You are on page 1of 4

Konsep sukan rekreasi.

Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Kepentingan Sukan Dan Rekreasi Dalam Kurikulum Sekolah


Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sekiranya para pelajar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, mereka dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan dan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya. Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktivivti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

KEPENTINGAN REKREASI

1. Pembentukan Personaltit - Membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. 2. Kepimpinan - Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. 3. Dinamik Kumpulan - Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan belajar mengendalikan kumpulan. 4. Meningkatkan Kecergasan - Sukan rekreasi yang melibatkan kecergasan fizikal dapat meningkatkan kecergasan dirinya. 5. Sosialisasi - Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak - Memberi peluang kepada kita untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. 6. Pembangunan Insan - Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan

emosi yang baik. 7. Pembangunan Negara - Masyarakat yang sihat dari segi fizikal serta mentalnya boleh menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang sukan. 8. Pendidikan Sepanjang Hayat - Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur. - Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan aktiviti sukan rekreasi bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Definisi. Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.

Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah. Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.

Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasam dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.

You might also like