You are on page 1of 5

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan

pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksudmaksud yang berkaitan dengannya. Kemudahan Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan. Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan. Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa: 1. kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan; 2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna; 3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya; 4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan; 5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya". Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Latar Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah Permohonan Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat. Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2). Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu: 1. Jadual 2 yang telah dilengkapi 2. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) 3. Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannya 4. Senarai aktiviti harian 5. Senarai menu 6. Senarai aktiviti bersama ibubapa 7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan

8. Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil) 9. Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan. Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.

CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA) Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD Permohonan dikemukakan ke JKMN Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat) Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan

NOTA: PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

You might also like