You are on page 1of 3

2.1.

2 Sejarah Radio Malaysia

Menurut sumber artikel dari laman web Wikipedia Ensiklopedia Bebas


(http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia) ada
menceritakan bagaimana permulaannya sejarah penggunaan radio di Malaya
ketika itu. Bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik
kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara
ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan
memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan
penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless
Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan
siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu.
Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu
dengan memulakan siaran 3 kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur
melalui gelombang 325 meter. Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan
Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina,
Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan
usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka Caldecott,
Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British
Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya
sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai
Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan serangan Jepun, British menyerah kalah di Singapura pada tahun


1942. Jepun turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia
ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur , Seremban dan Singapura.
Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut
mengambil balik stesen-stesen berkenaan. Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran
Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran.
Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada
perlunya perkhidmatan radio diperluskan dan diperkembangkan.

Pada awal tahun 1950-an aktiviti penyiaran di Malaya telah beroperasi di


studio sementara bertempat di Jalan Young, Kuala Lumpur dan pada tahun
1956, ia telah dipindahkan ke Federal House, Kuala Lumpur. Kemudian,
aktiviti penyiaran telah diperluaskan merangkumi Sabah dan Sarawak.
Rancangan komersial pertama telah ke udara di radio pada tahun 1960.
Trademark yang selalu digunakan oleh juruhebah pada waktu itu bagi
menarik perhatian pendengar ialah “INILAH RADIO MALAYSIA” selepas
penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 28 Disember 1963,
aktiviti penyiaran di negara ini telah diluaskan kepada televisyen yang telah
mula beroperasi di Kompleks Angkasapuri pada 6 Oktober 1969 serta
diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia.

Jika dilihat kepada keadaan hari ini, rakyat Malaysia boleh mendengar siaran
enam stesen radio 24 jam sehari dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan
Mandarin. Manakala penduduk di Sabah dan Sarawak boleh memilih untuk
mendengar siaran radio dalam bahasa ibunda mereka seperti Kadazan,
Murut, Dusun, Bajau, Kenyah, Melayu, Inggeris, Mandarin dan sabagainya di
Blue Channel RTM Kota Kinabalu.

Media Elektronik memainkan peranan yang penting dalam proses


penyampaian maklumat kerana ia lebih cepat, murah dan tepat, terus
kepada pengguna atau daripada pengguna itu sendiri. Atas faktor itu, RTM
mengambil jalan alternatif lain untuk menyampaikan informasi, maklumat
dan hiburan bertujuan menarik golongan remaja. Pada 20 Jun 1975, Radio
Muzik telah ditubuhkan. Ia mengandungi 80 peratus program dalam negara
dan 20 peratus program luar negara dalam pelbagai jenis rancangannya.

Seterusnya, pada 1 April 1996, RTM telah meraikan perayaan penubuhannya


yang ke-50 tahun dalam bidang penyiaran. Ini adalah kejayaan yang besar
dalam penubuhan RTM, di tambah pada tahun 1998 RTM menjadi hos penyiar
rasmi, Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) sempena Sukan Komanwel di
Kuala Lumpur. Ia menjadi satu titik kebanggaan dan amat bersejarah bagi
RTM.

Kini, apa yang amat dibanggakan oleh RTM bukan hanya peningkatan jumlah
pendengar, penonton dan pertambahan keuntungannya daripada iklan
komersial pada setiap tahun, tetapi, RTM telah berjaya memperkenalkan
laman webnya pada akhir tahun 1995. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 27 Disember 1995.
Dengan wujudnya laman web tersebut, maka, siaran radio dan televisyen
RTM boleh diikuti dan didengari dengan hanya melayari internet menerusi
laman webnya di mana-mana tempat. Suatu contoh yang dapat dilihat ialah
melalui stesen Terengganu fm yang memberi banyak informasi, faedah,
penjelasan tentang masalah keagamaan dan juga hiburan. Tidak syak lagi
bahawa stesen RTM dapat memberi kesan yang mendalam terhadap orang
ramai.

You might also like