bukan verbal. Contohnya apabila berdepan dengan klien yang sedang marah, kaunselor perlu memberi galakan untuk klien terus bercakap dan meluahkan perasaan marah tersebut. Kemahiran ini diaplikasikan apabila kaunselor cuba menjalin hubungan dengan klien yang sedang marah ini dan kaunselor menyampaikan semula apa yang telah klien ceritakan. Pertanyaan yang pelbagai dan menunjukkan minat yang mendalam dengan setiap butir penceritaan klien memerlukan proses mendengar secara aktif. Dalam proses ini juga, kaunselor perlu memberi respon, mempamerkan bahasa badan yang

EDU3107 ISL 4 sesuai agar mesej ini dapat difahami klien bahawa kaunselor sedang mendengar masalahnya. Penggunaan bahasa yang sesuai adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang kaunselor. Kaunselor perlu memastikan setiap bahasa yang digunakan difahami oleh ibu bapa terutamanya dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan pencapaian akademik, prestasi dan perancangan masa depan muridmurid. Bahasa yang disampaikan oleh kaunselor perlu konsisten atau kongruen dengan segala tindakan. Contohnya kaunselor menyatakan perasaan gembira dengan pencapaian kliennya, dia sepatutnya menunjukkan nada suara dan pergerakan badan menyampaikan mesej yang positif bahawa dia benar-benar gembira. Bahasa dan pergerakan badan yang sesuai amat penting bagi kaunselor dalam berkomunikasi dengan kliennya. Seterusnya kemahiran memahami pergerakan badan, apabila seseorang klien boleh memahami pergerakan atau isyarat badan klien. Contohnya ekspresi muka dan postur tubuh. Hal ini boleh diperhatikan semasa sesi soal jawab antara kaunselor dan klien melalui cara pandangan, pandangan keliru, anggukan kepala, kesilapan dan penegasan suara. Selain itu, cara-cara komunikasi yang dipamerkan oleh klien juga melalui eye contact, ekspresi muka, orientasi, sentuhan jarak antara klien. Kaunselor perlu mempamerkan sikap yang tenang dan lebih kerap menggunakan eye

contact dengan klien. Sekiranya kaunselor mempamerkan muka yang serius dan bosan menyebabkan klien akan hilang minat untuk terus menyampaikan maklumat. Kaunselor tidak sepatutnya menunjukkan pergerakan badan yang tidak senonoh atau kurang bersopan seperti badan bongkok, mengeluarkan bunyi dengan jari tangan atau kaki, bermain-main dengan rambut. Keadaan ini akan memberikan pelbagai maklum balas kepada klien seperti mewujudkan suasana yang tidak selesa kerana klien mungkin beranggapan kaunselor tidak memberi perhatian atau mendengar secara sambil lewa.

EDU3107 ISL 4 Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran memberikan maklum balas yang sesuai. Maklum balas ini diibaratkan sebagai cermin dalam proses komunikasi kerana pesanan oleh penghantar telah disampaikan kepada penerima. Selain itu ia juga merupakan satu keadaan penerima menghantar balik pesanan kepada penghantar melalui tanggapan yang dibuat. Maklum balas ini melibatkan komunikasi dua hala dan berlaku dengan pelbagai cara. Contohnya kaunselor mengulangi apa yang telah diperkatakan untuk mendapatkan maklum balas dari klien. Pada masa sama klien juga boleh mengemukakan soalan untuk mendapat maklum balas positif dari kaunselor. Maklum balas ini penting untuk kaunselor mendapatkan maklumat bagi tujuan memberikan elaborasi terhadap respon klien. Selain itu ia juga memberi cadangan atau pilihan mengenai persepsi klien terhadap diri sendiri dan situasi yang dihadapi sebagai bantuan kepada klien untuk memberi perhatian kepada perasaan sendiri. Tujuan maklum balas ini juga untuk membuat semakan persepsi dan ringkasan terhadap apa yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien. Pelbagai kemahiran asas yang lain harus juga dikuasai oleh kaunselor seperti kemahiran memberi perhatian termasuklah pengamatan mengenai cara-cara

menentukan kedudukan klien, relaks secara fizikal dan pemerhatian segala gerak geri klien, postur badan iaitu kaunselor duduk secara mencondongkan badan ke hadapan menghadap klien, intonasi suara yang melambangkan emosi seperti ketinggian atau kelembutan suara, kelajuan sesuatu sebutan perkataan. Kemahiran ini juga memerlukan kaunselor peka terhadap suara-suara separa bahasa seperti mengeluh, menangis, tersedu-sedu dan lain-lain. Perhatian ke atas ekspresi wajah, pandangan atau kontak mata, senyuman, pergerakan tangan dan kaki. Kemahiran membalas lisan iaitu penstrukturan berkaitan tentang penjelasan peranan kaunselor atau guru pembimbing, peranan klien, penjelasan etika bimbingan dan kaunseling serta tempoh masa yang diambil ketika sesi kaunseling. Dorongan minimum ialah satu keadaan klien didorong untuk terus bercerita, kaunselor memberikan perhatian dan klien memahami penjelasan yang diberikan. Selain itu kemahiran mendengar juga penting untuk kaunselor atau guru pembimbing menguasai. Kemahiran ini termasuklah mendengar secara fizikal, psikologi dan melalui perasaan.

EDU3107 ISL 4 Seterusnya ialah kemahiran menyoal mempunyai dua bentuk soalan yang boleh digunakan iaitu soalan tertutup yang memerlukan jawapan yang khusus, tepat dan tidak perlu penjelasan. Tujuannya untuk mendapat kepastian. Manakala bagi soalan terbuka pula perlukan jawapan yang lebih jelas dengan huraian yang panjang lebar untuk memberi peluang kepada klien meluahkan perasaan, penyampaian maklumat tanpa rasa defensif, perkara atau hal yang dibincangkan dapat diterokai dan dikembangkan serta lebih fokus dalam perbincangan. Kemahiran merefleksi pula terdiri dari refleksi isi iaitu idea atau maklumat dinyatakan atau diulang semula secara ringkas oleh kaunselor atau guru bimbingan berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh klien. Refleksi perasaan pula guru bimbingan atau kaunselor mengulang semula pernyataan perasaan dan sikap seperti yang dinyatakan oleh klien. Refleksi pengalaman berkaitan dengan guru bimbingan atau kaunselor mengamati sendiri gerak geri tubuh badan klien ketika menceritakan pengalaman atau luahan perasaan. Kemahiran yang berikutnya ialah kemahiran memparafrasa iaitu memberikan respon terhadap ayat pendek setelah mendengar isi atau pengamatan tingkah laku klien. Parafrasa sesuai digunakan sewaktu peringkat awal sesi kaunseling. Kemahiran membuat penjelasan pula ialah mendapatkan maklumat yang lebih mendalam secara jangkauan yang lebih jauh dari topik yang dibincangkan. Secara tidak langsung ianya akan membantu kaunselor mengetahui masalah dengan lebih dekat lagi. Kemahiran asas mengkonfrontasi juga perlu untuk dikuasai ketika situasi sesuatu hubungan telah berjalan baik. Konfrontasi melibatkan keadaan seperti wujud percanggahan terhadap apa yang klien katakan dan lakukan sama ada pada masa tertentu atau pada masa lain. Percanggahan dengan tingkah laku dengan apa yang klien katakan. Pengalaman yang tidak sama dilalui oleh klien dengan kaunselor serta pernyataan dari kaunselor tentang tingkah laku klien yang tidak sesuai. Kemahiran konfrontasi ini dapat membantu klien melihat pandangan baru dengan melihat dirinya secara mendalam dan mengurangkan blind spot pada diri.

EDU3107 ISL 4 Kemahiran menginterpretasi pula ialah mengenai satu proses yang aktif oleh guru bimbingan atau kaunselor memperjelaskan semula apa yang telah difahami melalui cerita dan pengalaman klien. Tujuan penceritaan semula ini ialah untuk memberi perspektif yang berlainan kepada klien dan dapat menimbulkan celik akal apabila ada penambahan yang dibuat berkenaan dengan perkara atau perasaan tersembunyi klien. Kemahiran merumus diaplikasikan oleh guru bimbingan dengan cara membuat ulangan semula dan menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh klien. Rumusan ini boleh dilakukan sama ada pada awal sesi atau akhir sesi rundingan. Rumusan meliputi rumusan kecil iaitu dilakukan beberapa kali bagi tujuan memberi ingatan kepada klien mengenai perbincangan, semakan persepsi, fokus perkara dan lain-lain. Bahasa yang disampaikan perlu dalam bahasa yang mudah difahami klien. Rumusan yang kedua ialah rumusan besar iaitu apabila ingin menamatkan sesuatu sesi, guru bimbingan atau kaunselor merumus kembali keseluruhan perkara yang dibincangkan. Rumusan ini perlu bagi klien mengingat kembali dan memastikan ketepatan maklumat mengikut fahaman guru bimbingan atau kaunselor. Rumusan ini penting untuk merangka tindakan selanjutnya dan rumusan besar ini dilakukan dalam satu sesi cuma sekali sahaja. Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling amat memainkan peranan dalam perkembangan dan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi mengesan masalah-masalah yang dihadapi murid dapat dicegah dan ditangani di peringkat awal. Sekiranya masalah-masalah sosial, akademik dan kendiri dibiarkan berterusan dan tiada bimbingan dan pemantauan oleh pihak sekolah, murid-murid ini akan hilang arah tujuan serta rosak masa depan.

You might also like